Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan barat Argentina dan sebahagian kawasan di Chile pada Ahad.
Gempa bumi itu menggegarkan wilayah San Juan yang terletak di Argentina pada jam 5.57 petang waktu tempatan (2057 GMT), pada kedalaman kira-kira 130 kilometer (80 batu), menurut Institut Seismologi Argentina.
Di Chile, gempa itu turut dirasai di bahagian utara dan barat di kawasan Atacama, Coquimbo, Valparaiso, 0'Higgins dan kawasan metro Santiago.
Menurut laporan Reuters, pihak berkuasa tidak mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi yang terjadi.
Kenyataan bersama yang dikeluarkan Chile dan Argentina memaklumkan, pihak berkuasa tidak menerima sebarang laporan kemalangan atau kehilangan harta.
Laporan media tempatan turut menyatakan, gempa bumi kali ini adalah yang berskala paling besar berlaku di Argentina sejak tahun 1980.- CARI
bakpe lah maidin doa utk orang islam sahaja. lepas tu takbir. ia menunjukkan seolah orang islam ni sempit, selfish dan kejam. padahal kami tidak demikian...
Kita sepatutnya menyumbang dan simpati kepada humanity dalam masa bencana tanpa mengira sempadan apa2 sudut sekali pun.
Bukannya apa Zorro..... Itu hari Maideen ada pergi majlis ilmu. Ostad tu cakap kita dilarang memberi salam kepada kepada orang kafir laknatullah kerana itu sama seperti mendoakan mereka.
Sebab itu orang orang beriman sebelum berucap akan kata, " Asalamualaikum kepada hadirin muslimin dan muslimat dan selamat pagi pada kafir kafir laknatullah sakalian."
Jadi jelaslah bahawa Allah SWT melarang kita mendoakan kafir kafir laknatullah.
Itu ketua Mercy Malaysia, Dr. Jamilah ka apa nama dia, pernah memberitahu bahawa dia selalu di kecam apabila Mercy Malaysia membantu kaum bukan Islam.
Jadi itulah sebabnya Maideen hanya mendoakan keselamatan orang orang Isle sahaja di Argentina.
Sebenernya kita haruslah banyak pergi ke majelis majelis ilmu untuk mengetahui hukom hukom Allah. Jangan kita pergi majlis ilmu pasal aurat sahaja dan perasan bagus dan selepas itu suroh anak anak orang bungkos kepala sebab kita ingat kita pakar aurat! Prrrrrrrrrpffffftght
Islam lebih luas dari itu..... It's a way of life!
Tak baik lah gitu. Kalau maidin tahu ostat tu seleweng dan tersasar, usahlah dipanjangkan kesalahan tu.
Sepatutnya maidin ajar dan sebarkan bahawa Islam sangat menyarankan kita membantu orang dalam kesusahan. tanpa mengira tahap dan kedudukan mereka.
Masa gempa dan bencana di Haiti beberapa tahun lepas, kami terlibat dalam pemprosesan daging qurban yang didapatkan dari negara Islam spt timur middle sana, termasuk ozi. Kami tin kan. Dan ikut ostat, tak boleh edar kpd non-muslim. Tapi kami ketepikan arahan itu berdasarkan suruhan Rasulullah saw supaya memberi hidup kepada manusiawi.
Saya tak pandai sgt utk.propaganda. Tapi en maidin kena hentikan memburukkan Islam.