Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
9541
View
124
Reply

Novel: Melankolia lah...

[Copy link]

Author: Ipo    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 24-10-2016 11:03 PM | Show all posts
PULANG dari Melaka semalam, Ojie perasan Adi tidak seceria dulu. Sebaik sahaja sampai di KL semula, Adi terus saja bersikap seperti tidak kenal dengannya dan terus saja menapak ke rumah di pangsapuri itu. Terasa sikap Adi sudah pelik. Lagak seperti orang asing, dengan berhud dan berjalan menunduk. Langsung tidak memandang padanya ketika mereka tiba di pangsapuri itu.

"Pelik mamat tu..ada yang tak kena ke?" Berkerut kening Ojie melihat perlakuan Adi yang tiba-tiba berubah sikap.

Dia turut menapak ke rumah dan seperti biasa, hari ahad petang begitu, Sarah dan Ona tidak ada di rumah. Masing-masing sudah ada teman lelaki dan sudah tentu hujung minggu begitu digunakan sepenuhnya untuk berjumpa bagi melepas rindu.

Ojie menghempaskan tubuhnya di sofa. Dia melihat sekitar ruang tamu unit apartment yang dihuni itu. Apartment yang hanya ada tiga bilik dan dua bilik air sebenarnya cukup selesa baginya.

Tuk! Tuk! Tuk!

Ojie yang baru sahaja hendak membaca majalah yang diambil dari meja kopi, meletakkan semula majalah wanita itu dan dia menapak ke daun pintu. Bunyi ketukan tadi jelas di telinga.

"Shahir?" terkejut Ojie melihat Shahir sudah terpacak di depan pintu sebaik pintu dibuka.

"Siap, I nak ajak you keluar." Shahir pandang Ojie yang seperti terpinga-pinga di muka pintu. "Cepatlah, apa yang you tunggu lagi."

"I baru sampai dari kampung, penat pun tak hilang lagi..' Ojie sudah merasa serba salah.

"Oh, dengan mamat jawa tu boleh pulak keluar walaupun tengah malam buta??" Suara Shahir bernada cemburu.

Ojie terdiam. Bermakna Shahir nampak dia dengan Adi pada malam itu dan bermakna juga Shahir mengintipnya kerana lelaki itu menghubunginya dan bertanyakan hal itu.

"Oh jadi, you intip I?" Rengus Ojie.

Shahir tidak menjawab, dia segera menolak tarik tangan Ojie dan menarik daun pintu lalu ditutup. Tanpa menghiraukan Ojie yang cuba melepaskan genggaman tangannya, dia terus saja melangkah menuju ke tempat letak kereta.

"Lepas!" Ojie rentap. "Kenapa dengan you ni?!"

"Sepatutnya I yang tanya you! Lately, you macam mengelak dari jumpa I. Kenapa? Sebab I sibuk? Jadi you ada masa dengan mamat jawa tu?" Bidas Shahir sambil mengetap bibir.

"Tak ada kena mengena dengan mamat tu. You yang kurang ajar dengan I!" Ojie menggosok pergelangan tangannya yang terasa pedih.

"I tahu..you bawa balik mamat jawa tu ke kampung kan? Apa, you nak kenalkan sebagai bakal suami?? Apa you dah gila?" Shahir menghambur kata.

"Stop it!" Ojie berpaling dan mula melangkah ke anak tangga pangsapuri semula.

"Ojie!" Shahir mengejar Ojie yang sudah menaiki anak tangga semula. Sempat dia cengkam tangan Ojie lagi sekali.

"Lepaslah!!" Ronta Ojie.

"You are mine!" Shahir semakin geram dengan sikap acuh tak acuh Ojie.

"No!" Ojie menjegilkan mata. Dia cuba mengelak bila Shahir cuba memeluknya.

Duubb!!

Terteleng Shahir terkena penumbuk. Dia berpaling perlahan dengan senyum sinis. "Oh..hero jawa kau rupanya.."

"Tolong jangan biadap dengan perempuan!" Adi bersuara. Hud yang menutupi kepalanya dilepaskan ke bawah. Shahir dipandang tajam.

