CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5085|Reply: 52

Perihal Akta 3 55 - disiarkan di al jazeera arabic - siapa faham ye??

[Copy link]
Post time 26-11-2016 03:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 20-2-2017 11:23 PM

Salah faham Akta 355
25 November 2016 5:04 PM






Menjawab 10 salah fa--ham mengenai pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) @ Akta 355.

Berikut adalah jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam sesi dialog dan soal jawab dengan pemimpin-pemim-pin bukan Islam khususnya MCA dan Gerakan Kelantan di Kota Bharu sebelum ini.


1 Apa keperluan dipinda Akta 355?
Cadangan pindaan Akta Mah-kamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, enam kali sebatan syarie. Kali terakhir dipinda pada 1984 peningkatan penjara enam bulan dan denda RM1,000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.



2 Sebatan 100 kali adalah agak melampau?
Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan satu kali sebatan Sivil yang boleh mence-derakan.


3 Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang bukan Islam?
Orang bukan Islam tidak mung-kin boleh dibicarakan di Mah-ka-mah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan mene-tapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.


4 Akta 355 adalah pintu bela-kang ke arah melaksanakan hudud?
Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud. Pelaksanaan hudud hanya ber-kait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2016 03:34 AM | Show all posts
5) Apakah Perlembagaan boleh dipinda?
Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua ahli Parlimen beragama Islam daripada UMNO, Pas, PKR, Amanah, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna ahli-ahli Parlimen bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman hudud dilaksanakan.


6) Apakah bahagian-bahagian pen-ting dalam Perlembagaan Per-sekutuan yang perlu dipinda untuk laksana hudud di Malaysia?

Sekurang-kurangnya tiga bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:
(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa Persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak di bawah Persekutuan.
(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi memboleh-kan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.
(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi mem-bolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan bukan Islam.


7) Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur hudud diperkenalkan.

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh enam jenis kesalahan; empat bersifat individu atau dosa peribadi iaitu zina; menu-duh zina (qazaf); minum arak dan murtad;, manakala dua lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak. Sekarang ini pun empat jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi (zina, qazaf, minum arak dan murtad) sudah ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang di bawah bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8) Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Rogol bukan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa negeri kerana terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.


9) Pelaksanaan hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.


Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.




10) Kenapa bukan pihak kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?


Kerajaan terikat dengan pro-ses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada tiga peringkat kepada lima peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil.
Untuk itu, menteri perlu meng-adap semua sultan atau raja Me-layu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak di bawah kuasa raja-raja Melayu. Setakat ini ada negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju baharulah boleh dibentang-kan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.


Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Persekutuan, namun ini berkait secara langsung dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja.
Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri daripada parti-parti bukan Islam.
Justeru bagi mengelakkan kesukaran yang mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan adalah atas kemahuan majoriti rakyat dan bukannya kemahuan kerajaan semata-mata.


Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.


Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Pas dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.



Tag Berkaitan
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/salah-faham-akta-355-1.411987#sthash.tmtTk8i4.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2017 05:11 AM | Show all posts

tambahan article

Edited by mbhcsf at 26-1-2017 05:12 AM

Jangan terpedaya muslihat musuh

OLEH HISYAMUDDIN AYUB  |  25 Januari 2017 6:00 PM


KENAPA perlu ada pihak yang melatah sehingga ‘panas punggung’ tatkala Usul Pindaan Akta 355 dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat?



Begitu pelik kerana terlalu hebat tentangan yang dilakukan terhadap usaha memperkasa institusi perundangan Syariah di negara ini, malah pelaksanaan itu hanya akan melibatkan pesalah dalam kalangan orang Islam.


Bukan satu perundangan baharu tetapi perundangan itu telah diperakui sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pada 1965. Lebih teruk, ada pihak yang cetek akalnya menyatakan Malaysia tidak boleh melaksanakan usul pindaan akta itu kerana negara ini adalah negara sekular.

Bukankah Yang di-Pertuan Agong telah bersumpah untuk menjaga dan melindungi agama Islam di negara ini, justeru mana mungkin Malaysia sebuah negara sekular?

Begitu hebat usaha pihak tidak bertanggungjawab cuba mengelirukan rakyat demi menjayakan agenda tersirat di sebalik gerakan menentang usul pindaan tersebut.


