View: 1403|Reply: 1
|
Dua Beranak Melecur Dalam Kebakaran Di Lahad Datu
[Copy link]
|
|
Sumber Foto: sayangsabah.com
Seorang wanita dan seorang bayi cedera selepas rumahnya musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Buang Sayang, Lahad Datu pagi tadi.
Mangsa Gaireil Bin Lapiga, berusia lapan bulan melecur di bahagian tangan dan Waasi Binti Laali, 50, melecur di bahagian muka.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata kepada Utusan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.53 pagi.
Beliau kemudian mengerahkan dua jentera beserta lapan anggota yang diketuainya sendiri ke lokasi.
Pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada 9.09 pagi dan api berjaya dikawal dari merebak pada pukul 9.22 pagi
Setakat ini, pihak bomba sedang menyiasat anggaran kerugian dan punca kebakaran -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
dua beranak ke..
bukan dua bercucu...
apa2 pun takziah..
cian baby yang melecur tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|