CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

6 Zulhijjah - [U]

  [Copy link]
Post time 26-11-2011 02:14 AM | Show all posts
wah, best citer, sapa pilihan nadia.. x sabar nak tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2011 12:35 PM | Show all posts
Reply 152# shahrinas


    akak pun belum tahu lagi
kena fikir dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 12:36 PM | Show all posts
Reply 159# hotmum


    betul... rain tu nak kata teruna bukan, duda pun bukan
ingat lelaki jer nak yg suci
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 12:38 PM | Show all posts
sori ye... pada yg tertipu ingat ada sambungan

hari ni tak sempat

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH. SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN PADA TAHUN YG AKAN DATANG
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 02:49 PM | Show all posts
x de sambungan lg ker
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 04:30 PM | Show all posts
Kak, ari ni takde sambungan ke, rindulah ngan rushdi{:4_227:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2011 08:53 PM | Show all posts
Kak Juna,

nak lagi .. lagi n lagi ... rindu kat Rain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 10:56 AM | Show all posts
Sebaik namanya di panggil, Nadia melangkah masuk ke bilik Tengku Arizman, tuan punya TAS Training Consultants. Mereka berbalas ucapan salam tapi tidak berjabat tangan.  Lelaki berkepala botak dan berbadan gempal itu mempelawanya duduk. Pejabat dan tuan punya pejabat menepati syariat, dari pemerhatiannya setakat ini. Ayat ayat Quran dan khat Asmaul Husna tergantung di dinding lobi. Nadia terpikat dengan dekor yang menyatukan ciri Islamik dan budaya Melayu. Kusyen sofa bermotif batik dan pewangi udara pun beraroma serai wangi.  Pejabat TAS dahulunya sebuah banglo zaman kolonial. Setelah di ubahsuai, ia menjadi ruang pejabat yang selesa dan luas.  Dinding di cat warna hijau lembut dan putih. Ada dapur kecil dan ruang untuk staf menjamu selera dan bersantai sambil menonton TV.  Surau dan bilik air untuk staf lelaki dan perempuan terletak di sudut bertentangan. Nadia sudah di bawa sekeliling pejabat oleh  PA Tengku Arizman, Nik Badrin. TAS Consultants di asaskan oleh Tengku Arizman dan isterinya Tengku Salwa,pasangan yang berusia dalam linkungan lewat 40an. Keduanya sahabat lama Mak Su Zurina. Tengku Arizman dahulu bekerja sebagai ketua bahagian sumber manusia di Shell Malaysia manakala isterinya pengurus besar bank sebelum kedua nya mengambil keputusan untuk berhenti makan gaji dan menubuhkan syarikat sendiri yang memberi pakej latihan pelbagai disiplin.

“ Bila Nadia balik dari US?” tanya Tengku Arizman sebaik Nadia mengambil tempat duduk.

“ Sudah seminggu, Tengku. Ini resume saya” Helain kertas dan fotokopi sijil di hulurkan.

“ Please, no tengku tengku here. Panggil saya Pakcik Ariz and my wife Makcik Wa tapi bukan makwe...he, he. Kita macam keluarga di sini.”

Nadia mengangguk dengan senyum, sambil membetulkan tudung Ariani yang di pinjam dari Mak Su Zurina. Pagi tadi tiba tiba dia terbuka hati untuk menutup aurat. Bukan niatnya untuk “ membodek” agar dapat kerja kerana dia tidak tahu pun yang pemilik TAS Consultants ini alim. Mungkin sebab aku bengang bila Rain suka kutuk perempuan bertudung. Kalau aku pakai tudung mudah mudahan dia “ turn-off” dan tak ganggu aku.  Tapi apa pun, mudah mudahan aku kekal dengan cara pemakaian ini dan bukan untuk suka suka saja.

“ Nadia ada pengalaman bekerja?” Tengku Arizman melurutkan cermin mata dan memandang Nadia. Tak sangka anak arwah Normala dah besar panjang. Cepatnya masa berlalu. Wajah Nadia yang mirip ibunya menggamit seribu satu kenangan. Dia mengulum senyum.