Sengaja menjadikan polemik apabila usul itu dibawa oleh sebuah parti bukan kerajaan dan pemerintah masa kini, pelbagai usaha dilakukan bagi melaga-lagakan masyarakat Islam khususnya.















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2017 05:12 AM | Show all posts
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof. Datuk Mahamad Naser Disa menyifatkan tentangan hebat dilakukan oleh sesetengah pihak kerana mereka mempunyai agenda besar dan mahu merendahkan martabat perundangan Islam.

Katanya, kumpulan penentang usul itu bukan tidak memahami perundangan malah mereka lebih arif dalam bidang tersebut, namun sengaja menimbulkan polemik demi menjayakan agenda yang dirancang termasuk mereka yang terdiri daripada golongan liberal.

“Golongan liberal turut serta dalam usaha memesongkan orang ramai terhadap usul pindaan termasuk menyatakan Malaysia bukan sebuah negara Islam tetapi negara sekular.


“Bagaimana perkara tersebut boleh terjadi sekiranya Yang di-Pertuan Agong telah bersumpah menjaga dan melindungi agama Islam dan kewajipan Kerajaan Persekutuan melaksanakan urusan Seri Paduka Baginda itu,” katanya ketika menjadi panel Taklimat Khas Media Penerangan Usul Pindaan Akta 355, baru-baru ini.

Dua lagi panelis yang turut serta dalam majlis taklimat khas itu ialah Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu dan Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahya.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah IKIM, Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin dan Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad.

Mengulas lanjut, Mahamad Naser berkata, selain mahu orang ramai menganggap perundangan Syariah sebagai suatu yang asing, pihak yang penuh dengan agenda jahat terhadap Islam itu turut mencipta persepsi bahawa terdapat konflik antara perundangan syariah dan sivil.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua jenis perundangan itu sebenarnya saling bergantung, malah saling melengkapkan antara satu sama lain terutama dalam membentuk sebuah masyarakat yang berpekerti mulia.
Menurutnya, usul pindaan yang mahu dilaksanakan adalah demi melakukan pencegahan maksiat daripada terus berleluasa di negara ini terutama melibatkan masyarakat Islam.


“Kita umat Islam perlu bersatu dalam mempertahan agama yang telah diajarkan kepada kita selama ini. Tentangan yang dilakukan terhadap usul akta ini bermakna umat Islam berhadapan agenda jahat yang besar demi menjatuhkan martabat Islam.

“Orang luar mahu melihat kita lemah dan tidak bersatu dalam usaha memperkasakan perundangan syariah.




“Tentangan sengaja diperbesar bagi menimbulkan seolah-olah ia amat berbahaya. Untuk itu, kita sebagai umat Islam perlu bersatu dan berada lebih kehadapan daripada mereka, tidak terikut dengan rentak yang cuba dimainkan oleh mereka,” katanya.





- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.PgGPlyEV.dpuf





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2017 07:13 AM | Show all posts
Usaha martabatkan mahkamah syariah
PANDANGAN IKIM
WAN ROSLILI ABD. MAJID  |  30 Januari 2017 6:00 PM







SEBAGAI warganegara, setiap individu mesti menerima dan mengiktiraf kedudukan mahkamah syariah sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. GAMBAR HIASAN/UTUSAN - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.GbE99DNR.dpuf







- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/usaha-martabatkan-mahkamah-syariah-1.438079#sthash.GbE99DNR.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2017 07:14 AM | Show all posts
MENURUT Muhammad Siddiq Khan al-Qinnawji dalam kitabnya, Abjad al-Ulum, matlamat khusus sesuatu penulisan antara lain untuk menyebarkan perkara bermanfaat kepada masyarakat dan menjelaskan kebenaran atau menghilangkan keraguan. Justeru, berasaskan semangat itulah, penulisan ini dihasilkan. Lebih jelas lagi, penulisan ini adalah pandangan balas terhadap kenyataan yang dikemukakan Sisters in Islam (SIS) dalam salah sebuah akhbar tempatan pada 23 Januari lalu.


Kenyataan yang dikeluarkan itu adalah sanggahan terhadap kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada 18 Januari lalu. Dalam kenya-taan beliau, Asyraf menyeru agar golongan wanita dan penyokong gerakan kewanitaan memberikan sokongan terhadap pindaan yang dicadangkan. Hal ini disebabkan pindaan tersebut bertujuan mempertahankan mereka daripada perbuatan-perbuatan yang memangsakan mereka.


