CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

  [Copy link]
Post time 16-11-2016 06:58 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 16-11-2016 09:26 AM
I see. Tapi kan, if memang tujuan nak buat Kem Jati Diri, memang sesuai pun Ulu Kenas tu kan. Cuma ...

berombak2 dada n terkejut i waktu bace tt tulis "Pukul 1 pagi kitorang kena roll call....", I bace lju, trs tertukar roll call jd rogol......nasib bace balik...klu x, xpsal2 i trs pm tt n bg kate2 smgt kt tt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2016 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mase sekolah pernah pegi kem kat ulu kenas..nasib tak kena ape2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAH 2 : CHILDHOOD MEMORIES

Episod : Bunian oh bunian - Akhir

- ROUNDERS  -

Macam dalam episod sebelum sebelum ni dalam Kisah Childhood Memories aku, aktiviti aci sembunyi dihentikan atas sebab ada unsur lain yang suka join kitorang main. Tak tahu lah semua tu kebetulan ke, salah pandang ke. Yang pasti makcik pakcik memang takkan bagi kalau kitorang nak main aci sembunyi, baik dalam mahupun luar rumah. Juga baik siang apatah lagi malam.

Budak kampung ada macam macam idea permainan dalam kepala hotak. Almaklumlah, kampung takda hiburan. Zaman 90s pulak budak budak lebih suka outdoor activities, jauh berkilometer beza dengan budak zaman sekarang.

So musim cuti sekolah kitorang beralih pada aktiviti permainan 'Rounders'. Rounders ni adalah Besbol verse kampung. Bola memang kitorang guna bola sebenar, if im not mistaken bola tennis. If korang tak dapat nak imagine jugak, silakan google. Ruang halaman rumah memang agak luas, so halaman cukup untuk dijadikan padang permainan.

Satu petang ni macam biasalah. 2 buah pasukan berentap. Syok woo main rounders ni. Rumah arwah nenek aku ni pulak depan dia ada ban. Ban ni lebih kurang macam tali air lah, sebab rumah tu berdekatan dengan sawah padi. Ban tu kira macam trap untuk mana mana pasukan.

Bila turn yang pukul bola tu, dia pukul terlajak sampai masuk tali air tu, perhh heaven beb! Boleh buat home run. Kadang kadang sengaja je yang pukul bola tu jalan lambat lambat dari satu stop ke stop yang lain. Menganjing team lawan sebenarnya. Nak ambik bola tu dari dalam tali air bukan senang, kena turun tepi tebing masuk dalam air sikit, then baru lah dapat nak baling pada pasukan.

Macam yang aku ceritakan pada episod sebelum ni, di halaman rumah tu ada pokok Machang. Machang ni buah dia hampir menyamai buah Kuinin. Bau dia kuat sangat. Pokok Machang ni memang ada sebelum rumah nenek aku dibina lagi. Umur pokok tu mungkin 30tahun atau lebih masa tu. Batang dia saja dah sebesar sepemeluk dan tambah setengah pemeluk lagi orang dewasa. Besar batang dia boleh sorok 2 orang dewasa kalau bersandar.

Akar akar pokok ni jangan cakap lah. Memang berselirat atas tanah. Merata halaman akar pokok tu menjalar. Sebagai budak kampung, kitorang dah memang expert melangkah akar akar tu. Setakat berlari sambil main Rounders tu, memang risiko nak tersadung akar tu rendah.

Sepupu kitorang yang dari bandar tak begitu mahir sangat melangkah akar sambil berlari. Diorang memang kerap jatuh masa berlari melintasi akar. So satu petang ni sorang sepupu perempuan kitorang tersilap step. Aku namakan dia Puteri je lah. Masa die berlari lepas buat pukulan, dia tersadung akar pokok Machang tu. Lepas dia jatuh kitorang masih teruskan permainan tapi dia tak bangun bangun dah lepas tu.

Puteri ni jatuh biasa je. Sebab dia ni lemah lembut orangnya, tinggi, kurus, putih dan cantik. Lari pun macam sotong, then tersadung akar sikit terus jatuh terduduk. Tak lama tu kitorang stop kan permainan dan tanya Puteri ni kenapa tak bangun bangun lagi. Sebab dia jatuh biasa je. Bukan jatuh tertiarap ke apa.

