View: 12285|Reply: 95
|
<EDISI PENYAKIT MISTERI> AWIE KAHWIN HUJUNG MINGGU INI DI LOKASI RAHSIA
[Copy link]
|
|
Edited by damian_lee at 5-10-2016 10:37 AM
Vokalis kumpulan Wings Awie mengakui bakal berkahwin pada hujung minggu ini, tetapi merahsiakan lokasi perkahwinannya itu.
Awie berkata, pendekatan tersebut diambil kerana sering terkena gangguan misteri.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, turut memberitahu, dia bakal berkahwin dalam masa terdekat ini di lokasi yang telah dirancangkan.
"Saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini bersama tunang saya di satu lokasi yang tidak boleh diwar-warkan kepada umum.
"Bukan saya mahu merahsiakan lokasi tersebut namun biarlah majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar kerana bila mengadakan konsert ataupun sesuatu majlis saya acapkali akan diganggu oleh gangguan misteri.
"Jadi biarlah saya mengambil pendekatan untuk merahsiakan segalanya buat masa sekarang supaya majlis itu dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang," katanya kepada Astro Gempak.
Awie berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Wings 30 tahun 'Live' @ Kota Kinabalu, Sabah di House Restaurant, G Tower, Kuala Lumpur.
Terdahulu, Awie telah melangsungkan ikatan pertunangan pada 3 Jun lalu dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana.
Pertunangan itu menjadi viral di laman sosial selepas sekeping foto yang menyaksikan dua orang anak Awie, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha bersama Lady tersebar.
Katanya, anak-anaknya memerlukan kasih sayang seorang ibu untuk membesar dengan baik dan kehidupan perlu diteruskan biarpun bapa kepada lima orang anak itu pernah dilanda pelbagai kontroversi melibatkan hal rumah tangga sebelum ini.
"Anak-anak pun memerlukan kasih sayang seorang ibu di sisi mereka, jadi saya kena cari orang lain.
"Mereka juga perlukan belaian seorang ibu dan dia juga dilihat boleh melayan karenah anak-anak saya," jelasnya.
Bercerita mengenai konsert kumpulan Wings bakal mengadakan Konsert Wings 30 tahun ' Live' @ Kota Kinabalu, Sabah pada 24 Disember depan di Stadium Likas, kota Kinabalu, Sabah.
|
|
|
|
|
|
|
|
kawen je la xde sape kesah pun |
|
|
|
|
|
|
|
untunglah awie .. laku ...... bertunang dengan orang lain .. kahwin dengan orang lain .... cerai .. kahwin lagi .. cerai kahwin lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by damian_lee at 5-10-2016 10:37 AM
Dari MALAYSIA KINI: Awie rahsiakan tarikh perkahwinan kerana 'sakit misteri'
Vokalis Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman hari ini mengumumkan akan bernikah dengan tunangnya dalam masa terdekat.
Walaupun ia sepatutnya menjadi berita gembira buat anggota kumpulan rock tersohor itu, Awie mengakui hatinya berat untuk menguar-uarkan perkara berkenaan.
Malah, Awie berkata pertunangannya dahulu turut dirahsiakan dan dibuat di Pulau Pinang.
"Memang tidak mahu berahsia tetapi takut sekiranya perkara tidak diingini terjadi yang ketika ini sering membelenggu hidup saya," katanya.
Awie berkata demikian ketika sidang media di Kuala Lumpur bagi mengumumkan Konsert Wings 30 Tahun di Kota Kinabalu Sabah Disember depan.
Menurut penyanyi rock terkenal itu, dia merahsiakan perkahwinannya kerana ketika ini sedang mengalami 'penyakit misteri' akibat gangguan mistik.
Tambahnya, tunangnya yang hanya didedahkan sebagai Sharifah dan berusia 20-an turut mendapat tempias sama, selain dua lagi anaknya.
"Dia (tunang) kena juga, kakinya lebam-lebam dan berjalan berdengkot seperti saya. Dia juga mengalami trauma.
