CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2980|Reply: 2

Kim Rae Won Pilih Malaysia Sebagai Destinasi Berlakon Seterusnya

[Copy link]
Post time 14-10-2016 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Susulan daripada sidang media 'A Date With Kim Rae Won' yang diadakan di Double Tree Hilton Kuala Lumpur, 10 Oktober lalu, bintang drama Korea,  Kim Rae Won, 35, juga ditemubual secara eksklusif bersama Astro Gempakdi mana dia menyatakan hasratnya untuk berlakon di Malaysia.





Sumber foto: Cari





“Sekiranya saya berpeluang untuk berlakon selain di Korea, destinasi pilihan saya adalah Malaysia," katanya.


Apabila ditanya mengenai watak pilihan, dia menjawab dengan jujur yang pelbagai watak telah dilakonkannya.


“Saya percaya semuanya bergantung kepada skrip dan juga jalan cerita, sebagai seorang pelakon perkara utama yang saya lakukan adalah memahami dan meneliti watak yang diberikan.


“Dengan itu barulah saya dapat menjiwai karakter yang diberikan selain skrip yang bagus dan juga pengarah yang hebat, saya rasa hasil pasti akan memberangsangkan,” jawabnya.


Sepertimana artis lain, Kim Rae Won juga menyatakan yang dia pasti lebih gembira jika berjaya menghidupkan watak yang dibawa seperti mana dinginkan pengarah.


“Ada beberapa perkara yang membuatkan saya gembira ketika berlakon antaranya jika lakonan saya berjaya memberi kesan kepada penonton.


“Ada juga beberapa watak yang saya dapat memang menunjukkan kehebatan karakter itu tapi saya tetap lakukan kajian terlebih dahulu dan berbincang mengenai peranan watak diberi," jelas Kim Rae Won


Pelakon mana tidak mahu menghidupkan watak yang dibawa. Begitu juga dengan Kim Rae Won yang mahu menjiwai watak dibawa dan menghidupkannya di mana penonton boleh ‘merasai’ keberkesanan lakonannya.




Sumber foto: Soompi




Dia juga menzahirkan perasaan terharu melihat peminat yang hadir ketika sesi bertemu peminat di sidang media pada Isnin lepas.


“Ini pertama kali saya datang ke Malaysia dan terima kasih kerana sudi hadir untuk bertemu saya. Begitu ramai sekali yang datang dan seronok dapat bertemu anda semua. Secara jujurnya saya terharu melihat sambutan peminat.


“Terima kasih sekali lagi dan semoga kita bertemu lagi,” katanya sambil tersenyum.


Kepada peminat drama Korea terutamanya yang dibintangi Kim Rae Won,  saksikan drama Doctors yang akan ditayangkan dua episod sekaligus bermula 30 October ini, setiap Ahad, jam 12.45 petang di ONE HD (saluran 393). - CARI


Sumber foto: Carian Google




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2016 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dduk diam2 kt Korea sudahhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Propa je..mulut manis ye la wartawan Mlysia tanya kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.061445 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list