"Eh, sedar diri kau sikit. Ojie ni bakal isteri aku. Kau siapa? Sepatutnya kau yang jangan biadap kat sini! Faham!!" Belum sempat penumbuk singgah di muka Adi, tangan Adi sudah menahan genggaman tangan Shahir. Mata bertentangan.

"Aku kata jangan biadap!" Adi semakin mencengkam kuat tangan Shahir. Nampak berkerut muka Shahir menahan sakit.

"Sudah!" Ojie cuba leraikan keduanya.

"Ingat, aku belum selesai dengan kau!" Shahir menapak semula ke kereta.

Adi hanya memandang Shahir berlalu pergi dengan muka merah padam. Dia kemudian melangkah turun.

"Adi! Tunggu!"

Laungan Ojie tidak dihiraukan. Langkahnya laju menuju ke tempat letak motorsikal. Dia harus berjumpa dengan Chad. Rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Hanya Chad yang tahu tentang kes mistik.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2016 11:05 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 24-10-2016 10:06 PM

tak ada update lepas ni ya...saya balik kampung.....nak cari buah katak puru..
yeayyy!!! best ....mcm budak2...ok bye...
hehehe...meroyan sorang2 kat benang sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 10:14 AM | Show all posts
Ipo replied at 24-10-2016 11:03 PM
PULANG dari Melaka semalam, Ojie perasan Adi tidak seceria dulu. Sebaik sahaja sampai di KL semula,  ...

wow Adi! amazing... mesti Chad ada kaitan dgn cite2 mistik ni... sambung lgi @Ipo
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 02:46 PM | Show all posts
Edited by cmf_conan at 26-10-2016 02:47 PM

patut la cari tak jumpa.. tukau tajuk ghoper nyaa
er chad?? mintak tolong kat bini bunian die deh...



gigih mengoogle buah katak puru
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-10-2016 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 25-10-2016 09:14 AM
wow Adi! amazing... mesti Chad ada kaitan dgn cite2 mistik ni... sambung lgi @Ipo

Hhehe..chad dari kampung pinang patah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-10-2016 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 26-10-2016 01:46 PM
patut la cari tak jumpa.. tukau tajuk ghoper nyaa
er chad??  mintak tolong kat bini ...

Pagi tadi pergi pasar...tak ada buah katak puru..huhuhu..
Buah duku langsat je berlambak..rm1 sekilo

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:27 AM | Show all posts
Ipo replied at 26-10-2016 06:07 PM
Pagi tadi pergi pasar...tak ada buah katak puru..huhuhu..
Buah duku langsat je berlambak..rm1 sek ...

Ipo balik kampung semata2 nak cari buah katak puru/ nam nam ka?

Nanti hangpa jangan lupa update bila balik KL semula..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yang melankolia ni sebenarnya?
Ojie?
Adi?
Shahir?
Nampak mcm Adi...
Cepat sambung.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-10-2016 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mokcun replied at 27-10-2016 08:27 AM
Ipo balik kampung semata2 nak cari buah katak puru/ nam nam ka?

Nanti hangpa jangan lupa u ...

Ya la mokcun
Tak ada la pulak buah katak puru..
Katak puru je yg banyak

Adeh...sejak dua menjak ni duk citer psl katak puru
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-10-2016 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cengkihgirl replied at 27-10-2016 09:37 PM
Sapa yang melankolia ni sebenarnya?
Ojie?
Adi?

Cinta yang melankolia
Citer ni dah tersasar la, dah ke laut dalam dah..
Rasanya...lambat lagi nak bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 29-10-2016 10:08 PM
Ya la mokcun
Tak ada la pulak buah katak puru..
Katak puru je yg banyak  

Hangpa takut katak puru ka?

Ni dah balik KL belum?..
Dah hari isnin dah ni..
Hangpa keja ka tak keja?..
Cepat sikit sambung naa
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-10-2016 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mokcun replied at 31-10-2016 09:12 AM
Hangpa takut katak puru ka?  

Ni dah balik KL belum?..

