CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

[Jenayah] Mohd Sajjad pi Mekah pakai telekong ?

[Copy link]
 Author| Post time 3-2-2020 10:45 PM | Show all posts
Edited by GuaAnakMelaka at 3-2-2020 10:58 PM
Setiap amalan dengan niat
Jika Sajat bersih hatinya nak dpt umrah MARLBORO,dia xkan menghina Islam dgn menjadi dua alam
Masa di KLIA pakai jubah spt lelaki smpi Mekah pakai telekong jubah niqab cam wanita.

Itulah pembalasan Allah kpdnya iaitu jutaan memaki hamun dan  mencercanya.

"Doa itu senjata mukmin"

Doa kebaikan utk dpt hidayah itu baik namun doa kpd manusia ZALIM

"Doa terhadap insan zalim tiada hijab antaranya dgn Allah SWT"

Maka Sajat dikira ZALIM .Insan zalim perlu didoakan keburukan sbb dia melampaui batas.
Bumi Mekah  ( Kawasan Tanah Suci ) ,buat 1 amalan ganda 100,000 kali.Begitulah buat 1 dosa,ganda juga 100,000 kali .




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2020 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-2-2020 03:24 PM
Oh sis, insof akak baca ayat last tu sis. Mantap kena sedebuk kat akak gituh.

saya hadiahkan dua video ni untuk sis chazey yang saya hormati.



Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2020 10:51 PM | Show all posts
Sajjad pergi umrah dgn harapan mendapat umrah  mabrur.  Ttpi kini, apa yg dia dpt?  Mabrur  yg sudah berterabur malah menjadi konflik seluruh ummah Islam M'sia.  Kalau ada yg bertanya apa cash yg sudah Allah hempukkan kpd dia,  itulah cashnya bila dia 'dicerca dn dicaci' secara jemaah.  Belum pernah seorang ummah mendapat cercaan ketika pegi umrah ttpi Sajjad menjadi yg pertamanya.  Tidak Sajjad shj yg dicaci malah tertempias sama kpd ibubapanya.  

Niat Sajjad pegi umrah bersama2 keluarga yg asalnya ingin mencari jalan yg benar ttpi tanpa diduga menjadi perjalanan yg menempah mala petaka. Salah sendiri, kenapa megah nak tunjuk foto bertelekung ketika umrah sedangkan tau diri sendiri itu seorang lelaki.  

Miskipun Sajjad masih berada di Madinah,  Sajjad sudah pun timbulkan suasana  gaduh dan terkecoh kpd keluarganya, travel agen yg uruskan umrahnya,  menteri agama, pak mufti dn juga  JPN juga.  Hebat  angkara yg ditimbulkan oleh seorang Sajjad. So di mana mabrurnya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2020 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 3-2-2020 09:29 PM
kalau betul khunsa..aku rasa dah lama dia tukar mcm tak cukup tanah. benda neh dah menafikan hak,men ...

Kalo khunsa mcm arwah yasmin tu takde plak hari2 meratib dia khunsa..fitrah dia pompuan...arwah mama juwie pun khunsa kan?tp dia tau gene laki lg dominan..dia pi umrah ka haji sebgai laki...aku paham certain org yg diuji mcm berperang dlm diri dia...antara fitrah yg betul dan nafsu dia...tp jenis yg pon2 dia sorry ah..bongkak...kalo dgn pompuan bukan main dia nak gaduh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sajat tu masih bersenjata lagi ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2020 11:04 PM | Show all posts
abangbikerz replied at 3-2-2020 10:54 PM
Sajat tu masih bersenjata lagi ke?

keris Taming sari xda


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-2-2020 11:07 PM | Show all posts
abangbikerz replied at 3-2-2020 10:54 PM
Sajat tu masih bersenjata lagi ke?


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2020 11:08 PM | Show all posts
Dr Maza: Isu Sajat bertelekung remeh

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat usahawan sensasi, Nur Sajat yang bertelekung ketika mengerjakan umrah di Makkah hanya perlu dinasihati berbanding perkara itu dibincangkan semua pihak secara meluas.

Mohd Asri berkata, isu Nur Sajat dilihat terlalu remeh sehingga tidak mendatangkan manfaat kepada perkembangan ekonomi negara dan mengembangkan pemikiran rakyat.

“Kita nasihatkan dia (Nur Sajat) sahajalah, rahmat Tuhan itu luas dan mudah-mudahan dengan bermacam peristiwa dan pengalamannya di Makkah, dia berubah.

