CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MizzNaza

Cerita Ain [OFF] & Throwback TT Kedaung [UPDATED 6/9/2016 #551]

[Copy link]
Post time 12-8-2016 06:04 PM | Show all posts
seram pulak bunyi heels tu kalau di ingat ingat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah takde sampingan ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 06:51 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 10-8-2016 03:26 PM
Cerita 6

Kejadian ni berlaku time aku dah habis sekolah, dan melanjutkan pelajaran di matriks kat ...

tatau le pulak pokok ketapang ni angker jgk. tp aku suka pokok ketapang.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 11-8-2016 01:28 PM
apalagi..meh la buat rumah kita berjiran yea hewheww

Tak mampu nak buat rumahy lagi...       Kalau setakat berkongsi pengalaman yang tak seberapa boleh lah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 12:26 PM | Show all posts
Ade update x, TT?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 01:23 PM | Show all posts
Fuhh, Scary nya! nk p toilet opis pun pk byk kali ni. adoi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-8-2016 12:34 PM | Show all posts
TJ2 replied at 11-8-2016 05:08 PM
best cerita-cerita TT
kipidap

tapi bz sokmo lately nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 12:35 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 12-8-2016 03:48 PM
waa..hilang gigil gian aku...hahaha

ambuii gigil katakau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2016 12:36 PM | Show all posts
aliysa replied at 16-8-2016 01:23 PM
Fuhh, Scary nya! nk p toilet opis pun pk byk kali ni. adoi

ahh kencing je dalam botol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 12:36 PM | Show all posts

ada, ada lama pulak tak update khennn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 12:37 PM | Show all posts
rigorsamsa replied at 13-8-2016 06:51 PM
tatau le pulak pokok ketapang ni angker jgk.  tp aku suka pokok ketapang.

agak angker la jugak uols, tapi tatau la level angker setaraf pohon kemboja ke tidak. aku suka pohon kemboja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 12:58 PM | Show all posts
Edited by MizzNaza at 19-8-2016 01:00 PM

Salam saiyidul ayyam!

Oohh dah lama yea tuan tanah kedaung tak update cerita. macam biasalah, dek kekangan bizi di opis asik kena turun branch situ sini je seminggu dua nih. terbantut teros angin nak menaip cerita. takpe, arini kita kasi up cerita setelah sekian lama berhabuk rumah nih.

Cerita 9

Fast forward life aku dah masuk menuntut di menara gading dan menetaplah di kolej kediaman. Time tuh kolej kediaman aku bolehlah dikira antara yang baru siap dan keluasannya berganda dari kolej-kolej lain. Management yang uruskan pun diswastakan dan kompleks kitorang ada menempatkan kafe yang agak luas, berbanding kolej lain jugak. malas aku nak citer lebih bab kolej ni hehe tapi kolej aku memang jadi tempat lepak students la sebab dah la banyak pilihan makanan, boleh pulak lepak sampai tengah malam. Ada pulak brother stall nasi campur di siang hari dia bukak stall burger dan nasi lemak pulak waktu malam. Students kan memang lapor je ceritanya.

Aku sebilik berempat. 3 orang pantai timur sorang utara. sorang lagi geng 'aihong' suka sangat mai tumpang tido kat bilik kitorang, padahal bilik sendiri G floor blok sebelah. Kitorang pun jenis suka turun berjemaah melepak kat kafe jugak, sambil layan roti planta nasi lemak. neslo ais kaw. lepas kul 12 midnite ke kul 1 pagi ke barulah kitorang naik bilik.

Jadi 1 malam tu, macam biasa turun melepak kat kafe. sambil tunggu mamat sorang ni yang pegi ambikkan makanan, kitorang perempuan berlima nih lepak je kat meja sambil tengok tv yang dipasang kat atas siling tuh. memang mendongak la kitorang ni semua kan.

Sekali ada sorang lelaki pertengahan umur, tua tak tua muda tak muda datang berdiri dekat dengan meja kitorang. Tak tau lah kot dreba bas kolej mana ke, sebab kitorang ni cam je dreba2 bas kolej kitorang. Kalo jantan tua berpeleseran je dalam area kafe selain dari budak-budak students memang takde lain la, kalo tak dreba bas kau pakgad. tu je taraf kau.

