CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tapibukanaku

Kontrak mengarut - Abam Jed Jaidi vs Ankel David (Ankel David pengecut page 7)

[Copy link]
Post time 18-10-2013 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mnaa posted on 17-10-2013 09:44 PM
kalau tidak digallakn kahwin sesama rakan sekerja atau satu department, aku rasa ramai company dia ...

sbnrnya klo ikut,keje gomen pun cmtu.x digalakkan asben and wife satu tmpt keje.sbbnya,klo ad mslh,terbwk2 smpi.ke opis.last2,keje ntah ke mana.setiap benda yg dibuat tu,ad sbbnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 07:38 AM | Show all posts
nordin84 posted on 17-10-2013 11:56 PM
ahmad idham tambah perasa lg

ahmad_idham Bila presiden bersuara, ada plak radio karat be ...

amad idham ni x mgenang jasa btl la...dlu DT jga yg ambil ko jdi pngarah..blakon pn xde hebat sngt.. haiii la manusia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 08:04 AM | Show all posts
Abam jed tak menyerah kalah kekdahnya..





KALAH sekali tidak bermakna kecundang selamanya. Azimat itu yang dipegang Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi yang kalah dalam persaingan merebut jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO baru-baru ini.

Kata Zed Zaidi, 33, kekalahan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk bertanding sekali lagi pada tahun-tahun mendatang sepanjang dia berada di kerusi presiden persatuan Seniman selama dua penggal lagi.

“Saya tidak pernah rasa kecewa atas kekalahan kali ini malah membuatkan saya lebih agresif untuk bertanding pada tahun-tahun akan datang. Kalah dan menang adat bertanding.

“Cuma saya sedikit terkilan dan hairan kerana keputusan berubah pada saat-saat akhir sedangkan saya dimaklumkan mempunyai potensi sepanjang tempoh berkempen.

“Ini hanya satu permulaan dan peluang yang telah diberikan berjaya saya manfaat sebaik mungkin. Insya-Allah selepas ini saya akan melakukannya dengan lebih baik,” katanya yang ditemui pada majlis ibadah korban Seniman di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Zed Zaidi yang juga Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu berkata, keputusannya untuk bertanding untuk Exco Pergerakan Pemuda UMNO berfungsi sebagai platform menghubungkan artis dan pertubuhan politik.

“Calon yang memenangi kerusi itu layak membentuk sebuah jawatankuasa di bawahnya yang terdiri daripada lima orang Exco lagi.

“Jika merasakan anak seni penting untuk pembangunan negara maka perlulah melakukan sesuatu untuk menghubungkan anak seni dan politik,” ujarnya.

Sementara itu, kata Zed Zaidi, majlis ibadah korban yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha Selasa lalu telah menumbangkan empat ekor lembu tajaan Yayasan Mustika Kasih, Seniman dan Alfafa Group.

“Pada tahun lalu, Seniman telah mengagih-agihkan daging dua ekor lembu kepada penduduk setempat dan tahun ini sebanyak empat ekor lembu disumbangkan oleh beberapa pihak yang prihatin.

“Malah, sambutan tahun ini juga di luar jangka dan lebih ramai ahli Seniman turun padang memeriahkan majlis,” kata Zed Zaidi lagi.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 08:09 AM | Show all posts
Intan ladyana dan orang kuat Astro menambah perisa jugak

Intan, Kamal dedah status hubungan, elak timbul masalah dengan MIG



Tergelak kecil aktres ini di hujung talian ketika diberitahu niat panggilan telefon dibuat. Sebagai antara pelakon bernaung di bawah syarikat pengurusan, MIG Talent, Intan Ladyana sedar isu yang yang hangat diperkatakan dalam industri hiburan sekarang sedikit sebanyak bersangkut paut dengan dirinya.

Kebetulan, Intan sedang hangat dilamun cinta dengan pelakon, Kamal Adli walaupun kontrak yang dimeterai jelas menyebut status bujang yang perlu dipatuhi artis naungan sepanjang tempoh perjanjian.

