CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmadi_bangi

muzakarah billionaire dan ahmadi_bangi/sheir'ali

[Copy link]
Post time 27-6-2007 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 26-6-2007 06:10 PM

Sunni boleh terima yang syiah sayang kepada Nabi Muhammad dan ahlulbayt, cuma tidak boleh terima cerita yang tak benar tentang sesetengahsahabat yang digambarkan sebagai sangat jahat sehingga murtad.


Memang benar cinta dan kasih orang syiah tidak sama seperti cinta dan kasih orang Sunni terhadap mereka. Orang syiah menganggap mereka ini terlalu suci sehinggakan kepatuhan kepada mereka adalah dituntut secara total dan menyeluruh. Justeru terdapat dikalangan sahabat yang disanjung oleh orang syiah, sepanjang hidup mereka tidak terdapatnya peristiwa-peristiwa yang menyentuh hati dan menyakiti Rasulullah saaw dan ahlul-baitnya seperti Abu Zar, Salman, Miqdad dllnya.
Berbeza di kalangan sahabat yang dikatakan kafir, syiah mengeluarkan hadis-hadis yang dikalangan dikatakan sahabat besar pun  pernah menyakiti dan menghina rasulullah saaw semasa hayat Baginda. Contohnya seperti Umar yang pernah mempertikaikan keturunan Rasulullah dikatakan dari pepohonan yang tumbuh dari tempat pembuangan sampah sehingga Rasulullah pernah berkecil hati.
Banyak riwayat-riwayat yang lain lagi memperlihatkan "sahabat-sahabat" ini ingkar kepada arahan-arahan rasulullah saaw semasa hayatNya lagi. Belum lagi yang berlaku selepas ketiadaan Rasulullah saaw sehingga melahirkan banyak bidaah-bidaah yang bertentangan dengan Islam.

Syiah menganggap mereka boleh menjadi murtad atau kafir atas perlakuan mereka ketika itu dan boleh juga terjadi dalam jangka masa pendek ataupun panjang. Boleh jadi juga mereka telah insaf dan bertaubat selepas itu atau boleh jadi juga terjadi berulang perkara yang sama yang boleh membatalkan syahadah mereka.

Mungkin bagi golongan syiah yang ekstreme seperti mazhab Imamiyah aliran Akhbari atau Syiah ghulat yang lain terus menerus mengkafirkan mereka namun bagi Syiah Imamiyah aliran Usulli tidak sedemikian. Namun demikian peristiwa-peristiwa "sahabat-sahabat" yang bersengketa diantara mereka sehingga berbunuh-bunuhan tidak mereka sorokkan. Terpulanglah sesiapa yang membaca dan mengetahuinya menilai sendiri sama ada kafir ataupun tidak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2007 12:22 AM | Show all posts
So maknanya tak berdosa kalau kita mengkafirkan Abu Bakar, Umar & Uthman. Ajaran islam ke ajaran apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 12:32 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 27-6-2007 12:03 AM
Berbeza di kalangan sahabat yang dikatakan kafir,syiah mengeluarkan hadis-hadis yang dikalangan dikatakan sahabat besarpun  pernah menyakiti dan menghina rasulullah saaw semasa hayatBaginda. Contohnya seperti Umar yang pernah mempertikaikan keturunanRasulullah dikatakan dari pepohonan yang tumbuh dari tempat pembuangansampah sehingga Rasulullah pernah berkecil hati.


Terdapat banyak pula riwayat sahih dari Rasulullah tentang kelebihan Umar RA (dan Abu Bakr RA). Rujukan berbeza... pegangan masing-masing
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 12:58 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 27-6-2007 12:22 AM
So maknanya tak berdosa kalau kita mengkafirkan Abu Bakar, Umar & Uthman. Ajaran islam ke ajaran apa ni?


Kalau perbuatan mereka itu mengundang kepada terbatalnya syahadah...nak kato apo lagi bang??

