CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matz_rockz

kawin kawin corner : any thing pasal kawin

 Close [Copy link]
Post time 21-2-2006 09:51 PM | Show all posts
CIRI-CIRI SUAMI KAKI PUKUL
KAKI botol dan kaki judi adalah dua sifat ketara yang dimiliki oleh mereka yang suka memukul bantai isteri.

Golongan ketiga yang sering mengamalkan tabiat buruk ini ialah lelaki yang datang daripada keluarga yang bercerai-berai.

'Namun bukan semua lelaki yang ibu bapa mereka bercerai menjadi suami yang suka pukul bantai,' jelas Encik Mohamed Mustafa Marican, pengarah eksekutif Pusat Kaunseling Jamiyah (JCC).

Rata-rata, tambah beliau, suami yang suka mendera ini juga terdiri daripada kalangan berpendidikan rendah.

Menjelaskan lebih lanjut kenapa kaki judi dan kaki botol suka melakukan amalan pukul bantai, beliau berkata tindakan itu dilakukan sebagai cara mendapatkan wang dari isteri.

Oleh kerana suami kaki judi dan kaki botol ini juga adalah mereka yang sama ada menganggur ataupun tidak ada pekerjaan tetap, mereka juga mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah, menurut pengamatan Encik Mustafa daripada kes-kes penganiayaan keluarga yang dikendalikannya.

'Dan setiap kali mereka mengganas, mereka melakukannya dengan sungguh-sungguh hingga ada mangsa yang mengalami kecederaan teruk. Dalam satu kes yang saya kendalikan hanya beberapa hari lalu, si suami halau isterinya keluar rumah dalam keadaan bogel,' katanya, memberi contoh.

Wanita warga asing turut menjadi mangsa dera, katanya lagi sambil menambah bahawa beliau telah mengendalikan tiga kes serupa itu sejauh ini. Ketiga-tiga wanita itu adalah warga Indonesia dan merupakan isteri pertama kepada lelaki-lelaki berkenaan.

Walaupun golongan isteri mangsa dera paling ramai, Encik Mustafa juga pernah didatangi oleh seorang remaja lelaki sekolah menengah yang meminta bantuan pusat itu kerana tidak tahan didera oleh bapanya.

'Menurut remaja itu, dia sering dipukul dan ditendang tendang oleh bapanya sejak kecil. Dan semakin dia meningkat remaja, semakin dia teruk dibelasah kerana dia sering pulang lewat dari sekolah.

'Padahal menurut remaja itu, dia pulang lewat kerana hendak mengelakkan diri daripada bapanya yang garang. Si bapa pula tidak sedar akan tabiat buruknya dan menganggap remaja tersebut sebagai anak yang nakal.

'Atas bantuan JCC, kini kedua-dua bapa dan anak sedang dalam proses berbaik-baik. Tetapi menurut remaja itu, tidak mudah untuk dia melupakan perbuatan ganas bapanya itu. Saya khuatir, bila dia menjadi suami kelak, dia akan meneruskan tabiat buruk bapanya,' jelas Encik Mustafa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2006 09:52 PM | Show all posts
DIDERA MENTUA DAN SUAMI
WAJAHNYA ceria apabila bercakap tentang dua anak kecilnya.

Tetapi sebaik menyebut nama suami dan ibu mentuanya, wajahnya bertukar muram. Ini kerana beliau kecewa dan sedih atas penderaan yang mereka lakukan ke atasnya.

Cik Hetty, yang tidak tahan dengan maki hamun mentua serta pukul bantai suami, akhirnya 'lari' ke rumah ibu kandungnya.

Pasangan itu bernikah enam tahun lalu atas dasar cinta setelah beberapa tahun berkenalan.

Setelah berumah tangga, mereka tinggal dengan ibu dan kakak Encik Herman, kerana rumah itu dibeli Encik Herman, mekanik berusia 30-an tahun, sebelum beliau berumah tangga.

Menurut Cik Hetty, sikap suaminya semasa zaman bercinta dan selepas berumah tangga, amat berbeza. Sikapnya yang penyayang berubah menjadi garang dan kaki pukul.

