|
[Tempatan]
LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)
[Copy link]
|
|
Kes Liwat II Anwar: Sukar Ramal Bebas Atau Penjara - Khalid Samad
Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 4:22 PM
IZRA ABDUL RAHMAN Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
[email protected]
Penyokong Saiful Bukhari Azlan turut berkumpul di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya bagi mengikuti prosiding pendengaran rayuan terakhir Anwar pada Selasa.
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen pembangkang, Khalid Samad mengakui sukar meramal sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan hukuman penjara atau dibebaskan berhubung kes liwat keduanya yang kini melalui proses pendengaran rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan di sini.
Pemimpin PAS itu bagaimanapun yakin ketua pembangkang itu tidak bersalah berdasarkan hujah dan fakta kes.
"Dalam kes ini kita tak boleh nak ramal," katanya yang ditemui di perkarangan Istana Kehakiman di sini, Selasa.
Mengenai sesi pendengaran rayuan pada Selasa, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, perbahasan yang disampaikan barisan peguam Anwar berjalan lancar dan teratur.
Katanya, peguam Anwar yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetengahkan beberapa hujah kontradiksi dalam kes ini.
"Apa yang saya dengar komen daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan penyokong lain nampak bahawa perbahasan itu cukup teratur, tersusun dan kontradiksi yang ditimbulkan jelas dan kemas.
"Kalau nak ambil kira dari prinsip keadilan jika ada keraguan munasabah walau sedikit sekali pun sepatutnya prinsip keadilan itu menuntut supaya orang yang dituduh itu dibebaskan," katanya.
Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya Tak Gentar Disiasat - Aktivis Pelajar
Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 4:36 PM
Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSAIN
[email protected]
Fahmi Zainol.
PETALING JAYA: Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol mengakui tidak gentar sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan dalaman kes melibatkan pelajar universiti itu yang terlibat dalam perhimpunan haram yang diadakan pada Isnin malam.
Bagaimanapun Fahmi berkata, setakat ini dia belum menerima sebarang panggilan mahupun surat daripada pihak pentadbiran universiti bagi memaklumkan perkara tersebut.
Bagaimanapun, anak muda yang berasal dari Permatang Pauh, yakin pihak universiti tidak akan mengambil tindakan drastik terhadapnya atau mana-mana pelajar yang terlibat dengan perhimpunan itu.
"Saya yakin UM sebuah universiti yang mendukung aspirasi kebangsaan dan membenarkan kebebasan bersuara, sekiranya siasatan dijalankan ia akan dilaksanakan secara adil.
"Saya sedia untuk memberikan keterangan jika dipanggil. Berani kerana benar,β katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Ditanya sekiranya pihak universiti mengambil tindakan tegas termasuk menggantung pengajian atau membuangnya daripada UM, Fahmi berkata: "Saya yakin pihak pentadbiran UM tidak akan mengambil tindakan kejam seperti itu."
"Saya sentiasa bersiap sedia. Cuma saya harap dapat tamatkan pengajian, kerana saya tinggal satu semester sahaja lagi," katanya yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Pentadbiran dan Keadilan Sosial.
Fahmi turut menafikan beliau merupakan penyokong tegar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya menyatakan tujuan 'Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya ke Penjara' di Dataran Tunku Canselor diadakan bagi memperjuangkan kebebasan bersuara dan menolak kekejaman kuasa politik yang campur tangan dalam pentadbiran universiti tempatan.
"Saya adakan program ini bukan hanya kerana saya meminati beliau (Anwar Ibrahim), malah sudah tiba masanya masyarakat mendengar suara anak muda, kerana mereka ini akan menjadi pemimpin masa hadapan,β katanya yang juga pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Terdahulu, UM telah menjalankan siasatan dalaman terhadap pelajarnya yang terlibat dalam perhimpunan haram di universiti berkenaan pada Isnin malam.
Dalam masa sama juga, pihak pentadbiran UM turut membuat laporan polis di Balai Polis Pantai pada Selasa berhubung perhimpunan haram itu.
Keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Anwar bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu.
Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam itu, kumpulan tersebut berjaya merempuh masuk pintu arah Bangsar selepas ia dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Heret Negara Ke Dalam Masalah Anda, Kata Khairy Kepada Anwar
Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014
4:52 PM
Anwar Ibrahim
PETALING JAYA: Perbicaraan kes liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan kes perbicaraan terhadap individu dan bukannya negara, kerajaan dan sistem kehakiman, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
"Mungkin apa yang saya tulis ini perkara yang jelas, tetapi kalau kita dengar propaganda dari pihak Anwar, beliau cuba memberi gambaran bahawa perbicaraan ini adalah satu isu nasional dimana yang dihakimkan bukan beliau tetapi negara dan institusi kerajaan negara," katanya di laman sosial Facebook pada Selasa.