"Dua anak saya, iaitu Merah dan Puteri pula muntah-muntah. Itulah yang menjadi penyebab saya merahsiakan hal perkahwinan ini. Saya hanya boleh beritahu akan berkahwin pada bulan ini," katanya.
Sebelum ini media melaporkan Awie mengalami sakit kaki misteri semasa sedang giat berlakon dan mempromosikan teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang di Melaka baru-baru ini.
Awie pernah merujuk penyakit itu kepada pakar dan doktor pada awalnya mengesyaki ia berpunca daripada penyakit gout.
Bagaimanapun, dia mencurigai pendapat tersebut kerana sakit itu berlaku sekali sekali dan hanya pada waktu tertentu.
Katanya, selepas menjalani ujian darah, doktor mengesahkan ia bukan penyakit gout seperti disangka.
"Doktor perlu cucuk (suntik) dua kali kaki saya dan selama sebulan hidup bergantung pada ubat tahan sakit," katanya.
Lantaran itu dia kini meminta bantuan daripada dua ustaz dari Indonesia untuk mengubati penyakit tersebut.
"Kelmarin seorang daripada ustaz itu begitu pelik kerana tidak menyangka saya masih dapat bertahan dengan sakit misteri dialami,"
"Saya buang air besar sangat banyak dan sudah tidak larat kerana ia terlalu teruk dan kaki hanya sakit bila dipijak apabila tiba hari membuat persembahan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
nak gambo bakal isteri awie yang jelas ade ke? .. kahwin pun pakai tutup mulut macam ali baba bujang lapuk .... |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats
Laku abam awie ni walau macam2 kontroversi |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai... bangga sgt nak beritahu dia nak kawin baru, kalau nak kawen kawen lah tapi tolonglah jgn spin cerita kata kena buatan orglah, org dengkilah.. meluat dengan jantan jenis suka pukul bini mcm dia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
gangguan misteri mendenye awiee oiii.... ko yang misteri sangat....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Awie...semoga kekal bahagia till jannah..
moga smua misteri yg membelenggu diri & famili dapat diselesaikan dgn baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
duda terlajak laris |
|
|
|
|
|
|
|
bakal isteri dia pun misteri ... |
|
|
|
|
|
|
|
damian_lee replied at 5-10-2016 10:32 AM
untunglah awie .. laku ...... bertunang dengan orang lain .. kahwin dengan orang lain .... cerai .. ...
yang herannya ada jugak pompuan yg nak lagi bersuamikan lelaki macam sawi ni. jadi punching bag je |
|
|
|
|
|
|
|
Awie ni romantik, penyayang dan kelakar.
dia cepuk bini dia, mesti ada sebab.
Arni dulu takde plk kena cepuk..so maknanya..Awie ni takde la kejam.
Lagipun dia sayang anak2 dia.
Arni vs Awie..aku sokong Awie. sbb Arni mcm lembik. sbb dia sendiri byk menyandarkan hidupnya pd Awie.
Beza dgn Rozana. Rozana ni nmpk sisi diva n kejam.
Mandai je iols.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by CrowneGlory at 5-10-2016 11:04 AM
iblis kelab malam ko kot yg kacau.... dan2 nk tuduh org buat...kena sesumpah bini2 & aweks2 kot...selayaknya sakit2 sekrg |
|
|
|
|
|
|
|
Macam dia nak cakap bekas bini dia la sihirkan? |
|
|
|
|
|
|
|
untung awie..selamat melayari bahtera rumahtangga..hope kali ni kahwin biarlah yg terakhir dan kekal..n boleh tmbah anak lagi untuk kali ketiga ni |
|
|
|
|
|
|
|
hanydean replied at 5-10-2016 10:30 AM
kawen je la xde sape kesah pun
Ex wife dia kisah hokay.. |
|
|
|
|
|
|
|
Awie..klu xnak kena gangguan kita kena elakkan perkara2 yg dekatkan setan ngan kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
melayu dan mistik bagai aur dengan tebing.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|