Tiga bulan pertama kehamilan sulungnya, Cik Hetty tidak sihat. Jadi, beliau kurang membantu ibu mentuanya membuat kerja-kerja rumah. Ketika itulah mentuanya tunjuk belang.

'Tak boleh silap sedikit, saya dimaki hamun. Beliau akan mengadu kepada suami saya tentang apa saja yang saya lakukan dan tidak berkenan di hatinya.

'Yang peliknya, ibu mentua saya ini warak. Solat tak tinggal. Setiap malam Jumaat tak tinggal baca Yasin dan Al-Quran. Suami juga sering belajar agama di masjid,' kata Cik Hetty, yang mendakwa keadan kian buruk setelah beliau berhenti kerja.

'Sampai saya marah anak sendiri pun, mentua mengadu dan suami, tanpa usul periksa, memaki hamun dan memukul hingga tangan, bahu atau kaki saya lebam,' tambah Cik Hetty.

Beliau pernah meminta Perintah Perlindungan Peribadi (PPO) pada 2003, tetapi menarik balik setahun kemudian kerana sering disindir mentuanya.

Pasangan ini mempunyai dua anak berusia empat dan satu tahun.

Encik Herman memberikan isterinya nafkah $50 sebulan, sementara ibunya pula diberi $500 sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by SQ154 at 21-2-2006 09:52 PM
DIDERA MENTUA DAN SUAMI
WAJAHNYA ceria apabila bercakap tentang dua anak kecilnya.

Tetapi sebaik menyebut nama suami dan ibu mentuanya, wajahnya bertukar muram. Ini kerana beliau kecewa dan se ...


kesiannya..mintak2 perkara gini dihindari dari semua org2 yg ku syg including u all..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by skgerl at 22-2-2006 08:34 AM


kesiannya..mintak2 perkara gini dihindari dari semua org2 yg ku syg including u all..



sokkabar smalam ada pic satu kakak ni ngah menangis kat tepi tangga...touching jugak la
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 09:06 AM | Show all posts
KATERER TIDAK TEPATI JANJI

MULANYA saya gembira kerana anak perempuan saya bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya pada 25 Disember lalu.

Namun semakin dekat hari perkahwinan mereka, semakin bimbang saya angkara sikap pihak penganjur (katerer) majlis yang sering berkata 'tiada masalah' tetapi apabila ditanya tentang butir-butir rancangan, sering mengelakkan diri.

Hanya apabila lagi lapan hari majlis berlangsung, barulah mereka mahu mula berbincang.

Mereka juga meletakkan harga yang terpaksa saya terima kerana tiada pilihan dan tidak mampu mencari pengganti pada saat-saat terakhir.

Namun seperti yang saya bimbangkan, perkara mengaibkan berlaku.

Pada hari pernikahan, terdapat tanda-tanda perancangan tidak teratur. Pinggan mangkuk yang dihantar kotor dan mutu makanan agak rendah.

Pada hari perkahwinan, majlis yang sepatutnya bermula pada 10.30 pagi tidak dapat dimulakan walaupun sebilangan tetamu telah hadir.

Ini kerana penganjur belum hadir dan hanya ternampak bayang mereka pada 11.10 pagi! Malu saya kepada tetamu yang sesetengahnya beredar dengan perut kosong.

Semakin pilu rasa hati sedang sepanjang hari, banyak janji tidak ditunaikan.

Ini termasuk mutu makanan yang mengecewakan serta sudu, garpu dan cawan minuman yang tidak kecukupan.

Kontena air pula tiada isinya dan mutu kendarat amat mengecewakan - makanan yang kurang sering tidak ditambah dan sentiasa perlu diberi arahan.

Malah apabila seorang tetamu terhormat meminta air suam, pihak katerer tidak dapat mengadakannya. Turut mengecewakan ialah makanan tidak mencukupi hingga ramai petugas dan saya sendiri tidak dapat menjamah makanan walaupun sebiji nasi.

Berkat nasi 200 kotak yang dijanjikan juga tidak tertunai. Malah gara-gara katerer yang tidak menjaga kebersihan, deposit saya tidak dikembalikan pihak Malay Village.

