Kebelakangan ini ramai yang kita lihat lelaki bujang berkahwin dengan janda. Wah, apa kelebihan yang janda miliki lebih dari yang bujang ya?
Jom, kita tengok beberapa sebab mengapa lelaki lebih gemar menjadikan seorang janda sebagai suri hidupnya.
Sumber Foto: www.lunchclick.co
1. Gadis bujang kebanyakannya suka sangat berdrama
Kebanyakan lelaki berasa lemas dengan pertanyaan bertalu-talu dari wanita bujang dan kalau hendak ke mana-mana pastinya ditanya "Nak ke mana? Dengan siap? Nak buat apa? Balik pukul berapa? Sebaliknya pula dengan janda, mereka selalunya lebih tenang dan biasanya melakukan segala hal sendiri.Ini membuatkan lelaki berasa ingin lebih berusaha untuk membuatkan diri mereka rasa diperlukan.
2. Gadis bujang selalunya mahu dirinya sahaja yang didengari, janda pula pendengar yang baik
Memang kedengaran agak kasar, namun biasanya itulah realiti yang berlaku. Janda sudah terbiasa menjadi ketua keluarga, jadi mereka selalu meminjamkan telinga dan menjadi pendengar yang setia. Disebabkan sifat inilah, lelaki berasa lebih selesa untuk berada di samping janda kerana berasa lebih dihargai.
3. Gadis bujang selalu memaksa, janda pula selalu mengikut kata
Salah satu hal yang paling dibenci lelaki ialah dipaksa melakukan sesuatu perkara. Biasanya gadis bujang suka memerintah lelaki untuk melakukan perkara yang dia inginkana. Janda pula selalunya lebih memahami dan boleh berkompromi.
Sumber Foto: http:www.glossglam.com
4. Janda tidak meminta yang bukan-bukan
Disebabkan mereka sudah pernah menjalinkan hubungan sebelum ini, maka dia lebih faham dengan situasi lelaki tersebut. Contoh, mereka tidak akan selalu minta ditemani pada setiap malam minggu, atau akan membiarkan teman lelakinya untuk keluar dengan rakan-rakannya yang lain.
5. Janda mempunyai pengalaman yang lebih luas dari segala aspek
Cara janda memandang sesuatu perhubungan itu adalah berbeza berbanding dengan gadis yang bujang. Mereka memiliki tahap toleransi yang tinggi dan tidak mudah marah atau merajuk. Dari segi batin pula, sudah pastinya mereka lebih berpengalaman dalam membuatkan seseorang lelaki itu berasa bahagia.
Sumber Foto: http:www.glossglam.com
Hebat juga penangan janda yang boleh membuatkan lelaki cair. Anda rasa bagaimana? -CARI |