CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1866|Reply: 10

Kuala Lumpur Mengalami Gangguan Bekalan Air Sementara

[Copy link]
Post time 11-10-2016 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Sejak semalam, beberapa kawasan di Kuala Lumpur pula mengalami gangguan bekalan air berpunca daripada kerja-kerja penggantian perkakasan rosak di kolam Ulu Pudu.


Dalam kenyataan media, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) melaporkan kawasan terjejas adalah Taman Kencana, Taman Pandan Indah, Taman Pandan Indah Komersial, Taman Maju Jaya, Taman Pandan Perdana dan Taman Cheras Indah.


"Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan bagi mempercepatkan bekalan air ke kawasan-kawasan terbabit. Bekalan air bantuan akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan-kawasan terjejas.


"Gangguan bekalan air di kawasan itu dijangka pulih sepenuhnya menjelang petang ini," menurut kenyataan itu.


Ekoran krisis ini, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan air secara berhemat semasa dalam tempoh pemulihan itu.




Sumber foto: Harian Metro




Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon pintar 'mySYABAS' dan www.syabas.com.my. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 08:36 PM | Show all posts
syabas         
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
4 ari gak takde air tp nasib baik ada air tangki kat rumah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam sejahtera.

Peluang perniagaan dengan telefon anda dan jana pendapatan Lumayan !!

Sila layari web kami dan daftar di sini.. SEGERA !

http://teautonetwork.com/9617

Dan capai impian anda untuk kebebasan kewangan.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ni mesti DAP
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua salah dapig! Cilake agen yahudi nk halang ummah berwudhu!:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2016 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
turn kl pulak.. hari tu subang..
sampai aku beli tong gabak la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 08:58 AM | Show all posts
laku la baldi dan tong2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 09:26 AM | Show all posts
noh omar x mau turun ka...hiihhihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 09:41 AM | Show all posts
Pandan Indah dan kawasan sekitar xde air since Saturday la 8/10/2016...
Baru petang semalam air ada tapi pressure very low...
Air nak ke sinki pun x lepas, jauh sekali naik ke tanki...
Kena tadah kat luar je..
Mmg siksa xde air..baby sitter siap bitau nak ttp nursery...
Walhal anak aku transit je...
Hopefully lepas ni pulih la..
I dont mind la nak buat keje2 repair ke apa...
Tapi 4 hari straight no water....nak pitam...
At least selang2..dah la takde amaran pun

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 12:24 PM | Show all posts
Info SYABAS : 10.30 pagi, Rabu 12 Oktober 2016 :

Status terkini : Pemulihan bekalan air wilayah Kuala Lumpur yang terjejas akibat gangguan tidak berjadual ekoran pencemaran di air mentah dan kerosakan ‘Inlet Valve’ kolam air pudu hulu. Status pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang menerima bekalan melalui LRA Sg Langat yang dinyatakan di atas menunjukkan peningkatan peratusan pemulihan yang baik di kebanyakan kawasan yang terjejas (bekalan zon 1 & zon 2 dibuka) kecuali di beberapa kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan yang masih dalam proses pemulihan berperingkat dengan sasaran pemulihan keseluruhan kawasan lewat petang/malam hari ini.

Untuk makluman ketiga-tiga loji (LRA Sg Langat, LRA Semenyih, LRA Cheras) beroperasi dengan baik semenjak pengaktifan semula loji-loji tersebut.

Butiran status kawasan yang masih dalam proses pemulihan adalah seperti berikut :
1. Pandan indah komersial
2. Premis bertingkat di pandan indah dan pandan perdana.

Pihak kami sedang menyelaras agihan serta meningkatkan paras kolam kolam yang menyalurkan bekalan ke kawasan diatas dan sedang berusaha sebaik mungkin bagi mempercepatkan pemulihan. Bantuan lori tangki air masih terus digerakan ke kawasan-kawasan yang masih terjejas.

Kerjasama pengguna semasa proses pemulihan ini amatlah dihargai dan elakkan kesesakan di pusat panggilan kami dengan memuat turun aplikasi telefon bimbit mysyabas atau layari www.syabas.com.my atau layari facebook puspel syabas atau facebook air selangor untuk info terkini.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.057302 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list