Selamat Malam....esok den sambung lagi yo!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 05:06 PM | Show all posts
Salam semua
Ni lah jawapan saya kepada anda Sheir,saya ringkaskan sebab nampaknya sampai ke sudahpun kita tak kanpernah berdamai dengan hujjah masing2 dan nampaknya anda pun dahpesongkan perbicangan ni jauh dari perbincangan asalnya. Tentangpermintaan anda utk minta sedikit masa tu, sebenarnya dah lama sangatperbincangan ni dan dah lama sangat anda beroleh amsa utk itu. Tapiia bukanlah sebab utama saya mahu tamatkan perbincangan ni sebabsebelum ni pun saya dah lama melayan karenah anda ni tapi sebabpenting tindakan saya ni ialah tugasan baru yg buatkan saya betul2payah utk duduk lama mencari info dan mentelaah khusus babcomparative belief ni dan saya tak mungkin punya masa lagi di hadapankomputer utk itu seperti sebelum ni. Saya sedang menggalas tugasbesar yg lebih bermakna kepada agama saya dan lebih utama dariseluruh dunia dan kehidupan saya. Ni pun dah lepas sekian lama dapatjuga saya mengintai-ngintai kat forum ni, tu pun jawab secara briefsajalah.
Ucapan saya kepada Ahmadi Bangi kalaubeliau masih mengikuti Thread ni, cerilah kebenaran dan bersabarlahdalam menerimanya walau bagaimana pahitpun ia. Allah bersama org2 ygsabar.
Wassalamualaikum warahmatullah
Allahumma Salli 慉laa Muhamamad waaali Muhamamd. Allahummal抋n awwala Zhalim, Zhalamal Haqqa Muhamamdwa Aali Muhammad!

Mengenai sifat2 Imam

Kami memahaminya lain dari apa ygdifahami org2 diluar Syiah. Ini pegangan Syiah, bahawa AmirulMukminin a.s menyatakan bahawa menuhankan Aimmah adalah haram dansebagai bentuk pensyirikan, dan manakala Allah SWT telahpun berfirmandi dalam al-Quran yg mulia bahawa tidak ada sesuatupun ygmenyerupaiNya. Inilah pegangan Syiah di mana ini bererti hadis2 ygdibawakan di dalam Syiah tidak difahami sama seperti fahaman org2selain mereka namun mereka suka membuat membuat penghakimanberdasarkan pengetahuan mereka. Saya alhamdulillah faham bahawa Imambukan Tuhan walaupun seumpamanya mereka memakai sifat2 Tuhan keranapenjelasan mereka telah kukuh menyatakan bahawa Allah tidak ada ygmenyerupaiNya. Kedunguan sesetengah manusia telah mengakibatkanberlakunya penyelewengan seperti menuhankan mereka dan jugabarlakunya penuduhan kepada mereka dengan tuduhan2 yg salah.

Murtadha Askari
Sebenarnya anda hanya memanjang2kan ttgini. Saya sendiri pun tak berhujjah dengan kitab ini, sekadarmenyentuhnya pada awal isu Abdullah bin Saba dibangkitkan. Itu sahajadan tak lebih dari itu. Namun anda selepas berminggu2 masihmembawakan isu Mustadha Askari sehingga tampak seolah2 saya dalam halini turut sama bingung seperti anda dalam bab ini. Sepatutnya andaperlu lebih bijak dalam perbincangan tidak meleret2 pada hal yg tidaksepatutnya. Jangan jadi seperti budak2 kecil yg belum sempurnaakalnya yg apabila diamankan dari bergaduh, masih mahu menerkamkepada lawannya.  Dan jgn juga jadi seperti lembu gila yg menyondol2kain merah tapi membiarkan matador yg sebenarnya lebih utama utkdibereskan.

Dan saya pun tidak pernah mengatakan sanad ttg Abdullah bin Saba ni hanya datang dari Saif, sebab sayatahu ada sumber lain agi. So mengapa bersusah payah nak membuktikansebaliknya?
Akhir sekali, org2 Syiah tidakmenjadikan satu sumber sebagai bukti. Sekiranya benar Murtadha Askaritelah salah dalam hak ini, kita tinggalkan mana2 yg salahdaripadanya, dan menerima hanya yg benar, dan ini bukan hanya kepadaMurtadha Askari tetapi juga menerima apa sahaja yg benar baik darikawan mahupun lawan. Ini pegangan Syiah.

Abdullah bin Saba
Bila watak ini benar2 wujud sepertigambaran watak James Bodnya maka adalah mustahil utk diterima oleh pengikut Ahlul Bait apatah lagi apabila Imam2 mereka sendiri telahmenolaknya (berdasarkan hadis2 yg dipetik Sheir). Dan selepaskematian Abdullah bin Saba
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 18-6-2007 05:44 PM


Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Rasulullah SAW, para keluarga dan sahabat-sahabatnya....     