“ Saya bekerja di perpustakaan university selama dua semester untuk menambah duit poket. Saya juga buat internship selama 2 bulan masa cuti di Merck Pharmaceutical. Masa menunggu keputusan SPM dulu, saya pernah kerja di Waffle Station di KLCC. “ Semua itu sudah ditulis dalam resume.Pakcik ni tak baca ke? Mungkin dia suka dengar suara aku yang serak basah ni... ha ha.

“ Bagus. Pakcik suka orang muda yang rajin dan pandai gunakan masa. Sekarang biar Pakcik  cerita pasal TAS Consultants. Syarikat ini pakcik dan makcik tubuhkan 5 tahun lalu untuk mengendalikan program latihan dan motivasi. Mula mula dulu cuma kami berdua yang jadi trainer dan klien kami pun  satu saja. Kami beroperasi dari rumah saja.” Tengku Arizman bercerita penuh bangga tentang kejayaan syarikatnya. Berkat usaha keras, TAS Consultant sekarang sudah ada 8 pekerja dan klien mereka merangkumi bank,   gergasi  multinational, GLC dan badan kerajaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2011 11:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 29-11-2011 11:04

“ Tahniah! Tengku.. eh Pakcik dan Makcik mesti berusaha keras.” Nadia sudah membaca brocur syarikat sewaktu menunggu di lobi tadi. Memang mengagumkan. Inilah semangat Melayu Boleh!

“ Terimakasih, Pakcik percaya pada kerja kuat dan doa. Rezeki tetap di tangan Allah. Anyway, syarikat ini ada jawatan kosong untuk Accounts Executive. Kalau Nadia sudi bekerja di sini, tugas Nadia untuk kendalikan hal hal akaun dan kewangan.  Nadia juga kena jadi ceti atau Ah Long. Kadang kadang ada klien yang liat bayar. You akan kerja rapat dengan Nik Badrin. Basically both of you run the office. Tapi ada kalanya bila tak cukup staf, you all pun kena turun padang untuk tolong trainers. ” Tengku Arizman mengorak senyum lebar. Mukanya nampak makin bulat. Walaupun bukan kategori kacak tapi pakcik ini manis dan nampak “ fatherly”.

“ Eksekutif akaun yang lama dah berhenti kah?”

“ Tak, dia dah jadi facilitator sekarang. Di sini Pakcik galakkan job rotation. Kalau dah rasa jemu boleh cuba kerja lain, tapi mesti ada kebolehan dan kesungguhan.”

“ Isteri pakcik tak kerja hari ini?” Macam mana agaknya rupa Tengku Salwa. Nadia sudah di perkenalkan pada staf yang ada oleh Nik Badrin. Cuma tiga orang saja yang ada di pejabat. Yang lain keluar untuk mengendalikan program latihan atau sedang bercuti.

“ Dia ada program di Janda Baik. Bidang kepakaran dia lebih pada kursus kewangan dan perniagaan.  Dua hari dia ada di sana untuk kursus pegawai baru Exim Bank. TAS ada 3 senior training consultants termasuk pakcik dan makcik. My speciality is strategic thinking, motivational and communication courses. Senior consultants normally handle the bigger clients with more sophisticated needs and we design the programs. Ada seorang lagi senior consultant yang akan join kita bulan depan. Untuk program yang lebih simple seperti etika sosial dan grooming, kita ada 2 junior trainer dan 2 fasilitator. Kadang kadang kita guna freelance trainer on contract basis. Kalau program yang ada module agama pakcik minta bantuan ustaz dari Jakim.“

Hmm... menarik juga. Macam best pula jadi trainer. Kira macam guru sekolah tapi untuk orang dewasa. Tapi aku belum layak lagi, menggelabah aku kalau kena soal dengan “ murid ” yang lebih tua. Ilmu aku pun yeellleekkk.

Lebih kurang lima belas minit mereka bersoal jawab sebelum Tengku Arizman menamatkan temuduga kerana ada mesyuarat dengan klien. Nadia singgah ke tempat Nik Badrin untuk mengucapkan selamat tinggal sebelum pulang.