Sanggahan diberikan SIS itu turut disertai pengulangan bahawa pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 sebagai tidak menyokong femi-nisme atau tidak membela wanita, tidak adil dan tidak Islamik.




- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.GbE99DNR.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-2-2017 07:15 AM | Show all posts
Ditinjau dari sudut takrifan feminisme, ia bermaksud fahaman yang menuntut persamaan hak untuk wanita.

Fahaman ini adalah suatu teori sosial dan ge-rakan politik dalam masyarakat Barat yang mendukung persamaan hak tanpa mengira jantina dalam setiap aspek kehidupan. Jelas bahawa fahaman feminisme ini adalah asing dan berbeza sama sekali dengan pandangan alam Islam.

Justeru, ia tidak relevan sama sekali dengan masyarakat dan negara Islam. Misalnya jika kita mengambil kira bahawa segala bentuk kekangan undang-undang dan budaya terhadap wanita dianggap pendukung fahaman ini sebagai perlu dihapuskan bagi memastikan persamaan tercapai.

Kekangan dimaksudkan termasuklah agama kerana dalam masyarakat Barat sekular, agama adalah sebahagian kebudayaan iaituciptaan manusia. -Menyentuh tentang persamaan, kita tidak menemui perintah dalam al-Quran supaya menya-makan.

Sebaliknya, Allah SWT hanya memerintahkan supaya dilaksanakan keadilan kerana keadilan dalam semua keadaan adalah baik. Kesamaan dalam banyak keadaan adalah kezaliman iaitu bertentangan dengan keadilan.

Oleh itu, kita mendapati banyak peringatan agar tidak menyamakan martabat dan darjat manusia kerana ia tidak sama di sisi Allah. (Surah Ali-Imran ayat 163, Surah al-An’am ayat 83, 131 dan 165 serta Surah al-Mujadalah ayat 11).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2017 07:16 AM | Show all posts
Selanjutnya keadilan pula memberikan maksud setiap sesuatu berada di tempatnya sebenar. Hal ini disebabkan setiap sesuatu telah pun ditentukan tempatnya.

Dalam hubungan ini, manusia sebagai khalifah Allah berperanan memastikan ketetapan yang ditentukan itu benar-benar terlaksana manakala Islam pula dijelaskan dalam hadis Nabi SAW yang panjang dan diriwayatkan Abu Hurairah R.A. bahawa Islam meliputi tiga asas utama iaitu akidah, ibadah, dan akhlak yang semuanya adalah syariah atau undang-undang Allah.


Oleh itu, individu yang mengakui dirinya sebagai Muslim mesti menerima dan melaksanakan ketiga-tiga asas ini dalam kehidupannya tanpa sebarang dalih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2017 07:16 AM | Show all posts
Sebagaimana kerap kali dijelaskan, Akta 355 dibentuk ber-asaskan punca kuasa daripada Perlembagaan Persekutuan, Ja-dual Kesembilan, Senarai Negeri, Butiran 1. Oleh itu, dengan punca kuasa tersebut maka Akta 355 adalah akta sah yang dibuat me-nurut peruntukan Perlembagaan. Justeru, sebagai warganegara setiap individu mesti menerima kedudukan mahkamah syariah sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Selain pengiktirafan, setiap warganegara perlu memberikan sokongan terhadap apa juga langkah yang dilakukan bagi memartabatkan kedudukannya sebagaimana yang dinikmati oleh mahkamah sivil. Hal ini terma-suklah melalui pindaan yang dicadangkan. Apatah lagi dengan mengambil kira bahawa kali ter-akhir pindaan dilakukan terhadap akta berkenaan ialah pada 1984.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2017 07:17 AM | Show all posts
Jika dibuat perbandingan, sebagai contoh pindaan telah sering kali dilakukan terhadap kanun keseksaan dengan mengambil kira tuntutan atau keperluan semasa. Misalnya, pindaan dilakukan de-ngan memasukkan Seksyen 130QA iaitu berkaitan kesalahan menerima suapan untuk membolehkan perbuatan keganasan dilakukan. Peruntukan ini menetapkan hukuman mati bagi kesalahan yang menyebabkan kematian selain hukuman penjara tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi 30 tahun di samping denda. -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2017 07:17 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 1-2-2017 07:18 AM

SIS turut menekankan sekiranya pihak yang berkaitan benar-benar prihatin akan hak wanita maka Undang-Undang Keluarga Islam dan Akta/Enakmen Jenayah Syariah yang ada kini hendaklah dipinda serta dikaji semula.


