CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16861|Reply: 89

Bagus ke Minum Milo? Orang kata Banyak Gula

[Copy link]
Post time 28-10-2016 10:06 AM | Show all posts |Read mode


Sebelum ini pernah diviralkan berkenaan maltodextrin dan juga sirap jagung berfruktose tinggi/high fructose corn syrup(HFCS).
Ini merupakan screenshot yang diambil berkenaan post tersebut
Dikatakan ianya banyak di dalam produk dan juga menyebabkan kahak, sembelit dan juga tantrum pada kanak-kanak. Kami ingin menjelaskan beberapa perkara agar benda ini tidak disalah ertikan daripada sudut sains:
1) Di dalam post tersebut, ada menyatakan bahawa Maltodextrin adalah berasal daripada HFCS. Ini merupakan fakta yang salah.
Fakta sebenar: Maltodextrin berasal daripada kanji(starch) yang boleh diperolehi daripada jagung, nasi dan juga kentang. Begitu juga HFCS. Ianya berasal daripada kanji yang boleh kita dapati daripada sumber yang telah saya terangkan cumanya disini ia diambil daripada jagung.
Tiada perbezaan daripada struktur kompaun kanji mahupun maltodextrin yang dihasilkan daripada jagung, nasi mahupun kentang. GMO ataupun tidak, kanji yang dihasilkan masih mempunyai struktur yang sama. Kecuali kanji yang dihasilkan oleh gandum. Ia mungkin akan ada sedikit kandungan gluten.
2) Maltodextrin terhasil daripada hydrolysis separa pada kanji. Seperti yang kita tahu, kanji merupakan rantaian glucose yang sangat panjang dan bercabang-cabang yang terdiri daripada amylose dan amylopectin.
Dalam penghasilan Maltodextrin, enzim alpha amylase digunakan untuk menguraikan rantaian glukosa tersebut. Disebabkan hydrolysis itu hanya dijalankan secara separa(partial) sahaja, maka ianya akan menghasilkan rantaian glukosa yang pendek berbanding dengan kanji.
3) Manakala HFCS pula terhasil daripada hydrolysis kanji yang sepenuhnya hingga menghasilkan monosaccharide glukosa. Maksudnya, kanji diuraikan sehingga mana tiada lagi rantaian glukosa. Yang ada hanyalah molekul glukosa yang wujud secara individu.
Setelah itu, enzim xylose(glucose) isomerase digunakan untuk menukarkan glukosa kepada fruktosa. Oleh itu, saya tekankan lagi sekali, maltodextrin bukan berasal daripada HFCS.
4) Kita pergi kepada kegunaan pula. Maltodextrin digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan(Food additive). Ianya bertujuan untuk meningkatkan kualiti simpanan dan juga menambah perisa pada makanan tersebut.
Manakala HFCS pula ditambah dalam makanan untuk sebagai pemanis. Disebabkan ianya mudah untuk dikendalikan dan kosnya murah, maka negara terutamanya eropah yang menghasilkan gula daripada jagung selalunya akan menggunakan pemanis HFCS ini.
5) Tidak dapat dipastikan yang HFCS ini digunakan pada perkara-perkara lain seperti pada plastic, minyak wangi, bateri dan peluru seperti mana yang dikatakan dalam post tersebut
6) Penggunaan Maltodextrin dan juga HFCS memang banyak digunakan dalam produk-produk luar negara seperti yang tertera. Ini kerana harganya yang sangat murah
7) Disebabkan Maltodextrin dan HFCS merupakan gula yang ringkas, maka ianya sangat senang diserap oleh badan. Berbanding kanji, rantaian glukosa yang panjang dan bercabang membuatkan ianya sedikit sukar untuk diuraikan dalam badan. Oleh itu, ianya memberi sedikit sebanyak makanan kepada bakteria baik di dalam usus supaya dapat membiak
8) Maltodextrin dan HFCS tidaklah menyebabkan leptin turun secara ‘direct’. Mekanismanya lebih panjang dan kompleks daripada itu. Ianya bermula disebabkan maltodextrin dan HFCS adalah gula yang ringkas, maka ianya senang diserap oleh badan.
Kandungan gula dalam darah akan cepat meningkat bila mengambil makanan yang mempunyai bahan-bahan tersebut. Disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah dan ianya tidak digunakan, maka badan akan menukarkannya kepada lemak dalam ‘adipose tissue’.
Perlu diketahui bahawa setelah kita makan, adipose tissue akan merembeskan hormone leptin untuk memberi perasaan yang kita sudah kenyang. Tetapi apabila kita mengambil gula yang banyak, maka lagi banyak adipose tissue yang terhasil(seseorang itu akan menjadi obese) dan pada akhirnya menyebabkan ‘leptin resistance’(hormone leptin tidak berkesan). Pada ketika inilah, hormone leptin tidak dpt memberikan perasaan kenyang dan sesorang itu akan rasa asyik lapar sahaja.
9) Tiada kajian yang benar-benar menunjukkan bahawa mengambil maltodextrin dan HFCS boleh menyebabkan kahak, sembelit dan juga tantrum. Tetapi ianya boleh menyebabkan kegemukkan(obesity) yang pada akhirnya menyebabkan kencing manis
Kesimpulan
1) Maltodextrin bukan berasal daripada HFCS. Maltodextrin dan HFCS adalah berasal daripada kanji
2) Tiada kajian benar-benar membuktikan gula tersebut boleh menyebabkan tantrum yang teruk pada kanak, kahak dan juga sembelit
3) Gula tersebut merupakan gula yang ringkas dan senang diserap oleh badan. Jika tidak digunakan, maka ianya akan ditukarkan pada tissue lemak dan ini boleh menyebabkan obesity
NASIHAT KAMI KURANGKAN PENGGUNAAN MAKANAN YANG MEMPUNYAI BAHAN-BAHAN SEPERTI INI. KERANA IA BOLEH MENYEBABKAN OBESITY DAN BERAKHIR DENGAN BANYAK KOMPLIKASI. NAK MINUM SEKALI SEKALA ITU TAK APA
http://rootofscience.com/blog/2016/10/28/bagus-ke-minum-milo-orang-kata-banyak-gula/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2016 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu minum milo,bila waktu tsgt lpr.mmg kyang..ptg br mkn.x pun,milo o' pun ok.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia lupa nak sebut minum Milo akan menyebabkan beku dalam usus perut.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dedulu kita minum takda pulak masalah. Masalah skarang ni mak pak bagi setiap hari dan lebih dr skali sehari. Moderation is key.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Minum Milo jg buat perut ai jd berangin
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
AlienGurlz replied at 28-10-2016 10:53 AM
Dia lupa nak sebut minum Milo akan menyebabkan beku dalam usus perut.