Beliau berkata, kerajaan tidak pernah memaksa Anwar untuk melakukan kesalahan yang didakwa terhadapnya. (meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.)
"Jadi teruskan rayuan anda tetapi jangan heret negara bersama anda," katanya.
Khairy berkata, Anwar seolah-olah yakin dalam sistem kehakiman apabila timbul kes saman malu dan memenangi beberapa kes tersebut.
"Ia sama sahaja, Anwar. Anda tidak boleh hanya menerima keputusan yang memihak kepada anda. Anda tidak boleh bersikap double standard dalam cara anda menerima keputusan dari mahkamah di negara ini," katanya.
Anwar pada Selasa menghadiri prosiding rayuan terakhir untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai barisan lima panel hakim yang akan mendengar rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat keduanya, bermula Selasa.
Empat lagi hakim yang diberi mandat untuk mendengar rayuan kes ini adalah Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Selain itu, pasukan pendakwa pula diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.
Ketua pembangkang itu pula akan diwakili bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang akan bertindak sebagai ketuai pasukan peguambela melibatkan 14 peguam.
Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dibaca semakin ramai benci anwar, bila diminta buat pilihan, majoritinya tetap menolak umno... disini bn tak dapat advantage apa2 pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
bangcak posted on 28-10-2014 04:32 PM
dok citer pasal jelly tapi sepol kata takdak (peguam sepol nipu anak guam sendiri ka?)
kejap kata t ...
yang tak mampu dibuat oleh Anwar....
Menafikan dengan nama Allah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa Doktor pertama yang godek burit dia tak dipanggil jadi saksi ?
Kenapa malaon ni bawak KY Jelly pelincir burit.. tapi buat report konon burit kena henjut ?
|
|
|
|
|
|
|
|
bangcak posted on 28-10-2014 04:32 PM
dok citer pasal jelly tapi sepol kata takdak (peguam sepol nipu anak guam sendiri ka?)
kejap kata t ...
why? u mandi korek jubor kah deep to 4 inch
|
|
|
|
|
|
|
|
bluemenx posted on 28-10-2014 05:32 PM
Kenapa Doktor pertama yang godek burit dia tak dipanggil jadi saksi ?
Kenapa malaon ni bawak K ...
Betul jugak...sepatutnya peguambela membawa saksi doktor pertama..... |
|
|
|
|
|
|
|
bluemenx posted on 28-10-2014 05:38 PM
wei... org pangkah PR bukan pasal Anwar.. ingat sikit
akupun selamber je maki org PR klo b ...
Bermakna org pr nih marah berprinsip.. mereka jelas menegur demi menjadi kebaikan hakikat tetap menyokong pr walau bagaimana sekalipun... sebab dalam umno mereka diwajibkan zip mulut rapat2 dari berkata2 kalau tak nak susahkan hidup sendiri... biarpun sampai menjadi busuk sekalipun...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya sepol diliwat sbb dia berani bersumpah dihadapan kaabah lagi...bukan benda boleh main2 bila berada bila di tanah suci... |
|
|
|
|
|
|
|
vandergooh posted on 28-10-2014 05:44 PM
Bermakna org pr nih marah berprinsip.. mereka jelas menegur demi menjadi kebaikan hakikat tetap ...
apa tah org panggil... cai ?.. micai ? macai ?
|
|
|
|
|
|
|
|
lvsg8 posted on 28-10-2014 05:56 PM
aku percaya sepol diliwat sbb dia berani bersumpah dihadapan kaabah lagi...bukan benda boleh main2 b ...
org sakit jiwa semua boleh.. ko ingt sumpah ni boleh selesaikan masalah ke ?
ko tunjuk 1 bukti.. org bersumpah.. masalah dia selesai ..ble?
|
|
|
|
|
|
|
|
ajie2000 posted on 28-10-2014 03:16 PM
rasanya kalau anwar masuk dalam penjara..
pengikutnya akan canang2 keputusan tu sampai PRU14..
hmm.. aku pn pikir cmni.. tapi entahlah, sedih tgok nasib msia skang. yg memerintah lembik, yg teringin nak memerintah plak mcm2 hal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 27-10-2014 07:18 PM
sumpah laknat Sepol diMekah..Ketum ada berani?.
Kenapa ketum x berani...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Orix posted on 28-10-2014 06:02 PM
hmm.. aku pn pikir cmni.. tapi entahlah, sedih tgok nasib msia skang. yg memerintah lembik, yg ter ...
Ketua Pembangkang yg sah dlm Parlimen pun dah kena layan macam tu, apa lg yg bawah2.. |
|
|
|
|
|
|
|
bluemenx posted on 28-10-2014 06:15 PM
Ketua Pembangkang yg sah dlm Parlimen pun dah kena layan macam tu, apa lg yg bawah2..
Kena adil untuk semua..
Rakyat bawahan mcm sepol jugak berhak mendapat keadilan...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|