CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7032|Reply: 23

Pemimpin Harapan

[Copy link]
Post time 26-5-2016 08:46 AM | Show all posts |Read mode
*Tajuk sedang difikirkan


Lari sikit dari kisah cinta, kawen paksa, kawen sbb perjanjian,  hero keje best xde ptptn, benci suami pastu baik smula, dll.

Kisah Pilihanraya kampus




Wakil Pelajar


‘Pilihan Raya Kampus 2015’.

        Begitulah antara tajuk-tajuk poster yang menghiasi hampir segenap blok bangunan yang terdapat di kolej ini. Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah sememangnya terdiri daripada blok bangunan pentadbiran, asrama pelajar serta akademik. Tiga orang sahabat karib sedang meneliti isi kandungan poster yang di hadapannya itu.

“Wah, agak menarik pemilihan kali ini. banyak perubahan yang dibuat tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.” Syahadan memulakan kata.

“Betul tu. Bilangan exco Majlis Perwakilan Pelajar pun sudah ditambah.” Zahari mencelah.
Asuwad tersenyum memandang kedua-dua sahabatnya itu.

“Baguslah begitu. Dulu exco MPP hanya sembilan orang sahaja. Sekarang bila pelajar baru bertambah bilangan exco juga perlu ditambah. Barulah segala aktiviti dan perancangan MPP dapat berjalan lancar.” ujarnya.

“Pemilihan agak menarik dan sengit. Setiap jabatan pasti akan menghantar calon terhebat mereka. Aku juga tidak mahu ketinggalan.” Syahadan mula memasang impian. Matanya tepat merenung memerhatikan poster itu.

“Kau serius?” tanya Zahari. Asuwad hanya tersengih mempamerkan sebaris gigi sebersih mutiara.

Asuwad dan Zahari menjeling sesama sendiri. Sinis senyuman yang terukir di wajah mereka berdua. Bukannya memperkecilkan hajat Syahadan namun mereka sengaja bergurau dengan rakan karibnya itu.

“Kenapa? Pencapaian akademik dan kokurikulum aku cukup untuk menyertai pemilihan ini. Lagipun aku tidak pernah membuat sebarang kes salah laku di kolej ini.” Syahadan menambah.

Sememangnya tidak dinafikan Syahadan adalah di antara pelajar terbaik di kolej itu. Pernah beberapa semester dia mendapat 4.00 dalam pencapaian akademik semasa. Setiap kali majlis penyampaian sijil kepada pelajar cemerlang, nama Syahadan pasi tidak lekang meniti di bibir penyampai anugerah itu.

“Bukanlah.” Zahari menjawab.

“Kami pun berfikir begitu. Sengaja mahu mengusik kau tadi.” jenaka Asuwad sambil mengerling ke arah jam di tangan kanannya. Jarum pendek jam antik bersaiz kecil yang bergantung rapi di tangannya menunjukkan hampir menunjukkan angka lapan. Sudah tiba masanya untuk bersedia di dalam Dewan Kuliah.

Belajar selama lapan jam sehari, bermula seawal 8.00 pagi sehingga 5.00 malam dan satu jam lagi dihabiskan di kafeteria, sudah menjadi rutin hariannya. Itulah kehidupan baginya sejak menjejakkan kaki ke pusat pengajian yang tidak pernah lelah, tempat dia menganyam sejuta impian yang akhirnya menjadi realiti bagi sebuah kehidupan.

“Ah, sudahlah. Kita sudah lambat ke kuliah ni. Nanti bising pula Ustaz Zakaria.” kata-kata Asuwad mematikan Syahadan dari lamunannya. Sememangnya pensyarah subjek Pengajian Hadith itu agak bertegas kepada pelajar-pelajar yang lewat ke kuliah.     

“Baiklah, mari kita pergi.” Zahari menyambut. Mereka berjalan meninggalkan perkarangan Asrama Putera Blok F itu.

Syahadan hanya mengurut dada. Dalam hatinya memanjatkan doa supaya tiada halangan baginya merentasi lautan cita yang ingin dicapainya.
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, seperti institusi pengajian tinggi yang lain mengamalkan Pilihan Raya bagi melantik Exco Majlis Perwakilan Pelajar. Dengan sistem inilah pelajar-pelajar akan terdedah dengan Pilihan Raya yang sebenar dan pemilihan calon-calon untuk menjadi pemimpin.

        Perkara inilah yang selalu bermain di benak fikiran Syahadan sejak mula dia menjejakkan kaki ke KUIPSAS ini lagi. Dia tertarik dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh exco MPPKUIPSAS semasa Minggu Aluan Siswa iaitu minggu orientasi pelajar baharu.

        “Mereka boleh memimpin dan menguruskan organisasi dengan baik. Mereka juga mampu menjamin kebajikan pelajar dan membawa suara pelajar ke peringkat atas. Aku mahu menjadi seperti mereka.” bisik hati kecil Syahadan. Dia kini berada di semester empat daripada tujuh semester. Sudah genap setahun dia berpijak di bumi KUIPSAS ini.

Tiga semester pengajian di Kolej Islam Pahang seakan sekelip mata dilaluinya. Memori hari pertama Syahadan menjejakkan kaki di kampus itu masih jelas terpampang di muka surat pertama buku ingatan sepanjang kehidupannya. Pagi itu, perasaan bangga meluap-luap di rongga dada seolah-olah menggelembung dada dibuatnya. Diiringi pula dengan degupan jantung kencang dan lebih cepat daripada biasa. Ia terbit di kala melepasi pintu pagar utama kampus yang dibina cemerlang.

Dekorasinya pula sungguh gah dipandang. Ditengah-tengahnya terukir logo KUIPSAS dan di bawah logo itu tertulis 'Berilmu Beriman'. Ayah Syahadan memandu kereta yang disewanya mengikuti papan arahan sementara yang diletakkan di setiap simpang jalan. Kereta di jalan banyak sekali. Papan-papan tanda itu lalu membawa semua kereta yang kelihatan ke tempat pendaftaran pelajar baharu kampus itu.

Para pelajar baharu yang mendaftar di pagi itu mencipta keramaian yang maha hebat. Seperti semut mengerumuni gula. Berduyun-duyun dan bersusun-susun memenuhi meja-meja pendaftaran. Bermacam-macam ragam. Ada yang berpeluh tidak tahu kenapa. Ada yang cemas kerana kehilangan boring tawaran. Ada yang Cuma berselipar jepun, santai sekali. Ada yang terkebil-kebil memandang kunci biliknya yang salah.

Syahadan masih teringat semua kenangan di hari pertama. Kerana setahun berlalu seperti sekelip mata. Mereka yang masih hingusan ketika mendaftar dahulu kini sudah bergelar senior. Budak kampung ini juga yang dahulunya memasuki kampus itu dengan berselipar jepun, kini berkasut hitam menyilaukan mata.  

Fikirannya tetap tertumpu pada hasratnya walaupun dia sudah berada dalam Dewan Kuliah 4. Mujur ketika itu Ustaz Zakaria belum tiba.

“Syah, hujung minggu ni macam mana?” Zaid mencelah dari belakang sambil menepuk bahu Syahadan.

“Jadi ke tak?”

Syahadan tersedar dari lamunan. Terpaku.

“Apa yang jadi?” Bulat bola mata Syahadan. Tidak dapa menangkap apa yang dimaksudkan oleh rakannya itu.

        “Kau ni banyak mengelamun saja. Kan kita dah janji untuk pergi ke bank hujung minggu ni.” Zaid membalas. Dia sememangnya rapat dengan Syahadan walaupun berlainan kursus. Syahadan mengambil kursus Dakwah dan Pengurusan manakala Zaid dalam pengkhususan Bahasa Arab dan Tamadun Islam.

        Namun, mereka boleh berada dalam satu kuliah yang sama kerana mengambil subjek yang sama. Subjek Pengajian Hadith wajib diambil oleh semua pelajar dari Sekolah Pengajian Islam di kolej itu. Zahari dan Asuwad juga berada bersama mereka.

        “Aku tak ada masalah. Cuba kau ajak Zahari dan Asuwad. Lagi ramai lagi bagus.” Syahadan membalas dengan senyuman.

        “Lagi bagus kalau jika Syukri ada bersama.” Zaid membalas. Sinis senyuman yang terukir dibibirnya.

        Syukri bukanlah orang asing bagi mereka. Walaupun berlainan jurusan, namun hubungan mereka seperti adik-beradik. Cuma hubungan Syahadan dan Syukri ibarat anjing dan kucing kerana pemikiran dan pandangan mereka sering berbeza.

        Syukri yang mengambil jurusan pengurusan di kolej itu agak bersikap tegas dan menyendiri. Berlainan pula Syahadan yang lebih mementingkan pergerakan secara berkumpulan dalam apa juga aktiviti seharian mereka.

        “Elok juga macam tu. Boleh kita ditinggalkannya lagi semasa dibandar Kuantan nanti.” Syahadan membalas sinis. Dia teringatkan peristiwa ketika mereka keluar bersama Syukri bulan lepas. Dengan tiba-tiba Syukri hilang dan mereka hanya menerima mesejnya melalui khidat pesanan ringkas yang menyatakan Syukri pergi ke Terminal seorang diri untuk membeli tiket.

        “Ish kau ni, Syah. Yang sudah tu sudahlah. Lagipun dia tidak mahu kita menunggunya. Ia akan membazirkan masa kita sahaja.” jawab Zaid.  

        “Bukannya apa. Kita pergi bersama dan sepatutnya pulang bersama.” Syahadan mempertahankan pendiriannya. Zaid menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mati akal. Buntu memikirkan hujah yang bakal diberikan kepada rakannya itu.
       
Perbualan mereka terhenti di situ setelah seorang lelaki berusia hampir setengah abad melangkah masuk ke Dewan Kuliah 4. Lelaki yang bertubuh gempal itu terus meluru ke meja yang paling hadapan sekali bagi memulakan syarahannya. Kelas sunyi sepi menghormati guru Pengajian Hadith mereka dan mendengar apa yang akan disampaikan olehnya.

        “Assalamualaikum semua.” Ustaz Zakaria memulakan kuliah. Lantas dijawab secara ramai-ramai.

        “Waalaikumsalam.” Suara pelajar perempuan mendominasi. Sememangnya kaum Hawa lebih ramai berbanding dengan kaum Adam dalam kuliah itu.

        “Baiklah. Kita akan masuk ke tajuk baru pada hari ini. Sebelum itu saya akan mengingatkan anda semua tentang pembentangan yang akan dijalankan pada minggu depan.” sambung Ustaz Zakaria.

        “Pembentangan?” Perkataan yang bermain di fikiran Syahadan. “Alamak, aku belum siap lagi.”

        “Kenapa Syah?” Zaid menegur.

        “Tak ada apa-apa.”

        “Aku tahu. Kau mesti belum siap lagikan?” Zaid dapat membaca fikiran rakannya itu.

        “Ya, tapi tak mengapa. Masih ada masa. Aku akan ke perpustakaan malam ini. Lagipun hanya satu bab lagi yang tak lengkap.”

        “1 bab lagi?”

        “Ya, tentang contoh-contoh kisah dermawan yang mendermakan hartanya ke jalan Allah. Tajuk assignment aku Infaq di Jalan Allah.”

        Zaid mengerling sahaja. Memang tidak menjadi masalah bagi Syahadan. Lagipun Syahadan adalah antara pelajar terbaik dalam kelas. Setiap kali pembentangan kertas kerja, Syahadan akan muncul dengan pembentangan yang berisi dan penuh persediaan.

        “Nama-nama pembentang akan saya paparkan di hadapan bilik saya. Kamu boleh lihat nanti.” kata-kata Ustaz Zakaria mengalihkan pandangan dua orang sahabat itu ke hadapan. Masing-masing menumpukan sepenuh perhatian kepada Tuan Guru mereka di hadapan.
                       
**********                               ***********
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2016 08:49 AM | Show all posts
       
*****                *****                *****                *****                *****
       
“Syukri, kerja kursus yang kamu hantar terlalu ringkas. Saya tak nampak penjelasan terperinci tentang sistem kehakman Malaysia ni?”tegur Puan Fatimah ketika mengulas perihal tugasan Syukri di bilik pensyarah. Kelemahan kerja projek mata pelajaran Pengajian Malaysia baru-baru ini agak melemaskan Syukri. Tajuk dan huraian yang dibuatnya tentang sistem kehakiman di Malaysia nyata tidak memuaskan hati pensyarahnya itu.

“Maaf, Puan. Saya akan cuba memperbaikinya.” balas Syukri. Ahh..bosannya melengkapkan teks ini! Monolog Syukri dalam hati. Dia berjalan menuju koridor bangunan sambil melayarkan pandangan kearah pepohon kemboja disebalik kehijauan padang sekolah.

Benar sebagaimana apa yang digambarkan oleh Syahadan dan rakan-rakan. Syukri adalah seorang yang bersifat individu. Segala yang dilakukannya adalah secara bersendirian kecuali dalam ibadah khusus seperti solat dan halaqah.

Sambil itu, desis hatinya sesekali mengimbas kiasan kata-kata Ustazah Khaulah tempoh hari, “Rasulullah s.a.w tidak suka pada sesuatu kerja yang dijalankan umpama melepaskan batuk ditangga..”

Syukri teralit dalam perasaan memuncak hiba. Oh, di mana silapnya? Lantas teringat leteran Ustazah Khaulah, guru subjek Perbandingan Agama di kolej itu yang sedikit sebanyak tempiasnya pada hasil kerjanya tadi. Sedetik itu, kekesalan timbul…

Namun, segala kekusutan yang bermain di fikirannya tidak kekal lama. Mata dan hatinya kini tertumpu pada iklan dan poster Pilihanraya Kampus yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Bagus, ini peluang aku untuk mencubanya. Aku mesti merebut peluang ini.” getus hati kecilnya. Dia teringat akan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. yang sememangnya menjadi pemimpin umat sehingga ke akhir zaman. Juga kisah-kisah para sahabat dan perjuangan mereka dalam menyebarkan Agama Islam sehingga ke seluruh dunia pada hari ini.   

Pastinya, Syukri merasakan dia sentiasa menemani dalam nadi perjuangan suci ini biarpun Nabi telah lama kembali kehadrat Kekasih yang satu. Dalam erti kata lain, semua umat Islam merindui untuk bertemu Baginda.

“Walau diri ini banyak dipagari noda-noda sebagai insan biasa yang tidak sebanding untuk berdampingan denganmu wahai Rasulullah di akhirat kelak, aku selalu berdoa untuk menatap wajahmu.. Keagungan kasih dan ketulusan budinya yang mengamit hatiku dan sekalian umat-umatnya.” Doa hati kecilnya.

“Ini peluang aku untuk memimpin, berjuang dan berkorban demi agama.” Bisik hatinya sambil mulutnya kumat-kamit berselawat kepada Rasulullah s.a.w. hati.


“Barangsiapa dari umatku yang membaca selawat keatasku satu kali, Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan dan mengangkat untuknya sepuluh darjat”


Demikianlah sepotong hadith yang sentiasa bermain di fikirannya. Andainya Baginda masih ada dalam dunia akhir zaman ini, tentu sedikit sebanyak Baginda berbangga dengan generasi mahasiswa-mahasiswi intelektual saat ini. Insan-insan yang digelar ‘ummatahu’ yang bererti ‘umatnya’.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 08:51 AM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

        Suasana petang agak ceria. Awan bergerak perlahan. Tidak kelihatan mendung yang bakal tiba walaupun tidak lama lagi malam akan mengambil tempatnya. Seceria hati semua insan yang menikmati alam penuh indah itu.

        Tok.. tok.. tok..

Kedengaran ketukan dari pintu bilik 303. Pada mulanya ketukan itu agak perlahan namun akhirnya agak kuat dan berulang-ulang. Tidak berapa lama kemudian kedengaran  pula suara yang memberi salam dan memanggilnya dari luar. Syukri memasang telinga dari dalam kamar. Bukan khayalan.jelas ada ketukan. Bergegar pintu bilik yang sederhana keras itu.

“Syuk!” Nama mesra bagi Syukri di panggil.   

Syukri sedang berbaring di atas katil. Katil siang biru itu kusut dan kehilangan seri setelah dia berkubang di atasnya. Selesai sahaja solat Asar, dia terus melabuhkan jasadnya yang keletihan.

Kebiasaannya dia akan turun ke padang untuk bermain bola sepak. Disebabkan keletihan, dia menangguhkan perkara rutin dan hobinya itu untuk melepaskan lelah seketika.

Syukri menggeliat, mengesip-ngesip mata sambil berdiri dan melihat imej sendiri yang terpantul dalam cermin tinggi. Sememangnya setiap bilik dibekalkan dengan cermin yang sebegitu. Dengan berukuran satu meter setengah, semua penghuni asrama mampu melihat imej mereka dengan jelas dan menyeluruh. Mudah untuk bersiap-siap dan berhias.

Dalam cahaya terang-benderang dari matahari sederhana terik, kelihatan rambut kusut-masai seperti hantu dan kulitnya yang sawo matang.  

Pintu bilik dikuak.

“Oh, Syah. Masuklah.” Pelawa Syukri lembut.

“Terima kasih.” Syahadan melangkah masuk. Kepalanya berpaling ke kiri dan ke kanan. Mencari-cari sesuatu.
Syukri yang kepenatan lantas berbaring seketika di atas katil lembut yang menghiasi sudut ruang biliknya itu.

“Mana yang lain?”

“Masih belum pulang. Mungkin sekejap lagi.”

“Baguslah.” Ringkas Syahadan menjawab.

“Bagus?” Syukri kehairanan. Syahadan diam, melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan katil Syukri. Ada dua katil dua tingkat dalam setiap bilik. Bermakna penghuninya empat orang. Begitu juga dengan blok kediaman yang lain.

Mata Syahadan terkebil memandang siling, mengisar badan mengalih ke kanan sambil melihat gambar-gambar bersama yang tersusun pada rak dan belebas. Banyak gambar yang bergantung. Ada tiga kesemuanya namun itu bukanlah milik Syukri. Dia tahu Syukri tidak berminat untuk menyimpan sebarang gambar.

“Baguslah. Aku ada sesuatu yang hendak dibincangkan. Boleh kita bincang tanpa sebarang gangguan.”
Jam 5 petang di blok D Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, pertemuan dua bakal pemimpin pelajar di bilik D303 membawa seribu makna. Syahadan berada dalam bilik Syukri bagi menyempurnakan hajat masing-masing.
Bilik mereka bukanlah jauh malah berada dalam satu blok. Bilik Syahadan berada di tingkat 1 bernombor 114.

Namun Syahadan jarang ke bilik Syukri atas sebab ketidakserasian antara mereka. Pasti kali ini ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh Syahadan sehingga dia menjejakkan kakinya ke bilik itu.   

        “Syuk, aku nak minta tolong sikit.” Syahadan memulakan kata.

        “Apa dia? Aku jarang tolong orang.” Syukri membalas. Bunyinya agak kasar dan sinis. Namun bagi rakan rapat seperti mereka, itu adalah dialog biasa dalam perbualan seharian mereka.

