View: 3797|Reply: 3
|
Mentol Lebih 100 Tahun Dipakai Di Masjid An-Nabawi Mendapat Perhatian
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201606/17/153920crdql5545r5hhtgf.jpg)
sumber foto: https://s-media-cache-ak0.pinimg.com
Masjid An-Nabawi ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW.
Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi.
Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201606/17/154010ykounno216u88i8n.jpg)
sumber foto: www.arabnews.com
Terbaru, menurut laporan Arab News, di media sosial tersebar secara meluas gambar sebiji mentol berusia lebih 100 tahun dan dipercayai pernah digunakan di Masjid An-Nabawi pada 1325 Hijrah sekaligus mendapat perhatian masyarakat dunia.
Berdasarkan maklumat yang tertulis dalam bahasa Jawi pada mentol tersebut, tarikh pemasangannya adalah tarikh yang sama apabila bekalan elektrik memasuki Semenanjung Arab, kira-kira 112 tahun lalu.
Kebanyakan pengguna teruja dengan ‘penemuan’ mentol itu untuk mendalami lebih lanjut sejarah Masjid An-Nabawi.
Penggunaan mentol yang dipasang di masjid berkenaan buat pertama kali pada 25 Syaaban 1326 Hijrah setelah bekalan elektrik ‘dibawa masuk’ oleh Sultan Abdul Majid.
Seorang penulis, Mohammad al-Sayyid al-Wakeel dalam bukunya The Holy Mosque of Madinah menceritakan mengenai sejarah pencahayaan Masjid An-Nabawi.
Menurut sesetengah ahli sejarah, Khalifah Umar al-Khattab merupakan individu pertama menyalakan lampu di dalam Masjid An-Nabawi. - CARI Infonet
sumber: http://www.arabnews.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah jadi antik mesti mahal harganya |
|
|
|
|
|
|
|
ntah ntah yang mencipta tu pun dah mati mereput. |
|
|
|
|
|
|
| |
|