CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Melayu Utara Cakap Siam

[Copy link]
Post time 2-11-2009 01:20 PM | Show all posts
Kedah adalah tempat membuat Pedang yang terbaik Di Asia Tenggara Sampai Eksport ke India dan Asia Barat......
HangPC2 Post at 1-11-2009 17:46




ko cuba la banding ngan mana-mana pedang yang ko tahu.aku jumpa masa umur aku 22 tahun kat tanah moyang aku.masa jumpe tu hulu dia dah takde...sbb tak tau nak buat ape,aku campak balik dalam semak...sampai skrg tak jumpe2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2009 12:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 3-11-2009 00:59

F. Sultan Abdul Hamid Halim Shah, 1882-1943

Sultan Kedah yang ke 25 yang banyak membuat lawatan ke luar negeri. Pada zamannya, Kedah mengalami arus pembangunan dan pemodenan sehingga baginda terkenal dalam Sejarah sebagai "Bapa Kedah Moden.

Di antara tokoh-tokoh pentadbir yang terkenal di zaman baginda ialah YTM Tunku Abdul Aziz dan YTM Tunku Ibrahim (Putera Sulungnya) Dato Wan Mohd Saman (Perdana Menteri) dan Haji Wan Sulaiman (Syaikul-Islam).

Usaha untuk memajukan pertanian terbukti dengan terbinanya Terusan Wan Mohd. Saman (1885). Dalam bidang pentadbiran, bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi di samping penggunaan Takwim Hijrah.
              
Pada 17hb. Mei 1897, wilayah Setul dan Perlis dikembalikan kepada baginda. Baginda menghantar Ku Baharuddin (Ku Din) bin Ku Meh menjadi Pesuruhjaya atau wakil baginda di Setul. Dengan Perjanjian Bangkok 1909, Kedah bertukar naungan dari Siam kepada Inggeris. Setul dan Perlis terpisah dari Kedah.

Pendudukan Siam Ke Atas Kedah   
  

Setelahkemangkatan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah, Kedah mula dibayangisengketa yang dicetuskan oleh pihak Siam. Pihak Siam telah menyerangdan menduduki Negeri Kedah dan jajahan-jajahannya pada tahun 1821.Walau bagaimanapun, kerajaan Siam menghadapi kesukaran memerintahmemandangkan sikap rakyat di negeri ini yang masih kukuh berpegangteguh kepada institusi kesultanan Negeri Kedah.

Tindakan kekejaman oleh Siam ke atas penduduk di sini seperti menyiksa, membakar rumah dan bahan makanan serta merampas harta benda akhirnya mencetuskan satu tindakan serangan balas secara besar-besaran yang didokongi oleh angkatan sukarelawan yang hadir dari seluruh pelusuk negeri-negeri Islam di nusantara.

Seranganini diketuai oleh Tengku Muhammad Akib, Datuk Wan Mohamad Ali dan seorang ulama terkenal dari tanah Palembang, As-syahid Syeikh Abdul Samad Palembang pada tahun 1838. Angkatan tentera ini telah mara hingga ke Pattani, Hat Yai dan Singgora, tetapi akhirnya diundurkan oleh Siam dengan bantuan Inggeris yang bersikap talam dua muka ketika itu. - memorikedah.net

Sikap Kompromi Siam - Kewujudan Negeri  Perlis

Walaubagaimanapun, perkembangan ini memaksa Siam memikirkan tindakanberkompromi dalam hal pentadbiran Negeri Kedah dan jajahan-jajahannya.Raja Besar Siam, Raja Nang Khlau (Rama III), akhirnya memanggil pulanggabenor Siam di Alor Ganu, Kedah yang dilantik menguasi Negeri Kedahdan menggantikan kuasa mentadbir Negeri Kedah serta jajahannya kepadapembesar-pembesar tempatan pada penghujung tahun 1839.

Perlantikanini dilaksanakan setelah Negeri Kedah dan jajahannya dibahagikan kepadaempat buah negeri berasingan iaitu Perlis, Setul, Kubang Pasu danKedah. Keempat-empat negeri ini diletakkan di bawah pentadbiran gabenormasing-masing.