        “Kau tentu dah tahu tentang pilihanraya di kolej ni kan? Aku nak menyertainya dan aku harap kau dapat jadi penyokong aku.”

        Syukri tersenyum. Sinis.

         “Tak sangka kau pun berfikir begitu.”

        “Apa maksud kau?” Syahadan tidak memahaminya.

        “Aku juga akan menyertai pemilihan pimpinan pelajar itu. Jadi aku tak dapat tolong kau.” Jawapan ini mungkin akan mendatangan masalah pada Syahadan namun ia tidak berlaku. Syahada tetap tersenyum. Kali in lebih mesra.
       
         “Aku ada satu cadangan. Apa kata jika kita berganding bahu antara satu sama lain?

        “Bagaimana?” Syukri menyoal.

        “Kita berkempen dan menyokong antara satu sama lain. Dengan ini keyakinan orang ramai tehadap kerjasama kita akan meningkat. Kita mungkin boleh membuat risalah, ceramah dan sebagainya semasa tempoh kempen nanti.” Syahadan membalas. Berharap.

        “Dengan kau? Kau bertanding atas tiket apa? Bukankah kita berlainan jabatan?” Syukri kekeliruan. Memang banyak bezanya jika calon itu dari jabatan atau atas tiket calon bebas.

Jika calon itu bertanding sebagai wakil jabatan, ia dipilih oleh dekan, penyarah atau pelajar serta skop pengundinya adalah pelajar-pelajar dari jabatan yang sama. Namun, jika seseorang itu adalah calon bebas, pengundinya adalah seluruh warga pelajar KUIPSAS.  

        “Itu aku tahu dan aku bertanding sebagai calon bebas. Itu lebih mencabar dan terbuka. Aku tahu kau pun akan bertanding atas tiket yang sama.” Ujar Syahadan.

        “Mungkin calon bebas adalah pilihan aku. Namun aku selesa dengan cara berkempen aku sendiri. Kau sepatutnya memikirkan cara untuk penamaan calon bukannya untuk terus berkempen.” Syukri membalas.

        “Aku rasa kita sememangnya layak untuk bertanding. Dari segi PNGK pun kita sudah layak.” Syahadan membalas. PNGK adalah salah satu syarat untuk melayakkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas atau jabatan. Sesiapa yang mencapai tahap PNGK lebih daripada 2.75 dikira layak. Sememangnya mereka berdua dikira layak untuk bertanding kerana pointer mereka sudah melebihi tahap itu.

        “Jadi apa kau nak buat? Strategi apa yang kau nak guna sewaktu berkempen?” Syahadan menyoal.

        “Kita tunggu dan lihat.” ringkas dari Syukri tetapi penuh makna dan rahsia.

        “Janganlah begitu. Kita akan jadi rakan setugsa sekiranya kita berdua menang nanti.” ujar Syahadan penuh bersemangat.

        “Dengan kau?” Syukri menyoal. Soalan yang akan menyindir.

        “Yalah. Bukankah itu satu perkara yang baik untuk kita dan mungkin orang ramai.” Syahadan menjawab dengan hikmah. Syukri hanya tersnyum mendengarnya. Sinis.

        “Bolehkah kita bekerjasama? Aku selesa bergerak seorang.” ujar Syukri.

        “InsyaAllah. Mungkin dah takdir kita bekerjasama.”

        “Tapi takdir ini boleh diubahkan?” Syukri membalas. Syahadan hanya tersenyum.

         “Mungkin, tetapi kita boleh pilih sama ada hendak ikut atau tidak. Aku pilih untuk berjuang dalam kepimpinan ini.”
       
Syukri diam sahaja. Mungkin menanti reaksi dari Syahadan.

        “Tak apalah. Kau fikirkanlah semula cadangan aku. Ada masa nanti aku datang lagi.”  

Syahadan mengundur diri. Perbualan mereka terhenti di sini. Masing-masing mengumpulkan perlu penyokong dan pencadang bagi menyalakkan mereka bergelar calon Exco MPPKUIPSAS sesi 2014/2015.

Dia sedar Syukri bukanlah orang yang mudah dipujuk. Syukri juga tidak mudah terpedaya dengan janji-janji dan kerjasama. Ini kerana ramai Syukri beberapa kali pernah tertipu dengan rakan baiknya sendiri.
Pernah satu ketika rakai baik Syukri meminjam sejumlah wang darinya dengan alasan untuk membayar hutang kolej.

Setelah berapa lama, pelajar itu mengundur diri dari KUIPSAS atas masalah gagal dalam pelajaran.
Mana tidaknya, waktu belajar dihabiskan dengan membawa kekasihnya berjalan-jalan ke bandar dan membuang masa.

Akibatnya pelajaran merosot dan gagal tiga semester berturut-turut. Namun, Syukri juga terkena tempiasnya. Dia menjadi mangsa kerana pelajar yang dianggap rakan baiknya itu menghilangkan diri tanpa melunaskan hutangnya.


....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 08:52 AM | Show all posts

*****                *****                *****                *****                *****
       
Jam loceng di atas meja kecil di sisi katil menjerit nyaring, memecah kedamaian awal pagi. Jarum pendeknya menuding ke angka lima. Deringannya masih berlarutan menerjah deria pendengaran, mengganggu lena empat orang jejaka yang lena diulit mimpi.

Syahadan menggeliat lembut. Keletihan semalaman perbualannya bersama rakan-rakan yang berkisar tentang pilihan raya sahaja. Jika sebelum ini tajuk utama perbualan mereka adalah tentang pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum mereka namun semakin hampir dengan pilihan raya kampus ini cuma satu sahaja topik yang menjadi keutamaan.  

Namun, sudah menjadi kebiasaan Syahadan dan rakan-rakan untuk bangun ketika kejora masih mengerdip meninggalkan ambang fajar sebelum masuk waktu subuh dan menghayati baris-baris ayat al-Quran merupakan nikmat yang tidak dapat diungkapkan dengan sebarang kalimat.

Dia meneguk segelas air bening di waktu pagi sebelum menjamah makanan. Itu juga adlah petua yang biasa diamalkannya untuk awet muka. Petua ini mudah diamalkan kerana di hadapan biliknya sudah tersergam Water Cooler. Hanya lima meter sahaja dari pintu biliknya.

Kedamaian subuh merupakan nikmat terindah yang dirasai oleh makhluk ciptaan Allah. Ketika tabir malam menutup tirai, ketika sang suria menyingkap wajah siang, berkembang kuntum-kuntum harapan setiap makhluk untuk meneruskan sebuah kehidupan. Meniti jalan yang ditentukan-Nya sebagai pilihan sebelum melalui jalan terakhir yang abadi.

Pagi itu Syahadan mengenakan pakaian rasmi siswa kemeja lengan panjang berwarna putih memancarkan seri di wajahnya yang ceria itu. Bersarapan dengan dua keping roti bersapu mentega dan segelas air kosong sudah memadai baginya sekiranya dia kesuntukan waktu untuk ke kuliah.

Biasanya dia akan mengambil makanan yang agak berat pada hari cuti untuk sarapan paginya. Sepiring mihun atau nasi lemak. Paling digemarinya roti canai dengan teh tarik. Pasti dia akan menikmatinya dengan penuh syahdu.

Syahadan tidak terlalu cerewet dalam soal makanan. Dia tidak terlalu menyekat pemakanannya. Kadang-kadang dia menjamah apa sahaja yang terlintas di fikirannya untuk memuaskan seleranya. Namun, dia tetap mengambil kira kandungan kolestrol dan gula dalam pemakanannya. Dia bimbang akan risiko diabetes atau penyakit lain yang jarang menghantui kehidupan setiap remaja seusia dengannya.

“Cepat benar kau bersarapan.” Asuwad menegur ramah.

“Biasalah. Hari inikan hari penting buat aku.”

“Aku faham. Kau dah bersediakah?”

“Sudah tentu. Kau tak makan sekali?” Syahadan mempelawa ramah walaupun dia sudah tahu rakannya itu jarang mengambil sarapan di awal pagi.

“Tak mengapa.” Asuwad menolak lembut. Dia lebih selesa untuk bersarapan pada Jam 10 pagi ke atas. Tidak seperti Syahadan yang percaya bahawa mengambil sarapan boleh menjana kecerdasan minda sepanjang hari dan menyihatkan badan.

Syahadan teringat rakan lamanya Fahmi, sewaktu di Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad yang kini mengambil bidang kedoktoran di luar negara sering mengingatkannya supaya mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan dan sentiasa mengutamakan kesihatan.

“Kesihatan tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit.” begitu ucapan Fahmi menerusi SMS yang dikirimnya dari Kaherah. Fahmi telah berjaya menamatkan tahun pertama pengajiannya di Universiti al-Azhar dalam bidang perubatan.

Pada awalnya, keluarga Fahmi lebih suka anak sulungnya itu melanjutkan pelajarannya ke negara Barat atau universiti tempatan. Namun, Fahmi begitu cenderung untuk menimba ilmu di bumi para anbiya itu. Universiti al-Azhar universiti tertua di dunia yang menyimpan khazanah ilmu yang paling berharga.

“Masih ada di kalangan masyarakat kita yang beragama Islam memberikan tanggapan yang salah tentang universiti itu. Kononnya ia hanya tertumpu dalam bidang keagamaan semata-mata. Sedangkan bidang perubatan juga tidak kurang canggihnya di situ.”

Diceritakan bahawa tahap ketinggian ilmu bumi Islam itu amat tinggi. Malah, barat juga mengambil ilmu-ilmu dari Islam dan membuat penambahbaikan dengan menggunakan nama Barat. Pernah pada suatu ketika Raja Nuh bin Mansur dari Bukhara dtimpa sakit perut yang sangat parah. Berbagai doktor telah datang mengubatinya, tetapi tidak seorang pun yang dapat mengurangkan kesakitan sang raja.

Baginda semakin meraung dan penyakitnya semakin teruk. Akhirnya si raja yang sudah berada dalam keadaan sangat kritis itu hanya dapat berbaring saja sambil menunggu saat-saat kedatangan malaikat Izrail untuk mencabut nyawanya.

Tiba-tiba seorang pemuda dalam lingkungan usia 17 tahun yang sedang merayau-rayau di sekitar istana dibawa masuk oleh para pengawal dan terus dimasukkan ke dalam bilik raja yang sedang nyawa-nyawa ikan. Semua yang hadir terdiri para pembesar Negara, bangsawan, orang-orang berpangkat, doctor-doktor pakar, cendikiawan dan ulama merasa hairan melihat seorang pemuda terburu-buru dibawa masuk ke tempat ekslusif dan mewah itu.

Ternyata pemuda itu dapat menyembuhkan perut raja yang sudah tidak dapat diubat oleh para doktor pakar lainnya dalam masa yang tidak lama. Semua yang hadir menjadi hairan. Pemuda itu adalah Ibnu Sina yang berpraktik sebagai doktor.

Raja telah menawarkan wang seberapa banyak yang diminta kepada Ibnu Sina sebagai imbalan perkhidmatannya itu, tapi beliau hanya minta diberi kebenaran untuk menggunakan perpustakaan istana raja saja.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 08:53 AM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

Tanggal dua Julai 2015 penting buat semua warga KUIPSAS. Hari Penamaan Calon tiba. Satu hari di mana langkah pertama untuk bakal-bakal pemimpin menonjolkan diri. Meja-meja pendaftaran tersusun rapi di luar bilik MPPKUIPSAS. Bilik itu berada di antara Dewan Kuliah Empat dan Stor sukan KUIPSAS.

Para pelajar yang bertugas di sana juga telah bersedia. Merekalah yang akan memainkan tanggungjawab yang cukup besar semasa pemilihan calon nanti. Mereka digelar Suruhanjaya Pilihan Raya MPPKUIPSAS.         

         Pagi yang bersinar indah seolah-olah merestui aktiviti-aktiviti pelajar-pelajar pada ketika itu. Langkah pelajar menuju ke meja para petugas semakin bertambah.

Seorang lelaki berbadan kurus berdiri di hadapan semua pelajar. Pakaiannya kemas. Rambutnya disikat rapi. Penuh tajam memandang ke segenap ruang yang ada.

Dari jauh dia dapat melihat para pelajar dan calon memenuhi ruang depan Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar, tempat di mana pencalonan sedang dijalankan pada hari ini. Berbagai-bagai ragam pakaian. Bermacam-macam jenis orang. Lelaki itu melihat orang. Orang melihat orang melihat lelaki itu kembali.  Masing-masing tersenyum.

        “Baiklah, perhatian kepada calon-calon sekalian. Pada pukul 12 tengah hari sebentar lagi akan diadakan taklimat berkaitan dengan agenda pilihanraya. Semua calon diminta berada dalam bilik mesyuarat MPPKUIPSAS semasa taklimat dijalankan.” lelaki itu akhirnya mula memberi arahan.

        Dia adalah orang nombor satu dalam pilihanraya kali ini selaku pengurus SPR, Encik Nordin Bin Ahmad. Kelegaan jelas terpancar di wajah lelaki berusia 30an ini kerana segala yang dirancang selama ini berjalan lancar.

        Begitu juga dengan Syahadan dan Syukri. Kedua-dua mereka telah berjaya menempatkan diri selaku calon bebas. Walaupun kedua-dua mereka tidak sefahaman tetapi dengan pencalonan mereka kali ini membuktikan mereka boleh bekerjasama dengan baik.

        “Wah, hebat betul kamu bedua! Ramai yang menyebut nama kamu berdua akan terpilih.” Kata Zaid yang bertindak selaku pencadang kepada Syahadan. Sememangnya setelah meneliti nama-nama calon, ramai yang suka membuat andaian siapakah yang akan bergelar Exco Pelajar.   

        “Betul, aku lihat kamu berdua agak menonjol dari calon-calon lain. Lebih-lebih lagi, ramai calon yang hebat bertanding atas tiket wakil jabatan mereka.” Zahari mencelah.

        “Ah, siapa yang bercakap dan meramal itu tidak penting. Kita mesti menumpukan usaha untuk mencari jalan meyakinkan pelajar untuk memilih kita.” Syukri menyangkal ramalan itu.

        “Betul tu. Kita mesti tumpukan kepada manifesto yang akan dibentangkan pada malam esok.” Syahadan mencelah. Pilihan Raya KUIPSAS dianggap terbuka kerana semua calon berpeluang menyampaikan manifesto masing-masing dalam satu perjumpaan bersama semua pelajar. Itulah yang dimaksudkan oleh Syahadan sebagai perkara yang perlu ditumpukan.

        Majlis itu juga diadakan untuk memberi penerangan kepada semua pengundi tentang tatacara membuang undi serta tarikh yang telah ditetapkan.

        “Apa yang kau nak sampaikan pada malam esok?” Asuwad menyoal.

        “Aku pun tak tahu lagi,” Syahadan menjawab. “Elok kalau aku tumpukan kepada kebajikan pelajar. Tentang penginapan pelajar yang tidak selesa dan harga makanan yang agak mahal. Isu ini sudah dibangkitkan bertahun-tahun tapi masih belum mampu diselesaikan.”

        “Kau pula, Syuk?

        “Biarlah rahsia.” Syukri membalas dengan paling ringkas dan penuh tanda tanya.

        “Sudahlah, mari kita pulang. Mereka ada taklimat sebentar lagi.” Zahari mengajak Zaid dan Syukri pulang. Asrama mereka tidak jauh dari situ. Ia terletak lebih kurang seratus meter sahaja dari Bilik MPPKUIPSAS itu.
Zaid mengangguk tanda setuju sambil membetulkan kemeja hijau pucuk pakunya dengan tali leher warna senada. Dia melangkah tenang ke ruang hadapan. Lantas mereka memulakan langkah meninggalkan Syahadan dan Syukri yang masih menantikan sesi taklimat dimulakan.
       
*****                *****                *****                *****                *****


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 08:56 AM | Show all posts
wah teringat masa pilihanraya kampus dulu...
malam2..selit flyers bawah pintu bilik kat asrama.
tolong berkempenlah kononnya kan..
tapi kempen untuk calon handsome jek.....parti tolak tepi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-5-2016 09:08 AM | Show all posts





Di dalam Bilik Mesyuarat kelihatan calon-calon Exco Pelajar tekun sekali mendengar Encik Nordin memberi taklimat tentang pilihanraya kali ini. ini merupakan tahun kedua Encik Nordin memegang Suruhanjaya Pilihanraya dan menguruskan calon-calon exco.

Ada yang mengangguk-angguk, ada yang mengerutkan dahi, ada yang tersenyum simpul dan tak kurang jugak yang tak jemu-jemu bertanya itu dan ini. Betullah apa yang dikatakan menjadi seorang pensyarah bukanlah perkara yang mudah ia memerlukan kesabaran yang tinggi mungkin sebab itulah Encik Nordin tetap tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar dan air mukanya sentiasa manis dan sering melemparkan senyuman walaupun adakalanya faktor keletihan mencabar kesabarannya.  

Dia tahu sebagai seorang pensyarah dan pengurus pilihanraya, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk melahirkan anak bangsa agar berjaya tidak kira di dunia mahupun di akhirat. Dia mahu satu hari nanti anak-anak muridnya itu akan menjadi pemimpin yang membanggakan masyarakat.  

        “Hanya tinggal seminggu lagi kamu akan menghadapi pilihanraya, saya harap kamu  dapat membuat kempen yang terbaik bukannya untuk saya tetapi untuk diri kamu sendiri serta para pengundi kamu.”

“Sekarang ni bukanlah masa untuk berseronok-seronok, tetapi kamu perlu bersikap professional dengan menganggap ini adalah pilihanraya yang amat penting dan bukannya perkara kecil.” Nasihat Encik Nordin panjang lebar.

        “Encik Nordin, bolehkah saya tahu apakah larangan sewaktu kami berkempen?” Badariah mengajukan soalan. Kelantangan suara dan gaya percakapannya menunjukkan dia mempunyai ketokohan dalam kepimpinan.
   
        “Bagus soalan tu, Badariah.” Jawab Encik Nordin. “Semasa berkempen kamu tidak boleh terlibat atau mempunyai unsur-unsur politik, kempen mesti selesai sebelum pukul 11 malam dan tidak mengganggu pelajar-pelajar lain. Kamu juga dibenarkan menggunakan dewan, bilik tutorial dan tempat yang kamu suka untuk membuat ceramah atau syarahan tetapi perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu,”

        “Ya Syahadan, ada soalan?” Encik Nordin bertanya setelah melihat Syahadan mengangkat tangan.

        “Bagaimana dengan poster-poster calon atau kain rentang? Adakah perlu mendapatkan kebenaran juga?”

        “Tentang poster, pihak SPR KUIPSAS akan sediakan. Untuk poster tambahan terserah kepada anda semua dan ia tidak perlu mendapat mengesahan. Yang penting poster itu menepati syarat-syarat berkempan. Begitu juga dengan kain rentang,” jawab Encik Nordin.

        “Bila poster itu akan dinaikkan?”