Nasihat saya, kita kenalah faham betul-betul maksud kontrak itu. Kalau tak faham, tanya. Pihak pengurusan pun kenalah beri penerangan dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan” Intan Ladyana, Pelakon

Tentunya penjelasan daripada pelakon yang meledak menerusi filem seram, Jangan Pandang Belakang ini dinantikan kerana secara terangan-terangan, dia melanggar perjanjian yang sudah dibuat dengan MIG.

“Sewaktu kami mula bercinta, memanglah rasa bimbang dengan reaksi pihak pengurusan. Namun, saya mengambil langkah untuk berterus-terang. Berlaku jujurlah dengan mereka, duduk berbincang elok-elok dan ceritakan situasi sebenar. David adalah seseorang yang sangat memahami.

“Apa yang penting bagi mereka, kita kena beritahu supaya tidak timbul perkara berbangkit kemudian hari. Iyalah, perkara seperti ini bukannya boleh dibuat main-main kerana turut membabitkan pihak ketiga seperti produk yang melantik kita sebagai duta. Tak mahulah nanti perancangan yang sudah diatur musnah kerana sikap kita,” tegasnya.

Artis kena fahami kontrak
Aktres berusia 31 tahun menambah, dia tidak pernah menganggap kontrak yang melarang artis daripada bercinta sebagai sesuatu yang menyusahkan.

Malah, Intan melihat perkara itu dalam konteks yang cukup meluas dan sangat positif.

“Apa yang berlaku sebenarnya atas sebab salah faham terhadap kontrak yang ditandatangani. Mereka tidak faham kontrak yang menghalang artis daripada bercinta itu sebenarnya mempunyai pengertian yang lebih daripada itu.

“Ia bukannya sekadar melarang mereka bercinta. Pihak pengurusan berbuat demikian kerana mahu menjaga reputasi artis itu sendiri. Mereka tidak mahu nama artis tercalar disebabkan terlalu banyak kisah cinta dipaparkan. Contohnya, jika berlaku cinta lokasi.

“Sebagai artis yang pernah melalui situasi sedemikian, nasihat saya kita kenalah faham betul-betul maksud kontrak itu. Kalau tak faham, tanya. Pihak pengurusan pun kenalah beri penerangan dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan,” katanya.

Reaksi: Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro.

“Astro tidak pernah meletakkan sebarang syarat terutama menghalang artis bercinta seperti yang dilakukan sesetengah syarikat pengurusan. Pada kami, perkara itu lebih kepada sifat peribadi. Lagipun, ada di antara artis yang kami uruskan sudah berumah tangga. Jadi soal tak boleh bercinta kerana bimbangkan soal populariti jatuh memang tidak pernah kami fikirkan.

Sebagai contoh, katalah satu hari nanti ada artis naungan Astro bercinta sesama sendiri atau bercinta dengan orang lain, pihak kami tidak akan masuk campur. Cuma jika percintaan itu membawa kepada permasalahan disiplin, barulah kami akan campur tangan. Namun kami akan hanya menyelesaikan masalah disiplin dan bukannya hal percintaan mereka.”
Last edited by tapibukanaku on 18-10-2013 08:10 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:16 AM | Show all posts
aku cukup tak bkenan dgn zed zaidi ni..nmpk sgt gila glamer..
artis2 yg dh buat salah tu jgnla dok salahkan pihak lain..
company aku pun tak benarkan sesama staff berkawen..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 08:27 AM | Show all posts
mamapea posted on 18-10-2013 08:16 AM
aku cukup tak bkenan dgn zed zaidi ni..nmpk sgt gila glamer..
artis2 yg dh buat salah tu jgnla dok  ...

hari ni dlm BH ada temubual dengan david teo pasai isu ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2013 08:27 AM | Show all posts
Zed zaidi ni, bercakap xde isi.
Kene amik kira jugak kesudian artis tu untuk sain.
Xbleh nk ikut rules jangan sain.
Senang.