“ So, macam mana? I rasa you boleh fit in here. Terima sajalah. Gaji di sini not bad tau. Bonus pun lebat. Pakcik dan makcik kita tu pemurah. ” Kata lelaki yang agak “lembut” itu sambil menjuihkan mulut ke arah pejabat Tengku Arizman.

“ Eh, Tengku belum bagi offer pun.” Atau aku tak perasan? Rasanya Tengku Arizman lebih banyak bercerita.

“ Well, the job is yours if you want it. Pakcik dah suruh I prepare your offer letter.”

Wah! Kembang aku! Senang nya dapat kerja. Alhamdulillah. Mesti berkat doa dan kabel Mak Su. Tapi aku masih belum pasti sama ada kerja ini sesuai dengan jiwa aku.  Risau pula nak kutip hutang dan jaga duit syarikat. Besar amanah yang aku kena pegang. Bukan senang nak tidur malam kalau wang syarikat  jadi tanggungjawab aku.

“ Ermm... I rasa bersyukur sangat tapi  I kena fikir betul betul dulu.  Ini bukan kerja part time masa tunggu result. Position ni banyak risiko.”

“ Well, you jangan fikir lama sangat. Ramai staff sini yang dah recommend kawan kawan mereka. Kita pun memang desperate. I tak larat nak cover semua kerja. You kesian lah kat I. I dah susut 3 kilo tau. “ Nik Badrin menarik kemeja pink yang konon sudah menggelobos.

“ Okay, okay ... I buat keputusan secepat mungkin. Thanks. ” Nadia mengambil kad nama yang di hulurkan. Dia segera melangkah keluar sebelum Nik Badrin cuba memujuk lagi. Keletuk keletak kasut tumit tingginya atas jubin granite yang melatari porch. Matahari yang sudah tegak atas kepala membuat kepalanya pening. Sunglasses pula tertinggal di rumah, alahai.  Dia terus berjalan ke arah deretan rumah kedai untuk mencari teksi. Ini yang payah kalau tak ada kereta sendiri. Kereta Mak Su pula masuk worksyop.

PON! PON!

Nadia tersentak bila kereta BMW yang datang dari arah bertentangan membunyikan hon. Apahal ni! Aku elok saja jalan di bahu jalan, tak kacau sesiapa pun. SRETTTTT! Kereta warna kelabu metalik itu berhenti di sisinya. Matanya sempat menangkap dua orang lelaki di tempat duduk hadapan. Hatinya kecut. Samseng mana pula kacau aku di tengah jalan yang sibuk.
Macam macam kes ragut, culik, kena belasah menerpa minda. Oh tidakkk! Baik aku cabut! Nadia memecut melintas jalan.

“ Nad! Stop! Its me! “

Nadia berhenti dan menoleh. Mamat ni rupanya! Tapi tindakan refleksnya lambat. PANGGGG! Dia jatuh tersungkur. Segalanya berlaku begitu pantas. Kaki dan tangannya berdenyut. Sakit bukan kepalang.


“ Tolong... sakit....aduhhh” Suara Nadia antara keluar dan tidak. Airmatanya sudah merembes. Beberapa orang pejalan kaki sudah berkerumun. Penunggang motosikal tadi tidak henti henti menghambur kata kata kesat dalam segala bahasa. Kepala Nadia terasa berat dan pandangannya berbalam. Siapa yang hulurkan tangan kat aku ni? Tubuhnya di paut dan dia di pimpin ke kereta. Sebaik saja dia duduk, matanya terus terkatup.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 12:27 PM | Show all posts
mesti rain...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 01:08 PM | Show all posts
rain ni  dah jadi stalker

asyik ngekor nad jer....

even nad dah bertudung pon..dia dpt cam lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 01:48 PM | Show all posts
sambung lg akak..sian nad..accidentla pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 03:37 PM | Show all posts
rain dh jadi hero
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 05:01 PM | Show all posts
hishhh si rain ni... kat mana ada nad disitu ada dia... macam semut plak pantang jumpa gule... lama2 si nad tangkap cintan gak ngan rain nih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 05:01 PM | Show all posts
sambung lagik... tak cukup plak rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 05:19 PM | Show all posts
salam Maal Hijrah buat Smiley juga, dan semua forumers
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2011 06:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 29-11-2011 18:21

sambung sket lagi
...........................................

