CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dasatgiler

[Tempatan] 2008 MB Enggan Dgr Cakap Syabas, 2014 Syabas Enggan Dgr Ckp MB

[Copy link]
Post time 26-2-2014 10:49 PM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 26-2-2014 10:45 PM
1. bila syabas  balik ke selangor? apa jadi dengan TS Rozali tu?
2. siapa geng2 kaklid tu? im a l ...

ishkk.. kak lid nih....

Akhirnya, S'gor ambilalih pengurusan syarikat air
[url=][/url][url=][/url][url=][/url]

2791 16 2
Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai satu persetujuan untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan syarikat-syarikat bekalan air, yang akan menerima pampasan RM9.65 bilion.

Sebagai balasan, Selangor akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2.

Maklumat itu disediakan oleh seorang pegawai dari Pejabat Menteri Besar Selangor, yang menghadiri sidang akhbar untuk mengumumkan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) tersebut

Ini menamatkan pertelingkahan sejak lima tahun lalu antara kerajaan pusat dan negeri berhubung perkara itu.

Malaysiakini dilarang meliputi sidang akhbar tersebut petang ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air.

Pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS), kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak  melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

"KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala kerajaan persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham.

"Sebagai balasan, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2)," tambahnya.

Sementera menunggu Langat 2 disiapkan, katanya, kerajaan Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi iaitu:

1. Menjalankan program mitigasi bernilai RM900 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan.

2. Memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada 2050. Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang

3. Menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 peratus  kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan.  Peratusan tinggi NRW yang gagal diturunkan oleh SYABAS adalah punca utama bekalan air bersih tidak mencukupi.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili di atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"MoU ini tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air dan ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur  semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tariff air yang munasabah," tambahnya.

Sementara itu,Bernama melaporkan kerajaan Persekutuan dan
kerajaan Selangor hari ini menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008.
   
Kerajaan persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili manakala kerajaan negeri diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Detik bersejarah yang berlangsung di Kompleks Perdana Putra di Putrajaya disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
   
Melalui MoU itu, kerajaan negeri Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuatkuasa hari ini dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh MoU ditandatangani.
   
Sebagai tambahan, kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana tambahan untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.
   
Pelaksanaan penstrukturan semula industri air di Selangor adalah satu keperluan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bekalan air di Selangor dengan mengambil kira perkhidmatan bekalan air yang lebih mapan dan efisien untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.
   
MoU itu juga membenarkan kerajaan negeri untuk mengemukakan tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABAAS).



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2014 11:25 PM | Show all posts
slippergombak posted on 26-2-2014 10:49 PM
ishkk.. kak lid nih....

Akhirnya, S'gor ambilalih pengurusan syarikat air


..oooo ... i seeee ... baguslah ..... ada titik pertemuan yang menguntungkan rakyat.


siapa yang initiate usaha damai ni?

(ampunn ... tak baca habis.. tak dan ...)

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 11:27 PM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 26-2-2014 11:25 PM
..oooo ... i seeee ... baguslah ..... ada titik pertemuan yang menguntungkan rakyat.

baca lah kak lid.... malas jadi jurucakap tan sri khalid plak kena terang sorang2.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 11:40 PM | Show all posts
slippergombak posted on 26-2-2014 11:27 PM
baca lah kak lid.... malas jadi jurucakap tan sri khalid plak kena terang sorang2..... ...


.. ok ...ok ..  esok petang kak lid baca .... esok pagi takleh nak memorum ..  apapun.. bagus dah tu .... thanks for the info.

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tinker_bell posted on 26-2-2014 09:57 AM
kn..tak kisah apa nk buat aslkn keje jalan..mcm sampah..selangor sejak pmbangkang naik sampah mmg  ...

Ai sangat setuju bab sampah ni.. selangor darul sampah... negeri paling teruk ai tgk setakat ni.. sedih betol
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 12:53 AM | Show all posts
Knights posted on 26-2-2014 11:14 AM
Jalan berlubang, denggi merata rata, air tak ada, sampah tak terkutip

Jelas kehidupan di afrika l ...

Ko duduk kat slum mmg le jadi camtu. Aku dok selangor, tak pernah undi kat Selangor tapi aku menikmati apa yg Kerajaan Selangor buat. Isu sampah dah setel lama dah..Negeri tumpah darah aku pun (N9) nak buat pembenihan awan sebab air tak cukup. Dah la air tak cukup dan kena catu, bil air pun tinggi. Ko pulak letak isu2 tak relevan.. Ape yg ko merapik ni?

bila ko dah keje esok, ko akan tau betapa setiap sen yg kita belanja utk petrol, tol, cukai itu ini, bil letrik, telepon, sanagt2 berharga. Kalau salah satunya dikurangkan, adalah sgt2 membantu (dlm kes Selangor, bil air aku sepanjang 2 tahun ni aku cuma bayar RM13 sahaja bulan lepas. Dan bulan ni mmg takda bayaran bil air pun). sekarang ko belajar lagi, semua duit tanggungan mak ayah...apa ko tau?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2014 01:02 AM | Show all posts
Knights posted on 26-2-2014 02:46 PM
AKU MALU DENGAN PELANCONG ASING YANG MULA MEMBANJIRI NEGARA UNTUK MENIKMATI KEINDAHAN ALAM SEMULAJAD ...

