CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: surfinv

Surfinv Koleksi

[Copy link]
Post time 15-8-2016 11:00 PM | Show all posts
beldandy replied at 6-8-2016 09:55 AM
nak ebook lagik ye?
boleh...ko nak yang ni ke? tapi ni baru setat...
tapi minta ijin dgn author  ...

yg ni kena buat gak
tp tunggu tuan tanah approve la
sebab karya dia....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 10:34 AM | Show all posts
leenaz replied at 15-8-2016 11:00 PM
yg ni kena buat gak
tp tunggu tuan tanah approve la
sebab karya dia....

okeh...
nnt kalu tuan tanah approve, ko kasitau bel n bg link thread dia
nnt bel kasi compile sume n buat satu ebook khas tuk Surfinv punya cerita

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 02:54 PM | Show all posts
bes bes..hahaha..lawak pe ada blh plk tukar2 gtu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:12 PM | Show all posts
beldandy replied at 16-8-2016 10:34 AM
okeh...
nnt kalu tuan tanah approve, ko kasitau bel n bg link thread dia
nnt bel kasi compile su ...

ada katne ebook si JC tu bel?

aku ketinggalan jua nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 16-8-2016 04:12 PM
ada katne ebook si JC tu bel?

aku ketinggalan jua nih

Blh minta dgn jc or myself or sesapa yg ada ebook tu. Nk format apa you?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 10:36 AM | Show all posts
beldandy replied at 17-8-2016 09:18 AM
Blh minta dgn jc or myself or sesapa yg ada ebook tu. Nk format apa you?

bel..dah pm u
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2016 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
surfinv replied at 3-8-2016 12:10 AM
oh yg tu dah habis...

nt aku sambung lagi part yg lain

Tak ada sambungan lagi ke TT ?  
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tt... lama menyepi... nak sambungan...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2016 11:18 AM | Show all posts
Best.....
Nak sambungan tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2016 12:45 AM | Show all posts
seriusla ada ebook? hahaha gud innovation.

igtkan dah malap....

sorry lah semua, aku saje2 je tulis citer ni (di edit dr pengalaman sebenar)
aku tak tau mana nak post, tajuk thred pun mengarut2 je tulis.
tak sangka ada org baca hahaha igtkan takde.

kan dah tertunggu2 semua huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2016 01:16 AM | Show all posts
OFIS
ep 2: Kacau sikit je

OFIS,
Tingkat 2, Unit Sekretariat
Jam 8.00 malam

Ali berjalan naik ke tingkat 2 selepas selesai solat maghrib, minggu ini Alikerja malam lagi.
Waktu meronda pukul 12malam, Ali bercadang ke tingkat 2 untuk memastikan semuapintu unit pejabat dah dikunci juga lampu telah ditutup.
Semasa melewati Unit Sekretariat, Ali melihat lampu masihterpasang.

“Sham? Tak balik lagi ke?
“Belum lagi bang, ada kerja sikit ni”
“Kau sorang je ke?”
“Saya dengan Jai, ada kerja lagi. Dlm kul 11 mlm kitorggeraklah,”
“Mana Jai?”
“Dia ke tandas jap”
“Ok..” Ali menunjukkan isyarat dengan jari sebelum terusmenuju ke bilik belakang untuk mengunci pintu stor.
Selesai mengunci, Ali berpatah balik untuk turun kembali ke pospintu hadapan dan sekali lagi melewati unit Sekretariat.
“Bang?”
“eh, Jai.. ye ada apa”
“Abang jaga malam ke minggu ni?”
“Aah jaga malam la, kenapa?”
“Takde pe la, kitorg ada kerja lagi, sikit je pun, jap2 lagikami gerak ok?”
“Ok, baik… tapi hati-hati tau…”
“Hmm ok, hati-hati?”
“yelah, hati-hati, dahlah tinggal korg berdua je kat tingkatni.”
“Oh jangan risaulah, kami berdua, lagipun Sham ada, diaberani sikit heheh”
“Berani-berani pun, kau tau kan cerita abang dengan Amin tu?Seminggu juga kami demam tau..”
“CIk Syakila pun terus minta cuti panjang berubat kat kampong,”

“OO yeke? Sampai macam tu skali? Kami ada dengar juga orang cerita tp sebaikkat tingkat lain hehehe,”
“Oklah, buatlah kerja korg tu ,” balas Ali sebelum berlalumeninggalkan Jai dan Sham.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2016 01:46 AM | Show all posts
Jai berjalan ke meja Sham, meja mereka bersebelahan namun dipisahkan dengan kubikel setinggi dada.
“Shamz, tinggal kita dua org je tau,”

“Ye tau… buatlah kerja kita cepat, bahagian kau banyak tak siap tau,”

“Cepat kita setel, cepat kita balik…” Getus Sham.