Bukan takut tapi geli
Tak dak kerja, penganggur je
Tu la duk melangut je kat pantai ni..
IMG_20161031_180336.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 08:52 AM | Show all posts
Ipo replied at 29-10-2016 10:11 PM
Cinta yang melankolia  
Citer ni dah tersasar la, dah ke laut dalam dah..
Rasanya...lambat lag ...

Ala...sambung la
La ni tengah ada masa nk baca ni sebelum exam..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-11-2016 11:07 AM | Show all posts
cengkihgirl replied at 1-11-2016 07:52 AM
Ala...sambung la
La ni tengah ada masa nk baca ni sebelum exam..

Haip! Pi study!
citer ni bila2 boleh baca..
jgn jawab lain sudah la masa exam nanti

ni nak sambung la ni..
dah balik KL dah..


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-11-2016 11:08 AM | Show all posts
MOTORSIKAL diparkir di bawah pokok di depan sebuah rumah teres bercat hijau. Adi membuka topi keledar. Rumah teres setingkat itu dipandang agak lama. Matanya melilau mencari kelibat empunya rumah, sunyi sepi.  Sebelum dia menuju ke situ, Chad sudah dihubungi. Adi melihat pula pada depan pintu rumah. Hanya kasut lelaki sahaja bersepah di atas anak tangga. Sebuah motorsikal Suzuki tersadai di tepi rak kasut. Di tepi pagar, penuh dengan pokok bunga melur dan pokok bunga senduduk putih yang mekar berkembang. Harum semerbak menusuk hidung.

"Ada ke si Chad ni? Assalamualaikum!!" Laung Adi.

Senyap.

Salam dibeikan sekali lagi. Juga tidak berjawab. Kali ketiga Adi mengucap salam. Juga tidak bersahut. Topi keledar dipakai semula. Nampaknya Chad tidak ada di rumah ketika ini. Ketiga salamnya tidak bersambut. Motorsikal dihidupkan enjin.

"Adi!!!"

Adi berpaling. Chad sedang berlari ke arahnya dari arah simpang masuk ke kawasan perumahan itu. Memang rumah Chad tidak jauh dari jalan besar. Enjin motorsikal dimatikan segera. Topi keledar ditanggalkan semula.

"Kau dari mana ni?" Lantas Adi bertanya.

"Aku dari kedai runcit sana tu haa.." Chad sudah termengah-mengah.

Adi pandang di tangan Chad ada tiga besar beg plastik. Nampak seperti sayur dan barang runcit lain. Dia mengekor Chad yang mengajaknya ke rumah. Motorsikal diletakkan di dalam kawasan pagar rumah Chad.

"Kau tinggal sorang je ke?" Adi pandang sekitar ruang tamu sebaik pintu rumah dibuka. Sunyi sepi. Tiada sesiapa. Setahunya, Chad sudah berkahwin dengan Leha, cucu Tok Akim.

Chad hanya senyum. Barang yang dibeli tadi diletakkan di dapur. Sepuluh minit kemudian, Chad keluar dari dapur membawa dua mug teh panas bersama sepiring kuih piana.

"Minumlah.." Pelawa Chad sambil merebahkan punggung di kerusi rotan di ruang tamu itu.

Adi masih melihat segenap ruang di ruang tamu yang agak luas itu. Kebanyakan perabot yang terdapat dalam rumah itu diperbuat dari rotan. Kelihatan seperti rumah dahulukala. Meja dan cermin juga seperti zaman dulu.

"Chad..mana isteri kau?"Adi panjangkan leher melihat ke arah dapur.

"Ada.." Chad turut menjeling ke arah dapur. Senyumannya semakin lebar. Sebentar lagi juadah makan malam akan siap terhidang di atas meja makan. Matanya beralih pada Adi yang sedang meneguk teh panas.

"Ada apa kau nak jumpa aku? Macam penting je."Chad mulakan bicara tentang hal yang ditanya Adi dalam perbualan telefon tadi.

"Memang penting Chad. Aku tahu, kau expert benda ni. Aku nak minta bantuan kau." Adi mula bercerita hal yang berlaku di makmal dan juga permintaan ayah Ojie tentang itu.

