CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2725|Reply: 5

Bebola Daging Telur Puyuh Berlado Pedas

[Copy link]
Post time 7-10-2016 11:19 AM | Show all posts |Read mode


Sekali sekala, bila hujung minggu teringin rasanya untuk sediakan menu yang lebih istimewa dan juga boleh dikatakan 'rare'. Yalah, sekali sekala apa salahnya kan!


Apa kata anda cuba resipi yang satu ini, bebola daging telur puyuh. Bukan sekadar bebola biasa, kali ini lebih 'special' sebab adanya kombinasi dengan telur puyuh yang sangat enak.


Memetik laman blog resipi Bundo, jom cuba resipi ini! Pasti seisi keluarga berasa terpikat dengan menu yang satu ini.




Foto: Dapur Ibundo






Bahan:
20 biji telur puyuh direbus dan buanglah kulitnya
400 gm daging cincang
1/2 biji bawang besar
1 sudu kecil lada hitam
1 biji telur
sedikit serbuk stok ayam/daging
sedikit garam
1 sudu besar tepung gandum
1 tangkai daun sup dicincang halus halus.


Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan di atas. Ambil sekepal daging dan leperkan di tapak tangan.
Masukkan telur di dalamnya dan bungkus kemas.
Pastikan daging yang membaluti telur tidak terlalu nipis.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.


Untuk kuah:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji cili hijau/merah
2 biji ubi kentang dipotong wedges
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tepung jagung dibancuh sedikit air


Cara-caranya:
Goreng ubi kentang. Ketepikan.
Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan sos-sos. Tambah sedikit air dan masukkan tepung jagung.
Masak hingga pekat.
Sebelum dipadamkan api, masukkan bawang besar, cili, kentang dan bebola telur puyuh. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 01:02 PM | Show all posts
wow look like so delicious  kena cuba masak nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
prefer mat salleh style..
dorang buat telur rebus tu kuning masih meleleh bila potong..
must try one day..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 05:01 PM | Show all posts
wow. macam best nih, mesti try buat
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Looks delicious . Terima kasih for sharing .
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 06:50 AM | Show all posts
scotch eggs ala malaysia la plak...tp tgk resepi mcm sedap...iols nk guna telur ayam je..portion die besar skit and mntk2 die pny eggs yolk still runny lg lps masak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.270725 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list