Menurut pertubuhan itu lagi, peningkatan hukuman semata-mata tidak menangani masalah sebenar dalam mahkamah syariah. Misalnya, diskriminasi terhadap kaum wanita, kelemahan pelaksanaan undang-undang dan ketiadaan sensitiviti dalam kala-ngan kakitangan mahkamah syariah terhadap isu gender.


Perlu ditegaskan kepemimpinan negara sentiasa peka akan isu-isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak berhubung mahkamah syariah. -Justeru, pelbagai penambahbaikan terhadap mahkamah itu diusahakan dan sedang berjalan. Ia bukan semata-mata melibatkan pindaan yang dicadangkan iaitu dengan meningkatkan hukuman yang ada.




Sebaliknya, membabitkan pelbagai pendekatan lain. Hal ini dapat dilihat dengan penubuhan Jawatankuasa Pindaan Undang-Undang Kekeluargaan Islam. Jawatankuasa ini turut ber-peranan menerima semua pendapat yang diberikan selagi bersesuaian dengan prinsip-prinsip syarak.


Demikian juga dengan penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga yang bertujuan menangani isu-isu berkaitan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah. Selanjutnya pula adalah pelantikan hakim-hakim wanita untuk turut memainkan peranan dalam pelaksanaan keadilan yang berkesan.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2017 07:19 AM | Show all posts
Khusus berkaitan sensitiviti terhadap isu gender, pihak mahkamah sentiasa mengingatkan kakitangannya akan kepen-tingan pelaksanaan keadilan tanpa mengambil kira gender.

Meskipun banyak penambahbaikan dilaksanakan, kepemimpinan negara dan pihak mahkamah menyedari bahawa masih ba-nyak ruang penambahbaikan perlu dilakukan.

Misalnya, langkah-langkah bagi mengatasi halangan pentadbiran, perubahan daripada sistem adversarial kepada inquisitorial, persekitaran mahkamah yang lebih baik, latihan untuk hakim khususnya di negara-negara yang mempamerkan sistem keadilan yang sistematik dan berkesan, kreativiti dalam penghakiman, pewujudan sistem sokongan seperti unit kaunseling dalam bidang kuasa mahkamah selain juga sokongan padu pihak-pihak yang terlibat bagi memastikan kelancaran kes.


PENULIS ialah Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.GbE99DNR.dpuf












- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.GbE99DNR.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2017 06:12 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 3-2-2017 06:27 AM

untuk makluman, di Indonesia tiada kuat kuasaan undang undang syariah dan tak wujud pun  kecuali di Acheh. sebab itu di indonesia tarikat tarikat yg diragui banyak aje dan tak boleh diambil tindakan. ada mahkamah syariah ke kat indonesia? ade ke undang undang kelaurga islam di Indonesia?
dan lagi satu, sapa suruh kita tengok dan petik  gambar gambar untuk buktikan hujah?

sila tabayyun sumber asal dan sumber penulis tentang hukum hudud dan smber yg diakui sahih.

kalau tengok gambar dan generalisasi, bukanlah satu tindakan yg mahir bagi org yg menilai kebenaran.

tengok dan rujuk sumber syariah yg sahih dan bertanya pada yg pakar .
setakat gambar ? bukan penguat hujah.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 10:11 PM | Show all posts
Ayuh ke Himpunan 355

UMAT Islam perlu memberi sokongan penganjuran Himpunan 355.
16 Februari 2017 6:00 PM

SABTU ini bakal menyaksikan hari penting bagi umat Islam di Malaysia apabila perhimpunan bagi menyokong pindaan kepada Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 akan diadakan di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Himpunan dinamakan H355 itu bertujuan menzahirkan kehendak rakyat yang mahukan akta tersebut dipinda bagi membolehkan Dewan-Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia diberikan kuasa untuk meningkatkan hukuman kesalahan jenayah syariah sedia ada iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

Bukanlah akta baharu, Akta 355 ini telah diluluskan pada tahun 1965 sebelum dipinda pada tahun 1984 dan dipinda sekali lagi bagi diperluas ke Sabah dan Sarawak pada tahun 1988. Hairannya kenapa dahulu ia begitu mudah dipinda namun pendekatan sama sukar diambil pada tahun ini.

