Sebuah premis di Georgetown menjadi pusat operasi pelacuran yang hanya mengenakan bayaran serendah RM20 kepada pelanggan yang ingin melampiaskan nafsu.
Menurut Penang Kini, golongan berusia lingkungan 40 hingga 60-an yang layak digelar nenek sanggup menjual tubuh kepada sesiapa sahaja kerana ketagihan heroin.
Dari tinjauan yang dilakukan, mereka menjadikan bilik kecil dalam sebuah premis yang disewa dengan harga RM 100 sebulan sebagai lokasi untuk menjalankan aktiviti mereka.
Walaupun bilik itu hanya dilengkapi tilam berbau hapak dan hancing, pelanggan sanggup mendapatkan khidmat seks kerana mereka hanya perlu membayar wang tambahan berjumlah RM 5 untuk harga bilik.
Sepasukan anggota polis narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, bagaimanapun berjaya menghidu perbuatan mereka, kelmarin.
YDH Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Bin Wahid mengatakan operasi menyerbu 'lubuk' terbabit dilakukan bermula jam 10 malam hasil risikan polis dan maklumat orang ramai.
"Seramai 27 individu terdiri daripada 10 lelaki dan 17 wanita ditahan bagi membantu siasatan.
"Semua mereka dibawa ke IPD Timur Laut untuk menjalani ujian air kencing dan kita akan melakukan operasi secara berterusan bagi membanteras gejala dadah ini katanya," katanya.
Gambar serbuan yang dikongsi di laman Facebook Penang Kini mendapat perhatian daripada netizen.
Sumber foto: FB Penang Kini
Dunia akhir zaman, aktiviti haram seperti dadah dan pelacuran semakin berleluasa dilakukan. - CARI |