Tapi laki ni agak aneh sikit di pandangan mata kitorang. memang serentak la kitorang terperasankan kehadirannya dekat dengan meja tuh. muka tak biasa nampak, dah la tuh memang stok jawa abis rupanya. duk pandang je kat meja kitorang ni lepas tu dia senyum. senyum pulak tu semacam jah. Yang tambah pelik lagi sambil dia berdiri dan senyum menghadap meja kitorang tu sambil tangan dia tuh gosok-gosok duit syiling. pasaipa taktau la tapi yang nyata kitorang tak senang dengan dia dan eloklah makanan kitorang pun sampai. apa-apa pun soru dulu dan pedulikan jah orang aneh itu.

Lepas tu tetau si pelik tu dah lesap, masa bila dan ke mana hala tuju dia pegi tuh taklah diketahui. Tapi kitorang bercakap jugaklah sesama sendiri perasan ke tidak time dia ada berdiri tak jauh dari meja kitorang tuh? memang kitorang semua nampak dan terasa pelik jugak la apasal orang tua tu duk pandang semacam je kat kita sambil gosok-gosok duit syiling?



[bersambung]
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi tt kite check in.. ooo.. pokok ketapang tu berhantu ke sbnrnye... baru tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 04:53 PM | Show all posts
Sekut_pepero replied at 19-8-2016 04:37 PM
Hi tt kite check in.. ooo.. pokok ketapang tu berhantu ke sbnrnye... baru tau

hellu pepero! sila lah sila. buat cam rumah senirik yea
pokok ketapang nih nak kata berantu tu tidak semua la kot?
tapi jadi hotspot setan iblis bergayutans katanya, errr wifi network strong kot?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 05:27 PM | Show all posts
[sambungan cerita 9]

Dalam kul 12 tengah malam tu baru la kitorang ni gerak ramai-ramai jalan kaki balik ke bilik. Blok kitorang ni boleh tahan jugak hujungnya, dah masuk dalam pagar kolej kediaman siswa dah pun. punyalah ramai dah siswi sampai kena take over blok siswa satu demi satu.

Bilik kitorang ni pulak divided by partition kat tengah. 1 side ada 2 katil bujang, 2 almari, 2 meja study. Partition kat tengah pun setakat paras pinggang je. Kitorang susun tidur bersilang, means ada yang tido mengadap almari; pintu masuk. Ada yang tido kaki mengadap tingkap nako; pemandangan kat luar. tapi apalah sangat pemandangan setakat blok sebelah je dan kat bawah tu pedestal dari parking. Open space takde bumbung. Koridor kat pintu takde pon kat tepi tingkapnya. Haha tapi korang janganla bajet kesah makcik jual nasi lemak ketuk tepi tingkap pulak yea

Bilik kitorang ni antara yang paling hujung nak ke bilik mandi/toilet. Itu pulak letaknya di tengah2 bangunan, dengan tangga. Kiranya satu bangunan ni ada 2 wing. Kitorang wing yang paling hujung mengadap hutan, wing depan mengadap area parking dan blok siswa. Situ agak bising sebab bunyi kenderaan tapi belah wing kitorang la yang agak sunyi. Kalo turun naik tangga yang belah hujung blok kitorang yang menghadap hutan semua tuh memang la sunyi sepi. Tapi kitorang slalu guna la sebab bilik lagi dekat dari tangga tu.

Sampai kat bilik tu kitorang macam biasa bertukar baju, buat apa patut. Yang mana nak ke bilik air cuci muka gosok gigi. yang sambung buat assignment, yang melepak atas katil tengok tv. oh ya, kitorang memang bawak tv sendiri time tu. hehe.

Seingat aku nak dekat kul 2 pagi la, kitorang dah siap-siap nak tido dah, lampu pun dah tutup sebelah ke atau pakai lampu tido siapa je. sebab masing-masing macam dah terbaring kat katil masing-masing, duk borak je tunggu mata mengantuk until kitorang terdengar bunyi pelik macam bunyi serangga yang nyaring sangat. Macam bunyi cengkerik gitu. Makin lama makin kuat dan nyaring la bunyinya. Aku berkerut je duk mengamati cuba nak mengecam bunyi sejenis apakah itu. Tapi hati dah berdebar jugak. Dalam tau tak tau tu aku rasa macam tak best je, janganla ada sape yang tegur pulak.

"Babe, kau dengar tak bunyi apa tuh?"

