CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1909|Reply: 0

Penjual buku agama jadikan anak remaja hamba seks

[Copy link]
Post time 18-9-2016 11:43 PM | Show all posts |Read mode
Penjual buku agama jadikan anak remaja hamba seks
OLEH JASMINE ANDRIA

Sebuah bilik di Lorong Haji Taib 1 (foto) di Kuala Lumpur menyaksikan perbuatan bapa yang sanggup menjadikan anak remajanya hamba memuaskan nafsu. — Paparan skrin Google
KUALA LUMPUR, 18 Sept — Seorang penjual buku agama tergamak menjadikan anaknya sebagai hamba seks, sehingga sanggup memukul remaja itu dengan tukul.

Bapa berusia 38 tahun itu merogol gadis berusia 16 tahun berulang kali di bilik sewanya di Lorong Haji Taib 1 di sini sejak 26 Ogos lalu, kata sumber polis.

Malah lelaki yang berasal dari Lundu, Sarawak turut didapati mencekik dan mengugut anaknya menggunakan pisau agar tidak menceritakan pencabulan tersebut.

Anaknya yang tiba di sini untuk meneruskan pelajaran dipaksa melakukan seks walau mangsa bergelut untuk melarikan diri.

“Suspek memukul lututnya dengan tukul, menampar, mencekik dan menendangnya sebelum meletakkan pisau di lehernya. Kami percaya dia buat begitu supaya anaknya menutup mulut.

“Anaknya bekerja di kedai borong berhampiran untuk mendapatkan wang saku.

“Dia tinggal hanya beberapa langkah dari balai polis Chow Kit tetapi mungkin terlalu takut untuk minta bantuan,” kata sumber.

Ketika serbuan pada Khamis lepas, anggota polis terpaksa memanjat melalui saluran udara sebelum memecah masuk ke bilik itu bagi mencari suspek dan anak perempuannya.

“Mangsa yang menangis, berlari dan memeluk seorang pegawai polis wanita yang menyertai serbuan itu. Dia mengalami lebam di dahinya dan luka di lehernya.”

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/penjual-buku-agama-jadikan-anak-remaja-hamba-seks#sthash.lIx4GrcB.dpuf



haruan makan anak   

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052231 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list