Lama dah tak posting (lebih specific meroyann...) dlm board tv ni.. TLU membuatkan diri ini terpanggil2 ke board ni semula...
Pada mulanya bila tgk title "Teman Lelaki Upahan".. mcm dah malas nk layan drama ni sbbnya dah la mmg melambak drama yg diadaptasi dari novel dgn jln cerita yg mmg cliche (jmpa, tak suka, kena kawin, gaduh gitu gini then suka), lps tu lately kerap plak drama yg dari judul "Suamiku … , isteriku depan mata, isteri blkg rumah sebelah kedai la
bila tgk barisan pelakon utama TLU ni, walaupun minat dgn lakonan UI ni sbb dia byk berlakon bwh Radius One.. teringat plak lakonan dia dlm drama Sutun.. & utk elizad, pnh la tgk dia berlakon sblm ni (drama Jiwa, Anak Aku Bkn Milik Aku), ok dia berlakon, tak kayu tp agak ragu2 blh ke hit (tlg fikirkan utk stesen tv trending ke tak )
nak cuba layan ep1 drama ni dulu sbb utamanya adalah kerana direktornya, Azma. so far tgk drama/telefilem arahan Azma terutamanya telefilem jarang mengecewakan (Antara Garisan, Kashaf Imani, Fatihah Untuk Abah, Qiam, Hajar Aswad,Budak Flat Jalan Bayan)
Setelah menonton dari ep1 hingga ep 27, ternyata TLU ni walaupun agak cliché tp dari sudut yg lain TLU byk bezanya.
Plot & perkembangan cerita dari 1 scene ke 1 scene, dari 1 ep ke 1 ep membuatkan kita tak sempat bosan (namun setuju juga bila ada yg ckp ep 26 ada scene yg tak perlu) & buat kita tertunggu apa yg jd seterusnya. OST & background lagu kena dgn scenes Lagu2 dlm TLU walau bkn dari penyanyi popular dan bukan lagu2 yg hit sblm ini tp membuatkan penonton dah simpan dlm playlist.
Lakonan para pelakon rasanya tak perlu lg dipertikaikan. Bukan shj watak hero & heroin tetapi watak2 lain sehingga watak Alisha & jiran Mak Uda/Pak Uda turut memberikan impak yg berkesan. Masing2 ada kekuatan masing2 dgn memberikan lakonan yg menjadi penambah rasa dlm TLU.
El – bkn hero yg ctrl macho & sado, tapi UI berjaya membawa watak hero yg berbeza, watak yg bershj. UI & Aloy ni kalau kita tengok diorang ni mcm tak berlakon. Selamba je lontarkan dialog, nyanyi lirik lagu suka2 hati.
Kyra – Pujian harus diberikan kepada Elizad. Berjaya membawa watak seorg yg sombong, berlagak, pembenci. Dan bila part nangis, mmg dpt rasa sedihnya, pendam rasa. Riak wajah dia dpt berikan rasa tu semua . Kalau tak silap 4x Kyra menangis sambil drive. Susah kot nak lakonkan scene tu, mana nk dpt feel sedih & nangis , & nk drive lg. & dpt feel bonding Kyra & Mummy.
Mummy – suka tgk Fazlina lakonkan watak mak2. Bila partner dgn Azhan Rani lg best. Azhan ni kalau jadi watak jahat mmg sunggu menjengkelkan . Jadi watak pak lawak pun best (Geng Surau).
Umi – sedih scene di hospital & masa belek album
Zara – suka scene dgn abg ngah di tepi pantai Cherating.
Abg Long – suka masa El kantoi. Scene El ngadap Abg Long lps kantoi tu klu drama lain dah jd scene gaduh tu.
Drama TLU tak perlu nk menonjolkan perebutan harta, kontrak juta2, perempuan gedik goda, datuk datin pamerkan kekayaan, caras-mencaras, bomoh-membomoh, nak langgar orang, adik beradik saling dengki, tapi TLU ada secret recipe yg membuatkan ramai yg meroyan.