        “Calon-calon sekalian boleh mula mengambil poster di bilik fotostat bahagian Hal Ehwal Pelajar bermula esok dan perlu menggantungkannya sendiri. Tempat adalah bebas tetapi perlu mematuhi tatasusila serta digantung dengan kemas.” Balas pensyarah lelaki itu.

        “Bagaimana tentang ceramah sempena kempen yang Encik Nordin sebutkan tadi? Boleh terangkan dengan lebih lanjut?”

        “Calon-calon bebas untuk mengadakan sebarang bentuk syarahan umum atau ceramah tetapi ia perlu mendapat kelulusan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUIPSAS terlebih dahulu. Untuk menjamin segalanya berjalan lancar, Monitering System atau sistem pemantauan akan dikuatkuasakan bagi setiap aktiviti,”

        “Calon-calon juga dikehendaki menghadirkan diri pada dua majlis yang besar anjuran kami iaitu Pembentangan Manifesto dan Pengumuman Pemenang. Calon yang didapati tidak hadir akan dikira sebagai batal kerana tidak mengikut spesifikasi dan syarat-syarat yang ditetapkan.”

        Sesi soal jawab masih diteruskan. Mungkin inilah permulaan yang baik kepada bakal-bakal pemimpin yang masih setahun jagung namun berjiwa besar. Rata-rata mereka dalam lingkungan lapan belas tahun dari lepasan sekolah menengah agama dan kebangsaan. ada juga yang sudah berusia agak dewasa setelah bekerja sementara sebelum menyambung kembali pelajaran di kolej swasta itu.

        Mereka mungkin menyangka perjalanan hidup sebagai pelajar merangkap kumpulan pimpinan mahasiswa ini adalah satu perkara baru, namun tanggungjawab yang sebenar adalah sangat besar....  

“Kita ada sejarah yang membanggakan KUIPSAS. Bila kta ditimpa kesusahan kita pasti akan jmpa jalan keluar. Pasti. Keluar dan tunjukkan bakat kamu. KUIPSAS mengharapkan kami.” Encik Nordin mengakhiri kata.

Syahadan dan yang lain tampak posotif. Badariah tersenyum. Otaknya ligat berfikir untuk merungkai kekusutan di fikiran dan cabaran yang bakal dihadapinya.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 09:11 AM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

Selasa: 3 Julai 2015. Lagi 2 bulan lagi Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Ia adalah kebanggaan buat seluruh rakyat negara ini kerana telah bebas dari penjajahan. Pelbagai aktiviti dan program yang dibuat bagi memeriahkan lagi ulang tahun negara yang penuh bermakna ini.

“Tahun Melawat Malaysia” dan “Pestabola Merdeka”. Begitulah antara aktiviti yang diadakan sebulan sebelum tanggal 31 Ogos 2015. Namun, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah juga mempunyai peristiwa penting yang tersendiri. Tidak sampai seminggu dari sekarang, warga pelajar KUIPSAS akan memilih dan menentukan siapakah pemimpin-pemimpin di antara mereka.

Pilihanraya ini diadakan setiap tahun bagi memilih wakil-wakil pelajar yang akan menjawat jawatan selaku exco Majlis Perwakilan Pelajar KUIPSAS selama satu penggal iaitu dua semester.

Sebagaimana pilihanraya di institut pengajian tinggi yang lain, pilihanraya di kolej ini juga melibatkan hanya menentukan senarai 12 exco sahaja. Hal tentang siapa yang menjadi Yang DiPertua MPP, timbalan, setiausaha dan portfolio exco dipilih sesama mereka sendiri.

“Baiklahlah, saya ada mesyuarat Hal Ehwal Pelajar, jadi kelas pada hari ini ditamatkan awal. Kamu ambil peluang ini untuk mengulangkaji pelajaran kamu.” Kata Ustazah Khaulah dalam Bilik Kuliah B di Blok Akademik KUIPSAS. Sememangnya Ustazah yang berusia hampir 40-an itu mempunyai beberapa jawatan penting di KUIPSAS dan tidak dapat lari dari menghadiri sebarang mesyuarat.

Selaku pensyarah dan penyelaras Jabatan Syariah dan Undang-undang juga sememangnya jadual Ustazah Khaulah penuh seharian. Ia dilengkapkan lagi dengan tugasnya sebagai Fellow bagi Blok C iaitu Blok Sakinah.

        Kebiasaannya pelajar-pelajar akan berjumpa dengan Ustazah Khaulah untuk menyatakan masalah mereka kerana kata-kata yang keluar dari mulut wanita ini mengubat hati yang dilanda gundah-gulana.

Dia menaiki tangga Dewan Kuliah Satu di blok akademik ini menuju ke pintu keluar. Semua pelajar memerhatikannya. Ada yang mengucapkan terima kasih sebagai tanda hormat ketika dia berjalan melepasi pelajar-pelajar itu.

Sebaik saja Ustazah Khaulah melangkah keluar, pelajar-pelajar mula riuh dengan gurau senda dan gelak tawa. Semua kelihatan bangun untuk keluar. Ada yang mempunyai kelas sebentar lagi dan ada yang mahu terus pulang ke asrama.

“Syah, Wad mana? Aku tak nampak pun dia dari tadi.” Soal Zaid setelah menghampiri Syahadan.

“Dia keluar awal tadi. Katanya nak balik asrama. Tidur.” Ringkas Syahadan menjawab sambil menegakkan tubuh kurusnya. Nafasnya dihela panjang. Kepalanya dilentokkan ke kiri dan ke kanan. Terasa tegang urat-urat lehernya yang jinjang. Sebagai pelajar sepenuh masa yang juga ketua Blok F Asrama Putera, ada ketikanya keletihan menghambat diri. Namun, segalanya menjadi alah bisa tegal biasa baginya.

Pernah satu ketika dia perlu menemani pemandu KUIPSAS yang membawa seorang pelajar ke hospital kerana kecemasan. Pelajar itu pitam dengan tiba-tiba. Menurut rakan-rakannya, pelajar itu pengsan disebabkan tekanan pembelajaran. Mungkin kerana dia tidak pandai membahagikan masa hariannya. Sebelum ini tidak pernah berlaku kes yang sedemikian kerana sistem pembelajaran di kolej itu amat sesuai dan tidak membebankan.

Dia juga pernah tidak tidur semalaman kerana serangan histeria. Walaupun berlaku di Asrama Puteri, namun sebagai ketua blok dia perlu memberikan bantuan. Pelajar yang histeria dibawa ke rumah Ustaz Muhamad Sufian untuk ditenangkan dengan air jampi beliau. Sememangnya ustaz ini terkenal dengan kehebatan rawatan Islam yang dipelajarinya sewaktu menuntut di Universiti al-Azhar dahulu.

“Tidur?” Syahadan bertanya kehairanan. Jam tepat menunjukkan pukul 3 petang. Matahari masih terpacak. Namun ada insan yang bergelar siswa memilih untuk tidur.

“Ya, tidur. Semalaman dia tidak tidur kerana menyiapkan kerja kursus untuk kelas ini,” Zaid menjawab. Sememangnya dia amat memahami Asuwad kerana sudah tiga semester mereka tinggal sebilik.  

Syahadan hanya mengangkat bahu tanda tidak kisah. Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar yang berada pada tahap ini untuk belajar sehingga lewat malam. Berjaga semalaman pun bukanlah perkara janggal namun ia jarang dilakukan.

Dalam hal berjaga malam untuk belajar ini, tidak ada jawapan yang betul dan salah. Setiap orang ada cara belajar masing-masing yang berkesan dan tersendiri. Ada orang yang diumpamakan seperti burung hantu dan ada yang ayam. Ada yang selesa apabila belajar malam dan ada yang sebaliknya. Ada juga yang tidur awal malam dan bangun di awal pagi untuk beribadat dan diikuti dengan pembelajaran.

Syahadan teringat kata-kata salah seorang pensyarahnya sewaktu menyampaikan taklimat tentang cara-cara pembelajaran berkesan di IPT. “Bagus atau tidak cara belajar bergantung pada individu itu tersendiri. Niat perlu betul, perlu menyediakan diri untuk study, buat perancangan yang rapi dan terancang dan sebagainya.”

“Mungkin ada yang gemar belajar malam kerana tidak yakin dapat bangun untuk study waktu awal pagi, jadi teruskanlah begitu. Jangan lupa akhiri dengan solat witir. Jika ada yang boleh bangun awal, mulakanlah dengan munajat kepada Ilahi,” motivasi dari Dr Ahmad Mahmood, seorang penceramah bebas bermain di fikirannya.

“Zaid, mari pergi ke Pejabat. Aku nak ambil poster calon yang telah siap difotokopi.” Syahadan mengajak.
Zaid mengangguk tanda setuju.

“Malam ni boleh tak tolong aku untuk menggantungkannya? Nanti di bandar esok aku belanja kau makan.”

“Boleh saja. Tapi ni bukan rasuah ya.” Zaid berseloroh.

“Bukanlah. Ini upah menggantung poster.” Senyuman terukir di bibir Syahadan.

“Sudahlah, mari pergi.” Zaid mematikan perbualan. Mereka mula bergerak menuju ke Pejabat Am KUIPSAS. Di sana ada bilik fotokopi dan di bilik itulah Encik Nordin menyuruh semua calon pilihan raya untuk mengambil poster-poster mereka. Bilik itulah yang berfungsi sebagai bilik cetak untuk semua aktiviti di KUIPSAS.

Perjalanan mereka tidak mengambil masa yang panjang. Dengan jarak hanya tidak sampai 50 meter dan menuruni anak tangga, langkah mereka terhenti di pintu pejabat itu.

Hanya Syahadan sahaja yang memasuki ruang cetak. Zahari hanya menunggu di luar. Kelihatan ramai petugas dan pelajar lalu-lalang di perkarangan itu. Di sinilah letaknya bilik-bilik para pensyarah Jabatan Pengajian Islam. Di tingkat atasnya pula bilik-bilik bagi pensyarah Jabatan Pengurusan.

“Awal hari ni, Syah.” Badariah, calon exco Jabatan Bahasa Arab menegur.

“Macam biasa saja. Perkara penting begini tak boleh dilambatkan.” Balas Syahadan sambil merujuk kepada urusan mengambil poster yang amat penting. Dia tidak mahu menjadi calon yang paling lambat untuk menggantung poster. Kesannya, pelajar akan menjadi kurang yakin kepadanya nanti.

“Dah sedia ke pentas malam ni?” Badariah kembali menyoal sementara menunggu petugas Bilik Cetak itu memberikan salinan poster kepada mereka.

“InsyaAllah. Semalaman saya berlatih.” Senyuman terukir di bibir Syahadan menunjukkan keyakinannya. “Awak pula?”

“lebih kurang la.” Balas Badariah sambil menghulurkan tangannya untuk mengambil kertas poster yang telah siap di fotokopi.

“Apa isi kandungan ucapan awak malam ni?” Gadis itu kembali menyoal.

“Tak ada apa-apa. Cuma membentangkan manifesto sahaja.”

“Apa manifesto awak?”

“Oh, yang ini rahsia. Kalau nak tahu kena tunggu malam ni.” Shahadan membalas dengan gurauan. Dia tahu Badariah sedang mengujinya. Manifesto juga bukanlah perkara yang boleh diberitahu kepada calon lain sebelum majlis pembentangan pada malam nanti.

“Awak bagaimana? Apa yang nak disampaikan pada malam ini?” Syahadan kembali menyoal.

“Tak ada apa-apa. Cuma memberitahu rancangan dan janji-janji manis sahaja.” Badariah menjawab ringkas. Kata-katanya terhenti untuk mengambil salinan poster yang telah siap dicetak.

“Saya pergi dulu ya. Semoga lancar segala-galanya malam nanti,” Badariah mengundur diri. Senyum yang terukir di wajah gadis ini mampu mengubat hati yang duka. Memang nampak menawan setelah tudung labuh dikenakan ke atasnya.

Sememangnya sudah menjadi peraturan di kolej ini setiap pelajar perempuan perlu memakai tudung labuh untuk semua aktiviti akademik. Pengecualian hanya dalam aktiviti kokurikulum sahaja.

“Mari kira pergi.” Kata Syahadan kepada Zahari setelah melangkah keluar dari bilik cetak.

“Banyaknya. Bila kita nak beroperasi?” Zahari menyoal.

“Malam ni jugak. Boleh ke?

“InsyaAllah. Tapi lambat sikit la. Segan juga nak gantung poster semasa orang ramai lalu-lalang.” Balas Zahari bergurau.

“Baiklah. Kita mulakan selepas majlis lebih kurang pukul sebelas lebih.

Mereka melangkah pulang. Syahadan agak tergesa-gesa. Di tangannya ada kertas-kertas poster yang akan digantungnya pada malam ini. mereka perlu segera pulang ke asrama untuk membuat persediaan kepada pembentangan manifesto pada malam ini.

        “Eh, Bada tak pulang lagikah?” Sapa Syahadan ketikamelangkah keluar dari pejabat Hal Ehwal Pelajar itu.

        “Belum lagi. Ada hal sedikit. Mahu berjumpa dengan Ustazah.” balas gadis itu sambil menarik hujung tudung, sedikit terjegil dan kembali memegang erat fail ditangannya. Di dalamnya mengandungi segala macam khazanah ilmu peringkat diploma termasuk poster yang diambilnya sebentar tadi.

        “Tentang apa? Bahasa Arab atau...” Syahadan cuba meneka.

        “Tidak ada apa-apa. Saja bertanya khabar. Lama tak jumpa dengannya.” Badariah cuba berahsia walaupun dia tahu Syahadan bukanlah seorang yang mudah untuk dibohongi.

        “Orang kata sambil menyelam minum air.” Syahadan menyimpan senyum lucu. Cuba mencungkil rahsia. Badariah sedar.

        “Adalah. Hal orang perempuan. Baiklah, saya pergi dahulu. Assalamualaikum.”

        “Waalaikumsalam.” Pantas dijawab salam itu. Bijak gadis itu mematikan perbualan. Kalau bercerita tentang hal orang perempuan, mesti lelaki mati akan dan tidak boleh berhujah lagi. Namun, Syahadan ada pendapatnya yang tersendiri.

        Pertama, Badariah mungkin menjaga maruah sebagai Muslimah Islam sejati yang hanya bertutur dengan lelaki jika bertujuan sahaja dan tidak terlalu bebas dalam pergaulan seharian.

Kedua, gadis itu menyembunyikan sesuatu atau mempunyai masalah berkaitan Pilihan Raya kali ini dan ingin meluahkannya kepada Ustazah Radiah. Dia sendiri juga pernah beberapa kali berjumpa dengan ustazah itu untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang bernas.

Ketiga, Syahadan langsung tidak percaya, pertemuan antara Badariah dan Ustazah Radiah adalah disebabkan hal orang perempuan.

“Ini Cuma alasannya sahaja. Namun, aku hormat caranya yang bijaksana itu.” Monolog Syahadan di hatinya.

“Hei, sudah habis?” Zahari menyapa dari belakang mematikan lamunan Syahadan.

“Sudah boleh pulangkah?” soalnya lagi.

“Sudah.” Pantas Syahadan memberikan persetujuan. Lantas kedua-dua rakan karib itu bergerak menuju ke asrama putera.       

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2016 09:15 AM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

Di langit awan mendung kelihatan sarat muatan. Bila-bila masa sahaja hujan renyai-renyai itu akan bertukar lebat. Namun si saat itu, sepasang kaki mengatur langkah menuju ke ruang pejabat. Langkah disusun teratur dan lemah-lembut, salah satu daripada ciri-ciri wanita melayu terakhir. Langkahnya terhenti. Sepasang mata tepat memandang ke ruang dalam pejabat itu.

        Pintu bilik terbuka luar menghala ke sebelah dalam. Seorang wanita setengah abad sedang tekun melihat ke monitor komputer. Sususan bilik yang kemas dan bersih mengindahkan lagi imej wanita itu sebagai pensyarah di KUIPSAS.

        Ustazah Radiah sedang duduk di atas sebuah kerusi. Bertudung labuh hijau, berkaca mata bingkai hitam, tekun bekerja. Apabila menyedari ada susuk tubuh di muka pintu, beliau bingkas dan mempersilakannya duduk.

“Assalamualaikum, Ustazah.” Badariah menyapa dari dekat. Sekadar cukup untuk wanita sebaya ibunya itu mendengar.

        "Waalaikumsalam.”
Ustazah Radiah menanggalkan kaca mata.

        “hampir 3 minggu kita tak jumpakan.” Ustazah memulakan perbualan.  

“Ya.” Badariah mengangguk kecil, mengiakan kata-katanya. Tiga minggu, berkira-kira dalam hati. Sepasang mata redup membalas pandangan wanita berkerjaya itu.

“Ah 3 minggu yang memenatkan, dengan gesaan menyiapkan kertas kerja awal. Ish tension betul. Kesibukkan dan kepenatan itu yang menghalang aku untuk kerap menjenguk ustazah,” monolognya di dalam hati.   
“Mahu berjumpa dengan saya?”

        “Ya, Ustazah,” Badariah menjawab setelah seketika memerhati pensyarah itu dari luar.

        “Ustazah sibuk ke sekarang?”

        “Nak kata sibuk tak juga. Kenapa ya?”

        “Saya ada perkara yang perlukan penjelasan. Mungkin Ustazah boleh membantu.”

        “InsyaAllah. Duduklah, silakan”

         Badariah melangkah masuk. Ustazah Radiah bukanlah orang yang asing baginya. Pensyarah di Jabatan Bahasa Arab itu pernah mengajarnya beberapa subjek pada semester lepas. Hanya pada semester ini sahaja mereka tidak disatukan di dalam kelas kerana subjek-subjek yang diajar oleh Ustazah itu tidak ditawarkan.

        Badariah tersipu malu seketika. Separuh termangu sebelum menurut perintah. Terdapat dua kerusi tapu di dalam bilik itu. Dia mengambil kerusi yang bertentangan tepat dengan pensyarah idamannya itu.

        Matanya tertangkap salah satu buku yang terletak di rak pejabat itu. Berani Gagal hasil karya Billy Lim.

        “Em, Ustazah juga menggemari buku ini.” bisiknya di dalam hati. Seakan-akan ada persamaan antara mereka kerana kedua-duanya meminati hasil karya Billy Lim. Bukan untuk mengagungkan karya dari bukan Islam, tetapi apa yang baik dari mereka juga boleh dicedok untuk dijadikan panduan.

        Orang Islam sendiri pun tidak ramai yang menerbitkan karya atau buku tentang bagaimana menggunakan minda dengan maksimum. Jadi sekiranya ada usaha dari yang bukan Islam apa salahnya jika tidak melanggar syarak dan akidah.

“Tahniah ya. Ustazah dengar pointer Badariah yang tertinggi dalam kelas.” Ustazah Radiah yang memulakan perbualan.

Mata Badariah dari buku itu beralih ke wajah Ustazah Radiah. Tepat tetapi manja. Umpama pandangan seorang anak kepada ibunya. Asyik sehingga melekakan Badariah sebentar.

