CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

  [Copy link]
 Author| Post time 25-9-2016 01:12 AM | Show all posts
Kes Pembunuhan Empat Sekeluarga di Setagaya, Jepun






Pada pagi 31 Disember 2000, salah seorang saudara kepada keluarga Miyazawa menemui mayat si ayah Mikio, 44, isteri Yasuko, 41, anak perempuan mereka Niina, 8, anak lelaki Rei, 6, di rumah mereka di Setagaya, Tokyo. Rei dipercayai mati akibat dicekik di bilik tidurnya manakala tiga orang ahli keluarganya ditikam. Mayat Mikio, Yasuko dan Niina ditemui bergelimpangan di dua bahagian rumah tersebut.

Pihak berkuasa membuat andaian bahawa pembunuh tersebut masuk melalui tingkap bilik air di tingkat dua rumah Miyazawa dalam pukul 11.30 malam. Dia mula-mula menuju ke bilik Rei yang sedang tidur waktu itu dan terus mencekiknya. Mikio ditemui di tingkat bawah berdekatan dengan tangga, berkemungkinan cuba naik ke atas apabila mendengar bunyi bising tersebut. Mangsa seterusnya adalah isteri dan anak perempuannya pula.

Pembunuh kemudiannya menggeledah seluruh rumah keluarga malang itu, dan dikatakan menghabiskan masanya di situ selama 10 jam. Apabila selesai melakukan perbuatan kejamnya ke atas Mikio, isteri dan anak-anaknya, dia pergi ke dapur dan memakan ais krim, serta menggunakan komputer keluarga Miyazawa. Polis juga mengesahkan pembunuh itu turut mencuri wang dan sehelai baju sejuk. Selain itu, sebilah pisau yang digunakan untuk menikam mangsa telah ditinggalkan, bersama baju t-shirt dan beg. Terdapat kesan darah individu asing di tempat kejadian.

Kes ini dianggap di antara yang terbesar di Jepun dengan melibatkan lebih kurang 200,000 orang penyiasat, yang mengumpul 12 ribu bahan bukti dan maklumat orang awam. Setiap sudut diambil kira dan dikaji hinggalah ke najis pembunuh yang ditinggalkan di rumah Miyazawa.

Hasil analisis DNA pada darah asing pula mendedahkan bahawa si pembunuh bukan berketurunan Jepun. Pakar mengatakan kemungkinan besar sebelah ayahnya adalah berasal dari Korea, manakala ibunya berdarah Eropah.

Walau bagaimanapun, 16 tahun kemudian kes menyayat hati itu masih belum dapat diselesaikan. Setakat ini ganjaran sebanyak 20 juta Yen ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh kejam itu.





Fakta menarik:

  • Kawasan rumah keluarga Miyazawa dikatakan makin kurang penduduknya, taman skate park yang diperluaskan di kawasan itu telah menyebabkan ramai penduduk memilih untuk berpindah. Bising dan ketidakselesaan adalah antara faktor penyebab. Pada masa kejadian, cuma empat buah keluarga sahaja lagi yang masih berada di kejiranan Setagaya tersebut.




  • Saksi pernah melihat Mikio berselisih faham dengan salah seorang ‘skateboarder’, malah ada yang percaya beliau sebenarnya bergaduh dengan ahli gang bermotosikal, Bōsōzoku.
  • Keluarga itu dan beberapa orang saksi lain pernah memberitahu sesama sendiri, melihat kelibat beberapa orang lelaki yang tidak dikenali lalu lalang di depan rumah Miyazawa dalam tempoh tiga malam sebelum pembunuhan.












Source wiki, blog & reddit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2016 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
omg, kesiaaan budak pompuan 2 comelll
btw kes yang ni best, iols x pernah dengar...
ke iols yg ketinggalan ketapi
next time up cite rare macam ni ye tt
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2016 04:08 PM | Show all posts
mcm berada je.. keluarga jepun nih... tgk dari rumah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2016 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
best thread ni
rse kesian dgn mangsa, smpai skrg xterbela
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2016 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel yer umah famili miyazawa nie,sadis skluarga terkorban
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2016 11:07 PM | Show all posts
Cintakapuri replied at 25-9-2016 01:33 AM
omg, kesiaaan budak pompuan 2 comelll
btw kes yang ni best, iols x pernah dengar...
ke iols yg ...

ada kes yg rare tahap maksimum, info sikit sgt... gambar dan wikipedia entry pon takdop. kalo ada, seciput jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-9-2016 11:10 PM | Show all posts
sekali lg terima kasih kpd rakan2 poremer yg sudi singgah dan baca thread nih

