CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2321|Reply: 2

Teknik Eyeliner Anda Mungkin Ingin Tahu

[Copy link]
Post time 2-9-2016 09:22 AM | Show all posts |Read mode

Terdapat beberapa perkara setiap wanita harus tahu seperti bagaimana untuk memakai selendang yang terkini, apakah krim bb yang terbaru, dan juga bagaimana untuk solek mata seperti ‘cat eye’. Jika anda berasa seperti solekan mata anda adalah sama setiap hari dan ingin nampak berbeza pada hari perkahwinan anda, maka anda boleh rujuk panduan dibawah bagaimana mempelajari teknik eyeliner yang berbeza.


Solekan Klasik
Solekan klasik kebiasaanya dipakai pada waktu siang. Solekan klasik adalah solekan dimana garis nipis memberi penekanan yang cukup pada atas mata tanpa garisan yang keterlaluan. Untuk membuat solekan klasik, anda perlukan pensil mata berwarna coklat gelap atau hitam. Cara untuk melakukanya, anda perlu lukis dari sudut dalam ke tepi luar pada atas mata dan pastikan hanya garisan nipis.


Solekan ‘Cat eye’
Solekan cat eye kebiasaanya dipakai ketika anda ingin keluar bersama kawan-kawan anda. Jika anda memakai warna lipstik yang sederhana bersama jaket kulit, solekan cat eye sangat sesuai untuk dijadikan pilihan. Untuk membuat solekan cat eye, anda perlukan ‘liquid liner’ dan selotip. Cara untuk melakukanya, gunakan selotip untuk membuat panduan sudut di tepi mata, pastikan selotip diletak secara condong keatas. Gunakan liquid liner dengan menarik cecair dari sudut dalam ke luar dan diatas selotip.


Solekan Putih
Solekan berwarna putih kebiasaanya dipakai ketika malam. Solekan ini adalah untuk menjadikan mata anda kelihatan lebih besar dan menarik. Untuk membuat solekan berwarna  putih, anda perlukan krayon mata berwarna putih. Cara untuk melakukanya, anda perlukan usaha yang lebih untuk membuat garisan di tengah-tengah bulu mata, kerana bagi mengelakkan tiada sedikit terkena pada maskara.


Solekan ‘Smoky’
Solekan smoky kebiasaanya sesuai dipakai dengan pakaian berwarna hitam. Solekan smoky merupakan solekan yang popular dalam kalangan wanita, kerana solekan ini boleh menyerlahkan kecantikannya yang tersendiri. Untuk melakukan solekan smoky, anda perlukan ‘eye shadow’ warna gelap dan berus ‘angle’. Cara untuk melakukanya, anda perlu basahkan berus mata angle dan celup pada eye shadow warna gelap dengan menarik di atas dan bawah bulu mata dan ratakan dengan jari anda.


Solekan ‘Metallic’
Solekan metallic kebiasaanya dipakai ketika untuk ke majlis makan malam. Solekan ini adalah lebih santai tetapi sangat cantik dan seksi. Untuk melakukan solekan metallic, anda perlukan pensil mata berwarna emas, perak atau gangsa. Cara untuk pakai, anda perlu lukiskan garis bawah mata dari dalam ke luar dengan melukisnya secara nipis.


Solekan Berlapis
Solekan berlapis kebiasaanya sesuai untuk majlis perkahwinan. Solekan ini dapat menarik perhatian orang ramai, kerana dengan menambah warna metallic dapat manaikkan suasana glam. Untuk lakukan solekan berlapis, anda perlukan ‘liquid liner’ berwarna hitam dan warna metallic emas. Cara untuk pakai, gunakan kembali teknik cat eye, tetapi dengan menggunakan secara dua kali iaitu menggunakan warna hitam dahulu kemudian menggunakan warna metallic emas di atasnya.


Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2016 12:42 PM | Show all posts
nice info
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Canteknye mata bila da solek gini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050750 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list