CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6446|Reply: 41

konsep kebebasan beragama

[Copy link]
Post time 16-6-2016 10:59 PM | Show all posts |Read mode


Budaya unik rumah terbuka wajar diteruskan



Sudah menjadi amalan rakyat Malaysia, tradisi atau amalan rumah terbuka seakan menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baharu Cina. Aidilfitri misalnya disambut meriah setiap tahun oleh semua kaum di negara ini tanpa mengira agama dan keturunan. Masyarakat Melayu rata-rata akan mengadakan rumah terbuka bagi meraikan tetamu dan jiran tetangga serta rakan taulan, jauh dan dekat. Pelbagai juadah disediakan bagi menjamu tetamu yang dinantikan kehadirannya. Pada asasnya, kita melihat amalan rumah terbuka sekadar untuk meraikan rakan taulan dengan hidangan disediakan, tetapi ada rahmat yang tersembunyi di sebalik amalan rumah terbuka. Antaranya ialah ia dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan. Warga kota misalnya, mereka tidak punya banyak masa untuk berkenal kenalan dengan lebih rapat dengan jiran mereka disebabkan kesibukan mengejar masa dan kerjaya.


Justeru, tradisi rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara jiran tetangga. Inilah peluang untuk mereka mengambil tahu mengenai siapa dan apa pekerjaan jiran serta keluarga mereka. Era globalisasi kini sudah banyak menjarakkan hubungan antara manusia dengan kehadiran gajet yang canggih sehingga seorang manusia itu tidak bergaul lagi dengan orang di sekeliling. Situasi sebegini amat sukar untuk dibendung apatah lagi kesibukan dengan kerjaya masing-masing.


Jadi, amalan rumah terbuka, sedikit sebanyak memberi ruang kepada ahli kejiranan untuk sekurang-kurangnya mengenali jiran mereka. Fahami budaya Amalan rumah terbuka juga sangat berperanan dalam memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Dengan menghadirkan diri ke rumah terbuka sesuatu kaum itu, dapat melihat dan menyaksikan budaya masyarakat lain. Sebagai contohnya ketika rumah terbuka Aidilfitri, kaum bukan Melayu akan mengetahui budaya makanan, hiasan serta hati budi masyarakat Melayu. Tidak dinafikan masyarakat bukan Melayu akan teruja dengan hidangan masakan Melayu seperti rendang, ketupat, soto, lemang dan sebagainya, yang tidak ada dalam menu rumah terbuka atau ketika perayaan agama lain. Bagi kaum bukan Melayu, mereka tidak akan dapat merasakan pelbagai makanan tradisi orang Melayu ini tanpa rumah terbuka. Walaupun pada masa kini, sudah wujud banyak gerai yang menjual makanan itu, ia tidak sama dengan hidangan ketika hari perayaan.


Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa makanan adalah sebahagian daripada asas perpaduan kaum di negara ini. Begitu juga dengan orang Melayu, mereka tidak akan dapat merasai makanan tradisi orang Cina dan India kecuali ketika amalan rumah terbuka. Amalan mulia Selain itu, masyarakat bukan Melayu juga akan melihat budaya rumah orang Melayu serta amalan mulia orang Melayu yang bersalam salaman serta cara bagaimana orang Melayu melayan tetamu. Semua ini pengalaman berharga yang patut diamati bukan Melayu supaya mereka memahami budaya Melayu dengan lebih dekat lagi. Pemahaman yang mendalam terhadap budaya orang Melayu sebenarnya akan menjadikan seseorang bukan Melayu itu sentiasa diterima oleh orang Melayu. Hanya dengan pemahaman mendalam terhadap budaya bangsa lain saja yang boleh mewujudkan rasa hormat menghormati di antara satu sama lain. Situasi yang sama juga berlaku kepada orang Melayu. Jika mereka tahu adat dan budaya orang Cina atau India, mereka juga akan diterima baik oleh bukan Melayu. Budaya rumah terbuka akan mendidik sikap hormat menghormati serta sikap respect terhadap amalan kaum lain. Dalam hal ini, orang bukan Melayu seperti Cina dan India akan melihat bagaimana budaya orang Melayu itu dipengaruhi agama mereka iaitu agama Islam.


Tidak kira dalam apa juga aspek seperti bersalaman, pakaian serta makanan. Perkara sama juga akan dipraktikkan apabila orang Islam mengunjungi rumah terbuka bagi agama lain. Jadi, di sini, secara tidak langsung rumah terbuka akan mendidik jiwa masyarakat pelbagai kaum di negara ini untuk menerima kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini. Sejak akhir-akhir ini dilihat begitu banyak individu tertentu yang sengaja menimbulkan isu sensitiviti keagamaan dengan menghina agama lain. Sikap sebegini tidak seharusnya timbul jika individu itu tahu ajaran agama lain seperti apa yang dilarang dan apa yang diwajibkan oleh ajaran Islam sebagai contohnya. Ada beberapa perkara yang orang Islam tidak boleh buat dan tidak boleh lakukan, perkara haram, perkara wajib, perkara harus serta makruh ada dalam ajaran Islam. Jadi jika perkara ini tidak diambil tahu oleh penganut agama lain, maka dengan mudahlah mereka menghina ajaran agama Islam dan masyarakat Melayu.