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2016 11:14 PM | Show all posts
lonso replied at 25-9-2016 04:08 PM
mcm berada je.. keluarga jepun nih... tgk dari rumah tu..

jenis semi-D katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2016 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik pembunuh siap tinggal macam2 benda pun susah nak trace sapa pembunuh sebenar. Jepun sgt detail orangnya tapi kes masih belum terungkai. Professional pembunuh tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2016 12:58 AM | Show all posts
doubleA replied at 26-9-2016 12:42 AM
Pelik pembunuh siap tinggal macam2 benda pun susah nak trace sapa pembunuh sebenar. Jepun sgt detail ...

sorang penulis blog psl pembunuhan family ni bg tahu... CSI Jepun adalah yg terbaik di dunia -- CSI US pon pernah dilatih oleh dia org. Yang tak efisyen dan tak bersungguh2; polis Jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 09:40 AM | Show all posts
daeebakk TT
i like rumah ni
pelik menarik menyayat hati tapi
menjadi iktibar juga pada kita yg hidup ni
org jahat dimana2 dan siapa sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 09:50 AM | Show all posts
Edited by WeAiNe at 26-9-2016 09:52 AM

Cite no 1

Speku: Suami/menantu yg bunuh sebab dendam dan sakit hati. Kemungkinan dia selamat dalam peperangan tersebut. Mengambil masa yg lama untuk kembali kepangkuan keluarga. Namun, bila tiba keadaan yg beliau harapkan mungkin berbeza. Cth: isteri ada anak hasil hubungan dengan lelaki lain. Rasa dikhinati dan ditambahkan dengan mengalami masalah mental.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 09:59 AM | Show all posts
Cite no 2

Speku: Selalu tengok cite penyiasat dalam tivi tu, selalu kalau bunuh secara melampau ni disebabkan dendam, sakit hati yg keterlaluan atau pun sebab rasa sayang yang melampau. Ada juga kes pembunuh membunuh sebab rasa famili tersebut telah jauh tersasar dari pegangan agama (konon ikut pahaman dialah) jadi bunuh utk famili tersebut dapat keampunan dari tuhan. Mcm kes ni, tak tahulah no idea hahaha tapi mungkin pembunuh tak jangka 2 beradik tu ada dalam rumah tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 10:03 AM | Show all posts
dani-rox replied at 14-9-2016 03:21 AM
Kes 'Pontianak Atlas' (the Atlas Vampire)

tak paham mcm mana kondom boleh tertinggal dlm dubur?
bukan kondom tu melekat dgn toot ke?
tapi darah kering tu skeri nye
pernah tgk cite dulu ada alien masuk dlm badan manusia
ambil alih badan manusia tu dan hidup makan darah
bila abis darah dia keluar cari badan mangsa lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 10:06 AM | Show all posts
dani-rox replied at 15-9-2016 11:48 PM
KES TOPENG LEAD (The Lead Masks Case)

yg ni i speku dia ada konspirasi atau terlibat dlm ujikaji/eksperimen. ala kalau tgk cite oputeh tu ada ja wujud organisasi cenggini kan, cuma bila failure mmg tak ada yg ngaku lah.....mcm cite MIB tu...i rasa wujudlah kot hahaha.....organisasi secret cenggitu ttg alien bagai ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 10:08 AM | Show all posts
kroll dgn adre tu memang saiko, mental, jiwa pembunuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2016 10:09 AM | Show all posts
dani-rox replied at 20-9-2016 02:27 AM
Mentang2 badan sado kan, mesti zak expect hantu pun patut takut dgn dia

tapi suka dgn nick lagi
dia rileks, cool dan santai ja
tak macam zack kdg2 tu over sgt
lps tu tiba2 kena rasuk hahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 10:10 AM | Show all posts

x tgk cite tu huhuhu...tapi speku mmg dibunuh, mcm tak logik pulak famili yg bunuh sebab ada kesan tembakan kan, kecuali jumpa senjata pd salah satu famili tersebut....i speku....sakit hati pada famili mangsa, atau budak2 tu ternampak sesuatu yg tak patut mrk lihat so nak tutup mulut kasi bunuh  
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 10:12 AM | Show all posts
dani-rox replied at 25-9-2016 01:12 AM
Kes Pembunuhan Empat Sekeluarga di Setagaya, Jepun

sakit hati?????dendam pun ye
atau tak ada sebab
kebetulan je mangsa jadi pilihan pembunuh
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 10:14 AM | Show all posts
teruskan usaha anda tt
minta tolong edittajuk  letak tarikh ye jika ada cite baru
ngeh ngeh ngeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.293168 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list