alhamdulillah ....syukur, saya sekeluarga telah selamat sampai pada 25 June. Seronok sgt2 walaupun penat. berdoa agar dijemput menjadi tetamunya lagi. Insyallah..
kawan mak saya yang saya cerita haritu TA berdolak dalik, alasan visa. Pakej katanya bayar RM3500 ke RM3000 je sebab sebahagian ada orang yg tanggung/sedekah. Last2 dia register dengan andalusia. Pergi hujung tahun ni sebab semua date dah penuh.
msaadhamid posted on 13-7-2014 06:01 AM
Wa'alaikum salam wbt
Apakah kriteria yg menjadi ke utamaan?
Tn. Haji...keutamaan saya pd mutawif ada bersama atau mengiringi semasa perjalanan umrah ini...
tunjuk ajar mutawif akan memudahkan lg bagi saya yg masih bertatih utk memahami ibadat umrah nie...
Memandangkan musim haji semakin hampir, ini merupakan pengalaman saya yg pertama ke luar negara.. Alhamdulillah kali pertama ni adalah dgn mengerjakan haji dan juga umrah.. sy nak tumpang tanya kpd yg dah berpengalaman pergi travel luar negara:
apakah tip-tip penting utk saya yg belum ada pengalaman mengembara ke luar negara terutama ketika berada di Makkah dan Madinah..?
barang2 yg paling minima utk dibawa (saya jenis tak suka bawak bnyk barang, melainkan betul2 nak guna)..
barang mana yg lebih baik beli ketika di Makkah/Madinah dan sebaliknya..?
satu lagi tentang kos haji, sy difahamkan yg pertama kali ni dpt subsidi, kos asal rm16K, kos setelah ditolak subsidi dekat rm10k.. jadi acct lebihan dlm rm5k tu adakah ia kiranya simpanan lebihan utk dijadikan belanja? maaf kalau soalan sy ni mcm agak ketinggalan.. harap sesiapa yg berkenaan dpt membantu.. Last edited by dianaris on 22-7-2014 08:59 AM
dianaris posted on 22-7-2014 08:55 AM
Assalammualaikum..
Memandangkan musim haji semakin hampir, ini merupakan pengalaman saya yg perta ...
"kos asal rm16K, kos setelah ditolak subsidi dekat rm10k.. jadi acct lebihan dlm rm5k"
maksudnya kos sebenar belanja haji RM16K, tapi jemaah hanya bayar RM10K kepada Tbg Haji melalui proses debit akaun Tbg Haji bakal jemaah RM10.(Baki akhir akaun Tbg Haji jemaah akan berkurang RM10K).
Perbezaan antara kos sebenar vs kos yg dibayar jemaah =RM6K , akan ditanggung oleh Tbg Haji (diperolehi dari keuntungan aktiviti pelaburan Tbg Haji). Jadi tak adalah istilah subsidi tu akan diserahkan tunai kpd jemaah. harap dpt faham
Ada yang dah daftar untuk umrah dec x ?
Ingat kali ni nak cuba Rayhar atau Andalusia , sbb bawa anak2 kecil ingat nak cari hotel dekat sket.
Last 2 years pergi dgn Ustaz Halim dari hajiumrah .. hotel Makkah agak jauh ..
Kalau2 ada yang dah pernah pergi dengan Rayhar dan Andalusia , share lah ye mana satu yang ok ..