“Yela, yela, kau tunggu aku tau,” balas Jai.
______________________________________
Intersection

Jai dan Sham adalah kawan baik, mereka ditugaskan untuk menjaga satu projek dan dek kerana ‘kepandaian’ bos nya yang ‘membuat’ semua kerja. Jadi oleh sebab itulah Jai dan Sham selalu balik lewat kerana menyiapkan segala kerja dan proposal serta filing untuk projek tersebut.

Dalam staf di unit mereka, hanya jai dan sham merupakan lelaki bujang, selain dari itu ada tiga lagi lelaki tapi dah berkahwin dan selebihnya adalah lima perempuan termasuk bosnya.
Malam itu, mereka focus menyiapkan kertas kerja untuk mesyuarat esok harinya. Tanpa sedar masa berlalu dengan pantas.

10.00 malam
“Jai..” panggil Sham dari mejanya.

“Ye sham, apsal?” sahut jai.

“takde apa, saja panggil. Nak make sure kau ada kat sebelah,” balas Sham.

“Ek eleh, tu pun nak panggil ke… heheh,” Jai tersengih.

“Cuba kau tengok jai, aku rasa macam hujan, kan?”

Jai bangun dan menyelak langsir dipejabatnya.
“Aah Sham, hujan lebatlah..” balas jai.

“Kita dahlah naik moto, mmg kena tunggu juga la ni,” kata sham. “Kau da siap kerja belum? Aku dah setel da,” sambung Sham lagi.

“Dah, dah… aku save kejap,”

Suasana suram seketika ditambah bunyi hujan lebat di luar tingkap makin bertambah suram.

Tiba-tiba,
Krekk kerekk kere keretek… tek…tekk….tekk. klik…klik…klik…klikkkk

“Sham!”
Jai terus bangun dan bergegas ke meja Sham.

“Kau dengar?...” tanya Jai.

“Iyee… relaks la… tu bunyi keybod dengan mouse,” balas Sham sambil matanya masih tertumpu ke arah skrin computernya.

“aku rasa bunyi tu dating dari deret meja kak fiza,” balas Jai.

meja kak fiza, si kerani adalah meja paling depan sekali daripada pintu masuk. Dibelakangnya meja kak meera dan abang bidin, deretan meja mereka dipisahkan meja kerja dan sofa tamu dan bertentang dengan kubikel berkembar jai dan sham.

“Sekali sederet ‘dia’ main kan, biarlah jai, dia da masuk kerja,” seloroh Sham.

“Kau main-main sham….,”
Jai kembali ke tempatnya dan memasang earphone.

Seketika kemudian.

kerek…kerkek..ekrek ketik ketk…ketik..kilkk…klikk.. (bunyi keybod ditekan dan digesek makin kuat)

“Jai….” Panggil Sham
“Jai!”
“.....”
“Jaiii!!” jerit sham selepas Jai tidak menyahut panggilannya.
“Ye! Adapa sham?? Apsal?” balas Jai terkejut.

“kau ni aku panggil banyak kali!” marah sham.

“sorry aku tak dengar aku pakai earphone..” sengih Jai.

“haha hah apsal? Kenapa panggil aku?”

“tadi… bukan main kuat lagi…” balas sham

“kuat? Apa kuat?”

“dia main-main lagi…”

“yeke,,, hehe” gelak Jai pula.

“pe kata Jai, kau buka earphone dan pasang lagu pakai speaker,”

“Apsal?” tanya Jai

“Apeda bengap kau ni, pasang jela.. takdelah kita
dengar lagi. Dengar lagu lagi best..” balas Sham.

“aaaa? Ooh ahha faham faham..” sengih Jai.

BERSAMBUNG (NGANTUK DOH)
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 03:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2016 12:35 AM | Show all posts
Jam hampir menunjukkan pukul 1130 malam. Hujan makin lebat.Seketika bunyi-bunyian tadi telah berhenti. Jai dan Sham kini menumpukanperhatian pada kerja-kerja akhir mereka.

“Jai..?”

“Ye Sham..”

“Kau dah setel?”

“Dah.. aku tengah dengar lagu”

“Jom teman aku gi pantry buat air jap”

“Jom..”

Jai dan Sham bingkas berjalan ke pantry yang terletak dibahagian belakang unit mereka.

“Macamana nak balik ni? Hujan makin lebat..” tanya Sham.

“Kena tunggula nak buat macamana…” balas Jai.

“Jom kita kemas sikit-sikit, benda2 kau print dah letak atasmeja bos?” tanya sham sambil berjalan kembali ke mejanya.

“dah, semua dah letak, kau punya pun da,” jawab Jai sambilmenutup lagi mejanya.

Jai dan Sham duduk di sofa sambil mengunyah kudapan yangdiambil dari pantry tadi.

“Jai.. kalau pukul 12 hujan tak berhenti, aku nak redah je…”

“Kau nak redah hujan lebat? Kau takde baju hujan?”