Bibik Karti bergegas membuka pintu sebaik loceng di bunyikan. Zurina yang sedang
membaca majalah di ruang tamu menjenguk dengan hairan. Bunga lagi ! Sejambak bunga lily putih dan patung beruang panda yang comel bertukar tangan dari budak penghantar kedai florist pada Bibik Karti. Masuk kali ini sudah tiga jambangan bunga dan hadiah yang di terima Nadia
sejak kemalangannya. Dia tidak perlu fikir panjang untuk meneka siapa pemberinya. Huh... lelaki ini betul betul nak beli jiwa Nadia, Zurina mendengus.

“ Siapa tu Mak Su?” laung Nadia dari balkoni apartmen di mana dia sedang menyiram pokok bunga kertas dan keladi yang di tanam dalam pasu. Sudah dua hari berlalu sejak dia di langgar motosikal. Semua Rain punya pasal! Mana lah aku tahu yang dia dan pemandunya dalam kereta BMW itu. Nasib baiklah
aku tak cedera teruk, cuma telapak tangan dan kaki aku luka. Tapi aku cukup trauma hari itu sampai
terpeluk Rain masa dia tolong aku. Mengongoi macam budak kecil pula tu. Memalukan!



“Florist. Dia hantar bunga lily dan panda bear pula kali ni. Rumah kita dah macam taman. Untung Mak Su dapat anak buah yang ada peminat setia. Bersungguh sungguh dia nak pikat Nad. He must be in love with you. ” Nada Zurina kurang menyenangkan. Nadia terlalu arif dengan intonasi suara dan riak wajah ibu saudaranya. Sama macam waktu aku berkawan dengan geng budak nakal yang suka ponteng sekolah dan lepak di taman permainan masa sekolah rendah dulu. Kasihan pula Rain. Bukannya dia sengaja nak menyebabkan aku kemalangan. Tak di nafikan Rain begitu prihatin sejak peristiwa itu. Setiap jam dia akan menelefon atau menghantar SMS bertanya khabar sampai aku rasa rimas. Nadia membelek jambangan bunga yang terkini.  Jambangan pertama  bunga teluki, yang kedua orkid rama rama dan kini lily pula. Well, at least he has got good taste. Tapi semua gubahannya menggunakan bunga putih. Apa maksud yang cuba di sampaikan? Dia masih suci? Ha ha ha... Nadia ketawa besar dalam hati.

“ Tak ada lah Mak Su. Dia rasa bersalah saja tu. Jom kita makan Mak Su” Makanan tengahari sudah terhidang. Sejak Mak Su di bedah, menu mereka berubah. Tiada lagi makanan berminyak dan bergoreng, juga tiada makanan yang di awet seperti ikan kering dan telur masin. Sayuran , tepung dan gula mesti yang organik.  Mak Su betul betul patuh dengan saranan pakar makanan di hospital. Biar belanja lebih tapi badan sihat. Nadia pula jenis yang tak cerewet, janji perut kenyang.

Sambil mereka menikmati nasi dengan  sup sayur, sambal telur dan ikan stim, Zurina memulakan sesi “ melobi”. Sudah lama perbualan ini tertangguh dan Zurina ingin segera melunaskan janji pada kakaknya, Aida. Lagipun Rushdi lelaki yang jauh lebih baik dari budak Rain ini. Entah kenapa, dia rasa ada sesuatu yang jelik tentang Rain. Cara dia melayan wanita macam dah banyak pengalaman. Ciri kasanova nya terserlah. Lagi satu hal yang membuat  Zurina tidak menyukai Rain ialah kakaknya  yang sombong dan perasan bagus. Mentang mentanglah rumah dia paling besar dan suaminya kroni ketat Menteri. Kalau pun tak ada jodoh Nadia dengan Rushdi, minta minta janganlah Rain jadi pilihan.