        “Terima kasih, Ustazah. ini juga atas tunjuk ajar dari Ustazah.” Pelajar Tahun Tiga di Jabatan Bahasa Arab KUIPSAS itu merendah diri.

        “Semester ini bagaimana?”

        “Setakat ni tidak ada masalah. Cuma agak tak jelas tentang proposal tesis yang perlu dibuat pada semester depan.”

        “Tentang tesis jangan risau. Biasanya, sesi penerangan akan dibuat terlebih dahulu sebelum arahan menghantar proposal dikeluarkan.”

        “Biasanya tajuk apa yang menjadi pilihan?”

        “Banyak tajuk yang ada. Ada yang berkaitan dengan ilmu Bahasa Arab dalam Al-Quran, Sejarah Tamadun Islam, Kajian Lapangan dan sebagainya.”

        “Kesemuanya dalam Bahasa Arab?”

        “Sudah semestinya. Badariah jangan risau. Setiap seorang akan dipantau oleh seorang musyrif atau pemantau. Jadi, segala semakan kesalahan, cadangan topik dan masalah-masalah yang berkaitan boleh dibincangkan kepada musyrif nanti,” jelas Ustazah Radiah.

        “Tentang tajuk juga perlu berbincang dengannya?”     

        “Itu terpulang kepada individu atau Badariah sendiri. Tak bincang pun tak apa. Tetapi jika tajuk itu tidak tepat, banyak kesalahan yang akan dilakukan,”

        “Bagaimana nak pastikan tajuk kita tepat?”

        “Tajuk mesti spesifik. Contohnya jika kit memilih skop Tamadun Islam tajuk Karya Sastera Zaman Andalus. Walaupun telah dinyatakan zaman bila dan apa yang nak dikaji, namun ia belum khusus lagi,”

        “Maksudnya?” Badariah kurang mengerti.   

        “Yelah, kita pun tahu Zaman Andalus adalah zaman keagungan Islam yang paling panjang. Jadi hasil karya pun tentu amat banyak. Bagaimana kita nak buat kajian jika skop ini tidak diperincikan lagi?”

        “Jadi, tajuk ini tidak sesuai?”

        “Tajuk tadi perlu ditambah. Seperti Karya Sastera Zaman Andalus: Diwan Ibnu Arabi atau Diwan Ibnu Sarah. Diwan maksudnya himpunan karya, jadi tumpuan tesis nanti hanya kepada Ibnu Arabi sahaja. Kajian sudah menjadi mudah dan jelaskan?” terang Ustazah. tersenyum.

        “Em, saya faham,Ustazah. tapi..”

        “Kenapa, Badariah? Apa masalahnya?”

        “Begini, ustazah.” Gadis remaja itu memulakan cerita.

        “Saya akan bertanding dalam pilihan raya kampus tidak lama lagi. Tapi ada dua perkara yang saya risaukan.”

        Ustazah Radiah tekun mendengar. Walaupun dia bukannya pakar kaunseling, namun jawapan yang diberikan pasti tidak mengecewakan. Dengan berpandukan agama yang penuh serta pengalaman hidup yang sarat, sememangnya ramai pelajar terutama perempuan berjumpa dengannya untuk meluahkan masalah.

        “Saya tidak ada masalah jika kalah, tetapi masalah akan timbul jika menang. Pertama, mungkin kesibukan terhadap tanggungjawab akan mengganggu pembelajaran saya.” Sambung Badariah lagi.

        “Kedua?”

        “Kedua, saya minta ustazah tolong jelaskan sedikit sebanyak pada pendapat ustazah apa yang penting untuk seseorang pemimpin?”

        “Oh, ini masalahnya.”

        Badariah mengangguk lembut. Kepalanya sedikit tertunduk. Namun, matanya masih tepat ke wajah wanita setengah abad itu.

        “Masalah yang pertama mudah sahaja. Badariah perlu pandai membahagikan masa dengan sebaik mungkin. Ada masa kuliah perlu hadir tanpa sebarang alasan untuk persatuan dan kepimpinan.”

        Badariah masih menantikan jawapan tambahan.

        “Dengan kata yang lain, waktu bermain kita bermain, waktu belajar kita belajar.” tambah Ustazah Radiah.

        “Tapi mungkin banyak masa belajar saya akan dihabiskan untuk persatuan sahaja,.” Badariah menambah.

        Ustazah Radiah senyum panjang, melerat. Mata bulat warna coklat, kulit sawo matang dan bibir penuh dengan gigi tersusun itu memang menyerlahkan wanita yang bekerjaya itu.

“Ini bukannya satu perkara yang tak baik. Badariah perlu ambil ini sebagai perkara yang positif. Sekiranya Badariah mampu menggalas kedua-dua tanggungjawab ini dengan baik, Ustazah yakin Badariah akan menjadi pelajar yang cemerlang dan matang.”

        Badariah hanya mengangguk sahaja. Ada benarnya juga. Dia sendiri yang bersetuju untuk mewakili Jabatan Bahasa Arab setelah dicalonkan oleh rakan-rakannya yang lain.

        “Pucuk pangkalnya hati. Niat perlu betul. Setelah itu usahalah ke jalan yang terbaik dan bertawakkal. Ini adalah asas dalam segala yang kita lakukan untuk berjaya. Badariah cuma perlu menterjemahkannya ke dalam hidup sebagai exco Majlis Perwakilan Pelajar kelak.”

        Badariah hanya mengerlipkan mata, mengangkat muka, memandang sepenuh hati wajah Ustazah Radiah. Datang malu mendadak dalam diri.

        “Rasanya saya faham sekarang.”

        “Baguslah. Saya doakan Badariah terpilih. Pada saya Badariah memang layak untuk jawatan itu. Awak bukan sahaja aktif di dalam kolej, tetapi juga ada akademik yang baik.”

        “Bagaimana dengan kepimpinan, Ustazah?” Badariah mengubah topik perbincangan.

        “Apa yang Badariah faham?”

        “Apa yang saya tahu, ia tak ubah umpama membina satu organisasi dan membawa organisasi itu ke arah matlamat yang telah ditetapkan.”

        “Bagus. Awak dah tahu serba sedikit tentang kepimpinan.” Ustazah Radiah memuji. Badariah semakin berminat untuk mendengar. Bukannya pujian tetapi apa yang akan diperkatakan tentang kepimpinan.

        “Dalam Islam, kepimpinan adalah yang paling penting. Hampir semua situasi kita memerlukan pemimpin. Kita lihat dalam keluarga ada pemimpin, semasa solat berjemaah ada imam, dalam kelas dan di asrama juga ada organisasi tertentu. Tujuannya sama seperti yang Badariah cakap sebentar tadi.”

        Badariah tidak berkelip. Tidak pula mencelah semata-mata untuk membiarkan Ustazah Radiah menyambung penerangan.

        “Apa yang penting, sebagai seorang pemimpin Islam, kita perlu memastikan setiap anak buahnya tidak melakukan sebarang dosa.”

        Badariah tersentak.

        “Bagaimana, Ustazah? Dalam keadaan sekarang agak mustahil pemimpin mampu melakukan sebegitu.”

        “Nak atau tidak, setiap mereka yang diamanahkan untuk menjadi pemimpin perlu berbuat demikian. Amanah inilah yang akan ditanya oleh Allah s.w.t di Akhirat kelak. Sekiranya amanah ini diabaikan.........” Ustazah Radiah hanya menggeleng-gelengkan kepala.

        “Jadi, susahlah menjadi pemimpin?”

        “Ya, mudah terdedah kepada dosa kering.”

        “Dosa kering?” Badariah kehairanan. Tidak pernah didengar tentang dosa kering sebelumnya. Matanya agak terbeliak. Tepat memandang ke arah Ustazah Radiah. Ustazah membalas pandangan itu dengan tenang dan lembut.

        “Ya, dosa kering.

        “Apa maknanya?”

        “Oh, dosa kering ni cuma kiasan. Maksudnya dosa yang diterima walaupun dia tidak berbuat salah, tetapi orang yang berada dalam tanggungannya yang membuat dosa,” Badariah hanya terpaku.

        “Pernah dengar tentang empat golongan wanita yang menarik lelaki ke arah neraka sekiranya lelaki itu tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik?”

        “Pernah. Golongan itu adalah ibu, anak perempuan, adik beradik perempuan dan isteri.” Badariah menjawab perlahan.

        “Betul. Begitu juga dengan pemimpin. Mereka akan ditanya tentang apa yang telah diamanahkan sewaktu menjadi pemimpin,”

        “Jadi, patutkah saya teruskan hasrat untuk jadi pemimpin?”

        “Seperti yang saya cakap tadi. Ini bukannya perkara yang tak baik. Cuba fikir apa akan terjadi sekiranya Badariah jadi pemimpin yang baik. Berganda-ganda pahala nanti,” Ustazah Radiah memberi galakan.

        “Tapi bagaimana nak pastikan semua pengikut atau yang dipimpin tidak melakukan dosa?”

        “Islam ini adil dan selamat. Hanya mereka yang tidak memahami prinsip-prinsip dan ajaran-ajarannya sahaja yang menyatakan Islam ini menindas dan sebagainya. Allah tidak melihat hasil yang kita lakukan, Allah hanya melihat kepada apa yang kita usahakan.”

        Badariah membetulkan duduknya. Sedikit teragak-agak meletakkan fail yang dipegangnya sekian lama di kerusi kosong di sebelahnya. Ustazah Radiah menarik hujung tudungnya, mengetap bibir dan menyambung semula perbincangan yang kian menarik.

        “Sebagai pemimpin, kita perlu berusaha ke arah mencapai amar ma’ruf nahi munkar. Jika kita telah membuat usaha yang bersepadu dan jihad berterusan tetapi masih ada yang melakukan dosa, pemimpin tersebut sudah terlepas dari tanggungjawabnya untuk mencapai munkar sifar.”

        “Oh, begitu. Barulah saya faham.” Badariah tersenyum lebar.  

        “Baguslah. Jadi bagaimana sekarang? Masih berminat menjadi pemimpin?” Ustazah Radiah cuba menguji seraya memandang tepat ke dalam anak mata pelajarnya itu. Jelas terpancar riak kerisauan. Di sebalik kerisauan itu, terselit rasa tanggungjawab dalam menjalankan tugas. Badariah tersenyum.       

        “InsyaAllah. Saya akan cuba yang terbaik.”

        Ustazah Radiah hanya tersenyum. Manis dan penuh makna. Badariah dapat mesej yang disampaikan melalui ukiran senyuman itu. Senyuman yang mungkin sebagai tanda gembira dengan ilmu yang dapat disampaikan juga mempunyai makna perbincangan sudah sampai ke hujungnya.

        Sudah hampir dua puluh minit dia berada di dalam bilik itu. Sudah dua puluh minit juga kerja Ustazah Radiah tergendala. Namun, pensyarah itu langsung tidak menghiraukan kerjanya kerana sangat mengutamakan pelajar-pelajar yang ada kerumitan dan perlukan perbincangan.

        “Terima kasih banyak, Ustazah. Saya akan ingat sentiasa apa yang dikatakan sebentar tadi.”

        “Sama-sama. Ustazah juga harap Badariah berjaya. Tapi perlu ingat, walaupun keputusan pilihan raya ini bergantung kepada pelajar, namun pada hakikatnya pemimpin-pemimpin ini sebenarnya dipilih oleh Allah,”
       
        “Ustazah ada nasihat sebelum saya meminta diri?”

        “Em, saya teringat kata-kata dari pakar motivasi di negara kita ni. Siapa lagi kalau bukan Dr Haji Fadilah Kamsah. Katanya, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manafaat kepada orang lain. Jadi, ustazah harap Badariah boleh jadi salah seorang daripadanya.” Terangnya ringkas.

        “Terima kasih. Baiklah. Saya minta diri dulu. Maaf kerana mengganggu kerja ustazah.” Badariah bangun. Tertunduk sedikit tanda hormat.

        “Sama-sama. Tak menjadi masalah. Jika ada apa-apa masalah datang saja. Pintu bilik ustazah sentiasa terbuka untuk semua.”

        Badariah tersenyum. Itu sahaja yang mampu dilakukannya untuk membalas jasa pensyarahnya itu. Gadis itu mengatur langkah pulang setelah bersalaman. Di hatinya sudah tenang. Apa yang terbuku sudah terlerai. Kini hanya menunggu saatnya untuk berkempen. Tetapi sebelum itu, dia perlu melepasi cabaran pada malam ini iaitu pembentangan manifesto.


*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 09:18 AM | Show all posts
Berehat sebentar bersama oat25 sambil pikirkan tajuk

sama la kita. dari pengundi - spr - calon tp x menang - calon menang - seme dah rasa.

saja nk kongsi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2016 02:45 PM | Show all posts
Calon Naik Ke Pentas


Dewan Utama KUIPSAS yang tersergam indah mula bernyawa. Lampu-lampu dan penyaman udara mula dibuka suisnya. Kerusi-kerusi pelajar telah tersusun sejak petang tadi. Kesemua ini adalah kerjasama dari Suruhanjaya Pilihan raya serta pegawai yang bertugas mengendalikan urusan dewan.

Pihak SPR perlu menyusun kerusi dan menempah dewan untuk kegunaan malam ini bagi menyempurnakan majlis penyampaian manifesto calon-calon yang bertanding serta taklimat tatacara mengundi kepada semua pelajar KUIPSAS.

        Encik Zulkifli kelihatan turun dari tangga bilik operasi dewan setelah menghidupkan suis penyaman udara serta LCD. Suis lampu dewan hanya terletak di tingkat bawah.

        “Pastikan segala aktiviti dewan ini selesai sebelum pukul 11.30 malam. Saya akan datang pada waktu itu untuk menutup semua suis.” Encik Zulkifli menerangkan kepada Faiz Hasan, ketua petugas SPR.

        “Baik, terima kasih Encik Zul.” Faiz membalas sambil tersenyum.

        Encik Zulkifli melangkah keluar. Begitulah tugasnya di kolej ini untuk menjaga penggunaan blok-blok bangunan bagi semua aktiviti yang mendapat kelulusan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUIPSAS.

Jam di dewan baru menunjukkan tepat pukul sembilan malam. Lagi 15 minit majlis akan bermula. Bilangan pelajar dalam Dewan Utama KUIPSAS itu semakin bertambah.

“Sibuk nampak” Satu suara dari belakang mengalihkan perhatian Faiz yang sedang sibuk di dewan.  

“Eh, Syahadan.”

“Bila nak mula ni? Dah tak sabar ni.” Asuwad pula mencelah. Berseloroh.

Faiz meninggalkan kerja susun skrip pengerusi yang baru disiapkan, berselerak di meja urusetia. Mendapatkan dua orang rakannya yang menyapa.

“Macam mana kerja.”  

“Boleh la setakat ni.”

“Bagaimana dengan giliran ucapan? Saya yang ke berapa?” Syahadan ingin tahu.

“Majlis malam ni akan dimulakan dengan taklimat dari Encik Nordin. Kemudian sesi soal jawab.”

“Manifesto bila?”

“Selepas sesi soal jawab baru dibuka kepada pembentangan manifesto. Calon-calon disusun mengikut calon dari jabatan kemudian barulah calon bebas.”

Syahadan sengih. Kepala yang tak gatal digaru.

“Lambat lagilah nampaknya giliran aku.” Syahadan mengeluh.

“Yalah tu. Tunggu sahajalah. Kau dah bersedia?”

Syahadan senyum. Tipis. “Ya, insyaAllah.”

“Eh, kamu berdua saja ke? Mana calon kita yang seorang lagi?” tanya Faiz. Kebiasaannya Syahadan akan datang bersama Syukri.

“Ke mana lagi. Jual minyak la,” Asuwad menjawab. Sinis.

“Jual minyak?”

“Ya, jual minyak.”

“Dengan Aina ke?”

“Ya, dengan siapa lagi?”

“Hmm.. tak habis-habis. Dia kan bakal pemimpin. Dah layak menjadi calon masih tak sedar-sedar lagikah?” kata-kata Faiz agak keras. Syahadan hanya mendiam diri. Ada benarnya juga kata-kata rakannya itu.

Rakan-rakannya semua tahu tentang hubungan Syukri dan Aina. Ada yang menentang, ada juga yang menyokong dan ada juga yang buat tak tahu sahaja. Yang menentang bukannya kerana cemburu atau sukakan Aini tetapi atas dasar Islam.

“Sudah berapa kali aku beritahu kepadanya. Jangan bercinta. Banyak masalah yang akan timbil nanti, tapi makin lama makin banyak pula jawapan darinya,” tambah Asuwad.

“Tak apalah. Ada masa nanti cuba cakap lagi. Lama-lama nanti lembutlah hatinya.”

“Nak cuba lagi itulah yang payah. Ada sahaja dijawabnya.” Asuwad merungut lagi.

Syahadan dan Faiz hanya menjeling kepada sepasang susuk tubuh yang rancak berbual di luar dewan. Syukri dan Aina. Mungkin tiada salahnya. Lagipun ia adalah tempat awam. Tempat orang lalu-lalang. Malam itu juga ada acara diadakan di dewan besar itu.

“Mereka berbual biasa saja. Tak ada salahnya.” Syahadan mencelah.

“Memanglah, tapi aku khuatir mereka akan terbabas.”

“Terbabas?”

“Yalah, makin hari makin mesra. Walaupun mereka tidak membuat dosa tetapi ia tidak elok. Lebih-lebih lagi mereka adalah antara pelajar contoh di sini. Apa sahaja yang dilakukan pastu menjadi tumpuan dan ikutan.”
Nur Aina Abdullah bukanlah orang yang asing bagi mereka. Gadis yang berusia sembilan belas tahun itu pernah beberapa kali berada satu kuliah dengan Syahadan dan rakan-rakan.

Entah bagaimana hatinya boleh terpaut pada Syukri walaupun mereka berlainan jurusan. Seorang di Jabatan Pengurusan dan seorang lagi di Jabatan Syariah dan Undang-undang. Persamaannya kedua-dua ini adalah antara pelajar cemerlang di jabatan masing-masing.

Walaupun Aina dalam jurusan agama dan Syukri boleh dikatakan remaja soleh, namun ada masanya gelagat mereka berdua umpama belangkas. Ke mana sahaja mesti berdua.

Pernah satu ketika mereka, Syahadan terjumpa Syukri dan Aina sedang menikmati hidangan tengahari bersama di Kompleks Teruntum, tidak jauh dari KUIPSAS. Ia terletak di tengah-tengah pusat Bandar Kuantan. Sewaktu itu, Syahadan mahu menuju ke bank.

Akibatnya, berdesing telingan Syukri mendengar ceramah khas dari Syahadan. Daripada nasihat bertukar menjadi perbahasan apabila Syukri turut mengeluarkan hujah bagi melindungi kesalahannya. Namun, dalam kekerasan Syukri menerima nasihat, hatinya lembut juga. Lama-kelamaan, hubungan Syukri dan Aina agak terkawal. Tiada lagi berdua-duaan ke sana ke sini.

