Biodata bin Biografi SAAT SULAIMAN
SAAT SULAIMAN nama dalam Mykad,manakala nama Saintifik adalah SATA SAALIMUN .Mendapat pendidikan di Universiti Islam Madinah dalam bidang bahasa arab dan belajar bahasa Inggeris di Uitm Melaka ,namun suka memakai seluar jeans dan t-shirt lusuh agar sentiasa tawadduk dan tidak sombong .Boleh bercakap enam bahasa dan mempunyai tulisan rahsia yang tidak boleh dibaca manusia.
Beliau adalah usahawan kecil dan penulis .Telah berjaya menulis 9 buah buku iaitu :
1.TIPS MENJADI IBU BAPA CEMERLANG. (PTS PUBLICATIONS ) 2.IBU BAPA MITHALI. (PTS PUBLICATIONS ) 3.USAHAWAN KAYA WANG KAYA IMAN. (PTS PUBLICATIONS ) 4.BUAT DUIT DENGAN JUAL PAKAIAN. (PTS PUBLICATIONS ) 5.USAHAWAN CEMERLANG. (UTUSAN PUBLICATIONS ) 6.REMAJA POSITIF. (UTUSAN PUBLICATIONS ) 7.ANAK ADALAH ANUGERAH. (UTUSAN PUBLICATIONS ) 8.MELAKAR SYURGAWI IDAMAN (TELAGA BIRU SDN BHD ) 9.PERIBADI DR M – TERBITAN SENDIRI 10.AHMAD MASLAN PEMIMPIN TELADAN-Sedang ditulis
Buku beliau Remaja Positif telah dibeli oleh Perpustakaan Negara untuk diedarkan ke perpustakaan desa seluruh negara.
Buku beliau Usahawan Kaya Wang Kaya Iman disiarkan dalam program Usrah TV9.Manakala buku Melakar Syurgawi Idaman dan TIPS MENJADI IBU BAPA MITHALI telah dibicarakan dalam program Assalamualaikum TV Hijrah.
Beliau bercadang menulis 100 buah buku .Suka membaca,menulis dan melancong.Menjalankan perniagaan kecil kerana tidak mahu tersenarai dalam majalah Forbes.Suka berkawan dengan semua manusia termasuk penyapu sampah hinggalah Menteri.Mampu bertutur enam bahasa dan mempunyai tulisan rahsia yang tidak boleh dibaca manusia.
Lokasi paling suka membaca buku adalah Tasik Titiwangsa dan Kampung Buku Air Keroh.Tidak suka membaca dalam bangunan berhawa dingin kerna ia menyebabkan mengantuk dan stress. Pernah menangis sepanjang hari apabila Masjid al-Azim menutup perpustakaan Al-Azim di mana banyak buku-buku bahasa arab yang beliau suka baca.Keputusan kerajaan Melaka menutup Perpustakaan Al-Azim adalah KEPUTUSAN BODOH BIN BANGANG.
Ketika ditanya pegawai Imigresen Singapura "berapa wang kamu ada?",beliau menghulurkan duit syiling 10 sen.Pegawai tersebut tidak membenarkan beliau masuk ke Singapura.Kemudian beliau menunjukkan 10 kad bank kepada pegawai tersebut,lantas paspot beliau dicop visa dua minggu. Pernah melancong selama tiga bulan ke Thailand,Kemboja dan Vietnam seorang diri.Beliau tidur di masjid,rumah orang yang tidak dikenali,hotel dan sebagainya.
Ketika melancong luar negara selama tiga bulan,beliau mengedarkan puluhan ribu kad bertulis "VISIT MALACCA MEANS VISIT MALAYSIA..." sebagai usaha mempromosi negeri Melaka. Beliau mempunyai 90 blog termasuk blog politik.Amat membenci ahli politik yang banyak cakap dan kurang bekerja.
Kadangkala memandu kereta sendiri,kadangkala menaiki bas,teksi,komuter,keretapi,LRT dan kapal terbang.Beliau kadangkala tidur dua jam sehari dan pernah 3 hari tidak tidur kerana kuat bekerja.Ketika menaiki keretapi dari Pulau Sebang ke Kelantan,beliau tidak tidur kerana suka berkenalan dengan ramai penumpang keretapi dan membaca buku .
Ketika di Universiti,beliau digelar "KAMUS" kerana menghafal kamus arab.
Solat tahajjud setiap malam kecuali jika tidur awal dan tidak terjaga hinggalah waktu Subuh.
Amat kasihan dengan penyapu sampah.Walaupun mereka amat berjasa kepada negara,namun gaji mereka amat kecil.Apabila beliau bertemu penyapu sampah,beliau berikan air minuman atau sedikit wang.
Beliau pernah menghantar ribuan surat dan emel kepada Menteri,pegawai kerajaan,syarikat swasta dan sebagainya namun yang membalasnya hanya 1 %.Beliau amat sedih dan kecewa bila surat dan emel tidak dibalas.Sikap tidak membalas surat dan emel adalah sifat manusia sampah!Dua menteri yang menjawab surat beliau adalah YB Datok Ahmad Maslan dan mantan Menteri Wilayah,Datok Raja Nong Chik .
Pernah menghantar sendiri surat kepada pegawai Pejabat Pelajaran Kelantan dan pegawai tersebut membuang ke tong sampah di hadapan beliau.Itulah reaksi pegawai kerajaan bila berhadapan dengan manusia biasa,tiada pangkat Datok atau artis ternama.
Kadangkala ke Singapura pada waktu pagi dan pulang waktu malam kerana membaca buku-buku di sana.Singapura mempunyai banyak buku yang berkualiti.
Beliau benci glamour dan publisiti melampau kerana glamour menyusahkan.Menjadi manusia biasa adalah nikmat kerana bebas ke sana sini dalam dan luar negara tanpa gangguan media atau paparazzi.
Lihatlah Puteri Diana yang mati kemalangan jalan raya akibat dikejar Paparazzi yang gilakan berita...Jika Puteri Diana adalah penyapu sampah,beliau masih hidup sehingga hari ini.... Suka menghadiahkan buku kepada pegawai kerajaan dan swasta yang dikenali atau tidak.Buku adalah ilmu .
Buku kesembilan beliau “PERIBADI DR M” telah dilancarkan oleh Y.B Datok Haji Ahmad bin Haji Maslan ,Timbalan Menteri Kewangan pada 20 Disember 2013 di Masjid Tanah Melaka.Ketua Menteri Melaka tidak hadir pada majlis tersebut kerana menganggap Saat Sulaiman tidak sehebat Datok Siti Nurhaliza atau Prof Ungku Aziz.
Laman web beliau adalah www.saatsulaiman.com
COPYRIGHT @ 2013-2020 SAAT SULAIMAN
|