View: 3948|Reply: 4
|
Bukan 'Tempat Keluar Darah', JAKIM Jelaskan Maksud Nama Damia
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini kecoh di laman sosial mengenai isu penggunaan nama 'Damia'. Menurut Sinar Harian, isu itu turut membangkitkan perbalahan sehingga ada pihak memperlekehkan kenyataan Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Nor.
Sumber foto: The Reporter
Bahagian Dakwah, JAKIM pula tampil bagi memperbetul kekeliruan yang ditimbulkan beberapa pihak kerana mereka sendiri tidak memahami perkara yang sebenarya.
Menurut JAKIM, nama Damia boleh digunakan cuma diperbetulkan sebutan dan ejaan Arabnya iaitu Damia' atau Damiyak yang membawa maksud baik dan berkat.
Sebutan sebenar hendaklah diperbetulkan kerana tulisan atau ejaan bahasa ini berlainan tafsirannya jika dieja dengan sistem bahasa yang lain. Sebagai contoh, bahasa Arab, Cina atau Jepun, ia akan membawa maksud yang berlainan.
Perkataan Arab yang dieja dalam tulisan rumi tidak membawa sebarang makna kerana bahasa Melayu tidak mempunyai fungsi sama seperti bahasa Arab.
JAKIM menjelaskan bahawa makna sesuatu perkataan akan berubah bila perkataan itu dieja dalam bahasa Arab sahaja. Ini kerana perubahan huruf dan baris memberi maksud yang berlainan dalam bahasa Arab.
Begitu juga mereka yang sama nama tetapi berbeza ejaan. Contohnya nama Muhammad, Mohamed, Mohamad, Mehmech. Apa yang dimaksudkan dan disebut dalam ejaan Melayu itu tetap satu lafaz dan makna yang sama, iaitu Muhammad.
Begitu juga ejaan dalam bahasa Melayu ada yang dibuang huruf hamzah diakhir kalimah. Contohnya Ulama menjadi Ulama'atau Ulamak sama seperti Damia kepada Damia' atau Damiyak.
Penjelasan JAKIM ini memberi kelegaan kepada sesetengah pihak yang memberi nama Damia kepada anak mereka.
Sumber foto: FB Bahagian Dakwah, JAKIM
Jadi, kepada anda yang ada anak-anak bernama Damia, tak perlulah risau lagi mengenai viral maksud nama itu. Tak mengapalah jika ejaan Melayu itu tidak membawa maksud, yang penting kita tahu ejaan arab yang betul dan maksud nama anak. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
editor cari, humban je la thread ni kat post seterusnya di komen psl yg viral surat pjbat agama kes nama Damia.. serabut la thread byk2.. 2-3 org reply pahtu sendu aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Jd mufti pulau pinang sila bertangungjawab di atas kegemparan yg anda ciptakan. Org mcm mufti pulau pinang ni yg buatkn islam nmpk sempit dan payah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 14-11-2016 06:31 PM
bagus penjelasan JAKIM ...dan pernyataan surat tu pun boleh diketahui konteksnya...
Mufti tu bereaksi berdasarkan analisis nama DAMIA yg dieja seperti DAMIA
cuma yg dia tak bagi tahu alternative - DAMIYAK ...bubuk 'k'
tapi saya suka penjelasan JAKIM ni lah sebab
dia jelaskan konteks
dan bagi tahu implikasi mengeja nama asalan arab kepada sistem bunyi - ejaan melayu
dan sebab ini rasanya juga mengapa dulu ada ahli al quran tak suka perkataan rumi menggantikan kalimah kalimah arab ...untuk jangka panjang , tapi kalau setakat nak belajar quran bagi membantu ada yg khilaf ...
now i know..the context....sebab hal ini mufti tu barangkali respons pada client - JPN - on pengesahan maksud ...damia as in damia not damiak...??
Sebutan sebenar hendaklah diperbetulkan kerana tulisan atau ejaan bahasa ini berlainan tafsirannya jika dieja dengan sistem bahasa yang lain. Sebagai contoh, bahasa Arab, Cina atau Jepun, ia akan membawa maksud yang berlainan.
>>> ni betul ....yups....
Perkataan Arab yang dieja dalam tulisan rumi tidak membawa sebarang makna kerana bahasa Melayu tidak mempunyai fungsi sama seperti bahasa Arab.
ni i ??? i tak faham .....hmm? maksudnyakeadaan nama tu sekarang jadi lebih okay atau tidak okay ni ??? alamak tak ada makna langsung pulak, ke sekarang ni ?
JAKIM menjelaskan bahawa makna sesuatu perkataan akan berubah bila perkataan itu dieja dalam bahasa Arab sahaja. Ini kerana perubahan huruf dan baris memberi maksud yang berlainan dalam bahasa Arab.
>>ini betul sebab kita dalam sistem bahasa itu ada rules dia yups ini logik...
Begitu juga mereka yang sama nama tetapi berbeza ejaan. Contohnya nama Muhammad, Mohamed, Mohamad, Mehmech. Apa yang dimaksudkan dan disebut dalam ejaan Melayu itu tetap satu lafaz dan makna yang sama, iaitu Muhammad.
>.oh jadi kena sehampir mungkin bunyi - ejaan dan seterusnya menghampiri makna dalam bahasa arab lah ye...okay....its - grapheme - morpheme - pohoneme.
Begitu juga ejaan dalam bahasa Melayu ada yang dibuang huruf hamzah diakhir kalimah. Contohnya Ulama menjadi Ulama'atau Ulamak sama seperti Damia kepada Damia' atau Damiyak.
>>sebab tu i hairan kenapa DBP pi buang tanda extra linguistik yg dulu digunakan liek e pepet nak bezakan e pepet and taling ...sedangkan bahasa negara maju pun kekalkan tanda tanda extralinguistic ...???? hey cool issues pulak ni ... |
|
|
|
|
|
|
|
paling baik tak yah fancy - i suka nama simple je but meaningful. Hana, asma' , A' isyah , Safiyyah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|