Sebagai hos majlis perkahwinan itu, saya amat malu dengan khidmat yang diberikan kepada tetamu. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.


A. Hamid Sulaiman,
Namly Garden. <--

kasi lah nama katerer tu...


:nana:
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-2-2006 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 22-2-2006 09:06 AM
KATERER TIDAK TEPATI JANJI

MULANYA saya gembira kerana anak perempuan saya bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya pada 25 Disember lalu.

Namun sema ...

Pihak Malay Village???:hmm:
Reply

Use magic Report

Follow Us
matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 22-2-2006 10:28 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 22-2-2006 09:06 AM
KATERER TIDAK TEPATI JANJI

MULANYA saya gembira kerana anak perempuan saya bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya pada 25 Disember lalu.

Namun sema ...



very bad experience.....in this kind of line...kalo you cannot provide a decent service...might as well close shop.

once bitten twice shy...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by Gadis_Venus at 22-2-2006 09:46 AM

Pihak Malay Village???:hmm:

maybe dia sewa hall kat situ tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 22-2-2006 10:30 AM | Show all posts
i pernah kena food poisoning.i nak tell my sedara....i don't feel good.
sekali he told me ,ramai yang di jemput pun kena food poisoning.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 22-2-2006 10:28 AM



very bad experience.....in this kind of line...kalo you cannot provide a decent service...might as well close shop.

once bitten twice shy...

kaya sekejap aje lah.. tapi sampai mati orang ingat ...
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 22-2-2006 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 22-2-2006 10:30 AM

kaya sekejap aje lah.. tapi sampai mati orang ingat ...


got to agree with you....sampai mati we will  remember....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 22-2-2006 10:30 AM
i pernah kena food poisoning.i nak tell my sedara....i don't feel good.
sekali he told me ,ramai yang di jemput pun kena food poisoning.

sedara hb nya majlis pun pernah terjadi macam gini.. nasib baik dlm family aku, hb aku aje yg kena cirit birit... a few cousin dia masuk hospital.. lulut lembek.. tak boleh berdiri pun... really that bad...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 22-2-2006 09:06 AM
KATERER TIDAK TEPATI JANJI

MULANYA saya gembira kerana anak perempuan saya bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya pada 25 Disember lalu.

Namun sema ...




katerer tu biar betik sey..

seram siot aku nengok
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 12:41 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 22-2-2006 10:28 AM



very bad experience.....in this kind of line...kalo you cannot provide a decent service...might as well close shop.

once bitten twice shy...



no la matz

company kalo dah bad reputation, just register another new name

its easy money la kalo ada niat nak tipu customer
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 22-2-2006 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 22-2-2006 12:41 PM



no la matz

company kalo dah bad reputation, just register another new name

its easy money la kalo ada niat nak tipu customer



to some people.....their reputation is priceless....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 09:20 PM | Show all posts
Originally posted by skgerl at 22-2-2006 08:34 AM


kesiannya..mintak2 perkara gini dihindari dari semua org2 yg ku syg including u all..


banyakan berdoa kepada yang maha kuasa semoga dijauhkan   amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 23-2-2006 09:51 AM | Show all posts
i was at this muslim restaurant in bangkok....i saw them angkat pinggan mangkok,periuk,gas cooker kat pick up van.....
hopefully can see a muslim wedding in other countries....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 10:54 AM | Show all posts
aku dah nampak tentang makcik didera suami & mertua kat sokkhabar kat umah..Cian aku tgk makcik wif face against the wall kat tangga..poor thing...

[ Last edited by skgerl at 23-2-2006 10:56 AM ]
Reply

Use magic Report

puteri81 This user has been deleted
Post time 23-2-2006 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by skgerl at 22-2-2006 08:34 AM


kesiannya..mintak2 perkara gini dihindari dari semua org2 yg ku syg including u all..


amiinn...:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 01:19 AM | Show all posts
...dah lama aku tak pi jemputan kawin...eerrr...korang2 yang single nie bila huh nak kawin??...:hmm:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.119144 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list