“Itu sahajalah harapan saya dan kita mendoakan dia untuk kembali ke pangkal jalan kerana kadang-kadang setiap orang ada kesukaran dalam dirinya sehingga terperangkap dengan bermacam keadaan.

“Janganlah kita menyibukkan diri dengan sesuatu berita seperti seorang lelaki memakai telekung dan bersembahyang di kawasan wanita sehingga semua orang nak membincangkannya kerana tidak langsung membantu perkembangan ekonomi dan pendidikan negara kita,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar, hari ini.

Mohd Asri berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perlis (MAIPs) - Pusat Dialisis HTF.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, dia secara peribadi tidak mengetahui motif sebenar Nur Sajat yang memakai telekung dan bersolat di kawasan wanita ketika mengerjakan umrahnya.

“Kadang-kadang sesetengah orang ini ada cara dia dalam mencari publisiti khususnya dalam perniagaan tetapi saya pun tak tahu apa niat sebenar dia dengan bertindak sedemikian. Apapun kita nasihatkan dia...kita kata itu satu tindakan yang salah kepadanya,” katanya.

Menurutnya, melakukan kejahatan di Makkah bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana di sana juga ada penipu umrah, penipu jualan barangan dan pihak yang menipu kemudian membawa lari hajarul aswad selama 20 tahun ke negara mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2020 11:09 PM | Show all posts
Cukuplah Sajad, sujudlah kepada Allah – Dr. Norhafizah Musa
311 Less than a minute

PERBUATAN Muhammad Sajad Kamaruz Zaman dan rakan-rakan lelakinya bertelekung semasa mengerjakan umrah di Tanah Suci yang mencemarkan Islam mendapat teguran daripada pendakwah ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa.

Nasihat pakar motivasi dan penceramah bebas terkenal itu kepada usahawan jutawan tersebut dalam hantaran Instagram beliau hari ini:

“Marilah sama-sama kita doakan agar Allah mengurniakan taufiq dan hidayah kepada beliau (Muhammad Sajad) ini.

“Kembalilah pada jalan yang Allah redhai sekiranya benar beliau seorang lelaki tetapi menukar jantinanya. Para asatizah yang terus memberi nasihat dan teguran, MasyaAllah…teruskanlah…hargailah kesungguhan asatizah kita yang berusaha untuk memperbaiki ummah….sehingga kadang-kadang asatizah juga yang menerima cercaan dan sebagainya.

“Cukuplah Saudara Sajad…Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…Allah takdirkan saudara sampai ke tanah haram…untuk saudara kenal Allah…kenal diri…refleksi diri…pada nama saudara ada penawarnya…penawar: sujud pada Allah…adukan segala-galanya…merayu untuk kembali ke jalan-Nya…masih ada masa dan ruang…Hijrahlah…berlari menuju Allah. Dunia ini sekejap sangat. Jangan zalimi diri kita sendiri.”

Gelagat Muhammad Sajat itu bukan sahaja menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam tetapi turut meresahkan Menteri di Jabatan Perdaha Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof.

Mujahid berkata, tindakan Muhammad Sajat itu boleh memberi kesan terhadap hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2020 11:09 PM | Show all posts
'Tiada pembuktian saintifik Sajjad adalah khunsa' - Mujahid
Februari 03, 2020 20:42 MYT

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan tiada dokumen daripada pihak ketiga yang boleh membuktikan secara saintifik bahawa Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman seorang khunsa.

Menurut beliau, menjadi kewajipan kepada usahawan kosmetik kontroversi itu untuk menunaikan ibadah umrah berlandaskan ketetapan fatwa muzakarah haji berhubung isu melibatkan ibadah haji atau umrah oleh golongan mukhannas.
Dalam masa sama, Sajjad juga haruslah mematuhi kesopanan dan undang-undang Arab Saudi mengikut fitrah kelahiranya dalam melaksanakan ibadah.

"Kami berpegang kepada fatwa yang dikeluarkan oleh fatwa muzakarah haji yang telah jelas menyebut tanpa pembuktian tersebut, dia tetap kekal menjadi seorang yang asal jantinanya adalah lelaki.
"Maka segala hukum hakam yang dikenakan kepada mereka yang menjalankan ibadah umrah dan haji sama seperti lelaki lain," katanya dalam satu klip video yang dikongsikan kepada media di sini pada Isnin.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi pelancongan umrah Albayt Travel (M) Sdn Bhd pada petang Isnin susulan isu yang dipercayai membabitkan Muhammad Sajjad yang mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Mekah sehingga tular di media sosial.