Mcm tau je sape yg ckp cmtu...hehee    
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2016 10:57 AM | Show all posts
anak aku 4 tahun minum milo lagi senang dia nak membuang
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 11:20 AM | Show all posts
Milo tu sendiri dah bergula..mmg tak elok kalau duk minum hari-hari..nak2 kalau dah tambah susu bagai..boleh membuatkan pertambahan berat yang tak sihat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2016 11:22 AM | Show all posts
Aku suka minum milo pekat2 tak payah campur gula/susu. Memang rasa la manisnya.

But again, aku tak rasa milo sesuai untuk minum hari2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 11:26 AM | Show all posts
Apa yang pasti milo sekarang tak sesedap macam yang dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 11:36 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 28-10-2016 11:26 AM
Apa yang pasti milo sekarang tak sesedap macam yang dulu

betul....

rasa mcm byak gula je kan....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 11:56 AM | Show all posts
minum milo dah takyah campur gula..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 12:05 PM | Show all posts
aku membesar dgn milo elok ja..
toksah telan bulat2 artikel mcni ntah2 ada agenda sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
starzbites00 replied at 28-10-2016 10:56 AM
Mcm tau je sape yg ckp cmtu...hehee


Haha. Bila dengar pasal Milo je mesti akan teringat macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jarang minum milo sebab buat aku rasa malas...
Kalau minum aku minum milo kosong...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 12:57 PM | Show all posts
minum or makan apa2 pun kalau terlampau melebih2 had mmg la tak elok....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2016 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr kecil smp besar bagak ni milo adalah minuman ruji kami sekeluarga. Tp xde mslh obesity@ kencing manis. Kitaorg minum milo kosong samada panas@sejuk.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 02:54 PM | Show all posts
AlienGurlz replied at 28-10-2016 10:53 AM
Dia lupa nak sebut minum Milo akan menyebabkan beku dalam usus perut.

contohnye ssh nak berak kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Org indon slumber je melantak milo macam makan nasi.milo kat malaysia sedap katenyeh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2016 01:25 AM | Show all posts
yaay, byk gula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.251218 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list