Cuma ada ketikanya mereka mengulangkaji pelajaran bersama, makan bersama di kafeteria dan sering menghubungi adakala sampai ke tengah malam.  

“Apa pandangan kau, Syahadan?” tanya Faiz.

“Susah nak cakap. Nak kata baik pun salah, nak kata tak baik pun salah.” jawapan Syahadan di atas pagar. Tangannya juga merayap menggaru kepalanya yang tidak gatal. Keliru.

“Apa yang baiknya? Aku lihat banyak keburukan saja.” Asuwad membangkang. Sememangnya dia tidak suka melihat rakan-rakannya leka dengan insan yang bergelar wanita.

“Mungkin ada baiknya juga. Syukri ada beritahu aku. Dia dan Aina sering berbalas mesej tentang nasihatlah, terjemahan hadith dan sebagainya. Lagipun Aina kejut dia bangun Subuh.”

“Alah, alasan saja tu. Aku pun boleh kejutkannya Subuh.” Asuwad masih membantah.

“Kau kejut lain. Aina kejutkan lain. Kalau kau yang kejut makin tidur la jawabnya.”

“Sekurang-kurangnya ada perubahan. Masa mula-mula mereka berpasangan lagi teruk. Bergayut malam-malam. Kadang-kadang sampai beberapa jam. Itu tak termasuk lagi berbalas mesej. Entah berapa ringgit dihabiskan dalam masa sehari.” Terang Syahadan.

“Itu aku tahu, tapi tidak cukup. Masih ada lagi sisa-sisa hubungan mereka yang agak keterlaluan. Bagi orang-orang yang tak belajar agama mungkin tak mengapa, tapi dia cukup didikan agama. Apa yang dipelajarinya sebelum ini seolah-olah tidak terkesan dalam hatinya.”

Faiz dan Syahadan hanya membenarkan sahaja.

“Dia perlukan masa. Sedikit-sedikit lama-lama kuranglah tu.” Syahadan mencelah. Mempertahankan Syukri. Padanya Syukri bukanlah seorang yang tidak menerima nasihat, tetapi perlukan masa sahaja.

“Jadi apa kita nak buat lagi?”

“Kita perlu terus menasihatinya. Ada masa nanti aku akan cakap dengannya lagi.” Jawab Syahadan. Mungkin dialah yang terbaik untuk berdepan dengan Syukri. Syukri pandai menggunakan beberapa hadith dan ilmu logik untuk membenarkan perbuatannya itu.

Namun, Syahadan bukanlah boleh dipandang rendah. Tegurannya yang pertama dulu boleh dikatakan berjaya membatasi sedikit sebanyak hubungan Syukri dan Aina. Daripada satu padangan yang seperti belangkas, mereka kini agak terbatas. Lebih terpelihara namun masih ditahap yang tidak memuaskan.  

“Tapi kau tidak boleh lambat. Dia bakal jadi pemimpin. Jika masih rapat dengan Aini, imej Islam dan dakwah yang disampaikannya akan diragui.” tambah Asuwad mengingatkan Syahadan.          

“Ya, aku tahu.”

“Baiklah, kamu boleh duduk dahulu. Saya perlu susun teks ucapan ini mengikut urutan.”

“Ok.” Ringkas dari Syahadan. Segera dia menuju ke kerusi di bahagian nombor dua dari hadapan. Barisan yang pertama akan diisi oleh tetamu jemputan seperti pensyarah dan staf KUIPSAS.

Barisan yang dibelakangnya barulah para calon yang akan menyampaikan manifesto masing-masing. Asuwad pula di barisan ketiga selaku pencadang. Kerusi di hadapannya masih lagi kosong. Ada ditampal sekeping kertas putih di bahagian belakangnya. Tertera nama Syukri.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2016 02:51 PM | Show all posts


*****                *****                *****                *****                *****


        “Saya ingat awak tak nak jumpa saya lagi.” Suara lembut mendayu. Pemiliknya Nur Aina. Syukri hanya tersenyum di hadapannya. Kedua-dua mereka masih berada di luar dewan.

        “Saya harap Aina tak salah faham apa yang saya cakapkan dulu.” Balas Syukri. Aina hanya membisu.

        “Saya tak bermaksud nak memutuskan hubungan kita. Cuma hubungan kita ini juga perlu berlandaskan syara’.” Aina hanya tersenyum. Senyuman yang pudar tidak seperti biasa.

        “Senyum macam tak ikhlas je?” Gadis itu terdiam. Nyata Syukri dapat membaca apa yang terbuku di hatinya. Aina seorang gadis petah berkata-kata. Senyumannya pula satu keajaiban. Mana tidaknya, banyak senyuman gadis-gadis yang cukup menawan di kampus, di papan iklan, atau di televisyen, tetapi senyuman Aina saja yang mampu mendebarkan dada. Di matanya, tidak ada gadis yang lebih cantik daripada Aina .apatah lagi wajahnya yang tersenyum indah itu sentiasa dilitupi jilbab yang labuh. Ciri-ciri gadis kesukaannya.

        “Aina marah?”

        “Ya.”

        “Saya suka.” Syukri mengusik lembut. Namun, riak wajah Aina serius menahan senyuman.

        “Awak rasa kita ni salah tak?”

        “InsyaAllah, tak. Kita tak buat salah pun. Kita bukannya seperti pasangan-pasangan yang lain.” Syukri cuba menjelaskan. Aina hanya memasang telinga. Sememangnya dia agak pendiam. Malu.

        Suasana di dewan semakin hingar-bingar. Mereka pula senyap-sunyi di luar dewan. Perbualan mereka agak perlahan. Sukar untuk didengari apakah yang dibualkan mereka.

        “Aina jangan risau. Kita tak berhubung selalu. kita tak pegang-pegang tangan. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Takut berlaku maksiat. Kita pasangan baik-baik.” Terang Syukri lagi.

        Matanya liar memandang ke arah seorang lelaki yang baru keluar dari dewan. Tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Bermacam-macam andaian yang terpancar di benak fikiran Syukri.  

        “Em, baiklah. Saya ingat awak dah nak jadi orang alim. Nak berhentikan juga hubungan ni.” Perlahan Aina bersuara. Pandangan mata Syukri yang tadinya terarah pada lelaki berbaju kemeja hitam dengan seluar jeans itu mula berpaling. Matanya tepat memandang ke raut wajah manis Aina.  

        “Taklah, kita tak buat benda salah. Bercinta kerana Allah.”

        “Tapi ramai orang cakap kita ni salah.”

        “Jangan dengar cakap orang. Ada masa mereka betul, ada masa mereka salah.” Syukri dengan alasannya. Aina hanya terdiam. Membetulkan tuung labuh putihnya yang sudah beberapa kali dibetulkan.

Gadis yang dipadankan denga jubah hitam ini sememangnya kelihatan menawan dan menyejukkan mata-mata anak Adam yang memandang.

        “Jika mereka betul?” Aina bertanya lagi. Syukri juga tidak tahu soalan ini hanya sekadar mengujinya atau kerisauan yang benar.

        “Sudahlah. Jangan difikirkan sangat. Ada baiknya sekarang Aina terus bagi semangat pada saya. Mana tahu saya menang dalam pilihan raya ini?” Syukri cuba mengubah tajuk.

        “Itu lagi saya risau. Nanti bila awak dah menang tentu susah untuk luangkan masa untuk saya.”

        “Aina jangan risau. Saya takkan lupakan Aina. Saya selalu berdoa agar hubungan kita kekal selamanya.” Balas Syukri. Manis ayatnya. Aina hanya tersenyum nipis. Manis.

        “Ha, senyum macam ni barulah ikhlas.” Syukri mematikan perbualan mereka dengan pujian. Aina berpeluk tubuh sahaja. Faham akan situasi Syukri yang menunggu giliran untuk memberi ucapan.  

        Syukri juga beberapa kali melihat jam di tangan kanannya. Hatinya mula memikirkan tentang acara dewan yang bakal bermula.

        “Lagi lima minit majlis akan bermula. Aina masuklah. Nanti penuh pula kerusi.” Gadis itu hanya mengangguk kecil. Mungkin merajuk agaknya.

Remaja sekarang jika dah berpasangan mesti ‘all out’. Malam-malam perlu berhubung dan berjumpa. Jika tidak, barangkali boleh dilanda demam agaknya. Demam rindu.

        “Saya harap awak terima perubahan saya ni. Saya tak berniat nak lukakan hati awak.”

        “Saya faham. Tapi saya perlukan masa.” Perlahan Aina menjawab. Syukri hanya mengukir senyuman yang separuh mesra. Matanya memandang tepat ke wajah temannya itu. Aina yang tertunduk malu hanya mengikut sahaja arahan yang diberikan. Lantas dia mengatur langkah menuju ke dalam dewan.

        Syukri yang tadinya kaku memerhatikan Aina berpaling pula kepada lelaki yang lalu semasa mereka berbuat tadi. Terasa ingin menyapa tetapi lelaki itu sedang berbual melalui telefon bimbitnya. Syukri menjeling mesra.

“Mungkin staf KUIPSAS yang baharu.” Bisik hati kecilnya. Lelaki itu hanya memandang Syukri dengan pandangan kosong seperti orang yang tidak mempunyai perasaan.

Tanpa berlengah lagi, Syukri segera menuju ke ruang dalam dewan. Sambil mengambil tempat duduknya, Syukri menyeluk saku seluar sebelah kirinya untuk mengambil sekeping kertas.

“Kertas apa tu?” Syahadan di sebelahnya menyapa.

“Oh, ni teks ucapan aku sebentar nanti.”

“Dah selesai menjual minyak?” Asuwad mencelah di belakangnya. Syukri hanya memandang bersahaja.

“Diamlah, aku nak bersedia ni.” Balasnya tenang.

Syahadan hanya sinis memandang Asuwad. Agak berang juga. Namun, tumpuan mereka terarah kepada acara yang bakal bermula tanpa mengetahui apakah yang sedang berlaku di luar.

“Kau di mana, Don?” Suara garau yang terpacul dari mulut lelaki berkemeja hitam itu sedang berbual melalui telefon bimbitnya. Perlahan sahaja nadanya. Khuatir perbualannya akan didengari oleh mereka yang lalu-lalang di situ. Tidak dapat dipastikan apakah sebabnya.

“Aku di Jerantut ni.” Balas Don. Rakannya di dalam telefon.

“Apa? Mengapa jauh sangat?” Herdik Jefry, pemilik suara kasar itu diruntun kebimbangan. Kakinya hampir tergelincir di tepi tangga yang dihiasi dengan pokok bunga tersusun dalam satu barisan itu..

“Aku dikejar polis. Mujur aku sempat melarikan diri melalui keretapi.”

“Jadi, barang tu mana?” Jefty menyoal. Cemas. Apakah barang yang dimaksudkannya itu. Berbualan mereka begitu berhati-hati dan tersembunyi seperti melakukan kesalahan sahaja.

“Ada pada aku. Tapi aku tak boleh bawa keluar lagi. Aku dalam bahaya!” Suara Don jelas di hujung gagang.

“Kalau begitu, tunggu masa yang sesuai baru bertindak. Aku ada di Kuantan sekarang ni.”

“Baiklah, bila keadaan kembali tenang nanti. Aku akan ke sana segera.” Don membalas.

“Tapi kau jangan lambat. Kalau lambat, bisnes kita akan melepas. Orang lain pula yang akan mengambil alih!” Keras kata-kata Jefry sambil menekan butang merah di telefon bimbitnya. Talian  telah diputuskan.

Dia melihat sekeling takut-takut ada yang mendengar perbualannya. Setelah menoleh kiri dan kanan, tiada siapa pun yang berada di luar dewan. Semua mata tertumpu ke arah pentas untuk memulakan acara.   


*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2016 09:57 AM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

Akhirnya, waktu yang ditunggu-tunggu itu sudah pun tiba. Syahadan dan rakan-rakan awal-awal lagi sudah bersiap-siap untuk ke majlis itu. Kelibat Badariah juga kelihatan bersama penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan calon-calon lain yang tidak kurang hebatnya.

        Jam menunjukkan pukul 9.15 malam. Pelajar telah pun memenuhi segenap ruang dewan besar itu. Seketika kemudian, majlis pun dimulakan. Pengurusi majlis itu mengalu-alukan kedatangan pelajar serta diikuti dengan bacaan doa.

        “Baiklah. Sekarang, majlis menjemput Penasihat Suruhanjaya Pilihan Raya KUIPSAS pada kali ini untuk menyampaikan taklimat tentang Pilihan Raya Kampus yang bakal berlangsung. Dipersilakan,.” Tanpa membuang masa, Faiz menjemput Encik Nordin ke pentas.

        Langkah kali seorang pemuda tiga puluhan ini pantas. Tidak sampai sepuluh saat dia sudah tiba di pentas. Sambil meletakkan fail di meja yang disediakan, Encik Nordin memulakan kata.

        “Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih saudara Faiz selaku pengacara majlis. Yang dihormati barisan pensyarah KUIPSAS, staf-staf serta warga dengan sekalian.”

Semua mata yang ada dalam dewan tertumpu pada sebelah kiri dewan di mana Encik Nordin memulakan taklimat. Ringkas sahaja taklimat yang disampaikannya olehnya. Agak terkejar-kejar.

“Saya minta semua menumpukan sepenuh perhatian. Saya mahu pilihan raya kampus kali ini berjalan lancar dan saya pasti anda juga mahu pilihan raya kali ini berlangsung tanpa sebarang gangguan,.” Tegas Encik Nordin. Matanya liar memandang ke segenap dewan.

Sambil itu, skrin besar telah diturunkan dari atas bahagian pentas dewan. Tujuannya adalah untuk memaparkan tatacara mengundi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

“Di skrin ini tertera cara-cara memangkah calon yang anda pilih. Caranya sama seperti pilihan raya umum di negara kita. Semua warga pelajar KUIPSAS layak mengundi dan perlu diingat bahawa undian akan terbatal sekiranya tanda pangkah tidak kelihatan atau undian anda melebihi bilangan calon yang ditetapkan.” Ringkas dan padat dari penasihat SPR pilihan raya KUIPSAS itu.

Dia amat memahami masa yang panjang semasa majlis pada malam ini perlu digunakan sebaik mungkin. Masa yang banyak perlu diperuntukkan untuk ucapan dari calon-calon pilihan raya nanti.

Tidak sampai 15 minit Encik Nordin menghabiskan ayat-ayat terakhirnya. “Baiklah. Ada sebarang soalan.” Encik Nordin menyoal. “Jika ada, sila bangun dan menuju ke pembesar suara yang berada di tengah.”

        Hampir kesemua pelajar memandang sesama sendiri. Mungkin semua yang disampaikan dapat difahami dengan baik kerana pilihan raya ini tidak jauh berbeza dari pilihan raya umum di negara ini.

        Tiba-tiba seorang pelajar bangun dan meluru ke tengah dewan.

        “Assalamualaikum. Saya Ahmad Farid dari Jabatan Teknologi Maklumat tahun satu. Saya ingin bertanyakan soalan. Apakah keistimewaan kepada yang dipilih menjadi exco Majlis Perwakilan Pelajar ini?” Farid menyoal. Sebagai pelajar tahun satu sememangnya banyak perkara-perkara tentang MPPKUIPSAS yang tidak diketahuinya.

        “Terima kasih kepada yang bertanya atas soalan itu. Sebenarnya banyak keistimewaan yang akan didapati sekiranya menjadi exco. Salah satunya exco MPPKUIPSAS ini dibenar untuk menganjurkan sebarang aktiviti selagi ia tidak melampaui kuasa pelajar. Mereka juga akan mendapat blazer dan baju rasmi selain satu pejabat khas untuk menguruskan segala tugas berkaitan aktiviti pelajar.” Jawab Encik Nordin dengan panjang lebar.

        Pada hakikatnya keistimewaan itu bukanlah untuk bermegah-megah sebaliknya memudahkan setiap urusan yang akan dijalankan oleh bakal pimpinan kolej itu nanti. Keistimewaan ini juga adalah sama seperti barisan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar sesi lalu.

        Muncul pula pelajar kedua di tengah-tengah dewan tempat letaknya pembesar suara bagi sebarang pertanyaan.

        “Assalamualaikum. Saya Hafiz Bin Mohamad dari Jabatan Pengurusan. Saya ingin bertanyakan soalan. Bagaimana dengan jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan lain-lain. Siapakah yang akan menentukannya?”

        “Terima kasih, Hafiz. Para pengundi hanya memilih exco sahaja. Bidang kuasa hanya akan ditentukan oleh mereka sendiri. Setelah itu jawatankuasa ini akan diumumkan kepada semua. Saya yakin pilihan di kalangan exco ini pasti tidak akan mengecewakan anda sekalian.”      

        Setelah lima soalan yang dikemukakan kesemuanya dan jawapan telah diberi, akhirnya Encik Nordin mengundur diri. Majlis diserahkan kembali kepada pengurusi majlis iaitu Faiz Hasan, pengurusi SPR sendiri.

        “Baiklah. Kini tiba masa kita untuk mendengar manifesto yang akan disampaikan oleh semua calon yang bertanding. Dimulakan dengan calon dari Jabatan Bahasa Arab. Dipersilakan Badariah Binti Ahmad.” Faiz mempersilakan calon yang pertama.

        Badariah memulakan langkah ke pentas. Adalah mudah bagi pelajar siswi untuk ke pentas kerana tempat ucapannya adalah terletak di sebelah kiri pentas tempat di mana Encik Nordin memberi taklimat tadi.

         “Assalamualaikum. Saya Badariah wakil Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam. Sekiranya anda mengundi saya, saya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin. Dalam pada masa yang sama, saya percaya hanya dengan kerjasama yang erat dari pihak pentadbiran, pemimpin pelajar serta semua siswa siswi KUIPSAS, kita mampu menjana kolej yang setanding dengan Institut Pengajian Tinggi yang lain.” Badariah memulakan ucapan.

        “Dengan ini, saya akan menjalankan banyak aktiviti kemasyarakatan serta program yang berbentuk bakti siswa. Ia bukan sahaja mendedahkan para pelajar terhadap aktiviti luar yang berbentuk kemasyarakatan tetapi juga menaikkan nama kolej di mata masyarakat.” Ucapannya dengan panjang lebar.

        Calon-calon yang lain hanya melihat dengan sinis. Kelibat Badariah dalam pilihan raya kali ini sememangnya memberi cabaran hebat kepada calon-calon yang lain. Apa tidaknya, kepetahan gadis ini berucap serta pencapaian akademik yang tinggi sudah cukup untuk membuktikan dia sememangnya layak untuk bergelar exco pelajar.   
      
        “Sekian saja ucapan saya. Sekiranya anda rasa saya layak maka undilah saya.” Gadis manis berwajah bujur itu mula bergerak turun setelah hampir 8 minit berada di pentas. Serentak dengan itu, pengurusi majlis memanggil calon yang seterusnya. Giliran Syahadan dan Syukri lambat lagi kerana mereka adalah calon bebas. Calon yang dipanggil ke pentas ini mengikut urutan jabatan masing-masing.  