PEsan RSAW kepada kita semua

Sahabat-sahabatku  ibarat bintang dilangit,  ...


Perlu ke saya menjawab org yg telahmenutup hati, membutakan mata dan menulikan telinganya seperti andaini? Tapi cukuplah saya nayatakan bahawa dalam hal ini, kami telahpuas berpegang kepada ibu kami Fathimah a.s yg menolak, danmemutuskan silaturrahim dengan khalifah idola anda. Dan kerananyakami takkan tersesat kerana bukankah 揝ahabat2 kami adalah sepertibintang2 di langit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2007 05:18 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 27-6-2007 12:22 AM
So maknanya tak berdosa kalau kita mengkafirkan Abu Bakar, Umar & Uthman. Ajaran islam ke ajaran apa ni?


dalam forum ini sentiasa akan ada orang2 yg ingin turut serta dalam perbincangan tanpa faham ttg apa yg dibincangkan melainkan hanya mahu petik dan tahu isu2 yg sesuai dengan nafsunya semata2. Dan sentiasa akan ada orang dalam fiorum ni seperti

a) Gapodio : yg ingin mengetahui dan bersikap terbuka dengan memahami bahawa akibat perbezaan sumber, maka Sunni dan Syiah masing2 saling salah menyalahi. Dan ini adalah wajar kerana sumber2 yg berbeza.

b) Tobby: Yg hanya ingin pendapat dan jawapan yg sesuai dengan kepercayaan  dan puas sekiranya jawapan itu tidak menyalahi  pegangan2 yg diyakini dalam tempurung kepalanya. Beginilah Pegangan orang kampung Tualang 3 zaman jepun yg belum pernah bertemu Internet dan tak pernah tahu adanya pendapat2 lain selain pendapat mereka. Dan menjadikan kejahilannya sebagai kayu pengukur kebenaran.

maka di antara  kedua  jenis manusia ini, jenis yg pertama lebih sesuai utk diajak berbicara dalam isu2 perbezaan mazhab ini. Adapun yg kedua, kita senyum2 sajalah  
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 05:22 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 18-6-2007 08:18 AM


Salam...

Maaflah jika saya tak sepatutnya masuk ke sini (sebab thread ni nampak macam muzakarah antara 2 orang saja).

Cuma saya terpanggil untuk memberi penjelasan (mengikut apa yang sa ...

Jadi Ali (RA) telah akhirnya memberi Bai'at kepada Abu Bakr (RA) secararela hati, walaupun terdapat sedikit tidak puas hati pada awalnyakerana tidak dirujuk (berkaitan apa yang berlaku secara spontan diSaqifah menyebabkan Ali tidak diberi kesempatan untuk dirujuk, bukannyaAbu Bakar dan Umar sengaja tidak merujuk kepada keutamaan pandanganSayyidina Ali)


Itu hanya harapan dan andaian anda. Dansaya pun telah mengemukakan soalan saya kepada anda yg anda tidakpernah cuba menjawabnya, juga di sini:http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=276293&extra=page%3D1&page=5
Kalaulahkerana 搘e got right
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2007 05:25 PM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 26-6-2007 12:07 AM


maknanya disisi syiah, sahabat nabi Abu Bakar R.A itu seumpama sunni melihat si Abu Jahal.

fahaman yg salah akibat kejahilan akan sentiasa membuahkan pendapat2 dangkal seperti ni....
Syiah melihat sahabat2 yg salah adalah salah
meanakala Sunni memaksumkan semua sahabat!

Kalau org2 Syiah itu dianggap salah kerana menolak sebahagian sahabat yg dibuktikan dari sumber2 mereka sebagai telah bersalah, maka orang2 Sunni pada satu bahagian pula patut juga dipertikaikan kerana menyucikan kesemua kesalahan sahabat. Sekarang sudi belajar dulu sebelum mengeluarkan pendapat?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 26-6-2007 11:19 AM
soal jawab mengenai doa saname quraish:

Salam-

I am not sectarian lets just get that out of the way  , now i have a few questions about the issue of the Sahaba, more ofcourse Abu Bakr , Um ...