“Takde, aku pakai sweataer, beg letak dalam motor, pasturedahlah, esok cuti takpe,”

“Haa kalau camtu okla. Kita redah jela,”

Seketika terdengar bunyi printer berbunyi …..

Preett preitt preititt….

Shamz memfokuskan pendengarannya kepada bunyi printertersebut. Bunyi itu datang daripada printer berhampiran meja bos mereka. Meja bosmereka berada di sebelah hujung unit yang bertentangan daripada pantry. MejaJai dan sham terletak dibahagian tengah, Cuma bilik bos besar sahaja yangmenyebabkan meja bos mereka agak terlindung daripada sofa tempat mereka duduk.

“Jai… kau ada print apa2 ke?” tanya Sham sambil mata meliar kearah meja bosnya yang agak terlindung.

“Takde rasanya, jap.. aku check pc,” balas Jai sambil bangunke mejanya.

Sham bingkas bangun sambil memandang ke arah printer di mejabosnya. Jaraknya adalah dalam 4 meter tapi disebabkan ruang unit mereka agakbesar, bunyi printer tu jadi jelas, lagi-lagi kalau print banyak serentak. Shammelihat ada lampu hijau menyala menandakan printer sedang mencetak sesuatu.

“Sham… haha aku terlupa, sebelum ke pantry aku dah tutup pctadi,” jawab jai

“apa diaaa?!” terkejut muka sham mendengar jawapan Jai.

Sham melihat pc nya. Tiada apa yang pelik, semua applicationsudah ditutup. Sham terus shut down pc nya sambil tangannya ligat mengemas beg.

“Jai, … ko da kemas beg?”

“da.. tinggal nak gerak je japgi, tp hujan macam makin lebatje”

“Jai kemas beg and ikut aku jap…”

Sham terus berjalan sambil menyandang begnya sambil diikutiJai berjalan membontoti sham. Mereka berjalan ke arah printer tersebut.

“Jai kau tengok printer ni…”

Jai membelek printer tersebut.

“Takde apa pun yang di printkan. Mesin printer ni mmg jalansendiri ke?” tanya Jai.

Sham melihat ada dua helai kertas putih di output tray. Shammenganggap mungkin printer ni buat checkup or roller test kot. So, printer niroll sendiri kertas a4 dlm tray sbb tu ada dua kertas putih atas tu dan maybeitulah yang didengar mereka tadi.

“Maybe printer ni testing kot, ni kertas ni takde printpapepun…” Jawab Sham cuba menyedapkan hati dan tak mahu menarik perhatian Jai.

Sham sedar printer ni mmg bergerak sendiri tadi. Sebab diayang terakhir menggunakan printer tadi dan pasti tiada kertas lagi di atas traytersebut.

“Aku rasa mmg dia test la.. takpelah biar jela… takde apa lani..” kata Sham lagi.

“jai…. Jomlah.. kita gerak,” Sham memusingkan badan memalingke arah pintu keluar.

“Nak gerak dah?” tanya Jai yang bingkas mengikuti Sham daribelakang.

Sham dan jai bergerak beberapa langkah meninggalkan printertersebut.

“Eh! Jap.. jai..”

“Apesal?”

“Dah tutup suis printer?”

“belum..”

“Ko pergi tutup dulu, baru ktia gerak..”

Jai berpatah balik ke arah printer dan menundukkan badannyamencapai suis printer di belakangnya.

“Ok dah… jom,” kata Jai ssetelah menutup suis printer.

Jai menyertai sham yang menunggunya, setelah itu merekabergerak hampir ke bilik bos besar sebelum tiba-tiba mereka mendengar bunyi

Prettt… prettt… pretttpertt… preett… pretttpett… perettt…..prett priittett
(bunyi printer mencetak kertas)
Dengan pantas, Sham dan Jai berjalan laju, buka pintu unitdan berlari ke arah lif.

tamat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2022 10:51 PM | Show all posts
nanti aku sambung balik... sbb skrg da ada masa skit nk menulis balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2023 05:50 PM | Show all posts
surfinv replied at 28-10-2022 10:51 PM
nanti aku sambung balik... sbb skrg da ada masa skit nk menulis balik

sihat ke bro? lama sangat tak nampak nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2023 11:08 PM | Show all posts
syahoney replied at 23-5-2023 05:50 PM
sihat ke bro? lama sangat tak nampak nih

ada je ni zaman skrg org tak xbyk membaca, tah2 ada yg tak tau pasal forum ni ada byk khazanah dan harta karun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 08:31 PM | Show all posts
surfinv replied at 5-9-2023 11:08 PM
ada je ni zaman skrg org tak xbyk membaca, tah2 ada yg tak tau pasal forum ni ada byk khazanah dan ...

alhamdulillah......dah jadi lagenda dah MPS ni hehehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.066188 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list