Aduh, si Zura member katil side aku pulak dah yang menegur. Aku diamkan diri je. Malas nak melayan tapi rasa meremang jugak dalam selimut nih. Yang member sbelah partition sana diam je, maybe dah selamat tido kot?

"..tido jelah.."

Tu je yang mampu aku jawab. Lama-kelamaan aku sendiri pun tertidur. Bunyi pun dah takda. Tapi aku macam lena tak lena je tido. Aku tido dengan kaki aku mengadap ke arah tingkap. Bila dah terjaga tu aku rasa macam nak betulkan selimut, jadi bila aku kalih kepala sekejap tuh memang aku terkejut beruk la tetiba je aku macam ternampak macam jantan muka pelik tu duk kat meja study aku. duk pandang aku senyum-senyum. tapi macam bayang-bayang. ha macam hologram gitu, korang paham tak?

Tak, aku tak mimpi.

Cepat-cepatlah aku tarik selimut dan selubungkan sampai kepala. Baca ayat kursi terkumat-kamit sampai aku tertido balik.

The next morning bila kitorang bangun, rupanya bukan aku je yang nampak penampakan jantan pelik tuh. Si Zura yang mula-mula tegur bunyi cengkerik tu pun nampak jugak, tapi dekat kepala katil aku sebab Zura tido bertentangan dengan aku. Pun sama jugaklah duk pandang dia sambil senyum, dan tangan dia duk menggesek syiling. Eii horror betul.

Yang tak sedap tuh sebab belah kitorang 2 ni je yang ternampak penampakan tuh, yang diorang bertiga belah sana sedap je tido mati tak dengar apa pun sampai ke pagi.

Situ lah bermulanya cerita kehidupan diganggu sepanjang stay di bilik tu. Oh ya, bunyi nyaring cengkerik tuh Zura cakap bunyi pelesit. Motif? tak diketahui. Tapi lepas tu dah tak nampak pun muka jantan tu dalam bilik atau di mana-mana.

Ia tinggal sebagai misteri saja...

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 06:51 PM | Show all posts
tak memasal aku stayback baca cite kau TT..baca waktu ni plak tu

ofis dah makin senyap ni...balik lah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2016 12:08 PM | Show all posts
Weh yg gegar katil tuh scary yer TT oiii penah kena dulu kat hostel..gegar mcm nak roboh katil double decker..yg pelik takde sape kat belah atas sbb iols duduk katil bawah..bacalah mcm2 sampai ke subuh..alih2 mase pg member sebelah tanya nape katil ko gegar mcm gempa bumi tp ko tido hakikatnya iols je yg rasa nak bgn takleh..wat ape2 pun takleh.. Maybe sbb mlm tuh blk lambat kut..sapelah yg duk ngekor

Pastu ade plak 1 ari tuh member katil dpn tgk iols tak tido lg kul 3am pastu main2 rambut sengih2 kat dia..sdgkan ari tuh iols takde gi merempat bilik member lain..sejak ari tuh tarik tilam tido tgh bilik..tak tido kat katil tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2016 12:11 PM | Show all posts
bottombikini replied at 19-8-2016 06:51 PM
tak memasal aku stayback baca cite kau TT..baca waktu ni plak tu

ofis dah makin senyap ni...balik ...

habit sangat ke baca time senja duk sorang kat opis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2016 12:12 PM | Show all posts
MizzTyco replied at 20-8-2016 12:08 PM
Weh yg gegar katil tuh scary yer TT oiii  penah kena dulu kat hostel..gegar mcm nak roboh kati ...

ooiii nakharomm punya scarry nih penampakan gitu!
rasa macam penah jadi jugak time matriks dulu, tapi dorm lain
so tak berapa jelas sangat ceritanya macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 12:23 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 20-8-2016 12:12 PM
ooiii nakharomm punya scarry nih penampakan gitu!
rasa macam penah jadi jugak time matriks dulu, ...

Yg best part member nih duk panggil iols..woit ko tak tido lagi ape hal..pastu bende yg menyerupa iols nih..duk sengih2 tanpa sepatah kata.. nampak iols duk sengih menyeringai mcm tuh dia trus tarik selimut..Yg sian pastu dia demam panas wei 3 ari..takmo tgk muka iols seminggu sbb trauma ..apelah dosa iols time tuh..huwaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.476899 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list