Bagi Negeri Perlis, Raja Long Khrok (Paduka Seri Maharaja Lela) dilantiksebagai gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalanbeliau. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi Negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status jajahan kepada status sebuah negeri. Pada saat ini, Perlis mendapat identiti sebagai sebuah unit politik yang tersendiri, mempunyai gabenor dan diberi mandat mentadbir negeri sendiri oleh pihak Siam.

ihsan: rajamenangis.blogspot

Haram jadah, British bangsat dok masuk campur hal orang, zaman lani, smua pon jadi kelang kelibut! Pangkat Sultan Kedah pon turun jadi gubenor ja n negeri2 jajahan pon terpecah habis. Setul dulu jajahan Kedah jugak, tapi Ku Den tak puas hati dengan Sultan Kedah, dia memberontak n kemudian pilih nak masuk dengan Siam. Orang Setul pon terima ja lah, malas nak cerita panjang. Ni lah yang Siam nak. Kubang Pasu nyaris nak jadi negeri dah, tapi Tengku Anom setia gak kat Sultan n rakyat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2009 01:12 AM | Show all posts
Owh, Sheikh Abdussamad al-Falimban sebenarnya anak orang Kedah. Beliau xmo pakai nama clan bapak beliau sebab segan n xmo calit nama buruk kat bapak beliau. Beliau anak tunggal dari isteri kedua penasihat Sultan Kedah tapi dok di Palembang sana.

Bapak beliau tu penasihat agama Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa II n beliau asal dari Yemen, satu tempat nama al-Mahdali. Kisah Sultan Kedah tu berguru agama dengan bapak Syeikh Falimban tu ada aku rasa, banyak orang cerita. Orang keturunan Arab Kedah lani xngaku dah Arab2 n jarang nak pakai balik nama gelaran Arab. Depa suka mengaku jadi Melayu n hidup sama macam Melayu ja, ramai jugak tak tahu pasal keturunan sendiri melainkan kalu depa rujuk balik asal-usul kampung asal depa.

Ow, satu lagi mak kepada Raja Siam, Rama III, Chao Choum Riam (Sri Suralaya) tu orang Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2009 06:47 PM | Show all posts
Aku rasa Chao Choum Riang, mak kepada Rama III ni orang Islam keturunan Kedah la. Pangkat dia cuma gundik saja bagi Rama II laknat, jadi Rama III bukan anak gahara la. Aku dengar depa letak dia dekat dengan dapur Istana.

Rama III (Putera Thap) pegang pangkat Maharaja cuma untuk pangku kerajaan sblom Mongkut (Rama IV) naik. Rama III xada anak. Ada kemungkinan Siam takot anak2 Rama III rampas kuasa Rama IV kalu dia ada anak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 08:59 AM | Show all posts
Sedutan Syair tentang penentangan Syed Kudin ke atas Ligur Siam.

Lima ribu melayu Seberang Prai
Ratusan pula dari Pulau berderai
Tunku Kudin susun kelarai
serang siam lari bercerai


Siam bertegas kompeni tak lengai
Kepung pantai serta sungai
Kapal Zephyr,Emerald sampai
lengkap senjata segala sepai

Inggeris kata Kudin perompak
Inggeris penyamun ,haram tak nampak
berlaku perang terajang sepak
Siam dibantu kompeni celapak

Tunku Sulaiman hendak membantu
Dengan Kudin ingin bersatu
Inggeris intai bagaikan hantu
Segala rancangan terbantu buntu

Kaum penjajah memang celaka
menghisap darah macam puaka
ingat pesanan jadikan pesaka
setaip musuh jangan diberi muka
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 02:26 PM | Show all posts
Sedutan Syair tentang penentangan Syed Kudin ke atas Ligur Siam.