Piiii giiii rahhhhhh....ilusi ko melampau sgt. Org ckp takde air ko pun ckp takde air....Selangor baru nak mencatu air...ko dah malu kata pelancong tak mandi.... Ko kena polish lagi skill bikin propaganda. Pelancong dok hotel, namakan hotel yg dah start catu air? Tak pernah lagi hotel catu air...hadoiiii...childish

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 07:20 AM | Show all posts
Kerajaan Negeri Selangor juga meletakkan syarat agar Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) melantik dua pentadbir syarikat konsesi berkenaan iaitu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Suhaimi Kamaralzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin.http://www.themalaysianinsider.com/
rozali ..mano ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2014 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
thessailly posted on 26-2-2014 08:12 PM
ek eh awak ni...?
jawab mcm ni boleh tak?


Ok my bad sbb tertinggal fakta ni. Habis tu apa kena mengena dgn projek langat 2 tertangguh pula? PR amik alih je bukan sekat projek langat 2 tu. Kau yakin ke kalau projek tu masih bawah kerajaan persekutuan masalah yang sama xkan terjadi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2014 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Al-Patih posted on 27-2-2014 07:20 AM
rozali ..mano ????

Tuan Punaisihat Ekonomi Selangor yg gaji singgit & Penasihat Strategi PKR Rafizi Ramli lak mano? Smlm klaim tak tahu menahu.. :lol :lol

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:28 AM | Show all posts
AIR dah takdak baru la korang nak google fungsi LUAS bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 09:10 AM | Show all posts
crossfire posted on 26-2-2014 04:21 PM
kalau nak laju tunggu DUN lancang bubar..lajulah...suku sakat sharkar YB LANCANG dan gengnya dah m ...

dah bejaman talun dia pegang.... bertukor gek dia ni nanti. org dah hamun
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 09:44 AM | Show all posts
weh bukan ada perjanjian konsesi ka antara kerajaan negeri terdahulu (zaman khir toyo) yang LUAS kena juai air kepada SYABAS sehingga 2040++
dan syabas juai air terawat kepada kerajaan negeri semula untuk dibekalkan kepada rakyat selangor...
cuba cari perjanjian tue...the problem is SYABAS, SYABAS juai air terawat dengan mahal kepada kerajaan negeri..
kalo batalkan konsesi tersebut kerajaan negeri kena bayar pampasan pada syabas ratusan million ringgit...pernah keluar masa selangor memula ambil alih aku xingat baca mana...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 09:48 AM | Show all posts
bangcak posted on 26-2-2014 10:16 AM
syaratnya mudah
= serah SYABAS pada negeri.

Bro geng UMNO nie banyak tengok TV3 dan Utusan Malaysia sebagai sumber...
Aku persoalkan Kenapa SYABAS tidak diserahkan kepada kerajaan Negeri saja???
sebab Tan Sri Rozali tue proksi UMNO...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 12:06 PM | Show all posts
2008 MB Enggan Dgr Cakap Syabas,
2014 Syabas Enggan Dgr Ckp MB,
Latest
Feb.2014 Hi Hi Bye Bye Syabas
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 12:08 PM | Show all posts
dasatgiler posted on 27-2-2014 08:13 AM
Tuan Punaisihat Ekonomi Selangor yg gaji singgit & Penasihat Strategi PKR Rafizi Ramli lak mano? S ...

kawen tu ..sirafizi ..jawatang apo ..dio doket Syabas ...???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2014 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dgr anwart nak ganti khalid kelam kabut bijan ngadap khalid selesaikan isu.

Byk jugak gunanya aura anwart nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 12:18 AM | Show all posts
pinkypinkylady posted on 27-2-2014 07:57 AM
Ok my bad sbb tertinggal fakta ni. Habis tu apa kena mengena dgn projek langat 2 tertangguh pula?  ...

ma'am..please..

buruk2 BN ni..rasuah ke hapa ke...

they dont joke around dgn benda2 core (keperluan asas) mcm ni, yg melibatkan jutaan rakyat dan setelah diselidik bertahun2...cth lain mcm pertahanan, makanan, undang2..


unlike those jokers dari PR....semua benda diorang ni dipolitikkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 12:21 AM | Show all posts
bangcak posted on 27-2-2014 12:10 PM
Bila dgr anwart nak ganti khalid kelam kabut bijan ngadap khalid selesaikan isu.

Byk jugak gunany ...

aura ke....

aurat?


Last edited by thessailly on 4-3-2014 12:24 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 12:24 AM | Show all posts
catwalkspecial posted on 27-2-2014 09:48 AM
Bro geng UMNO nie banyak tengok TV3 dan Utusan Malaysia sebagai sumber...
Aku persoalkan Kenapa S ...

sebab selangor ada 30% kepentingan dlm syabas

sebab khalid dan anwar nak guna peluang 9+ billion takeover ni utk masukkan duit dlm poket diorang..


ko rasa kenape khalid senyum lebar masa sign MoU hari tu?




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.199005 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list