        Setiap calon diberi masa tidak lebih dari 10 minit untuk menyampaikan ucapan mereka. Walaupun sekejap sahaja namun ia sudah cukup untuk membuat pelajar semua menilai keupayaan dan komitmen yang ditunjukkan oleh calon-calon yang bakal dipilih oleh mereka.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2016 09:58 AM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

Calon-calon silih berganti naik ke pentas. Tajuk berkaitan kebajikan pelajar sering menjadi agenda utama yang meniti di bibir calon yang memberikan ucapan. Ada juga yang naik ke pentas dengan gimik dengan membawa penyokong bersama. Tidak kurang juga yang bersajak untuk menarik perhatian.   

        Tiba giliran calon ke 21. Muhamad Syahadan Zakaria. Doa dan zikir mengiringi remaja 19 tahun ini naik ke pentas.

        “Assalamualaikum. Terima kasih tuan pengerusi majlis kerana sudi memberi ruang dan peluang untuk saya menyampaikan manifesto dalam majlis ini. Juga sekalung penghargaan kepada barisan SPR kali ini di bawah kendalian Encik Nordin kerana menganjurkan majlis pada malam ini serta rakan pelajar sekalian yang tidak jemu-jemu berada di sini untuk menyokong calon-calon anda.” Syahadan membuka kata.

        “Saya mulakan dengan serangkap sajak:

Satu nyawa yang bermula dari satu nafas,
Satu perjalanan bermula dari satu langkah,
Satu juta bermula dari satu sen,
Namun semuanya bermula dari satu Matlamat,”

“Begitulah juga matlamat saya yang ingin menyatukan semua siswa siswi KUIPSAS dalam satu organisasi pelajar yang tertinggi iaitu Majlis Perwakilan Pelajar bagi menjadikan saya dan anda semua sebagai manusia yang berkualiti bukannya manusia yang tiada maruah dan identiti.” Kata-kata bersemangat dari Syahadan itu diiringi dengan tepukan. Sejurus kemudian dia menyambung ucapannya.

“Jadi sekiranya anda mengundi saya, janji saya untuk memperkasakan MPPKUIPSAS ini dengan segala rancangan dan pelan tindakan yang berkualiti bagi menjamin kecemerlangan anda semua dari semua sudut termasuk kebajikan dan kerohanian.” Syahadan menabur janji dan jaminan.

“Ibarat kata pepatah:

Yang keruh buang ke laut
Yang semak buang ke rimba
Yang busuk dikuburkan
Yang wangi kita bendangkan
Yang jernih kita minum
Yang harum kita hidu
Yang pahit menjadi ubat.”

        Bait-bait sajak yang dibaca Syahadan memukau segenap dewan. Dikenakan pula dengan intonasi dan gaya yang tepat, sememangnya Syahadan nampak menonjol dan mesej yang ingin disampaikannya dapat diterima pendengar.

“Seikat bak sirih
Serumpun bak serai
Rundingan jgn berselisih
Muafakat jangan bercanggah.

Jika mendapat sama berlaba
Jika kehilangan sama rugi
Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama dicecah.”

          Begitulah hasrat Syahadan untuk membentuk MPP yang perkasa dengan sokongan seluruh warga kolej itu. Namun, dia sedari masa amat mencemburuinya.

          “Sekian sahaja ucapan saya pada malam ini. Selamat mengundi.” Kata-kata itu mengakhiri ucapannya. Tepukan gemuruh mengiringi calon bebas ini turun dari pentas. Serentak dengan itu, nama calon terakhir yang akan membentangkan manifesto diumumkan.

        Calon terakhir dengan tenang naik ke pentas seraya memulakan ucapan.

        “Kata bukan sebarang kata
         Kata berisi madah berbisa
         Jangan berganjak jangan terlena
         Kini giliran Syukri Isa.”

        Nukilan pantun empat kerat itu menggamit dewan. Sebagai calon terakhir sewajarnya dia berbuat demikian memandangkan tumpuan para pelajar semakin merudum setelah mendengar manifesto dari 21 calon sebelumnya.
                  
        “Assalamualaikum, yang saya hormati pengurusi majlis, anggota-anggota SPR serta rakan pelajar sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk memperkenalkan diri dan menyampaikan manifesto saya pada pilihan raya ini. Sebagaimana kita semua sedia maklum, sebagai calon bebas, undi datangnya dari semua pelajar. Pelajar-pelajar juga tidak akan membuang undi kepada seseorang calon sewenang-wenangnya sehinggalah mereka yakin terhadap kemampuan calon tersebut.

        Keyakinan ini adalah datangnya dari manifesto dan matlamat yang digarapkan oleh calon itu. Apa yang akan saya perkatakan sebentar lagi adalah matlamat saya serta bayangan perancangan MPPKUIPSAS sekiranya terpilih sebagai exco pelajar.

        Dalam skop perjuangan kita di IPT, kita tidak terlepas dari memperkatakan tentang unsur-unsur profesionalisme serta intelektualisme. Kedua-dua unsur ini perlu disemai dalam diri setiap pelajar yang dahagakan kejayaan. Sekiranya ini unsur ini hilang dalam diri, maka sudah pasti kita akan tersesat dan tersasar dari perjuangan kita. Jika tersasar sudah pastilah kita akan kemalangan.

Bagi mengelakkan kemalangan ini dan menyemai sikap profesional dalam diri, anjakan minda perlu dilakukan. Justeru besarlah hasrat saya untuk membentuk siswa-siswi KUIPSAS yang matang, profesional, intelektual dan berjiwa merdeka.  

Apa yang perlu kita lakukan adalah belajar sayangkan ilmu dan masa depan. Bilamana kita ada kecintaan terhadap kedua-dua ini sudah pastilah kita ada keinginan untuk mendapatkannya. Bilamana adanya keinginan ini, sudah pastilah disertakan dengan kesungguhan. Maka ingatlah di mana ada kesungguhan, di situlah ada kejayaan. Dan kejayaan inilah yang akan menjaga dan menjulang kita di hari kemudian. Sekian. Terima kasih.”

Ucapan yang memberangsangkan dan penuh semangat ini tiba dipenghujungnya. Majlis bersurai. Namun, semangat calon-calon pilihan raya kali ini terus membara. Bukan kerana gila jawatan tetapi inilah kali pertama mereka merasakan suasana pemilihan pemimpin serta perjuangan di peringkat yang lebih tinggi.

*****                *****                *****                *****                *****




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2016 10:13 AM | Show all posts

Musuh Dalam Selimut


Khamis: 5 Julai 2015. Syahadan tersandar di mejanya. Untuk seketika dia tidak dapat mengulangkaji pelajarannya. Otaknya sentiasa melayang-layang terkenangkan apa yang sedang melanda. Lagu Kerna Aku Setia yang didendangkan oleh Kumpulan Sheila On 7 yang berkumandang di corong speaker itu cukup menyentuh tangkai hatinya. Bagai ada kena-mengena dengan apa yang sedang dihadapinya tika ini.

Lagu itu tentang gaya seorang pemimpin dan dia juga berhasrat untuk jadi pemimpin. Mungkin ilham dan semangat hadir setelah mendengar dan menghayati bait-bait lagu tersebut.

“Hmm... Nak ulangkaji pun tak dapat tumpu, asyik fikirkan tentang pilihan raya sahaja.” Syahadan  mengeluh. Tak tahulah apalagi yang harus dilakukannya pada petang itu. Kadang-kadang terfikir juga di benaknya kenapa mesti ada pemimpin dalam kehidupan. Manusia tidak tahu menjaga diri sendirikah?

        “Hah, termenung lagi kau?” tegur Asuwad.

        “Tak juga. Aku cuma teringat pilihan raya Isnin ni. Kau taulah kan. Nak jadi pemimpin bukannya senang.” Syahadan menggeleng kepala.

        “Sabar ajelah, kita Cuma merancang. Lagipun ini sebagai satu latihan untuk kita saja. Satu hari nanti kita akan jadi pemimpin dan ini adalah latihan yang terbaik.” Asuwad memberi nasihat.   

“Entahlah Wad, kadang-kadang aku terfikir layak ke aku jadi pemimpin di kolej ini sedangkan aku pun jahat juga.”
“Bukannya jahat tapi nakal.” Asuwad berseloroh diiringi oleh gelak kecil.

“Ah, engkau ni. Aku serious kau main-main pula. Malas aku nak layan kau.” Asuwad masih senyum.

“Em, merajuklah tu. Sejak jak jadi calon ni senang sangat sensetif.”

“Yelah, aku tengah pening, kau pula main-main.”

“Tak mengapa. Mari kita ke kafeteria. Aku belanja.” Asuwad mempelawa.

“Kau dah solat ke belum?”

“Dah, kau?”

“Dah. Kita berdua saja ke?”

“Yelah, siapa lagi?”

“Aku nak ajak Syukri. Lagipun ada hal yang nak dibincangkan.” cadang Syahadan. Asuwad mengangguk sahaja.  

*****                *****                *****                *****                *****

“Mamak air bandung satu!”

          “Wokkey…….!” Jerit mamak kedai yang sentiasa sibuk melayani pelanggannya. Perniagaannya pun dari hari ke sehari makin laris.

        “Hei, kau ni kenapa, aku tengok dari hari ke hari, macam tak bersemangat aje nak bertanding. Kalau dah rasa tension tu berhenti ajelah. Lagipun mungkin ni tak sesuai untuk kau.” Syahadan tunduk. Entahlah, dia pun tidak tahu hendak cakap apa.

“Kalau aku nak teruskan juga bagaimana? Lagipun tak elok buat kerja separuh jalan.”

“Terserah pada kau saja. Tapi kalau ada masalah boleh beritahu aku. Mana tahu aku boleh bantu.” Asuwad membuat tawaran. Sambil membetulkan duduknya, dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Objek yang berbentuk segi empat. Telefon bimbit.

“Ah, tidak ada apa. Aku tengah fikir bagaimana nak meraih undi.” Syahadan memulakan cerita.

        “Yelah, tapi sekarang ni aku tengok kau macam dah tak ada mood. Aku yang tengok muka kau ni pun naik tension. Cubalah buat muka ceria sikit macam dulu.” Syahadan hanya tersenyum sinis. Tiada komen.

        “Eh, sampai macam tu sekali ke?”

        “Yelah, aku nampak la. Muka risau je. Kena nampak yakin di hadapan yang lain. Barulah orang nak undi kau.”

“aku tahu, tapi susah.”

“Memang susah untuk kali pertama. Tapi lepas beberapa lama baru dapat tunjuk rasa keyakinan tu.” terang Asuwad. “Apa yang susahnya. Kau kan banyak idea. Kreatif. Masa inilah kau boleh tunjukkan kehebatan kau itu.”

“Inilah yang aku sedang fikirkan. Ada banyak perkara yang mengganggu fikiran aku.” Syahadan memberi alasan.

“Kau seorang yang kreatif. Pandai merancang aktiviti pelajar dan pandai berbagai-bagai lagi kemahiran. Tetapi itu juga masalahnya. Kadang-kadang ia menjadikan kau seorang yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan idea atau ada di antara idea-idea yang dikeluarkan itu tidak menjadi.”

Syukri teringat akan kata-kata pensyarah mata pelajaran Pemikiran Kritis dan Kreatif yang pernah diambil sewaktu semester dua. Kata Puan Azida, “Kreativiti adalah satu proses pemikiran yang kita tidak boleh tengok operasinya, tetapi kita boleh tengok hasilnya.”

“Adakah mencukupi sekadar edaran browser?” Syahadan meminta pendapat. Dia meletakkan segelas teh ais yang diminumnya di atas meja.

“Tahun lepas pun macam ini juga cara mereka. Ada yang buat forum perdana. Tetapi tahun ini tiada. Maksud aku tiada yang libatkan calon sebagai ahli panel.”  

“Kau rasa ada harapan untuk menang tak?”

“Aku harap menang.” Perlahan Syahadan membalas.

“Harap sahaja? Awak tidak yakin?” Asuwad mengerutkan keningnya ke arah remaja seusia dengannya itu. Syahadan terkesima. Sudah dua tahun dia berkawan dengan Asuwad. Dia sudah masak dengan perangai rakannya itu. Jangan berani menyampuk atau tersilap cakap. Apatah lagi mengeluarkan pendapat tanpa ilmu dan menangguhkan sebarang tugas yang diserahkan, memang akan dibalasnya dengan pedas.

“Menang. Pasti menang!” Syahadan bertegas. Asuwad tergelak kecil. Dia masih lagi melihat kepada telefon bimbitnya. Menanti mesej yang masuk tetapi tiada.

“Mana Syukri ni?” Dah lama kita tunggu dia,” rungut Asuwad. Sudah lama dia menghantar mesej pesanan ringkas pada Syukri namun tidak berbalas.  

“Entah-entah dia jual minyak lagi tak?” Syahadan cuba berseloroh.

“Hei, aku dengar la.” suara Syukri tak jauh dari mereka. Syahadan dan Asuwad berpaling ke arah suara itu. Ternyata Syukri menuju ke arah mereka. Agak sederhana langkah lelaki yang berpakaian kuliah itu.

Syukri berjalan santai. Berpakaian rasmi kuliah di kolej swasta itu amat sesuai dengan disiplin sebagai seorang siswa. Dengan kasut kulit dan seluar slack hitam, dipadankan pula dengan kemeja biru pekat, Syukri semakin menghampiri meja Asuwad dan Syahadan.   

“Ada orang mengumpat aku ya.”

“Belum lagi. Kami baru sebut nama kau.” Asuwad bergurau.

“Kenapa tak balas sms aku?” tanya Asuwad belum pun sempat Syukri duduk.

“Kau ada kelas?” Syahadan pula bertanya sebaik sahaja melihat beberapa buku dan fail plastik yang dibimbitnya.

“Ya, mana boleh balas mesej kau sewaktu kelas,” balas Syukri seraya tangannya menarik kerusi di sebelah Asuwad. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi plastik itu sambil menghela nafas panjang. Keletihan agaknya.

“Apa hal nak jumpa aku?”

“Em, ada perkara yang perlu dibincangkan,”

“Kalau setakat nak bincang tentang kempen aku rasa baik kau lupakan saja. Aku tak berminat.” Syukri membalas. Buku-buku dan fail yang dibawanya mendarat di meja. Ada tiga buah buku kesemuanya dalam pelbagai topik.

“Bukanlah. Ini tentang kau dan Aina.”

“Aku dan Aina?”
“Ya, takkan kau dah ada yang lain pula.” Asuwad mencelah. Berseloroh walaupun ini perkara serius. Syahadan ketawa kecil.

“Jadi, apa masalahnya?” Syukri tak keruan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ingin tahu dengan mendalam lagi. Dia membetulkan duduknya. Sedikit teragak.

“Itulah masalahnya.

“Apa masalahnya berpasang-pasangan? Dalam Islam pun ada menyebut tentang fitrah manusia ini berpasang-pasangan.” Syukri memulakan hujahnya. Asuwad hanya mendiamkan diri.

“Memang ada disebutkan. Tapi maksudnya menjurus kepada perkahwinan. Manusia berpasang-pasangan setelah mereka halal antara satu sama lain.” terang Syahadan.

“Jadi, yang masih belum berkahwin macam mana?” soal Syukri lagi. Syahadan tenang mencapai teh ais dan menyedut strawnya. Syukri memandang Syahadan bersungguh.

“Bagi yang belum berkahwin tidak digalakkan berpasangan. Banyak keburukannya nanti. Malah, jika keterlaluan boleh membawa kepada zina.”

“Kami tak berzina!” Syukri bertegas. Agak sedikit marah dengan soalan itu. Syahadan merasa sedikit tersinggung.

“Maaf, aku tak menuduh kau berzina, tetapi awak menghampiri zina.”

“Maksudnya?” perbualan mereka menjadi semakin rancak dan tegang. Syukri behenti sejenak. Memandang Syahadan dengan lebih yakin. Asuwad hanya berpeluk tubuh mendengar sahaja perbualan dua orang rakannya itu, namun masih di pihak Syahadan.

“Saya rasa awak faham apa yang saya maksudkan.” Syahadan berteka-teki. Dia tahu Syukri sudah ada jawapannya. Mungkin sedar tak sedar sahaja.

“Bila berjumpa kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?”

“Ya.” ringkas dari Syahadan walaupun itu akan hanya menambah bara di hari Syukri. Namun kebenaran adalah kebenaran.

“Bagaimana?”

“Perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.”

“Tapi kami dapat mengawal perasaan dan tidak berniat ke arah itu,” Syukri masih bertegas.”

“Hari ini ya. Esok mungkin kecundang. Kita jangan lupa, iblis akan memerangkap kita dari semua cabang. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa.” panjang Syahadan berceramah.  

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan.” Syahadan mendengar. Kali ini lebih teliti. Dia tahu Syukri pakar dalam perbahasan. Rakannya itu pernah memenangi anugerah pembahas terbaik dalam pertandingan bahas anjuran Jabatan Syariah dan Undang-undang pada semester lepas.

“Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun. Macam mana ia boleh menghampiri zina?” Syukri menyoal tegas. Seolah-olah menegakkan benang yang basah.

Namun, Syahadan sudah bersiap-sedia. Jika Syukri adalah pembahas terbaik, dia adalah pakar motivasi yang selalu menyampaikan tazkirah hampir di setiap program yang disertainya.  

“Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.” Jawapan Syahadan itu membuatkan Syukri terpinga. Tidak tahu bagaiman hendak menjawabnya.

“Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan akan bergelora, lambat-laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada satu pertemuan. Saya rasa kamu pun tahu, apa yang ada apabila lelaki dan wanita bertemu?” sambungnya lagi. Syahadan sengaja membiarkan Syukri yang sendiri menjawab persoalan itu.

“Syaitan?”

“Ya.”

“Tapi, takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?”

“Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan kerinduan kepada pasangan tak tenu arah.  Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.”

“Duduk berbincang tentang pelajaran pun tak boleh? Bincang pelajaran sahaja!” Syukri menegaskan berkali-kali. Riak wajahnya berubah. Suaranya juga agak perlahan seolah-olah sedar akan kesalahannya.

“Betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat faham-faham sendirilah. Lagipun kau bukan sekelas dengannya. Cuma belajar berdua-duaan. Pelajaran lain-lain.”

“Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadah.” Panjang bakal ustaz itu berhujah.

Kebiasaannya lepasan diploma dari Kolej Islam Pahang itu mudah diterima untuk menjadi ustaz dan ustazah. ada yang bekerja di bawah Pusat Zakat Pahang, ada yang di Kelas Fardu Ain di Masjid Negeri, Pahang dan tidak kurang juga ada yang menjadi guru agama di sekolah-sekolah yang memerlukan. Ada juga yang mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke menara gading.

“Tidaklah. Sungguh kami berbincang tentang pelajaran. Biasanya tentang subjek yang sama. Dia ajar saya Bahasa Arab dan saya ajar dia tentang Asas Pengurusan. Subjek yang lain-lain hanya sedikit.”