“ Nad, Mak Su tahu yang Nad dah besar panjang dan pandai jaga diri. Cuma Mak Su harap Nad jangan tersalah pilih teman lelaki”

“ Mak Su tak suka Nad kawan dengan Rain, ya? Its okay lah Mak Su. Nad bukan ada apa apa dengan dia.” Tenang saja Nadia menjawab sambil mengasingkan tulang ikan dari isi.

“ Masa tinggal di rumah Auntie Aida dulu, Mak Su tengok Nad selalu jalan jalan dengan dia di taman tasik. Nad tahu tak yang kakak dia Datin Adura itu tak suka? Malu Auntie Aida bila Datin cerita kat orang yang Nad suka kat adik dia.”
Kekwat punya Datin! Aku tahulah aku ni anak yatim piatu yang tak sekufu tapi Rain yang cari aku. Bukan aku yang mengurat dia.

“ Dah boleh agak dah. Keluarga Rain nak Rain kahwin dengan sepupu Datuk Nasir. Murni nama perempuan tu. ”

“ Habis itu, kenapa Nad rapat dengan Rain? Bukan main lagi Mak Su tengok. Tak malu ke?” selar Mak Su. Tak sangka anak buah aku buat perangai macam ni.
Muka Nadia memijar. Jarang sekali Mak Su menaikkan suara di depannya. Seleranya terus terbantut. Okay, okay... mungkin juga silap aku sebab tak berterus terang tentang Rain sebelum ini.

“ Mak Su jangan salah sangka. Biar Nad cerita dari A sampai Z macam mana Nad kenal dengan Rain.” Segalanya di luahkan bermula dari kisah Rain menyelamatkannya dari menjadi mangsa matsaleh mabuk.

“ Nad ingat bila balik Malaysia kita dah tak jumpa lagi. Siapa sangka kakak dia jiran Auntie Aida? Anyway, Nad anggap dia kawan biasa saja. K –A-W-A-N.  ” Dia mengeja.

“ Mungkin Nad anggap dia cuma kawan tapi Mak Su rasa dia ada hati kat kamu. Kalau tak , takkan dia  berhabis duit hantar bunga dan hadiah. Mesti ada udang dalam mee.” Nadia tersengih.

“ Relaks lah Mak Su. Nad tahu kisah silam dia dan Nad juga tahu pasal Murni. Takkanlah Nad bodoh nak layan dia lebih lebih. “ Nadia berdalih.
Tak di nafikan aku seronok menghabiskan masa dengan Rain. Dia pandai berjenaka dan buat aku rasa terhibur. Kalau aku tak tahu kisah Rain dengan Rachel, mungkin aku dah jatuh cinta.  Ooooppsss!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 06:10 PM | Show all posts
Selesai makan, Bibik Karti mengangkat pinggan mangkuk kotor ke dapur. Piring berisi hirisan buah betik dan epal di bawa ke meja.
  
“ Baguslah kalau Nad sedar. Jangan layan sangat si Rain. Sebenarnya Mak Su dah ada calon untuk Nad. Mak bapak dia pun berkenan sangat nak bermenantukan Nad.” Zurina mengambil sepotong betik.

“ HA? SIAPA?” Nadia tidak dapat membendong rasa terkejut. Nasib baik tak tercekik epal. Siapakah orang yang di maksudkan? Aku kenal ke ? Adeh... Mak Su ni! Sekarang bukan zaman purba lah. Aku nak cari jodoh sendiri, nak berkenalan dulu, tengok serasi atau tidak.

“ Nad dah lama kenal dia. Keluarga dia pun kenal Nad. Mereka dah lama nak masuk meminang tapi Mak Su rasa biar Nad yang buat keputusan. Walaupun Mak Su suka sangat kalau Nad kahwin dengan dia, tapi Mak Su tak boleh paksa.”

Aku dah kenal lama? Siapa lelaki yang aku kenal lama? Kawan sekolah aku kah?
“ Siapa dia Mak Su? Handsome tak? Kerja apa? If he is handsome and rich I will consider it.” Nadia cuba berlelucon untuk menutup hatinya yang libang libur. Memang aku tak punya kekasih hati tapi untuk menerima seorang yang aku tak kenal sebagai suami? Guwe nggak bisa.