Puteri kata dia tak boleh bangun. Masa tu kitorang dah risau dah, kenapa pulak dia ni. Patah ke apa ke, kaki dia. Naya lah kalau patah kan. So mana sepupu yang besar tolong papah dia masuk rumah. Masa ni bising lagi lah makcik pakcik, pasal kitorang cuai masa main.

Then kitorang memang tak main terus dah sebab dah kena marah. Semua duduk diam je buat hal sendiri. Makcik makcik pulak sibuk urut kaki si Puteri ni sebab dia dah tak boleh jalan. Teruk nampaknya cedera si Puteri ni.

Sampai ke malam Puteri still tak boleh jalan lagi. Menangis nangis dia sebab takut. Tak rasa sakit tapi kaki berat tak boleh jalan. Macam yang korang sedia maklum, nenek aku ni pun mintak lah bantuan Tok Imam tolong tengok kan. Masa tu top jugak benda benda tak nampak dengan mata kasar ni.

Lepas Tok Imam tu baca baca sikit dia macam geleng geleng kepala sekejap. Makcik pakcik orang bandar ni jadi takut lah. Dah kenapa pulak Tok Imam bagi reaction macam tu. Si Puteri ni dah takut bertambah takut lagi lah. Budak lagi, tak tahu apa sangat.

Menurut Tok Imam, Puteri ni bukan nya jatuh sebab tersadung akar. Kitorang je yang anggap dia tersadung akar. Padahal dia dah langkah akar tu, tetiba je dia jatuh sebenarnya. Sambung Tok Imam lagi, ada lelaki dari alam yang kita tak nampak saja selit kaki Puteri. Sebab dia dah berkenan dengan si Puteri ni. Kulit putih bersih, cantik dan lemah lembut orangnya. Dunia nyata pun orang tergila gila inikan dunia yang tak berapa nyata.

Tok Imam ni macam boleh berkomunikasi dengan lelaki tu. Tapi Tok Imam tak cakap pulak lelaki tu kacak ke tak. Cuma lelaki tu bukanlah muda belia sangat. Just alim je lah. Tok Imam minta dia pergi dari Puteri sebab diorang tak sesuai bersama, alam lain, umur pun jarak jauh. At last pujuk punya pujuk dia sudi jugak lepaskan Puteri ni dan janji takkan kacau Puteri lagi.  Lepas dah selesai berubat semua, terus kaki Puteri rasa ringan balik dan boleh berjalan macam biasa.

Actually masa sebelum abang aku kena kat Ulu Kenas tu, aku pun dah kena. Tapi just penampakan je lah. Takde sampai dia mendekati aku ke apa. Masa tu waktu maghrib, kejadian berlaku kat rumah kampung aku. Time tu aku ke belakang rumah nak ambik buah mangga dengan kakak aku. Buah mangga tu terletak betul betul kat pintu dapur rumah. Kakak aku keluar dari pintu tu, aku pulak datang dari halaman rumah. Then aku ke halaman rumah sekejap ambik barang. Masa aku patah balik ke belakang rumah menuju ke pokok mangga, dari jauh lagi kakak aku dah lambai lambai aku ke arah hutan. Aku tanya nak buat apa masuk hutan gelap tu senja senja. Dia tak jawab just senyum je sambil berjalan dengan memalingkan muka dia ke belakang, dengan tangan tak henti henti melambai. Aku pun ikut jelah, nak tengok dia buat apa. Masa aku melintasi pintu dapur, aku dengar ada orang hentak pintu tu macam nak bagi rapat. Then aku macam tersedar sebab aku berjalan ke arah hutan. Aku tengok kakak aku dah takda. Aku menjerit nama kakak aku. Dia menyahut. Tapi bukan dari arah hutan, tapi dari balik pintu dapur tu. Dengar je suara dia dari dalam, terus aku bukak langkah lari lintang pukang masuk rumah ikut pintu depan. Nyaris lah aku tak ikut 'kakak' aku tu masuk hutan. Kalau tak, entah entah nasib aku sama dengan sepupu aku yang lain tu.