Terdapat sebahagian pihak mempertikai keperluan mengadakan H355 kerana sebelum ini tidak perlu diadakan tindakan seperti ini. Perkara yang tidak dilakukan sebelum ini tidak bermakna tidak boleh dilakukan sekarang.

Bagi saya himpunan ini penting bagi memberi isyarat kepada ahli politik khususnya Ahli-Ahli Parlimen berhubung kehendak rakyat yang mereka wakili. Seorang Ahli Parlimen setelah dipilih bukanlah bebas melakukan apa sahaja, sebaliknya perlu mewakili pengundi dan kehendak pengundi perlulah dituruti.

Berbalik kepada Akta 355 ini, sebenarnya pada 17 November lalu di Pusat Islam Kuala Lumpur, empat buah pertubuhan iaitu Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah negeri-negeri) Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (keahlian terdiri daripada peguam sivil dan peguam syarie beragama Islam seluruh Malaysia), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (terdiri daripada peguam-peguam syarie seluruh Malaysia) dan Persatuan Pegawai Agama Malaysia (terdiri daripada perkhidmatan kerajaan Persekutuan dan negeri dalam sektor agama) telah menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyokong pindaan Akta 355 dan meminta agar pindaan ini direalisasikan.

Kesemua ahli pertubuhan inilah yang setiap hari melaksanakan undang-undang di Mahkamah Syariah sama ada sebagai penguat kuasa, pendakwa, peguam syarie atau hakim syarie. Mereka menyokong penuh pindaan Akta 355.


Namun
hairannya, ada yang tidak pernah menjejakkan kaki di mahkamah syariah menentang pindaan akta ini dengan pelbagai alasan dan retorik.

HUJAH BANTAHAN RETORIK

Antara isu lantang yang dibangkitkan bagi menentang pindaan akta ini adalah kerana didakwa tidak berperlembagaan. Namun begitu sangat sedikit perbahasan yang dikemukakan dalam aspek di manakah ia tidak berperlembagaan.

  • Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memperuntuk kuasa Parlimen (Senarai I) dan kuasa Dewan Undangan Negeri (Senarai II) serta kuasa bersama (Senarai III) membuat undang-undang mengenai perkara yang dinyatakan dalam senarai berkenaan.

  • Perkara jenayah terletak di bawah Senarai I yang menjelaskan bahawa kuasa membuat undang-undang dimiliki oleh Persekutuan (Parlimen). Manakala kuasa mewujudkan kesalahan dan hukuman melanggar perintah agama Islam dalam kalangan penganut Islam adalah kuasa Negeri (Dewan Undangan Negeri).

  • Namun kuasa mengadakan hukuman bagi orang yang melanggar perintah agama Islam ini boleh dibataskan oleh undang-undang Persekutuan.

  • Pada ketika ini terdapat satu undang-undang Persekutuan iaitu Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1965 (Disemak pada 1988) (Akta 355) memperuntuk bahawa takat hukuman yang boleh dibuat oleh Dewan-Dewan Undangan Negeri hanyalah tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

  • Rang Undang-Undang Persendirian dibentang Ahli Parlimen Marang adalah bagi meminda Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1965 telah pun sebelum ini disemak pada tahun 1984 dan 1988.

Oleh itu di manakah isu ‘ketidakperlembagaan’ RUU Persendirian yang dibentangkan itu? Kenapa pula pada tahun 1965, 1984 dan 1988 sewaktu pindaan tersebut dibuat isu ‘keperlembagaan’ ini tidak timbul?

Daripada teks RUU Persendirian itu pula adalah amat jelas pindaan ingin dibuat hanyalah bagi kesalahan yang meliputi penganut agama Islam sahaja dan terhad kepada kesalahan melanggar perintah agama Islam (Senarai II).

Sehingga hari ini, tiada satu pun cubaan bagi mengisytiharkan Akta 355 ini tidak berperlembagaan berjaya diperoleh daripada mahkamah. Jika benar sesetengah golongan berpegang kepada isu perlembagaan pergilah ke mahkamah bagi mendapatkan perisytiharan sebegitu.


