Kenapa suka silang kaki? Jika anda perasan, majoriti kaum wanita suka sangat menyilangkan kaki mereka.
Kadang-kadang ia kelihatan tidak sopan kerana si pelaku dianggap 'over' dan tidak menghormati orang lain dalam keadaan tertentu. Ada pula macam itu ya?
Jangan fikir begitu, sebenarnya menyilang kaki ini adalah tabiat seseorang.
Namun, daripada tabiat ini satu kajian menyatakan perbuatan menyilang kaki harus dihentikan. Kenapa ya?
1. Sakit belakang dan leher
Menurut pakar Ortopedik menyilangkan kaki boleh menyebabkan sakit leher dan belakang.
2. Spider veins
Jika terdapat urat atau pembuluh nadi yang menonjol berbentuk seperti jaring labah-labah ini, ia mungkin berkait rapat dengan tabiat menyilang kaki. Faktor lain mungkin disebabkan oleh genetik, kehamilan, terdedah kepada cahaya matahari dan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama.
3. Meningkatkan tekanan darah
Darah di kaki sepatutnya mengalir ke jantung. Tapi jika anda menyilangkan kaki ia berkemungkinan menghalang pengaliran darah ke jantung.
4. Saraf kaki
Tidak hanya beri kesan buruk pada aliran darah dari kaki ke jantung, menyilang kaki juga beri kesan buruk pada pembuluh dan saraf di kaki dan telapak kaki. Saraf peroneal, saraf besar di kaki, akan mendapat tekanan semasa anda menyilangkan kaki. Tekanan ini akan menyebabkan kaki menjadi kebas dan membuat beberapa otot di kaki dan telapak kaki menjadi lumpuh sementara.