CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2488|Reply: 6

Kasi pedofil secara kimia, cadang ahli Parlimen Belia

 Close [Copy link]
Post time 13-8-2016 01:15 AM | Show all posts |Read mode
Kasi pedofil secara kimia, cadang ahli Parlimen Belia
Bernama
| August 10, 2016

Hukuman melalui perubatan itu boleh memberi impak emosi kepada individu lain dan mencegah pedofil lain melakukan jenayah terkutuk itu.



KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen Belia mencadangkan hukuman kastrasi kimia (pengembirian kimia) dikenakan ke atas pesalah pedofilia di negara ini.

Wakil Kedah, Mohd Firdaus Ahmad mengemukakan cadangan itu pada persidangan Parlimen Belia hari ini ketika membahaskan usul kerajaan menambah baik undang-undang sedia ada dan mengambil langkah drastik mengekang jenayah pedofilia.

Mohd Firdaus berkata, hukuman melalui perubatan itu boleh memberi impak emosi kepada individu lain dan mencegah pedofil lain melakukan jenayah terkutuk itu.

“Pada Mei lalu media melaporkan Presiden Indonesia berkenan meluluskan hukuman kastrasi kimia terhadap pesalah kanak-kanak. Begitu juga di beberapa negara lain seperti Korea Selatan, Poland, Rusia dan beberapa negeri di Amerika Syarikat yang melaksanakan hukuman ini.

“Hukuman ini merupakan satu cara pemandulan dan boleh menimbulkan rasa takut kepada pesalah lain,” katanya.

Terdahulu, ketika membawa usul itu, wakil Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli mencadangkan satu pangkalan data khas bagi pesalah pedofilia diwujudkan sebagai rujukan awam.

Katanya, pangkalan data itu yang perlu disediakan secara dalam talian boleh menjadi satu sistem untuk mengesan atau mengetahui latar belakang seseorang pesalah, terutama apabila mereka memohon pekerjaan di pusat asuhan kanak-kanak atau sekolah.

“Langkah ini dilaksanakan di banyak negara yang juga boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa bagi mengawal pergaulan anak-anak mereka dengan individu yang dicurigai,” katanya.

Selain itu, kerajaan juga perlu menambah baik akta dan undang-undang sedia ada agar hukuman lebih berat boleh dikenakan kepada pesalah pedofilia.

Usul itu kemudiannya diluluskan sebulat suara Parlimen Belia.

Semalam, Parlimen Belia meluluskan dua usul, iaitu memohon kerajaan meminda semula Akta Seksyen 233 (Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dan membuat ketetapan serius terhadap usaha mempertahankan kedaulatan negara di Laut China Selatan.

FMT



nie cara penjenayah nak elak kena KASI...... ajak kawen....... ini sunnah   

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2016 11:21 AM | Show all posts
LOL , yg amat berminat jadi pedofil hanya ko aje

Tambah pulak dgn kegemaran ko cakap pasal kemaluan

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
motip thread ni kat sini
bkn sepatut nya kt CI ka
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 12:27 PM | Show all posts
Ini Parlimen Belia 4B, Belia Dusun Tua, Belia bergerak maju.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2016 11:33 PM | Show all posts
sam1528 replied at 13-8-2016 03:21 AM
LOL , yg amat berminat jadi pedofil hanya ko aje

Tambah pulak dgn kegemaran ko cakap pasal kemalu ...

minta kawen saja dgn budak umur 6 tahun  
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 10:23 AM | Show all posts
Hujatul_Jihad replied at 14-8-2016 11:33 PM
minta kawen saja dgn budak umur 6 tahun

LOL , skg ko nak kawin pulak dgn budak 6 thn?

Awal2 ko berminat jadi pedofil & suka cakap pasal kemaluan.

You are a real pervert ..... ha ha ..... super pervert

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2016 04:19 AM | Show all posts
sam1528 replied at 15-8-2016 02:23 AM
LOL , skg ko nak kawin pulak dgn budak 6 thn?

Awal2 ko berminat jadi pedofil & suka cakap pasal ...

adakah kesimpulannya pervert syiok kat budak 6 tahun?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.064700 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list