Doa saname quraish didakwa dari Saidina Ali r.a.?


itu keyakinan kami dan saya tak fikir persoalan itu patut merunsingkan anda tuan moderator...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 06:29 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 27-6-2007 05:22 PM
Itu hanya harapan dan andaian anda. Dansaya pun telah mengemukakansoalan saya kepada anda yg anda tidakpernah cuba menjawabnya, juga disini:http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=276293&extra=page%3D1&page=5


Anda juga membuat kesimpulan berdasarkan harapan yang sumber2 anda tu betul. Tak mengapa pada saya. Dan saya telah menyatakan jawapan saya yang mana anda tidak menerima dan menolaknya sebagai andaian semata-mata, dan kata saya tak pernah jawab pula.

Tentangbaiah secara relahati, marilah saya berikan anda kata2 hadis itusendiri agar anda kelaktak boleh menghujah saya lagi. Sayatinggalkan anda bersama dengannya,yakni sumber terbesar anda selepasal-Quran dan carilah jawapannyadengan hati yg ikhlas. Entah bilakanbertemu lagi, wassalam.
http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/bukhari/059.sbt.html#005.059.546
搮So Abu Bakr refused to giveanything of that to Fatima. So she becameangry with Abu Bakr andkept away from him, and did not task to him tillshe died. Sheremained alive for six months after the death of theProphet. Whenshe died, her husband 'Ali, buried her at night withoutinforming AbuBakr and he said the funeral prayer by himself. WhenFatima wasalive, the people used to respect 'Ali much, but after her death,'Ali noticed a change in the people's attitude towards him.SO Ali sought reconciliation with Abu Bakr and gave him anoath of allegiance.擺/u]
So mana sukarelanya?


Ini satu sumber, yang mana tidak diberikan penjelasan yang mendalam terhadap situasi sebenarnya, maka kalau kita ambil satu sumber dari terjemahan ini tanpa mengambilkira sebab2 berlakunya sedemikian, maka tak mustahil kesimpulan yang salah berlaku.

Kalau Ali RA tidak secara sukarela berbai'at kepada Abu Bakr RA, dan berdendam dengannya, tahukah anda Ali RA sendiri ada mengambil untuk menjaga anak kandung Abu Bakr RA, iaitu Muhammad bin Abu Bakr, setelah kefawatan Abu Bakar? Ini menunjukkan sifat Ali yang tidak berdendam dan ikhlas kpd Abu Bakr dan keluarganya.

Jika anda quote dari sahih bukhari hanya sekadar untuk mematahkan hujjah Sunni, saya rasa anda tidak adil kerana anda tidak mengambil kesemua dari sahih bukhari. Anda hanya ambil yang sesuai dengan kehendak dan fahaman anda, sedangkan Imam Bukhari memasukkan yang sahih, walaupun adakalanya memihak kepada Ali dan adakalanya memihak kepada sahabat lain. Banyak lagi dalil kelebihan Abu Bakr dan Umar dari sahih bukhari yang mustahil kalau mereka ini telah murtad. Jika anda ragu2 dengan Sahih Bukhari sepatutnya anda tolak terus kesemuanya.

Para muhaddithin telah menentukan kaedah untuk mempercayai perawi2. Dan Imam Bukhari sendiri ada menyatakan perawi2 yang diketahui dari golongan syiah banyak memalsukan hadith. Mereka banyak meriwayatkan yang sanadnya dari ahlul bayt yang mana orang syiah anggap suci dan tak boleh salah.

Sememangnya benar, ada di kalangan sahabat yang murtad berdasarkan hadith. Namun, siapa yang murtad tu kita sendiri tidak tahu, walhal Nabi sendiri tidak tahu di akhirat nanti di mana malaikat akan menjelaskan kepada Nabi siapa yang murtad. Mustahil orang yang diberi jaminan oleh Nabi dapat syurga di dunia ni boleh murtad. Anehnya, orang syiah boleh tahu (makam lebih tinggi dari Nabi).