Chad hanya mengangguk-angguk walaupun dia merasa agak sangsi dengan cerita yang disampaikan Adi sebentar tadi. Makhluk halus wujud di mana-mana tetapi jika ia berkaitan dengan pembunuhan, mungkin sukar untuknya membantu. Lainlah kalau kes itu dibuka kembali oleh pihak polis. Mungkin dia boleh minta tolong dari Ana Dahlia ataupun Jai.

"Adi..aku rasa kes ni berat. Aku bukan tak nak tolong tapi aku rasa, elok kau pun undur diri. Jangan terlibat dalam hal ni. Cuma..aku nak tahu..macam mana kau boleh nampak perempuan tu? Betul kau nampak? Atau kau hanya berhalusinasi?" Kening Chad sudah bertaut.

Adi dipandang lama. Dia kenal Adi sejak lima tahun lepas, semasa Adi masih belajar di universiti. Keitka itu Adi seperti seorang yang kecewa dan murung. Dialah yang memberi kata positif pada Adi yang sudah putus asa untuk meneruskan hidup hanya kerana kejadian itu. Hampir dua tahun, dia memantau Adi yang sering kelihatan termenung sehinggalah Adi tamat pengajian. Mungkin apa yang Adi nampak di makmal itu hasil dari halusinasi dirinya sendiri.

"Chad..apa kau ingat aku macam dulu ke? Aku dah okey la.." Adi pertahankan sikapnya. Dia tak salahkan Chad jika lelaki itu menuduhnya hanya berhalusinasi kerana dia tahu, dia pernah mengalami kemurungan satu ketika dulu dan perasaan itu kembali bila dia mendapat tahu Ojie sudah ada kekasih hati.

"Aku bukan apa...aku tak nak terlibat dalam kes polis. Tapi kalau kau benar-benar nampak, aku akan tolong kau." Chad tepuk-tepuk bahu Adi. Adi yang muda tiga tahun  darinya dan dulu Adi pernah memanggilnya abang dan dia tidak betah dengan panggilan itu. Lalu, bahasa aku kau saja yang digunakan.

"Makanlah kuih tu.." Chad sua piring kuih piana pada Adi. "Makan kat sini saja ya..sekejap lagi makanan siap."

Berkerut dahi Adi memandang Chad yang sudah tersenyum. Rasanya sudah hampir setengah jam dia lepak di ruang tamu itu. Ruang dapur dan ruang tamu bukan jauh sangat jaraknya. Telinganya tentu sudah dapat mendengar jika ada orang memasak di dapur sedangkan di kawasan pangsapuri yang dihuninya bergema dengan bunyi tumbukan dari batu lesung atau mesin pengisar. Ini satu apa pun tidak menujah ke telinga.

"Kak Leha masak apa? Boleh saya tengok?" Adi bingkas bangun.

"Eh..tak apa. Tak payahlah jenguk." Chad menyuruh Adi duduk semula. "Kau dah solat Asar belum?"

Adi melihat jarum jam. Baru teringat dia masih belum menunaikan solat Asar. Tadi dia tergesa-gesa keluar dari kawasan pangsapuri dengan hati membara. Geram dengan sikap lelaki yang berkasar dengan perempuan.

"Kalau belum, solat dulu. Dah nak pukul 6 ni. Solat kat bilik sana." Chad mengajak Adi ke satu bilik kosong yang sememangnya dikhususkan untuk ruang solat.

Adi yang mengikut dan untuk ke bilik itu, dia sempat mengintai di ruang dapur. Tiada sesiapa tetapi hidungnya dari tadi kembang kempis menghidu bau ikan goreng.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 03:56 PM | Show all posts
Ipo replied at 2-11-2016 11:08 AM
MOTORSIKAL diparkir di bawah pokok di depan sebuah rumah teres bercat hijau. Adi membuka topi keleda ...

wah! Ana Dahlia & Jai pun dh join the club ya @Ipo ?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-11-2016 08:52 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 2-11-2016 02:56 PM
wah! Ana Dahlia & Jai pun dh join the club ya @Ipo ?

kan?..nak jugak masuk watak depa ni

rasa nak muntah tak @cmf_conan  ??
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 07:21 AM | Show all posts
Ipo replied at 2-11-2016 08:52 PM
kan?..nak jugak masuk watak depa ni

rasa nak muntah tak @cmf_conan  ??