Bagi masyarakat Melayu pula, mereka juga perlu tahu apakah taboo dan pantang larang masyarakat Cina dan India supaya lahir rasa hormat terhadap orang lain juga. Amalan rumah terbuka adalah keunikan yang hanya ada di Malaysia dan tidak ada di negara lain. Tradisi ini perlu diteruskan dan perlu menjadi contoh kepada generasi baharu bahawa negara ini mempunyai cara tersendiri untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum. Ia adalah amalan nenek moyang orang Melayu, Cina dan India sejak turun temurun dan diharap ia terus kekal di tengah modenisasi dan globalisasi yang ada kalanya boleh menghakis jati diri dan sifat kemasyarakatan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tudunglitup replied at 16-6-2016 10:59 PM
Budaya unik rumah terbuka wajar diteruskan



Sis, murtad kena bunuh tak?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2016 11:46 PM | Show all posts

sila anda google sendiri, anda akan temui jawapan yang anda ingin dengar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2016 11:47 PM | Show all posts

sudah berapa orang dibunuh kerana murtad di Malaysia?


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tudunglitup replied at 16-6-2016 11:47 PM
sudah berapa orang dibunuh kerana murtad di Malaysia?

Malaya ni negara sekular

Sis bagi laa statistik kt negara isle  
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
I confused thread title dengan isi berita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2016 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 16-6-2016 11:51 PM
I confused thread title dengan isi berita

@perang_sivil

Misleading thread  
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 12:15 AM | Show all posts
... tajuk bunyinya sangat muhibbah, tapi isinya lebih pada warning kepada cina lahnat, tu aje...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2016 12:20 AM | Show all posts
lobai_ramendan replied at 16-6-2016 11:55 PM
@perang_sivil

Misleading thread

apa yang misleading? setiap agama bebas buat rumah terbuka bebas beragama tanpa larangan.





Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
tudunglitup replied at 17-6-2016 12:20 AM
apa yang misleading? setiap agama bebas buat rumah terbuka bebas beragama tanpa larangan.



Bebas beragama kaa?  
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
tudunglitup replied at 17-6-2016 12:20 AM
apa yang misleading? setiap agama bebas buat rumah terbuka bebas beragama tanpa larangan.



org tu buat pos hina islm..saja tnys gitu.bila dah nmpk neraka dpn mata.baru nangis
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 17-6-2016 12:29 AM
org tu buat pos hina islm..saja tnys gitu.bila dah nmpk neraka dpn mata.baru nangis

Sis dah pernah masuk dalam neraka?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2016 12:34 AM | Show all posts
Esmiria replied at 17-6-2016 12:29 AM
org tu buat pos hina islm..saja tnys gitu.bila dah nmpk neraka dpn mata.baru nangis

waktu itu sudah terlambat..

Dan penghuni neraka menyeru penghuni surga: "Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu". Mereka (penghuni surga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir,




Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
lobai_ramendan replied at 17-6-2016 12:32 AM
Sis dah pernah masuk dalam neraka?

x prnh pun...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
tudunglitup replied at 17-6-2016 12:34 AM
waktu itu sudah terlambat..

Dan penghuni neraka menyeru penghuni surga: "Limpahkanlah kepada ka ...

Sis, tuhan, neraka & syurga tu tidak wujud... baik sis sembah bulan atau matahari   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2016 12:40 AM | Show all posts
lobai_ramendan replied at 17-6-2016 12:36 AM
Sis, tuhan, neraka & syurga tu tidak wujud... baik sis sembah bulan atau matahari

saya sembah pencipta bulan matahari dan sekalian alam..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2016 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 17-6-2016 12:36 AM
x prnh pun...

Sis dah kena tipu  

Neraka itu cuma dongeng utk menipu golongan yg bodoh  
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
tudunglitup replied at 17-6-2016 12:40 AM
saya sembah pencipta bulan matahari dan sekalian alam..

Siapa pula yg mencipta pencipta itu? Bukankah seorg manusia yg bernikah dgn budak umur 9 tahun  
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
lobai_ramendan replied at 17-6-2016 12:42 AM
Sis dah kena tipu   

Neraka itu cuma dongeng utk menipu golongan yg bodoh

tak.memang wujud.believe me.takpe.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 17-6-2016 12:46 AM
tak.memang wujud.believe me.takpe.

Sis, spiderman pun wujud  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.184445 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list