“Saya akan mengambil tindakan tegas tentang perbuatan Muhammad Sajjad yang membuat naik video dan gambar mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Mekah sehingga tular di media sosial yang menimbulkan ketidakselesaan umat Islam.

“Tindakan segera akan diambil oleh SKMM," katanya.

Selain itu, Mujahid menjelaskan tindakan segera mengadakan pertemuan bersama SKMM diambil kerana suruhanjaya berkenaan mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana media sosial yang memuat kandungan yang menimbulkan rasa tidak selesa khususnya kepada umat Islam.


“Oleh kerana itu saya telah meminta nasihat dan memberi pandangan bagaimana satu tindakan yang tegas tentang isu ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Mujahid memberitahu, pertemuan bersama Albayt Travel (M) Sdn Bhd yang membawa Muhammad Sajad dan keluarganya pula bertujuan bagi mengetahui situasi sebenar yang berlaku di Mekah.

Sebelum ini, Muhammad Sajjad berkongsi beberapa klip video dan foto di laman sosialnya ketika menunaikan ibadah umrah.

Perkongsian itu mendapat kecaman dari beberapa individu termasuk Pencetus Ummah (PU) Amin yang kini berada di Tanah Suci.

PU Amin mendakwa perbuatan Muhammad Sajjad itu telah mendapat perhatian pihak berkuasa di Mekah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2020 11:12 PM | Show all posts
R2D2 replied at 3-2-2020 11:09 PM
'Tiada pembuktian saintifik Sajjad adalah khunsa' - Mujahid
Februari 03, 2020 20:42 MYT

................................

Kali ni gua sokong Mujahid
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2020 11:53 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 3-2-2020 10:52 PM
Kalo khunsa mcm arwah yasmin tu takde plak hari2 meratib dia khunsa..fitrah dia pompuan...arwah ma ...

dlm agama ,undang2 negara sekalipun  ada ruang utk khunsa .ini  menipu, dahla bodoh.. menyusahkan org lain pulak.itu tak patut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2020 12:32 AM | Show all posts
Gua ingat Sajat balik naik tongkang kot ...............
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2020 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa nak carut je kat sajad
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2020 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
misz_sha86 replied at 3-2-2020 01:15 AM
ramai ckp biar la dia, itu urusan dia dgn Allah la, itu la, bla bla bla...

Korang bygkan dia dok  ...

Betul yg mana kata biarlah itu hal dia Kita jgn sibuk2 tu otak semua dah out macam sajat
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2020 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 3-2-2020 11:12 PM
................................

Kali ni gua sokong Mujahid

Eden pun kali boleh kata baru berteluq bang mujahid...harap bang mujahid crack pon2 ni..ngegada jek...over2 benor berlagaknya...ada certain org pikir kita ni over reacted dgn sajat n geng...tp dah sajat n gang dah promote mende tak elok..ko nak tgk jek?bebdk kecik boleh bercerita pasal sajat..sihat ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
“Saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, walaupun saya macam ini, saya tahu diri saya dan jiwa saya adalah perempuan.

nah untuk hang sajat. .


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 4-2-2020 07:22 AM
Eden pun kali boleh kata baru berteluq bang mujahid...harap bang mujahid crack pon2 ni..ngegada je ...

1. bro sajad masih di masjidil haram. berlegar2 sbb kerajaan x putuskan pun kena keluar atau x. hak mengusir ni hak kerajaan saudi. yg korang dgr kt media tu semua wyg statement atas kertas. apa yg korang tak tau bro sajad dilindungi kerajaan pakatan (geng puak liberal)
2. dari sini menteri wakanda kita nnti akan tgk either disuruh tarik blk semua statement pasal bro sajad atau dia akan menerima nasib yg sama mcm maszlee.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2020 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ekmal_sorrow replied at 4-2-2020 07:40 AM
1. bro sajad masih di masjidil haram. berlegar2 sbb kerajaan x putuskan pun kena keluar atau x. ha ...

Bukan dah kuar ke dr makkah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2020 08:55 AM | Show all posts
rainbowrainz replied at 4-2-2020 05:17 AM
Betul yg mana kata biarlah itu hal dia Kita jgn sibuk2 tu otak semua dah out macam sajat

sis tkleh brain kepada sesiapa yg Liberal sgt tu..Hello ni hukum agama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.518365 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list