Tak Sia-Sia Aliff Syukri Ambil Intan Jadi Model Tudung[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2018 6:00 AM
[size=0.75em]Aliff mengakui kagum dengan Intan ketika berdepan dengan isu rumah tangga.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]ISU rumah tangga membabitkan pemuzik bebas, Ude Wahid dan Intan Liana Saleh yang sedang hangat diperkatakan netizen turut mengundang rasa simpati pengasas kosmetik iaitu Datuk Seri Aliff Syukri. [size=0.98em]Aliff, 32, berkata dia prihatin dengan nasib Intan dan memberi peluang pekerjaan dengan melantik wanita itu menjadi model tudung bawah jenamanya selama enam bulan. [size=0.98em]"Sejujurnya saya simpati dengan nasib yang menimpa Intan dan melantik dia menjadi model tudung Aliff By Sha selama enam bulan. Sekurang-kurangnya ada sumber pendapatan untuk dia dan anak-anaknya. [size=0.98em]"Buat masa ini komitmen yang dia beri sangat bagus, cumanya dia perlu ada keyakinan diri dan kena berani bawa diri ke depan," katanya kepada mStar Online.
[size=0.98em]Madu Izreen Azminda, Intan Liana Saleh. [size=0.98em]Sementara itu, Aliff berkata dia tidak kisah dengan tanggapan netizen yang mendakwa kononnya dia mengambil kesempatan dengan melantik Intan sebagai model ketika wanita itu sedang berdepan kontroversi rumah tangga. [size=0.98em]"Saya mengaku memang ambil kesempatan terhadap Intan kerana isu ini sedang hangat diperkatakan dan ramai orang yang sedang menyokong dan kasihan dengan nasibnya. [size=0.98em]"Tapi saya bukan ambil dia jadi model secara percuma ya, saya bayar dia dengan angka yang agak tinggi untuk kontrak selama enam bulan dengan harapan dapat bagi pendapatan kepada dia.
[size=0.98em]Aliff membayar Liana sebagai model dengan bayaran tinggi. [size=0.98em]"Apa yang boleh saya kata, Intan ada aura dan pemilihannya sebagai model turut memberi impak positif kepada jualan kami," katanya. [size=0.98em]Dalam pada itu, Aliff secara peribadi mengagumi ketabahan dan kekuatan wanita itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai hal rumah tangga mereka. [size=0.98em]"Saya kagum dengan ketabahan Intan. Dia seorang yang sangat menjaga hal rumah tangga sehinggakan rela bermadu. Tentang isu tersebut, saya tak mahu komen lebih-lebih sebab saya pun bukanlah sempurna mana.
[size=0.98em]Dalam perkembangan lain, Aliff dan Sajat bakal bergandingan dalam lagu baharu berjudul Makhluk Penggoda. [size=0.98em]"Saya anggap itu ujian hidup untuk dia dan semoga ada sinar persefahaman yang akan dicapai nanti. Saya harap dia boleh berjuang untuk meneruskan kehidupan," ujarnya. [size=0.98em]Intan bakal diceraikan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, pada 22 Mac depan. [size=0.98em]Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1. [size=0.98em]Manakala Ude dan pelakon Izreen Azminda yang juga merupakan isteri kedua telah berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... zfQ2cpYFWIAsIoHW.99
|