Sumber Foto: Bollywoodcolor.com
Bipasha Basu dah mengandung? Nampaknya khabar angin ini sudah tersebar luas!
Ramai orang yang telah membuat spekulasi bahawa pasangan Bipasha dan suaminya Karan Singh Grover sekarang ini sedang menunggu kehadiran cahaya mata sulung mereka.
Menurut laporan dari SpotboyE, merpati dua sejoli itu sudah pun berulang alik ke klinik untuk berjumpa dengan doktor sejak beberapa bulan yang lepas.
Sumber Foto: IG Bipasha Basu
Namun, aktres jelita itu menafikan sekeras-kerasnya gosip itu dan menyatakan kepada MissMalini.com, "Orang di luar sana sepatutnya lebih menghormati kehidupan peribadi saya dan suami. Apa yang pasti semua benda yang dikatakan adalah tidak betul."
Penjelasan dari Bipasha dan Kiran ini membuatkan segala teka-teki selama ini terjawab dan nampaknya peminat perlu menunggu dan bersabar lagi untuk mendengar berita baik dari mereka berdua.
Masih lagi dalam 'mood' berbulan madu, pasangan yang baru sahaja berkahwin pada 30 April lepas banyak menghabiskan masa dengan bercuti bersama-sama.
Walaupun rimas dengan segala cerita yang tidak betul berkenaan hidupnya, namun Bipasha adalah seorang yang terbuka dan kerap memuat naik tentang momen hidupnya di dalam media sosial.
Biasalah bila sudah namanya artis, pasti setiap inci kehidupan peminat nak ambil tahu kan? -CARI
|