Wallau a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 03:12 AM | Show all posts
salam bill,

bill usuli sama mcm grave ke? kat forum ni kawan2 syiah yg akhbari saper? pipi ke? he he
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 07:57 AM | Show all posts
Syukurlah semuanya sudah jelas & terang benderang sekarang. kalau dulu rakyat Msia masih was-was sama ada betul atau tidak Syiah mengkafirkan & mencerca para sahabat. sekarang semuanya sudah jelas. Terbongkar jua akhirnya walaupun awalnya mrk berselindung2 utk memaki para sahabat. dulu susah gak nak jawab kalau ada yg bertanya "betul ka syiah mengkafirkan khalifah2 selain Ali R.A ?"  Sekarang semua menjadi lebih mudah "Yes, confirm! memang Syiah dgn terang lagi jelas mengkafirkan khalifah2 selain Ali R.A". So mari ramai2 kita pantau & bendung anasir Syiah dari masuk ke negara ini. Amin Ya Rabbalalamin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 28-6-2007 03:12 AM

bill usuli sama mcm grave ke? kat forum ni kawan2 syiah yg akhbari saper? pipi ke? he he


nahzaluz pulak macam mana? Salafi ikut Arab Saudi ker ataupun ikut Qardhawi ataupun salafi yang telah di Malaysia kan ikut acuan Hadhari?
Heheh..lama tak masuk forum ni yer? Tak mau ambil balik jawatan dari Ibnur ker? Kesian dia dah keletihan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 28-6-2007 07:57 AM
Syukurlah semuanya sudah jelas & terang benderang sekarang. kalau dulu rakyat Msia masih was-was sama ada betul atau tidak Syiah mengkafirkan & mencerca para sahabat. sekarang semuanya su ...


Apa yang boleh anda lakukan???

Anda tak tahu ke bahawa sekarang ini terdapat ribuan rakyat Malaysia yang telah pun menjadi syiah? Dengan langit yang terbuka luas maka terdapat kebebasan untuk mereka memilih jalan mereka sendiri. Syiah sekarang ini tidak lagi asing bagi mereka yang sentiasa dahaga dalam mencari kebenaran dan suatu yang membanggakan bahawa yang menjadi syiah bukan kutu-kutu berhaq yang boleh dicucuk hidung mereka tapi adalah para ilmuan, sarjana, ustaz-ustaz, imam malah para ulama pun ada yang telah mengkaji serta bukan mengikut membuta tuli. Ishk..ishk anda tak sedar kah perkara ini??

Kafir-mengkafir??

Kalau di suatu pihak mengatakan kafir beserta dalil mereka sendiri justeru anda di pihak yang bertentangan maka apa yang mau kamu lakukan? Anda mau membunuh diri mengebom mereka ka untuk dapatkan anak-anak dara di syurga nanti?? Jika ini cita-cita anda maka lebih baiklah anda pergi ke Afghanistan, Iraq atau Israel yang musuhnya jelas di depan mata anda.

Nanti sambung lagi....ada pelanggan pulak dah tiba. Bye!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 27-6-2007 06:29 PM
Ini satu sumber, yang mana tidak diberikan penjelasan yang mendalam terhadap situasi sebenarnya, maka kalau kita ambil satu sumber dari terjemahan ini tanpa mengambilkira sebab2 berlakunya sedemikian, maka tak mustahil kesimpulan yang salah berlaku.
...


Saya nampak yang billionaire paste tu pun ada bahagian penting yang tak dimasukkan.  Lihat sini: http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/bukhari/059.sbt.html

hadith # 546

sambungan kepada petikan billionaire...  saya nak boldkan yang penting

'Ali had not given the oath of allegiance during those months (i.e. the period between the Prophet's death and Fatima's death). 'Ali sent someone to Abu Bakr saying, "Come to us, but let nobody come with you," as he disliked that 'Umar should come, 'Umar said (to Abu Bakr), "No, by Allah, you shall not enter upon them alone " Abu Bakr said, "What do you think they will do to me? By Allah, I will go to them' So Abu Bakr entered upon them, and then 'Ali uttered Tashah-hud and said (to Abu Bakr), "We know well your superiority and what Allah has given you, and we are not jealous of the good what Allah has bestowed upon you, but you did not consult us in the question of the rule and we thought that we have got a right in it because of our near relationship to Allah's Apostle ."
Thereupon Abu Bakr's eyes flowed with tears. And when Abu Bakr spoke, he said, "By Him in Whose Hand my soul is to keep good relations with the relatives of Allah's Apostle is dearer to me than to keep good relations with my own relatives. But as for the trouble which arose between me and you about his property, I will do my best to spend it according to what is good, and will not leave any rule or regulation which I saw Allah's Apostle following, in disposing of it, but I will follow." On that 'Ali said to Abu Bakr, "I promise to give you the oath of allegiance in this after noon." So when Abu Bakr had offered the Zuhr prayer, he ascended the pulpit and uttered the Tashah-hud and then mentioned the story of 'Ali and his failure to give the oath of allegiance, and excused him, accepting what excuses he had offered; Then 'Ali (got up) and praying (to Allah) for forgiveness, he uttered Tashah-hud, praised Abu Bakr's right, and said, that he had not done what he had done because of jealousy of Abu Bakr or as a protest of that Allah had favored him with. 'Ali added, "But we used to consider that we too had some right in this affair (of rulership) and that he (i.e. Abu Bakr) did not consult us in this matter, and therefore caused us to feel sorry." On that all the Muslims became happy and said, "You have done the right thing." The Muslims then became friendly with 'Ali as he returned to what the people had done (i.e. giving the oath of allegiance to Abu Bakr).