makin menariklah kalau depa join sekali... wow! amazing @Ipo
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-11-2016 01:26 PM | Show all posts
LICIN lauk atas meja. Chad hanya senyum melihat Adi yang tersenyum-senyum. Maklumlah perut sudah diisi. Semua pinggan dikemas dan dibasuh di singki. Adi turut menolong Chad mengemas dapur namun dalam hatinya masih tertanya-tanya. Sejak dia sampai di rumah itu, kelibat kak Leha langsung tidak nampak. Chad pula dari tadi asyik bersembang dengannya. Jadi, siapa yang masak??

"Chad..boleh aku tanya sikit?" Adi pandang Chad yang rajin mencuci pinggan. Dia yang sedang mengelap meja makan berpaling pada Chad yang langsung tidak menoleh padanya.

"Tanya apa?"

Adi masih melepaskan pandang pada Chad yang menghadap tingkap dapur di depan singki. Lincah tangannya mencuci pinggan kotor. Usai meja makan dilap bersih, dia menapak ke arah Chad.

"Siapa yang masak? Kak Leha mana?" Adi mengulangi pertanyaan yang rasanya sudah dua kali dia melontarkan soalan yang sama.

Chad sudahkan bilasan yang terakhir. Pinggan diletakkan di atas rak sebelum dia berpaling pada Adi yang berdiri di sebelahnya. Senyuman dihadiahkan pada Adi yang masih terpinga-pinga.

"Sedap tak lauk tadi?"

Adi mengangguk.

"Bini nombor dua aku yang masak..tapi hanya aku yang nampak.." Chad kemudian berjalan ke ruang tamu meninggalkan Adi termangu sendirian di tepi singki.

Adi tercengang mendengar kata-kata Chad sebentar tadi. Kata-kata Chad tadi seperti diulang semula di minda. "Bunian ke??"
Terus saja Adi terasa ingin muntah. Dalam benaknya sudah terbayang kisah orang sesat dalam kampung bunian dan dijamu dengan mee goreng tetapi sebenarnya cacing!

"Adi!! Kau bancuh kopi ya!"

Adi yang sudah menekup mulut hanya memasang telinga mendengar laungan suara Chad dari ruang tamu. Dia segera capai teko dan membancuh kopi. Sesekali dia melihat sekitar dapur. Mana tahu, tiba-tiba tercongok bini nombor dua Chad yang misteri itu. Selesai membancuh, cepat-cepat Adi ke ruang tamu.

"Kenapa muka kau?"Chad sengih. Dia tahu, Adi sudah menangkap maksud kata-katanya tadi. Biarkan..

"Nah, kopi." Teko dan dua cawan diletakkan di atas meja sebelah kerusi rotan.

"Emm...apa yang kau makan tadi, bukan cacing..itu nasi dan ikan goreng dan ada sayur. Betul punya makanan.." Chad ketawa. Gelak melihat Adi sudah pucat muka.

Adi terdiam. Nampaknya Chad tahu apa yang dia sedang fikirkan tadi.

"So, bila nak siasat hal tu?" Chad buka cerita lain. Dia tahu, Adi seperti tidak betah dengan kejadian tadi.

"Kalau boleh secepat mungkin.." Mata Adi melilau melihat sekitar ruang tamu pula. Dia perasan, ada perabot yang bergerak sendiri. Liur kelat ditelan payah, rasa tersekat di tenggorok.

"Emm..boleh. Nanti apa-apa hal..call aku. Sedap juga kopi kau buat ni." Puji Chad sambil menyisip kopi panas yang masih berasap. "Solat maghrib dulu kat sini. Dah nak masuk waktu ni.."