Syahadan terdiam lagi. Fikirannya mula mengatur kata-kata bernas. Dia tahu, bukan senang untuk menjinakkan singa yang mengamuk. Namun, dia tahu cara-caranya. Ia perlu dileraikan dengan perlahan dan lembut atau dengan kata yang lain cara yang berhikmah.

“Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.”

“Kami berdua sama-sama belajar, saling memberi semangat dan motivasi. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan.” Syukri membalas.

Syahadan berhenti sejenak. Memandang dengan lebih yakin. Asuwad yang duduk di hadapannya hanya menganggukkan kepala sahaja. Mungkin itu adalah isyarat untuk menyuruh Syahadan mematahkan hujah Syukri.

“Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Perasaan lebih tenang, tidak terganggu, malah diberkati pula.”

Kali ini Syukri pula terdiam. Merenung kata-kata sahabatnya itu dengan mendalam. Ada benarnya juga. Dua semesta bukanlah satu tempoh yang singkat untuk mengenali Aina. Mereka sering berkongsi masalah, memberi semangat dan inspirasi. Namun sepanjang tempoh itu juga dia diruntun kebimbangan. Bimbang hubungan mereka ini menimbulkan masalah.

“Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.” Syahadan menoleh ke arah Asuwad. Kemudian, dia mengukirkan senyuman. Senyuman yang barangkali sukar untuk ditafsirkan.

“Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.” Lembut suara Syahadan, cuba menyelami perasaan rakannya itu.

“Walaupun aku bercinta kerana Allah?” Syukri menyoal lagi memandang tepat ke arah mata Syahadan. Gaya pandangannya masih sama seperti sebelumnya, iaitu mencari kepastian.

“Jika benar bercinta kerana Allah, kau harus bersedia berpisah, juga kerana Allah.” Perlahan tapi tegas nada suara Syahadan. Redup wajahnya memandang wajah Syukri. Air teh ais di hadapannya masih belum disentuh. Mungkin Syukri sudah kehilangan selera.

“Em, aku akan fikiran.” Balas Syukri. Dia terkedu. Kehilangan kata-kata.

Asuwad yang sedikit bosan, berdiri berjalan ke meja berisi lauk-pauk diletakkan. Meja besi itu agam dibina di bahagian hadapan kafeteria bersebelahan ruang dapur. Syahadan diam. Tetap di tempat yang sama.

Syukri menghela nafas lambat. Terdengar dia mendengus. Dia berpaling muka memandang Syahadan. Dia senyum sedikit, semacam dibuat-buat.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2016 03:40 PM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

Di suatu tempat pada malam yang sunyi. Bukan semua manusia mempunyai perjuangan harmoni. Ada kalanya nikmat dunia yang tidak seberapa ini mampu menggelapkan mata seseorang.

        “Habislah kita kali ni. Polis dah membuat kawalan di seluruh jalan keluar. Macam mana kita nak bawa benda ni?” terdengar suara seorang lelaki dari rumah setinggan yang terletak jauh dari kawasan bandar. Kediaman itu umpama sebuah rumah yang sudah lama ditinggalkan. Kemungkinan dia bukanlah pemilik rumah itu tetapi sekadar menumpang atau menceroboh atas tujuan tertentu.  

        “Kau jangan risau. Aku akan uruskan perkara ini. lagipun ini perkara kecil saja,.” rakannya, Jefry membalas. Namun tidak kelihatan kerana mereka berkomunikasi melalui telefon. Dua daerah yang berlainan dan berada di jarak yang jauh iaitu Jerantut dan Kuantan menjadi markas untuk kumpulan ini bergerak.

        Matanya liar memandang objek berbungkus kemas dalam beg pakaiannya. Dadah. Musuh nombor satu negara. Namun, akibat pengawalan yang lemah dan aktiviti haram yang berleluasa, benda ini dapat dibawa ke negara ini.

        “Apa caranya? Aku tak dapat keluar dari kawasan ni. Polis membuat sekatan di semua sempadan daerah.” kata Don. Nama sebenarnya adalah khaldun namun dia suka menggunakan nama ringkas untuk memudahkannya dikenali ramai. Namun ia bukanlah satu kebaikan kerana tujuannya hanya untuk tujuan pengedaran dadah.            

        “Kau naik bas datang ke sini. Aku tunggu kau kat terminal.” balas Jefry yang berada di Kuantan. Pengedaran dadah ini biasanya dilakukan di bandar-bandar besar. Daerah terpencil seperti Jerantut hanya markas sementara bagi menyembunyikan operasi sindiket ini setelah pihak berkuasa memperluaskan operasi mereka.

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Bayangkan sekiranya bahan terlarang ini disebarkan kepada masyarakat dan remaja, sudah tentulah masa depan mereka akan musnah.

“Mana boleh!” Don membantah. Jalur-jalur kerisauan mengedutkan dahi.  “Muka aku terpampang di akhbar dan televisyen. Mereka pasti kenal aku,.” Matanya berkelip-kelip. Dia mencari idea lain. Buntu. Kakinya terpaku di situ. Dia tahu kalau dia pulang dengan tangan kosong pasti akan dimarahi.  

“Kau jangan jadi bodoh. Mereka takkan periksa sampai ke dalam bas. Kau jangan takut.” balas Jefry.

        Khaldon terdiam. Berfikir sejenak. Sambil mengintai di luar jendela. Di luar, selimut alam mendung. Langit mulai dipalit kelabu. Awan berarak tidak kelihatan. Kamar tamunya terasa suram. Badannya mendarat di atas katil lama, yang ditinggalkan oleh penghuni sebelumnya.

“Baik. Pastikan keadaan selamat setibanya aku di sana.” Don memberi arahan.

        “Kau jangan risau. Aku dah menyediakan segala-galanya. Rumah dan kereta semua lengkap. Aku boleh gunakan kenderaan majikan untuk kegiatan kita ini. Kah kah kah,” balas rakan kongsinya itu dengan nada bongkak.

        “Bagus.” Don menjawab. “Aku yakin keuntungan kali ini lebih besar dari sebelumnya.” sambil tersenyum dia mematikan talian. Beg kecil berisi dadah diletakkan di bawah katil usang. Dia terpaksa bermalam di situ walaupun rumah itu seakan-akan hampir reput.

Walaupun mempunyai wang yang banyak hasil jualan dadah, Don tidak dapat membelanjakannya. Dia sentiasa diburu pihak polis dan pihak berkuasa. Aktiviti jenayahnya sudah dapat dihidu. Kini dia hanya mampu bergerak dan beroperasi dengn bantuan seorang rakan kongsinya yang masih misteri.

        Mereka juga adalah kumpulan kecil yang telah memulakan operasi sejak setahun yang lalu. Mereka mengedar Heroin, Candu dan Ganja yang mana banyak mendapat permintaan dari pengunjung-pengunjung di kelab-kelab malam di tempat-tempat tertentu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2016 03:43 PM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

Bunyi sayup-sayup suara muazin begitu syahdu, mendayu-dayu, menyusup lembut ke telinga, mengalunkan azan subuh, memecah keheningan pagi di Kolej Islam Pahang. Jarak Masjid KUIPSAS dan asrama itu hanya kira-kira seratus meter sahaja. Masjid yang dibina agak lewat selelah pembukaan Kolej Swasta itu terletak di persimpangan Jalan Pekan dan Jalan Gambang.

Azan yang berkumandang itu mengejutkan seluruh penghuni jagat yang sedang lena diulit mimpi indah. berselang-seli pula dalam reban di belakang rumah. Syahadan, remaja yang lena bertemankan mimpi indah yang entah bila akan menjadi nyata, terpisat-pisat bangun dari pembaringan. Ditepuk bantal kusamnya beberapa kali sambil mulutnya kumat-kamit membaca doa..

Seperti kebiasaannya Syahadan menggosok-gosok kelopak mata, sambil dia sempat melihat cahaya lampu menerangi kamarnya.

“Pasti Zahari telah terjaga lebih dahulu. Agaknya dia sedang mandi.” Bisik hati kecil Syahadan setelah terdengar bunyi air di kamar mandi.

Di dalam bilik itu suasana masih sunyi. Di dinding kelihatan cahaya samar kebiruan mencuri-curi ruang. Di luar terdengar bunyi enjin motosikal dihidupkan, namun laungan azan subuh masih berkumandang. Syahadan cuba bangun, tetapi kepalanya terasa berat. Pening. tak cukup tidur agaknya.

        Syahadan beralih mencari kedudukan lebih selesa. Rasa mengantuk telah tiada. Dia cuba melelapkan mata. Mungkin bukan masanya menyambung tidur. Dia cuba mengangkat kepala sekali lagi. Masih terasa berat.

Lalu hanya mampu berbaring terlentang memandang syiling yang dihiasi kipas berputas dengan kelajuan tiga. Nampak titik-titik cahaya menembusi langsir mewarnai katilnya. Syahadan mula melayani fikiran dan perasaannya.

        “Tak cukup tidur lagikah?” tanya Zahari yang baru selesai mandi.

        “Sekejap lagi. Nanti aku bangunlah.” Suara Syahadan cuba mempertahankan tidurnya dari diganggu.

“Bangunlah. Hari dah siang. Lekas mandi dan berpakaian. Nanti tertinggal berjemaah pulak.” Zahari menegur mesra. Namun kemesraan itu tidak dapat dirasakan sepenuhnya kerana Syahadan dalam keadaan separuh sedar. Kemesraan antara mereka mulai terbina sejak awal kemasukan mereka di kolej itu lagi.

Syahadan bangkit perlahan-lahan meninggalkan tempat tidur. Terasa kedinginan pagi mula menyucuk kulit. Teguran rakan sebiliknya itu sekali lagi menjadikan dia pantas menuju ke bilik air. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk ke masjid pada setiap pagi.

Namun, pagi itu tidak seperti biasa berikutan pembelajaran kumpulan berakhir lewat malam. Banyak tajuk dan pelajaran yang perlu diperbaiki setelah dia terlepas beberapa kelas kerana terlibat dengan pilihan raya.

        Kebiasaan mereka juga untuk terus berjaga dan memulakan hari dengan bekerja dan mencari ilmu. Tidak seperti anak remaja yang lain yang memilih untuk terus lena selepas waktu solat awal pagi itu.

Zahari teringat pesanan Ustazah Khaulah yang selalu memperkatakan tentang kemurnian akhlak junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang memulakan langkah di awal pagi. Malah Rasulullah sendiri mendoakan umatnya yang mengamalkan perbuatan ini. Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Ustazah Khaulah juga sering membawakan kisah antara Rasulullah dan puterinya iaitu Fatimah Az-Zahra dalam hal ini. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Rasulullah pernah melewati anaknya Fatimah Az-Zahra yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda,

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”

Waktu subuh telah pun berlalu. Syahadan, Zahari serta beberapa rakan mereka yang lain bersiap untuk ke bandar. Hari ini kempen pilihan raya bagi mereka terhenti seketika. Banyak perkara peribadi yang perlu diselesaikan pada pagi ini.

Namun, segala urusan di bandar perlu diselesaikan sebelum hari gelap. Mereka perlu pulang ke kolej sebelum pukul 7.00 malam. Ini merupakan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan penuntut di situ. Mereka juga perlu menyiapkan diri dengan forum perdana yang diadakan khas sempena pilihan raya pada malam hari.  

Perjalanan dari KUIPSAS ke bandar Kuantan tidak mengambil masa yang lama. Ada banyak pengangkutan awam yang bergerak menghubungkan kedua-dua kawasan itu. Sepanjang lapan kilometer perjalanan menaiki bas, Syahadan dan Zahari ditemani oleh Syukri, Asuwad dan Zaid.

Bas yang dinaiki mereka agak usang namun hanya itu sahajalah jalan mudah untuk ke bandar. Boleh sahaja jika mereka mengambil teksi tetapi kosnya tinggi. Lebih baik memilih pengangkutan yang murah bersesuaian dengan status mereka sebagai pelajar.

Sama ada disengajakan atau kebetulan, Syahadan duduk di sebelah Syukri. Tiga orang rakannya yang lain pula berada di kerusi sebelah. Ceria berbual-bual sesama mereka.

Pang!

Ting aluminium kosong yang dibuang Syukri tepat menerjah tong sampah. Dia endah tak endah. Sebenarnya dia seringkali melakukan aksi sebegitu di kamarnya. Mungkin ada yang mengatakannya malas,

“Hebat! Awak boleh masukkannya ke dalam tong walaupun memandang ke arah lain.” Syahadan memuji.

“Biasalah tu.” Ujar Syukri acuh tak acuh. Tangannya ligat menekan papan kekunci telefon bimbitnya sementara tangan sebelah lagi menunjukkan isyarat bagus.

Syahadan menghela nafas lambat. Terdengar dia mendengus. Dia berpaling muka memandang saya. Dia senyum sedikit, semacam dibuat-buat.

“Ramai yang salah faham. Sasaran kita sebenarnya ada di minda. Tak perlu lihat sasaran Cuma cukup sekadar tahu apa yang kita mahukan.” Kata-kata Syukri membuatkan Syahadan terdiam.

“Sebab itulah kau baling sampah tanpa melihat tong?”

“Ya. Tahu kedudukan tong, jarak dan keadaan, jadi tunggu apa? Masukkan sahaja.”

Syahadan terlopong. Kawan-kawannya turut memandang Syukri. Mereka diam seketika.  

“Wah, tengok! Ada jualan murah di Tunas Manja.” Syahadan bersuara sebaik sahaja bas yang mereka naiki melintasi Pasaraya Tunas Manja yang terletak lima kilometer dari KUIPSAS. Pasaraya itulah yang sering menjadi tumpuan kebanyakan warga KUIPSAS sekiranya ada kelapangan. Di hadapan pasaraya itu tertera kain rentang bertulis, ‘Jualan Murah Sempena Merdeka!’

“Apa yang kau nak cakapkan sebenarnya. Terus-terang sajalah.”

Syahadan tergamam seketika. Nyata Syukri berjaya membaca apa yang ingin disampaikannya. Dalam diam dia tersenyum seorang. Bebijaksanaan Syukri terserlah seketika.

“Baguslah kau faham. Tidak ada apa sebenarnya yang nak dikata. Cuma aku nak minta maaf sekiranya apa yang aku cakapkan semalam ada menyinggung perasaan kau.” Syahadan berterus-terang.

“Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Kau tak buat salah pun. Tak perlu minta maaf.”

“Yakah? Aku tengok kau sedih semacam saja pagi ini.”

“Tidaklah, aku Cuma tak cukup tidur.”

“Kenapa? Bergayut lagi?”

“Malam tadi tidak. Malam ini tak tahulah.” Syukri menjawab mahu tidak mahu. Syahadan tidak membalas. Dia tahu pada waktu ini Syukri amat memerlukan ketenangan dan masa.

Syahadan menjeling ke kanan. Bulat bola matanya apabila tiga rakannya yang lain hanya memasang telinga mendengar segala perbualannya dengan Syukri. Namun, senyuman yang terukir dari rakan-rakannya itu melembutkan hati Syahadan.

Pelbagai binaan dan pembangunan menghiasi perjalanan mereka. Setelah 20 minit berada dalam bas, akhirnya mereka turun di Hentian Bunga Raya. Hentian ini terletak tengah bandar berhampiran Masjid Negeri.

“Kita nak ke mana sekarang?” Zahari menyoal.

“Aku ikut saja. Lagipun aku memang nak jalan-jalan saja.” Zaid mencelah.

“Baiklah. Kalau begitu kita ke Kompleks Teruntum, bank lepas tu barulah ke terminal.” Syahadan memberi cadangan.

“Ok, mari pergi.” Syukri memulakan langkah. Yang lain hanya mengikut. Jarak perjalanan mereka hanyalah dua ratus meter sahaja namun mereka perlu meredah kesibukan hutan batu ibu negeri Pahang itu.

“Wah, hebat sungguh bangunan di sini! Banyak kedai yang maju. Kalau terpilih menjadi exco pelajar nanti, bolehlah kita minta sedikit sumbangan dari syarikat-syarikat di sini.”

“Bukankah syarikat-syarikat di sini milik orang bukan Islam. Buat apa kita minta dana dari mereka?” Syukri menganggah cadangan itu. Rakannya yang lain hanya berpandangan sesama sendiri.

Zahari yang berada di belakangnya menjarak sedikit. Pura-pura berminat dengan sebuah bangunan yang sedang di bina, tetapi telinganya berusaha benar menangkap butir-butir kata Syukri yang hampir tenggelam oleh dengung bicara serta deruan enjin kereta dan kenderaan lain di bandar itu.

Zahari memejamkan mata, lebih bersungguh-sungguh mencuri dengar.

“Ini mungkin menarik.” Asuwad membisikkan kepada Zahari dengan nada gurauan. Zahari hanya terdiam. Tidak mahu campur tangan dalam hal ini.

“Kenapa pula? Kebanyakan syarikat-syarikat milik orang Islam tidak mahu memberi sumbangan kepada aktiviti pelajar. Jika syarikat bukan Islam mahu menyumbang, apa salahnya?” Syahadan membela diri.

Syukri hanya terdiam. Mungkin memikirkan hujah untuk menentang kenyataan Syahadan. Sambil melintasi beberapa kedai untuk menuju ke bank, dia berkata, “Bukankah kebanyakan syarikat ini ditaja Yahudi? Dan kemungkinan George Soros sebagai dalangnya.”  

“Tiada salahnya jika mereka memberi wang atas tujuan ilmu sedangkan pihak bertanggungjawab hanya berminat untuk menaja artis-artis, pertandingan nyanyian yang menyesatkan dan sebagainya. Lagipun kita yang mengendalikan sepenuhnya program yang bakal kita dianjurkan.” Syahadan menjawab dengan panjang lebar.

Syukri hanya terdiam. Namun dia masih lagi tidak bersetuju dengan kata-kata Syahadan. Baginya, sumber kewangan walaupun penting dalam satu-satu aktiviti namun perlu diketahui dari mana asalnya. Dia tidak mahu program yang berbentuk keislaman dicemari dengan sumber yang haram.

“Bukankah tadi mereka sudah bermaaf-maafan? Belum pun sepuluh minit sudah berperang semula.” Asuwad membisikkan kepada Zahari.

“Mereka memang begitu. Lepas ini bermaafan semula.” Balas Zahari yang sudah lali dengan rakan sebiliknya itu, Syukri.

*****                *****                *****                *****                *****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2016 03:44 PM | Show all posts
Pertemuan Yang Malang.


Selepas mengeluarkan sejumlah wang di bank, mereka mula bergerak ke destinasi berikutnya. Terminal Makmur. Terminal yang utama di Bandar Kuantan. Terminal ini juga menjadi tumpuan semua rakyat jelata di kawasan ini untuk pulang ke kampung atau pergi ke Kuantan. Ia menghubungkan Kuantan dengan kebanyakan negeri di semenanjung.