“ Memang handsome. Dia tinggi dan berkulit cerah. Dia pun belajar di US. Pasal kerja Nad tak payah risau. Dia bukan calang calang orang. Mak Su dengar sebelum dia pulang pun dah banyak offer dia terima. Yang paling penting, dia ada asas agama yang kuat dan baik orangnya. He will make a good husband. ” Jelas terbayang rasa bangga di muka Zurina.

“ Orang macam itu perfect sangatlah Mak Su. Tak padan dengan Nad. Kenapa dia pilih Nad? Atau mak bapak dia yang pilih?” Kedut di dahi Nadia makin dalam. Kalau dah cukup pakej macam Mak Su  gambarkan, takkan tak ada perempuan terpikat. Mustahil lelaki sehebat itu tak boleh cari pasangan sendiri.

“ Eh,  anak buah Mak Su ni cantik orangnya. Tengok rumah kita ni, penuh dengan bunga, cokelat dan hadiah patung dari peminat.  ”

“ Perli lah tu” cebik Nadia. Zurina menghamburkan tawa.

“ Actually, this guy suka Nad sejak Nad di sekolah menengah lagi. Tapi dia sanggup tunggu sampai Nad habis belajar. Macam inilah, Mak Su rasa Nad patut jumpa dia ” Senyuman Zurina penuh misteri.

“ Er... okay. Nak jumpa Mr X itu di mana?” Sporting pula Mak Su aku ni. Suruh aku keluar date dengan lelaki yang tak di kenali. Perasaan ingin tahu mula menular dilubuk hati. Siapakah gerangan jejaka yang syok kat aku? Tak sabar pula nak jumpa. Kalau aku  gadis Muslimah sejati macam Kak Min , pasti aku akan buat solat istikharah untuk minta petunjuk. Bukan menggatal nak keluar berduaan. Kalau Kak Min ada dengan aku, mesti dia akan menasihati aku. Tapi Kak Min sedang sibuk dengan urusan pernikahannya yang akan berlangsung bulan depan. Rindunya kat dia!

“Ikut suka Nad lah. Nanti Mak Su bagi tahu dia. Lagipun, Mr X dah kenal Nad, kamu tu saja yang tak tahu siapa dia. Lagi cepat Nad jumpa dia lagi bagus.”

“ Tak nak lah jumpa sekarang. Kaki tangan Nad banyak luka pula, jatuhlah saham. Tak boleh demand duit hantaran tinggi... he he he!. Lagipun hari ini  Nad nak pergi rumah Auntie Aida ambil laptop. Nad tertinggal atas meja studi dalam bilik. I’m so lost without my laptop. ”

“ Oh, kalau macam tu Nad pergilah rumah Auntie Aida ambil laptop dulu. That’s more important. ”
Lebar sungguh senyum Mak Su, desis hati Nadia. Seronok lah tu dapat jadi mak telangkai. Telefon bimbitnya berbunyi dan Nadia bergegas ke bilik. Lima belas minit kemudian dia keluar memakai baju kurung kain cita warna biru cair dengan polka dot putih. Tudung bawal warna biru kemas  terlilit di kepala.
Mata Zurina menyusur kelibat Nadia. Manis sungguh anak buah aku ni. Tambah pula dengan imej barunya yang sopan. Minta mintalah Rushdi jodohnya. Aku ingin tengok dia bahagia di samping suami yang beriman.

“ Macam mana Nad nak pergi rumah Auntie Aida? Kalau nak drive kena hati hati, kaki tu belum betul betul sembuh.”

“ Er.. jangan marah ya Mak Su. Nad tumpang Rain. Dia call tadi kata dia nak pergi rumah kakak dia.” Nadia tersenyum sumbing sambil bergegas keluar sebelum Zurina sempat membuka mulut.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 06:16 PM | Show all posts
Am I being too selfish if I ask for more entries??? Lantak ler.... More entries pleaseeeee....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 06:22 PM | Show all posts
Reply 179# auntieagony


    stok dah habis utk hari ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.053808 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list