USAI solat maghrib berjemaah, Adi  minta diri. Sempat Adi bertanya tentang kak Leha. Baru dia tahu, kak Leha berada di kampung Tok Akim. Berpantang anak pertama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 05:10 PM | Show all posts
Ipo replied at 2-11-2016 08:52 PM
kan?..nak jugak masuk watak depa ni

rasa nak muntah tak @cmf_conan  ??

alaaa... cameo pon jadik laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada sambungan
Ok, boleh study..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 02:45 PM | Show all posts
Ipo replied at 3-11-2016 01:26 PM
LICIN lauk atas meja. Chad hanya senyum melihat Adi yang tersenyum-senyum. Maklumlah perut sudah dii ...

Adi dh kecut perut... Chad... Chad...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-11-2016 11:10 AM | Show all posts
Ok, sambung sikit hari ni....kejap lagi nak jalan2..

BAB 6



APA yang berlaku di rumah Chad minggu lepas masih berlegar-legar di ruang mata Adi. Banyak kali dia cuba mencari kelibat isteri nombor dua Chad seperti yang didakwa. Haram tak nampak! Sebelum ini, dia selalu nampak kelibat di makmal sehinggalah perempuan berbaju biru lusuh itu muncul di depan mata tetapi isteri nombor dua Chad langsung dia tidak nampak. Jenuh dia cuba melihat sekitar dapur dan ruang tamu, pun tidak ada tanda-tanda ada orang lain dalam rumah itu selain dia dan Chad.

"  Pelik..tapi sedap pulak makan.." Adi mengekek seorang diri.

"Weh, kau sengih sorang-sorang ni, kenapa ba?" Arthur muncul di muka pintu bilik mikrobiologi.

Adi mengangkat wajahnya dari skrin komputer dan mendongak melihat Arthur sudah tercongok di depan. Dia masih mengukir senyuman. Teringat gelagatnya yang beria ingin tahu siapa yang memasak di rumah Chad. Mujurlah Chad baik orangnya, kalau tak, mahu dihempuk sedas dua sebab sibuk bertanyakan isteri orang!

"Tak ada apa la Art. Kau nak apa masuk bilik aku ni?" Adi mengalih mata pada skrin semula. Laporan ujian analisa yang dibuat minggu lepas perlu disiapkan hari ini juga.

Arthur terus saja tarik kerusi dan duduk di depan Adi. Dia pandang sekitar bilik itu dan setelah pasti tiada orang lain, matanya tertumpu pada Adi semula. "Aku ada hal penting nak bagi tahu kau."

"Hal apa? Pasal Liz?" Adi gelak.

"Kau ni..bukan kau nak sokong aku usha minah tu, ni kau ketawakan aku." Suara Arthur sudah kedengaran merajuk.

"Okey,okey..apa dia?" Adi mula serius. Dia pandang Arthur yang sudah muncung. Memang dia tahu, dari dulu Arthur menaruh hati pada Liz.

"Macam ni..semalam, waktu aku nak jumpa bos, aku terdengar Pua sedang sembang dengan bos. Mereka sebut nama Ojie. Lepas tu, ada juga sebut nama seorang perempuan lain..aku tak ingat apa nama dia. Macam ada yang tak kena je.." Arthur berkata serius.

"Ojie? Kenapa dengan Ojie?" Adi menelan liur. Di benaknya sudah terbayang yang kemungkinan Pua sudah mengetahui tujuan Ojie bekerja di makmal itu. Kalau benar, Pua dan bos mesti ada rahsia besar dan sudah tentu juga ada kaitan dengan perempuan yang hilang 10 tahun dulu itu.

Arthur angkat bahu. "Aku dengar..diorang cakap yang Ojie tu seorang perisik."

Adi yang mulanya serius mula pecah ketawa. Terbahak-bahak! Hampir sepuluh minit dia ketawa. Arthur masih terpinga-pinga. Gelagat Adi membuatnya semakin pening.

"Weh! Apa kau gelak-gelak ni?Betullah aku dengar tu! Apa kau ingat aku make up story ke?" Arthur merengus.

"Bukan..Ojie yang penakut tu mereka syak perisik???" Sekali lagi Adi ketawa berdekah-dekah.

"Ehem!!"

Serentak Adi dan Arthur berpaling. Bulat mata memadang Ojie sudah tercegat di depan pintu yang terbuka luas. Adi cepat-cepat menatap skrin komputer semula. Sempat dia jeling Arthur yang sudah berubah rona wajah.