-------------------------------------------------------------
Memang ada bahagian ditinggalkan iaitu bahagian yg menyatakan bahawa Saidina Ali r.a. tidak berbaiah pada mulanya kerana dia merasakan bahawa dia juga ada hak ke atas jawatan khalifah sebab hubungannya dengan Rasul s.a.w.  Itu pun dinyatakan dengan ayat begini '....and we thought that we have got a right in it ..." (kami fikirkan bahawa kami mempunyai hak).  Dan Saidina Ali r.a. tak sebut pun 'kami yang berhak.'

Seterusnya diterangkan juga pendapat S.Abu Bakar ra dan S.Ali ra berkenaan tanh fadak.

Nampak kes ni selesai dengan aman dan tiada apa-apa masaalah.  manhaj mereka kekal sama dan tiada perbezaan.  Kecuali kalau shiah menyatakan bahawa Saidina Ali r.a. bertakiyah!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2007 07:24 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 28-6-2007 11:31 AM
Nampak kes ni selesai dengan aman dan tiada apa-apa masaalah.  manhaj mereka kekal sama dan tiada perbezaan.  Kecuali kalau shiah menyatakan bahawa Saidina Ali r.a. bertakiyah!!
...


ya tepat sekali..........dah tak modal lain melainkan terpaksa guna modal 'takiyah'.  jgn sampai anggap Rasulullah pun 'bertakiyah' bila menyebut nama2 sahabat yg dijamin syurga . sana sini  takiyah .....di mana2 pun tak dak modal lain melainkan modal takiyah.

off topic: .....Nalakaruppan pun tak pandai 'bertakiyah' walaupun diancam dgn hukuman mandatori gantung sampai mati kerana lesen senjata apinya sudah expired oleh polis Malaysia utk menguatkan kes dakwaan liwat Anwar Ibrahim dulu. tapi sekarang Nalakaruppan dah pun keluar parti Keadilan....ha..ha...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2007 12:23 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 27-6-2007 06:29 PM

Jika anda quote dari sahih bukhari hanya sekadar untuk mematahkanhujjah Sunni, saya rasa anda tidak adil kerana anda tidak mengambilkesemua dari sahih bukhari. Anda hanya ambil yang sesuai dengankehendak dan fahaman anda, sedangkan Imam Bukhari memasukkan yangsahih, walaupun adakalanya memihak kepada Ali dan adakalanya memihakkepada sahabat lain. Banyak lagi dalil kelebihan Abu Bakr dan Umar darisahih bukhari yang mustahil kalau mereka ini telah murtad. Jika andaragu2 dengan Sahih Bukhari sepatutnya anda tolak terus kesemuanya.


Memang benar bahawa orang-orang syiah tidak mengambil keseluruhan hadis-hadis daripada bukhari kerana jika terdapat periwayat-periwayatnya yang terdiri daripada golongan Nasibi atau pembenci Ahlul-Bait maka ianya adalah tertolak. Begitu juga hadis-hadis daripada kitab sunni yang lain dimana jika ia adalah mengenai kebesaran dan memuji Rasulullah saaw dan ahlul-baitnya maka ia tentu diterima oleh mereka.

Perselisihan antara sahabat nabi khususnya perlantikan khalifah memang mengundang banyak persoalan sehingga menimbulkan perpecahan antara umat dahulu dan sekarang.

Memang benar Imam Ali AS telah membaiat Abu Bakar akhirnya namun jika bersandarkan hanya kepada peristiwa ini saja tanpa menimbulkan persoalan-persoalan sebab dan akibat maka selesailah cerita. Namun bagi orang-orang yang ingin menggali sejarah kebenaran khususnya seperti si penggali kubur berbagai-bagai persoalan boleh di timbulkan.