Kisah ni adalah kisah benar yang berlaku pada zaman 90an dulu. 3 kisah membabitkan makhluk dari alam lain terjadi pada 3 orang cucu arwah nenek. Mula mula Izzat, awal 90an. Kemudian Puteri, penghujung 90an dan abang aku sendiri penghujung 2000. Mereka ni diketahui dari alam lain bila pengubat cuba berkomunikasi dengan mereka. Tapi peristiwa tu berakhir macam tu je. Tak ada pulak dengar kisah tu berulang atau apa. Sekarang pun semua dah dewasa. Dah kahwin dah pun si Izzat dan Puteri tu. Just tinggal aku dan abang aku je lah bujang trang tang tang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
NOWORD replied at 16-11-2016 04:09 PM
Memang kalau time org mati kampung memang sunyi gila..x boleh buat bising takut kena denda...boleh ...

Oh tahu tahu. Betaboh tu macam pukul gendang kan? Tapi rasa nya tu adat orang zaman dulu je. Sekarang takda dah buat macam tu kan.

Sekarang kat kampung saya, bila meninggal satu satunya adat yang tinggal just orang kampung, sahabat handai dan ahli keluarga follow jenazah masa berarak ke perkuburan je lah. Yang lain lain memang takda dah. Tapi style kampung saya, bila sorang meninggal, akan di ikuti dengan 6 orang yang lain. Kira macam dalam sebulan akan ada 7 org meninggal  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 16-11-2016 04:16 PM
Hahaha menarik cerita-cerita kau dik. Banyak betul pengalaman. Tak sabar ni nak baca kisah yang se ...

Tq sis for ur support. Dah updated part akhir kisah 2  
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 10:35 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 16-11-2016 10:32 PM
Tq sis for ur support. Dah updated part akhir kisah 2

Thank you so much sebab tak pernah jemu inform I bila dah update.

Kali ni nak bagi TT empat cakes.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-11-2016 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
eizarz replied at 16-11-2016 05:11 PM
oo..baru la paham,byk info tt pasal sungai ni..

TT pun baca dari blog orang je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
hanisbunny replied at 16-11-2016 06:48 PM
thank tt coz inform i...btw, i dh bace...teringat mase kecik2 dulu..tp mmg so far pglmn m ...

Saya masa mula mula kena sihir rajin juga lebam lebam kat badan. Sekarang alhamdulillah dah takda. Jangan mandi maghrib orang tua kata  

Eh takda lah. Saya takda buat duit dgn penulisan. Sesatunya karya tak berapa nak agung kat forum Cari ni je lah. Kalau ada kat tempat lain cerita sama macam ni, mungkin ada orang cilok  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2016 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hanisbunny replied at 16-11-2016 06:58 PM
berombak2 dada n terkejut i waktu bace tt tulis "ukul 1 pagi kitorang kena roll call....", I bace ...

Laju sangat tu baca, dari row call terus jadi rogol  

Komando kan. Ikut lah dia nak buat apa pun. Mujur dia tak suruh kuak lentang pukul 1pagi. Kalau tak, saya lah orang 1st hanyut. Berenang pun tak pandai  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tanganbercakap replied at 16-11-2016 10:03 PM
mase sekolah pernah pegi kem kat ulu kenas..nasib tak kena ape2..

Tangan dulu sekolah mana? Best tu. Mencabar tak aktiviti diorang masa tu  

Bukan tak kena apa apa. Hijab tanga je kot tebal berlapis lapis  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 16-11-2016 10:35 PM
Thank you so much sebab tak pernah jemu inform I bila dah update.

Kali ni nak bagi TT empat cak ...

My pleasure sis.

Saya je nak share share dgn forumer yg interested kan. Takmau orang tertunggu tunggu  

Wahhh. Tq tq. 4-4 saya bagi kat kakak lah. Sebab harini birthday dia  
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 16-11-2016 11:42 PM
Tangan dulu sekolah mana? Best tu. Mencabar tak aktiviti diorang masa tu   

Bukan tak kena ap ...

Sekolah dekat dengan kuala..tapi bukan dalam area kuala    

Mencabar tu setakat jungle trekking je kot mase tu..yang ingatnye paling azab mase datang kena jalan kaki masuk dalam sampai tempat kem..jauh

Elok la tertutup hijab kalo cam tu..ngeri dibuatnye..tapi kalau tak silap tempat kem dia air pun tak de dalam mane..so penampakan tu maybe area atas lagi kot.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 11:59 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 16-11-2016 11:45 PM
My pleasure sis.