"Ojie..." Arthur sengih.

" Puas saya cari awak Art. Kat sini rupanya. Ni, Puan Sabariah minta results Chlorine." Ojie pandang Arthur yang sudah mula bangun dari duduknya. Pelik pula melihat Arthur dan Adi tiba-tiba berubah riak sebaik dia muncul.

"Korang mengumpat eh?" terus saja Ojie pandang tajam pada Arthur dan Adi. Lama matanya menatap wajah Adi yang semakin dekat dengan skrin komputer.

"Mana ada? Kami sembang hal lelaki saja. Betul tak Adi?" Arthur segera melangkah keluar dari bilik Adi meninggalkan Ojie dan Adi berdua di situ.



ADI masih menatap skrin. Dari ekor matanya dia perasan Ojie masih merenung ke arahnya. Ah, sudah. Ojie sudah menapak  semakin hampir dengannya. Jemarinya laju mengetuk papan kekunci, menaip laporan yang tergendala tadi.

"Adi, sejak balik dari kampung saya, awak macam nak mengelak dari saya. Kenapa?" Sudah lama Ojie ingin bertanya hal itu. Adi dipandang lama.

Adi masih tidak berganjak matanya dari skrin komputer. Degupan jantung semakin kencang. Kalau dulu, dia berdebar seperti itu semasa ingin menghadiri temuduga dan kali ini, kerana seorang perempuan?? Gosh!!

"Adi!"

Adi terpaksa mengangkat muka. Raut wajah Ojie sudah berubah merah. Mata sepet gadis itu sudah membulat. Bibir nipis milik gadis itu diketap kuat. Hidung sudah kemerahan, kembang kempis. Rambut..ah, gadis itu pakai tudung.

"Adi!"

Adi tersedar. Bedahsiasatnya tiba-tiba terhenti. Suara agak kuat dari tenggorok gadis itu menujah gegendang telinga. Sempat sekali lagi dia melihat raut wajah putih kekuningan itu yang sudah merona merah. Perlahan wajah itu berubah corak.

"Anne.."

"Anne??"Ojie berkerut kening.

Adi tunduk. Muka diraup lama. Kenapa tiba-tiba dia teringat nama yang sudah lama dicampak jauh dari hidupnya?! Nama yang sudah dibuang dari kamus hidup??

"Nota apa ni?"

Adi segera mengalihkan tapak tangannya dari muka. Matanya tertancap pada satu nota pelekat kecil di tangan Ojie. Lantas disambar kasar.

"Eh, kenapa dengan awak ni?" Ojie merengus. "Kalau macam nilah perangai awak, mana janji awak nak tolong saya?"

Adi senyap. Nota tadi direnyuk dan digenggam kuat. "Maafkan aku..aku akan tolong kau. Kau jangan risau."

Ojie terdiam. Nada suara Adi sudah berlainan. Tegas dan agak keras. Nota tadi sudah digenggam kuat. Dia mengukir senyum. Sempat dia baca apa yang tertulis di atas nota pelekat tadi.

"Is it true?"

Adi mendongak, kening bertaut. "What?"

Ojie pandang genggaman tangan Adi semula, memberi isyarat pada Adi apa yang cuba ditanya tadi.

"Nothing..." Adi campak nota yang sudah berkeronyok ke dalam tong sampah tidak jauh dari mejanya. Dia kemudian bingkas bangun dan menapak ke bilik analisa meninggalkan Ojie sendirian.


OJIE masih berdiri di depan bilik Adi, memerhati tingkah Adi yang sudah berubah. Memang sukar dijangka sikap lelaki itu. Sekejap lucu, sekejap serius dan sekejap pula agak kasar. Jelas ada kemurungan di wajah Adi tadi. Sebelum meninggalkan bilik itu, Ojie cari semula nota pelekat dan masukkan ke dalam poket baju putih makmal. Dia terus beredar dari situ.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang Adi tulis kat nota tu?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-11-2016 05:52 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 3-11-2016 04:10 PM
alaaa... cameo pon jadik laaaaa

eh..nanti ada babak depa ni..
bukan cameo jek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053064s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list