Tak dinafikan kadang kala bagi mereka yang bekerja pejabat tak sempat pun nak keluar makan tengahari dek kerana terlalu sibuk.
Namun, itu bukan alasan untuk tidak menikmati makanan tengahari yang lazat dan juga enak. Kini, semakin banyak servis menghantar makanan yang terdapat di luar sana.
Termasuklah yang satu ini. Menunya ringkas namun cukup menyelerakan. Nasi putih bersama daging bakar! Hanya RM13 untuk 1 pax dan anda juga bakal mendapat air soda hijau percuma.
Ternyata sangat berbaloi, kan? Ia diusahakan oleh Legend Grill Malaysia yang menghantar makanan di sekitar Lembah Klang, termasuklah Putrjaya dan Shah Alam.
Dengan minimum order 5 pax, anda sekarang tak perlu lagi keluar waktu tengahari untuk mencari makanan. Kualitinya juga pasti memuaskan kerana ia menggunakan daging batang pinang.Dicicah pula dengan sos siam yang sangat unik dan lain dari yang lain.
Untuk memesan, boleh hantarkan sahaja Whatsapp ke nombor 012 414 4409. Mudah sahaja! - CARI
Post time 27-11-2016 07:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
CiliPadiSedap replied at 25-11-2016 01:20 AM
Rm 13 mahal. Kos buat juada ni xsampai rm 4.. siapa dah cuba sila bg testimoni
Mohon akak meniaga daging bakar harga rm4 pleasee.
Daging batang pinang mentah let say utk 1pax berat 100g dh bpa akak oii..nasi kosong je dh rm1.50 besa org jual. Air botol tu lg. Kos buat sos. pastu penat lelah nk masak lg. Kalu menggrill daging guna letrik bukan dapur arang nk byr bil api lg. Packaging lg..celah mana nk untung kalu jual bwh rm10,