Saya je nak share share dgn forumer yg interested kan. Takmau orang tertunggu  ...

Say Happy Birthday to your sis. Hehehe.
Btw, kawasan kampung TT ni I rasa kawasan perkampungan org bunian la. Banyak betul gangguan org bunian. Takut okeyh. Takut termasuk alam mereka dan tak jumpa pula jalan nak balik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari citer rumah sewa zaman study skarang citer childhood memories lak. Teruskan lg TT. Enjoy your stories...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 07:33 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 16-11-2016 12:28 PM
Kan. Sesuai untuk yang kuat iman juga iman tak kuat tapi hijab tebal  

Tu bagpack kitorang ju ...

oooo..patut la beg ampa berat..hihi..
part kena penampaq tu,teringat reality show korea,the real men..
program ni pasai celeb korea join army/air force/marin..so depa akan training mcm army yg real..
kalo senyum or ketawa time ketua platun tgh bg order,1 dorm kena denda..depa x heran pon dgq status celebs tu..
tapi rasanya army all over the world memang strict kan training diorang..


sorry..tetiba ot



iolls x biasa sampai lg area ulu chepor tu..
nanti iolls riki2 dengan bdk2 opis..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 01:53 PM | Show all posts
Machang ni buah dia hampir menyamai buah Kuinin


tt buah machang tu tt mksudkan bacang ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2016 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tanganbercakap replied at 16-11-2016 11:58 PM
Sekolah dekat dengan kuala..tapi bukan dalam area kuala   

Mencabar tu setakat jungle tre ...

Taiping kah?  

Oh. Memang kalau Kem diorang akan paksa masuk bawak bagpack menapak masuk kem kan. Nak bagi warm up fizikal  

Sama lah saya. Masuk hutan ke, pulau ke, kawan kawan cakap nampak ada itu lah, ini lah, atas pokok. Saya haram tak nampak. Masa kecik je senang nampak. Sekarang takda dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 16-11-2016 10:10 PM
KISAH 2 : CHILDHOOD MEMORIES

Episod : Bunian oh bunian - Akhir

Seram gila cerita kau dik....sbb tu org selalu cakap maghrib kita tak boleh keluar kan....nasib baik tak jadi apa apa dik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2016 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 16-11-2016 11:59 PM
Say Happy Birthday to your sis. Hehehe.
Btw, kawasan kampung TT ni I rasa kawasan perkampungan or ...

Tq. Dah wish dah  

Ye betul apa tekaan awak. Macam dalam kisah 1 saya ada bagitau yg rumah saya ni, layout dan struktur campur pembinaan semua 100% tangan ayah yg buat sendiri.

Sebelum tambah rumah, ayah akan pacak kan macam ranting ranting sepanjang kawasan yg ayah nak renovate tu.

Esoknya kalau ranting tu tumbang, maksudnya tak boleh bina rumah kat situ. Sebab ayah kata itu mungkin laluan makhluk yang kita tak nampak tu. So takda lah ayah tambah rumah. Tu cerita 20tahun lepas lah. Tapi 2hari lepas katanya nak tambah jugak rumah kampung tu. Mak kata mungkin makhluk tu pun dah pindah tempat lain, dapat rumah bantuan kerajaan. Hahaha

Dulu sangat sangat hutan. Orang orang kampung kata selalu nampak macam macam bila malam. Sekarang pun ada lagi, tapi dah tak teruk. Budak keluar melepak nampak ada perempuan atas pokok kat tepi rumah arwah nenek tu. Sekarang kerajaan dah pasang lampu jalan betul betul bawah pokok tu. N dengarnya takda dah penampakan  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2016 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kancilku_biru replied at 17-11-2016 01:30 AM
Dari citer rumah sewa zaman study skarang citer childhood memories lak. Teruskan lg TT. Enjoy your s ...

Oh follow jugak eh cerita tu. Tq naaa. Ni tengah taip childhood memories ayah pulak. Cerita dia best sikit. Ada penampakan  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.080876 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list