Satu lagi, kenapa nak rahsiakan perkahwinan?
Takut market lari letteww~
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:31 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 18-10-2013 08:27 AM
hari ni dlm BH ada temubual dengan david teo pasai isu ni

aku tak rasala david teo ni kejam sgt..dia yg bnyk tlg artis2 baru cari makan..
yg dok ckp david teo ni kafir la, lidah bercabang la, saja nak kenakan artis2 Islam la tu cuba fikir skit..
artis2 melayu Islam ni kalau fikir dosa pahala diorg takkan berlakon berpeluk cium la..diorg sndr yg nak..
knp nak salahkan david teo pulak?yg dh bertudung pun berlakon masih pegang2 dan peluk2..
tu dgn director melayu Islam gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 08:32 AM | Show all posts
tp bg aku mmg ptt dimnsuhkn..sbb mmg mngarut...itu fitrah mnusie lah...mne leh kwal2..ape lah.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak halang utk kawen boleh mengarahkan kpd penzinaan....kalau dh sampai seru...knp nak halang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:48 AM | Show all posts
JPA dan banyak scholarship lain pon x bagi kawen kalau tgh belajar kan? Zed zaidi taknak sound system kerajaan plak? bkn ke ye ye ko nk jadi ketua umno apetah?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 08:54 AM | Show all posts
bertabah lah zed. cuba lagi next time. tunjukkan sumbangan anda supaya anda terpilih

border=0 />
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:00 AM | Show all posts
Kan nampak banyak sangat bodohnya... Jangan terlalu ke depan sangatlah Zed Zaidi, Layan Wartawan sengal yang memangnya cari hot story, ko sekali terpalit sama buruk laku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 09:00 AM | Show all posts
dan apabila ankel david bersuara..

border=0 />


border=0 />
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 09:05 AM | Show all posts
thanks momod @skymania for the tacangs..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 09:06 AM | Show all posts
mamapea posted on 18-10-2013 08:31 AM
aku tak rasala david teo ni kejam sgt..dia yg bnyk tlg artis2 baru cari makan..
yg dok ckp david  ...

kalau da masuk dunia retis ni faham2 lah risiko nya. lain lah kalau jadi penceramah agama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 09:20 AM | Show all posts
nordin84 posted on 17-10-2013 11:56 PM
ahmad idham tambah perasa lg

ahmad_idham Bila presiden bersuara, ada plak radio karat be ...

Ni semua sbb ade kepentingan peribadi
mana2 produser yg sendu ni mesti geng ngan si jed jaidi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:35 AM | Show all posts
taji2906 posted on 17-10-2013 08:35 AM
david teo kata dia bukan tak bagi.. kalau you sudah suka, you bagitau la.. kite boleh buat press con ...

aku sikit tak percaya cakap DT tu.. dia tu suka cakap berdolak-dalik macam bagus jer depan wartawan... aku rasa bila dia letak klausa tu memang dia maksudkan apa dia buat... aku ingat lagi dulu kes Pierre Andre dgn Julia Ziegler...  dorang baru nak kapel.. bila DT tau dia panggil JZ & buruk2kan PA & kata rugi kalau kapel dengan PA tu bla..bla..   aku rasa DT ni memang suka campur tangan dalam hal2 peribadi retis2 bawah MIG ... mungkin dia ni fefeeling dia yg start naikkan dorang.. so dia ada 'hak' atas dorang ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 09:35 AM | Show all posts
cammie1711 posted on 18-10-2013 09:20 AM
Ni semua sbb ade kepentingan peribadi
mana2 produser yg sendu ni mesti geng ngan si jed jaidi

cam lah jed jaidi boleh tolong sgt dorang kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:45 AM | Show all posts
jgn salahkan kontrak la.. wawa ngan lakinye tu bukan nye tua, masih muda. cuba la kejar kejaya dulu, kumpul duit dulu baru la pkir pasal kawen.. geram lak dgn cter dorg ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.158503 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list