|
oleh Adib ZA
Prestasi lelaki untuk hubungan intim tak semestinya sentiasa gah dan hebat. Stamina ini tidak datang sendiri, ia perlu kebiasaan yang bagus seperti senaman, mengambil makanan berkhasiat dan sebagainya.
Jika suami dan makin longlai dan tak sekuat dahulu, isteri pastinya berasa tidak gembira dan bahagia, bukan begitu?
Oleh itu, para isteri jangan berdiam diri sahaja, apa kata anda bantu sang suami agar kembali mendapatkan tenaga dan staminanya.
Masyarakat di Indonesia misalnya sangat sinonim dengan pengambil jamu dan ramuan sihat. Sebenarnya, anda boleh sediakan sendiri, khas untuk suami. Tak sesukar mana, berikut merupakan bahan-bahannya:
1. 1 biji buah limau
2. Sebutir telur ayam kampung
3. Gulau merah
Caranya: Ambil jus limau, campurkan dengan kuning telur yang diambil dari telur ayam kampung.
Masukkan ke dalam gelas dan campurkan gula merah. Gaul sehingga rata. Berikan campuran tadi kepada suami sebagai minuman tenaga!
Ia membantu menaikkan ghairah dan juga stamina si suami. Cubalah! - CARI |
|