“Kau tunggu di sini saja. Aku naik ke atas sekejap.” Syukri memberi arahan. Dia mula mendaki anak tangga menuju ke tingkat dua bangunan itu. Di situlah terletaknya kaunter-kaunter jualan tiket ke pelbagai destinasi. Syukri meluru ke kaunter tiga untuk membeli tiket perjalanan ke Kuala Lipis, kampung halamannya.

“Aduh!” Syukri tiba-tiba terjatuh selepas seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun melanggarnya. Syukri memandang lelaki itu sambil bangun.

Namun, lelaki yang berbaju hitam itu hanya memandangnya dengan wajah selamba. Sepantas kilat dia berlalu meninggalkan Syukri yang terpinga-pinga sambil menepuk-nepuk seluarnya yang kotor.

“Biadap. Langsung tak mintak maaf.” Bisik hati kecilnya. Orang ramai hanya memerhatikan sahaja. Tidak perlulah dibantu kerana Syukri bangun dengan sepantas kilat. Mata-mata mereka masih tidak beganjak dari memerhatikan kelibat lelaki berbaju hitam itu.

Tanpa memperdulikan lelaki tadi Syukri membeli tiket. Dia menghulurkan dua keping not RM10 setelah mengambil tiket dan wang baki, dia bergerak menuju ke tandas awam yang terletak bersebelahan dengan kaunter tiket yang terakhir. Dia memasuki tandas setelah membayar di kaunter dan meletakkan beg galas merahnya di rak yang disediakan. Namun, tanpa disedarinya, segala gerak-gerinya itu telah diperhatikan.

Lelaki berbaju hitam iaitu Khaldun berada di luar. Masih tercegat berdiri. Dia memperhatikan sekeliling.

Agak ramai petugas dan polis yang mengawal keadaan. Mungkin dialah penjenayah yang dicari mereka. Dia mencari kelibat rakan kongsi iaitu Jefry yang akan menguruskan ketibaannya di terminal itu namun tidak berjaya dikesan di manakah ia berada.

Tut..Tut...

Telfon bimbit Khaldun berbunyi. Tertera di skrin telefon itu ‘Satu mesej diterima’. Pantas ditekan butang ‘OK’ untuk melihat sis kandungannya.

Aku ada di dalam tandas sekarang. Segera ke sana. Polis ramai di luar dan membuat pemeriksaan.-Jef

Pantas Khaldun atau nama samarannya Don mengatur langkah menuju ke Tandas awam yang tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia segera masuk selepas menghulurkan sekeping wang syiling 50 sen ke meja penjaga tandas itu.

“Apa kau buat di sini, Jef?” Don menyoal terdesak.

“Polis sedang mengawasi kita. Kau ada bawa barang itu tak?”

“Ya.”

“Kau nampak tak beg galas merah itu?”

“Ya.” Dia hanya menurut sahaja. Don tahu rakannya itu lebih berpengalaman darinya dalam melakukan kerja seperti ini.

Pernah satu ketika mereka hampir ditangkap ketika berada di Sabah dalam usaha mendapatkan bekalan dadah dri pengedar. Namun, dia diselamatkan oleh kepakaran Jefry yang menghalangnya dari bergerak dekat ke arah kapal yang berlabuh. Nyata rakannya itu dapat membaca pergerakan polis dan mampu mengatur strategi yang baik untuk mengelakkan diri dari masuk ke perangkap pihak berkuasa.

“Aku mahu kau letakkan barang itu dalam beg itu.”

“Tapi...”

“Sudah! Kau jangan banyak tanya. Buat saja apa yang aku suruh.” Bentak Jefry. Don hanya mengikut.

        Don membuka beg Syukri dan memasukkan sesuatu ke dalamnya. Beg yang agak kosong itu diisi dengan satu bungkusan plastik berwarna hitam sebesar bongkah bata. Setelah meletakkan plastik itu di ruang beg yang paling bawah, Don terus berlalu.

Dia semakin berani mempamerkan wajahnya di khalayak kerana sumber dadahnya tiada bersama. Pihak berkuasa juga tidak mengesyaki Don kerana dia hanya sehelai sepinggang. Walaupun begitu, dia tetap diperiksa atas tujuan keselamatan.

        Setelah keluar dari tandas, Syukri mengambil begnya dan terus berlalu. Dia turus ke aras bawah dan mendapatkan rakan-rakannya yang sudah menunggu hampir 20 minit.

        “Dah selesai?” Syahadan bertanya setelah Syukri menghampiri mereka.

        “Dah. Jom balik.” Syukri mengajak.

        “Naik bas ke teksi?” Tanya Zahari. Kebiasaannya teksi mudah didapat di tengah-tengah kota itu malah banyak teksi yang berhenti di situ. Bas pula hanya didapati di hujung bandar.  

        “Teksi la senang. Setiap seorang bayar dua ringgit.” Zaid mencadang. Dia sudah tidak larat berjalan lagi.
        “Baikkah. Mari pergi,.” Kata Syahadan sambil mengangukkan kepala. Mereka berlima bergerak menuju ke teksi.

        Tidak berapa lama kemudian, teksi itu bergerak menuju ke Jalan Gambang. Kolej mereka berada di kilometer lapan. Namun pergerakan teksi berwarna kuning itu diekori oleh sebuah proton biru. Terdapat dua lelaki di dalamnya. Salah satunya adalah Don. Jefry yang memandu kereta itu.         

Perjalanan pulang mereka lebih laju dari perjalanan pergi. Ini kerana pergerakan teksi lebih laju dari bas. Malam bas sering berhenti untuk mengambil penumpang. Tidak sampai 10 minit, teksi itu berhenti di perkarangan KUIPSAS.

        “Kau perasan tak orang yang dalam kereta belakang tu. Dari tadi memerhatikan kita,” ujar Zaid setelah teksi yang dinaiki mereka berlalu. Dia sememangnya mempunyai pendangan yang tajam.

        “Betul ke? Aku tak perasan pun.” Asuwad membalas.

        “Yelah, aku perasan. Ingat tak semasa kita di lampu isyarat tadi. Teksi kita lambat bergerak setelah lampu bertukar warna hijau, tetapi mereka langsung tidak membunyikan hon. Ini menunjukkan mereka tidak mahu tindakan mereka dikesan.” Zaid menambah.

        “Betul juga. Kalau aku di tempatnya, sudah tentulah aku membunyikan hon agar orang di depan bergerak cepat. Mereka pula hanya diam saja. Itu tanda mereka mengekori kita.” Kata Syahadan sambil memperhatikan kereta proton di luar pagar utama kolej itu.  

        “Sudahlah, mungkin mereka ada urusan di sini.” Kata Syukri yang langsung tidak mengendahkan lelaki berkereta itu. Dia lebih senang untuk menumpukan tentang program malam ini.   

        Syahadan dan yang lain hanya mengekori Syukri. Mereka bergerak ke bilik masing-masing.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2016 03:49 PM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

        “Kau nampak tak?” Khaldun mula merungut. “Bukan mudah untuk kita masuk ke dalam kawasan ni.”

        “Kau jangan risau. Aku bekerja di sini. Sebab tu lah aku suruh kau masukkan dadah tu dalam beg budak tu. Sekarang ni kita perlu tangkap saja dia.” Balas rakan kongsinya itu.

        Don tersenyum. “Tapi bagaimana?”

        “Aku dapat tahu mereka akan mengadakan pilihan raya dan keputusannya isnin ini. Aku akan mendapatkan nombor telefon budak itu dari pihak pentadbiran kolej dan memanggilnya untuk berjumpa.” Jefry merancang strategi.

        “Tapi bagaimana jika dia melaporkan perkara ini ke polis?’’

        “Kau sudah lupakah? Bermain dengan polis adalah perkara biasa bagi kita. Lagipun aku akan mengugutnya jika dia bertindak demikian,” Jefry memberi jaminan. Don hanya senyum kambing.  

*****                *****                *****                *****                *****

        Di bilik 303, Syukri menyusup masuk. Selepas menunaikan solat Zuhur, dia terus terbaring. Keletihan agaknya. Langsung tidak menyedari kandungan dalam beg yang dibawanya mengandungi bahan terlarang. Tidak berapa lama kemudian, Syukri dibuai mimpi. Dia langsung tidak dapat mengesan akan bahaya yang berada di hadapannya.

        Dua orang lelaki berbahaya tadi meluru ke bilik pejabat kolej. Mudah bagi mereka untuk menyusup masuk ke dalam kerana mempunyai kunci pendua. Perkarangan kawasan itu juga lengang kerana sabtu adalah hari cuti. Jefry mudah mendapatkan kunci pendua setelah meminjamnya dari Encik Zulkifli. Dengan menggunakan alasan tertinggal barang dalam pejabat, penyelia dewan itu memberikan kepada mereka.  

        “Hah, ini dia.” Don berkata-kata dalam keadaan separuh bisik. Dia amat mengenal wajah budak yang dilanggarnya kerana kejadian itu baru berlaku beberapa jam sebelumnya. Gambaran wajah Syukri tertera pada borang kemasukan dan rekod pelajar. Segala data tentangnya tertera di situ.

        “Ya, aku pun rasa begitu. Ambil nombor telefonnya. Lekas kita tidak boleh lama di sini.” Jefry mengarah. Don menyimpan nombor tetefon bimbit Syukri di dalam telefon bimbitnya.  

        Seketika kemudian, mereka pun berlalu setelah mengambil maklumat yang dicari. Sememangnya bilik pejabat itu menyimpan semua maklumat berkaitan dengan pelajar-pelajar di sini. Hanya staf sahaja yang boleh membuka fail-fail dalam komputer kerana ia memerlukan kata kunci. Namun, kemudahan ini telah disalahgunakan oleh Jefry yang menyamar sebagai pemandu di sana.


*****                *****                *****                *****                *****


Tut....tut...    Tut....tut...

        Telefon bimbit Syukri berbunyi. Skrin telefon itu memancarkan tulisan. Satu mesej diterima. Walaupun bunyi yang dikeluarkan tidaklah begitu kuat, namun ia sudah cukup untuk menyedarkan Syukri dari lenanya. Dalam keadaan separuh sedar, dia bangun dan mendapatkan telefon bimbitnya di atas meja sambil bercas.
                  
        Barang aku ada dalam beg kau. Kalau mahu selamat, malam ini datang ke dewan besar semasa forum perdana. Tinggalkan beg itu di dalam luar dewan. Aku akan datang mengambilnya. Ingat! Jangan sampai polis tahu perkara ini. Jika tidak, buruk padahnya.

        Syukri terkedu selepas membacanya. Malam ini dia dipanggil untuk forum perdana. Namun ugutan itu mungkin bukan satu mainan. Dia mendapatkan begnya dan membuka dengan cepat.

        Barang-barang yang dibelinya dikeluarkan. Namun perasaannya mula bergelodak setelah melihat bungkusan hitam di dalamnya.

        “Apakah ini?” Getus hati kecilnya. Dia tidak membeli barang yang berbungkus hitam ini pada pagi tadi. Dia mengeluarkan bungkusan itu dari beg dan membukanya. Syukri erkejut bukan kepalang setelah memegang objek seberat satu kilogram ini.

        “Dadah!” Syukri terkejut. Hairan pun ada.

        “Macam mana benda ni boleh ada dalam beg aku,” bisik hati kecilnya. Kerisauan. Dia sedar apakah akibatnya menyimpan bahan terlarang ini. Dia juga sedar dadah ini perlu diserahkan secepat mungkin kepada pihak polis. Namun ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak. Amaran seperti ini mampu mengancam nyawanya. Mujurlah rakan sebiliknya tiada dalam bilik pada ketika itu.

        Dia mula mencari jalan. Belum sempat idea bernas tergambar di fikiran, masalah lain pula timbul.

        Tok..tok...tok.....

        Bunyi itu datangnya dari arah pintu bilik. Semakin lama semakin kuat. Sudah tentu orang itu bukanlah rakan-rakan sebiliknya kerana mereka juga mempunyai kunci bilik.

        “Assalamualaikum.” Salam yang diucapkan. Suara Syahadan mengoncang minda Syukri. Dia hanya mampu menjawab perlahan. Panik.        

“Syuk!” Syahadan sekali lagi memanggilnya.

        Syukri gelisah. Kali ini, dalam keadaan diselubungi kekalutan dan ketakutan, dia menyembunyikan dadah seberat satu kilogram itu. Dadah kembali diletakkan dalam beg dan dimasukkan ke dalam loker. Sejurus kemudian, dia membuka pintu bilik. Syahadan sudah lama terpacul di muka pintu.

“Syuk, sekarang sudah pukul berapa?”

“Pukul sembilan.”

“Sepatutnya kau berada di mana?”

“Dewan.”

“Jadi kau buat apa di sini?”

Syukri mendiamkan diri sahaja. Dia melangkah perlahan kembali ke katil empuknya. Zahari juga kebetulan ada di bilik. Sedang bersiap untuk ke dewan.

Pada malam itu akan diadakan Forum Perdana sempena pemilihan wakil pelajar yang akan dijalankan ada keesokan harinya. Tajuknya ialah ‘Menjana Kemerlangan Kepimpinan Ilmu dan Insan’.

Syahadan hanya memerhatikan gelagat Syukri yang sibuk memerhatikan telefon bimbitnya.

“Mesej dari Aina?” Syahadan bertanya.

“Tak. Dari kawan.” Syukri cuba berbohong. Mesej pesanan ringkas dari seorang yang misteri itu menggusarkan hatinya. Namun, Syahadan tidak boleh mengetahui perkara ini.  

“Aina tidak menghantar mesej?” Syahadan cuba mengorek rahsia.

“Kali terakhir adalah pagi tadi. Dia berpesan supaya jangan lupa membaca Al-Quran hari ini dan solat awal waktu.”

“Wah, bagus! Itu juga dikira sebagai dakwah.”

“Kami dah berjanji takkan berjumpa lagi.” Terang Syukri.

“Hmm.. Kau dah dapat elakkan zina mata, zina tangan dan zina kaki. kalau kau janji tidak telefon Aina pula, kau dah dapat elakkan zina telinga dan zina lidah. Tapi  masih ada zina yang tetap tak dapat elak.”

“Zina hati.” Ringkas Syukri menjawab. Perkara ini sudah pun dibincangkannya semalam.

“Ya. Dengan sebab merindu atau teringatkannya selalu.”

“Maknanya aku perlu memutuskan hubungan dengannya?”

“Terpulang pada tuan punya badan.”

“Walaupun Aina akan berasa hati?”

“Kalau dia tak puas hati pun, dia boleh buat apa? Paling teruk pun, mungkin akan mengata di belakang sahaja. Lagipun, dalam hidup ini, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”  Syukri terdiam lagi.

“Lagipun, cuba fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan ini scara matang. Aku yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh.”

Syukri mendiamkan diri lagi. Telefon bimbitnya diletakkan di hujung katil. Agak jauh dari Syahadan. Dia khuatir Syahadan tahu perkara yang sebenarnya.

“Sudah lewat ni. Marilah ke dewan.”

“Tidak! Aku tidak boleh pergi malam ini” Syukri bertegas.

        “Tapi kenapa?” Syahadan menyoal. Nadanya agak tinggi. “Bukankah kau juga telah setuju pada mulanya?”

        “Tapi aku tak pernah bagi jaminan untuk menyertainya. Lagipun aku ada hal lain.” Syukri memberi alasan.

        “Hal apa lagi? Pilihan raya lagi pentng dari segala-galanya. Lagipun kita dah rancang forum ini seminggu yang lalu. Mana boleh kau lepaskan begitu sahaja,” Syahadan terus merungut.

        Mereka terus bertikam lidah. Puncanya hanya satu. Syukri tidak mahu menyertai forum malam itu walaupun pada awalnya dia menunjukkan tanda-tanda positif. Syahadan tampak berang. Janji tak ditepati. Namun apakan daya. Syukri bukan sengaja tidak mahu menghadiri majlis ilmu itu, tetapi keselamatannya akan terancam. Lebih-lebih lagi dengan penemuan satu kilogram dadah dalam begnya. Dia juga tidak tahu siapa musuhnya sebenar yang mengugutnya.  

        “Sudahlah, kalau kau tak mahu pergi, aku tak paksa.” Shahadan mula menyerah kalah. Hati Syukri yang keras bagai batu itu sudah tidak dapat diluntur lagi.

        “Jangan salahkan aku jika kau kalah dalam pilihan raya esok.” Syahadan menambah. Kali ini agak berbisa dan menyindir. Tetapi wajah Syukri masih tidak menunjukkan tanda-tanda kekesalan.

        Syahadan berlalu tanpa kata. Juga tanpa salam yang selalu diucapkan ketika bertemu dan berpisah. Dia terlalu kecewa.

        “Kalau aku kalah, tak dapatlah kita jadi rakan setugas.” Syukri cuba memujuk Syahadan. Menjadi rakan satugas Syukri juga adalah impian Syahadan, namun ia berubah pada malam ini.

        “Tak apalah. Aku pun tak nak rakan setugas yang tak kotakan janjinya.” kata Syahadan sambil berlalu meninggalkan Syukri bersendirian. Tiada siapa yang tahu masalah yang dihadapinya. Dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa.

“Sebelum itu aku nak beritahu satu cerita.” Kata-kata Syahadan sebelum berlalu. Dia hanya tercegat di mka pintu.

“Saya berasal dari pedalaman. Kampung saya di Tembeling, Jerantut. Suatu hari ada seekor kerbau ganas masuk kampung. Kerbau itu telah mengganggu kami semua dan membuatkan kami rasa tidak selamat.” Syukri masih mendengar walaupun sambil baring di atas katil. Matanya menjeling ke arah Syahadan.

“Tapi hari itu juga merupakan hari yang paling gembira buat kami.” Syahadan sedikit tersenyum.

“Kenapa?” Syukri tidak mengerti. Zahari juga begitu.

“Kerbau itu telah menjadi sup yang enak.”

“Apa maksud kau?” Cuba cakap terus dan jangan putar belit lagi.” Syukri kebingungan.

“Orang yang bertanya adakalanya lebih tahu.” Balas Syahadan sambil berlalu meninggalkan Syukri dan Zahari yang terpinga-pinga.

“Itu yang saya cakap tadi.” Balas Syukri begitu bersahaja. Sedikit sakit hati. Dia bukannya tidak mahu turut serta dan dia bukannya juga seorang yang mudah mungkir janji. Namun kerana masalah yang menimpa, dia terpaksa menyembunyikan diri di bilik sahaja.

Zahari berpaling ke arah Syukri.

“Kau fahamkah?”

Syukri hanya menggelengkan kepalanya. Dia juga kecewa. Selalunya dia dapat meduga apa yang hendak disampaikan oleh Syahadan. Namun, kali ini dia gagal.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 06:50 PM | Show all posts
wah, makin best tt..
teringat masa kempen pilihanraya kat kampus dulu..
beria ikut rombongan cik kiah ke setiap tempat berkempen..
dengar setiap pidato calon..balik kolej dah tengah malam..
terserempak pulak dengan pontianak bertenggek kat atas pokok..hahehehe..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.187818 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list