Lima ribu melayu Seberang Prai
Ratusan pula dari Pulau berderai
Tunku Kudin susun kelarai
serang siam lari bercerai


Siam ber ...
sayapghaib Post at 5-11-2009 08:59



Apa Tajuk Syair nih ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2009 03:46 PM | Show all posts
SYAIR NEGERI KEDAH tapi bukan yg Sultan Ahmad Tajuddin punya

Yang ni karya Cikgu Abdul Halim Haji Salleh .Dia orang Kokdiang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 03:48 PM | Show all posts
Ada satu lagi Syair Negeri Kedah Karya Sultan Ahmad Tajuddin.Guna bahasa lama.Sebab memang ditulis 200 tahun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2009 06:18 PM | Show all posts
Ada satu lagi Syair Negeri Kedah Karya Sultan Ahmad Tajuddin.Guna bahasa lama.Sebab memang ditulis 200 tahun lalu.
sayapghaib Post at 5-11-2009 15:48


menarik2.... mintak kongsi sama kita kalu ada ya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 06:44 PM | Show all posts
banyak pengetahuan hang genot
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 10:11 AM | Show all posts
169# genot

Tak larat nak taip maaa.Takdak scanner hi hi hi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 11:04 AM | Show all posts
169# genot

Syair Sultan Ahmad Tajuddin tu namanya Syair Duka Nestapa
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 12:19 PM | Show all posts
kat tok_wann pun ada beberapa syair dari negeri kedah nih....
nanti lepas jumaat ker , atau malam nih tok_wann antar kat sini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2009 01:58 PM | Show all posts
kat tok_wann pun ada beberapa syair dari negeri kedah nih....
nanti lepas jumaat ker , atau malam nih tok_wann antar kat sini....
tok_wann Post at 6-11-2009 12:19


sempoiii!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 10:25 AM | Show all posts
Bendera Siam




Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 02:03 PM | Show all posts
Macam Keris ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2009 02:06 PM | Show all posts
Gambaran Masyarakat Siam dari Pengembara Jepun




Sources : http://record.museum.kyushu-u.ac.jp/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2009 02:08 PM | Show all posts
Bendera dia ada lambang Chakra besar... Tanda maharaja dia pengikut Vishnu. Bendera ni kurun ke berapa punya? Sebab dinasti Chakri maksud dia dinasti Chakra Lakshmi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 02:28 PM | Show all posts
Peperangan yang tidak henti-henti antara Burma dengan Siam, yang bermula pada tahun 1785 di bahagian utara Kedah disempadani oleh Trang dan dianggap oleh Siam sebahagian daripada wilayah Siam. Sultan Abdullah (1760-1797) melakukan apa jua yang boleh untuk menghindarkan negeri baginda daripada konflik tersebut dan menyelamatkannya daripada kebinasaan perang tetapi baginda tidak berupaya berbuat demikian. Kedua-dua belah pihak meletakkan tekanan kepada baginda mengakui pertuanan masing-masing.

Peperangan berlangsung lebih daripada seratus tahun, dan dalam tempoh itu Phuket (Junk Ceylon) diserang oleh Burma tidak kurang daripada tiga kali.

Serangan pertama ialah pada tahun 1785, apabila Burma berhasrat untuk merampas Kedah dan Segenting Kra daripada tangan Siam. Mujur bagi Tanah Besar Kedah kerana serangan Burma itu dapat ditangkis. Di bawah kepimpinan tegas oleh seorang wanita Kedah iaitu isteri Gabenor yang baru meninggal dunia, penduduk Phuket memberi tentangan yang hebat. Pada Januari 1786, Burma terpaksa meninggalkannya kerana bekalan mereka kehabisan. Pada tahun yang sama, Raja Burma, Bodawpaya (1781-1819) mengancam untuk menyerang Siam sekali lagi dan lantaran daripada itu, Raja Rama I (1782-1809) menghantar perintah kepada Sultan Abdullah supaya membantunya mempertahankan Phuket.


Thao Thep Kasattri & Thao Sri Sunthon







Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 02:29 PM | Show all posts
Bendera dia ada lambang Chakra besar... Tanda maharaja dia pengikut Vishnu. Bendera ni kurun ke berapa punya? Sebab dinasti Chakri maksud dia dinasti Chakra Lakshmi.
genot Post at 7-11-2009 14:08



gambar gambar Gajah Bawah tuh.... Negeri Lanna  Gambar Keris ... Negeri Melayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.772202 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list