Hero dan Heroin Drama Paling Menjadi 2013![](http://viomedia.altmedia.my/files.php?file=LYMA_710793111.jpg)
Mencipta rekod tersendiri dengan menjadi ‘trending’ hampir setiap hari di laman Twitter, drama bersiri yang diadaptasikan dari novel judul sama, ‘Love You Mr. Arrogant’ memperlihatkan gandingan mantap antara Azlee dan Zara. Sebelum drama ini disiarkan, ramai peminat novel ini mempertikaikan gandingan Azlee dan Zara dalam mebawakan watak sebagai Zafriel Irham dan Zaraa Amira. Selepas sahaja drama ini disiarkan, ternyata telahan mereka tersasar jauh kerana bakat lakonan yang dimiliki oleh kedua-dua pelakon ini menambat hati penggemar drama bersiri slot Akasia TV3 ini. Kerana drama bersiri ini juga, nama Zara dan Azlee semakin dikenali ramai. Mereka memperlihatkan lakonan mantap dan keserasian mereka begitu menyerlah dalam drama ini, sehinggakan ramai peminat mahukan mereka betul-betul bercinta di dunia nyata!
kredit gua.com.my
|