Mengapa selepas 6 bulan baru Imam Ali AS membaiat Abu Bakar sebagai khalifah dan seterusnya Umar?
Apakah posisi Khalifah itu sama seperti Imamah yang menjaga Agama? Bukankah Umar sendiri pernah berkata bahawa 'binasalah Umar jika tidak ada Ali'.
Bukankah Imam Ali AS pernah mencari pendokong-pendokong untuk mengembalikan haknya sebagai pemimpin namun tiada sambutan dikalangan yang dikatakan sahabat nabi kecuali beberapa orang saja sehingga Imam ali mengeluh 'andainya ku temukan 40 orang yang akan bersama ku maka akan ku perangi mereka yang telah merampas hak ku'.

Sebenarnya banyak lagi persoalan-persoalan yang boleh dikemukakan di atas peristiwa yang menyebabkan perpecahan umat ini. Cukuplah sekadar kita melihat bahawa betapa tingginya sikap takwa dan sabar Imam Ali AS menghadapi keadaan tersebut yang  beliau sifatkan sebagai ia tercucuk dan berdiri di atas duri-duri yang diletakkan di hadapannya. Dengan pengorbanan yang begitu besar dilakukan oleh Imam Ali AS atas haknya maka Islam sebenar terus tersebar sehingga hari ini. Jika lah Imam Ali AS melakukan penentangan sehingga ia terkorban pastinya Islam hari ini akan dipenuhi oleh bidaah-bidaah yang menyesatkan oleh orang-orang yang membenci Ahlul-Bait AS dan khususnya Rasulullah saaw.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2007 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 1-7-2007 12:23 AM


Memang benar bahawa orang-orang syiah tidak mengambil keseluruhan hadis-hadis daripada bukhari kerana jika terdapat periwayat-periwayatnya yang terdiri daripada golongan Nasibi atau pembenci  ...




dalam satu hadith tolak bahagian bawah ...  tinggal bahagian atas...  perawi nya sama jugak...  apasal pulak separuh sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 1-7-2007 12:23 AM

Memang benar bahawa orang-orang syiah tidak mengambil keseluruhanhadis-hadis daripada bukhari kerana jika terdapatperiwayat-periwayatnya yang terdiri daripada golongan Nasibi ataupembenci Ahlul-Bait maka ianya adalah tertolak. Begitu juga hadis-hadisdaripada kitab sunni yang lain dimana jika ia adalah mengenai kebesarandan memuji Rasulullah saaw dan ahlul-baitnya maka ia tentu diterimaoleh mereka.


Jika sedemikian eloklah listkan sahabat2 yang dikira nasibi. Setahu saya, semua sahabat2 unggul sangat rapat dengan Nabi dan juga kepada Ahlul Bayt. Jika berlaku berbeza pendapat, itu hanyalah dari soal ijtihad masing2, bukannya dari kebencian dalam hati.

Syiah ambil sebahagian dari Bukhari
Imam Bukhari sendiri dalam mengumpulkan hadith2, telah begitu teliti dalam membuat pengkelasan. Jika syiah boleh 'pick' and 'choose' bermakna syiah lebih teliti dari Imam Bukhari sendiri. Kalau dah begitu teliti, tak perlu lah nak rujuk Bukhari lagi sebab Bukhari pun silap (ada riwayat dari Nasibi).

Bagaimana pula dengan riwayat yang sama, tapi diambil bahagian tertentu saja?

Taqiyyah
Syiah sendiri pun mengaku ada yang bertaqiyyah. Sedangkan Taqiyyah dalam agama adalah dilarang dalam Islam. Jadi kalau Ulama2 syiah diharuskan bertaqiyyah, siapa yang lebih benar riwayatnya? Adalah tidak mustahil mereka bertaqiyyah juga untuk menyebabkan orang lain benci sahabat2 nabi.

Yang mana lebih dipercayai
Imam2/perawi syiah yang boleh bertaqiyyah vs Sahih Bukhari (tidak mengamalkan taqiyyah)

Syiah percaya Quran
Sedangkan dalam Al Quran Allah melaknat para2 pendusta. Bertepatan dengan begitu banyak hadith2 nabi melarang berbohong atau membuat pengakuan palsu (taqiyyah)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.296731 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list