Sebagai pengamal peguam sivil dan syarie hampir 25 tahun, saya telah melihat evolusi kedua-dua mahkamah sivil dan syariah. Namun evolusi di mahkamah syariah seolah-olah disekat kerana bidang kuasa jenayah yang terlalu kecil tidak membantu pembangunan undang-undang itu sendiri.

Saya merasakan amat penting bagi usaha memartabatkan dan menaik taraf mahkamah syariah dilakukan segera. Ia sudah lama tertangguh. H355 bagi menzahirkan kehendak umat Islam arus perdana, ia memberi isyarat kepada Ahli-Ahli Parlimen apakah yang diinginkan oleh umat Islam.

Oleh kerana 
hukuman terlalu ringan, hampir 90 peratus kes jenayah di mahkamah syariah berakhir dengan pengakuan salah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 11:03 PM | Show all posts
RUU 355 dan mereka yang masih jumud

Muhammad Siddiq Azani


ORANG ramai menghadiri Roadshow Himpunan RUU 355 Peringkat Sabah bagi mendengar penjelasan penganjur program tersebut di Kota Kinabalu pada 4 Februari lalu. UTUSAN

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 11:03 PM | Show all posts
MASYARAKAT perlu memahami bahawa hudud telah pun dilaksanakan secara separa di Malaysia, dan umum tahu bahawa pelaksanaannya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 8(5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang persendirian untuk mengawal selia umat Islam di negara ini.

Berdasarkan yang sama, wujud enakmen jenayah syariah di setiap negeri tanpa sebarang percanggahan dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berlandaskan kuasa yang diberikan di bawah Perkara 121(1A).

Contoh kesalahan hudud yang telah dilaksanakan adalah kesalahan seperti berzina di bawah Seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Wilayah Persekutuan)(Akta 559), meminum arak di bawah Seksyen 19 Akta 559 dan qazaf (menuduh orang melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi) di bawah Seksyen 41 Akta 559. Peruntukan jenayah-jenayah ini juga wujud dalam enakmen-enakmen jenayah syariah negeri-negeri lain di Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2017 11:03 PM | Show all posts
Bagaimanapun hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan-kesalahan ini amat rendah dan tidak menepati kehendak syarak. Mengambil contoh kesalahan me-minum arak, Seksyen 19 Akta 559 memperuntukkan bahawa hukuman bagi pesalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali.

Persoalannya, adakah hukuman ini mencukupi? Sedangkan umum tahu, di dalam syarak, jumhur mengatakan hukuman bagi mereka yang mengambil arak adalah sebatan sebanyak 80 kali. Persoalannya, mengapa hukuman di bawah enakmen jenayah syariah di Malaysia terlalu rendah?

Hukuman yang terbatas ini adalah kerana bidang kuasa mah-kamah syariah di serata negara tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang mengehadkan bidang kuasa mahkamah syariah hanya kepada orang Islam dan mengehadkan hukuman yang boleh dikenakan di mahkamah syariah hanya penjara tidak -melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.00 atau sebatan tidak melebihi enam kali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 11:04 PM | Show all posts
Untuk menyamaratakan hukuman di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia dengan hukuman berdasarkan hukum syarak, muncul keperluan untuk membesarkan bidang kuasa mahkamah syariah di bawah Akta 355. Ini adalah intipati cadangan pindaan dalam Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) bagi meningkatkan bidang kuasa hukuman mahkamah syariah kepada 100 rotan, 30 tahun penjara dan RM100,000 denda. Sekali lagi ditekankan bahawa peningkatan bidang kuasa hukuman di bawah RUU355 demi membolehkan pemakaian hukuman mengikut hukum syarak, ia sama sekali tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan memandangkan keesahan Akta 355 adalah berlandaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Malahan ini bukanlah kali pertama Akta 355 dipinda. Semasa kewujudan asalnya pada 1965, mahkamah syariah hanya mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman penjara dan denda. Pindaan pada 1984 telah membenarkan mahkamah syariah me-ngenakan hukuman sebatan juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 11:04 PM | Show all posts
Persoalannya, adakah peningkatan bidang kuasa mahkamah syariah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan? Sudah tentu tidak. Jika benar Akta 355 dan sebarang peningkatan bidang kuasa di bawah Akta 355 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, mustahil Akta 355 mampu wujud selama ini tanpa tiada yang mempersoalkan keesahan akta ini.

Oleh kerana RUU 355 tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, tiada sebab mengapa RUU 355 tidak boleh dilaksanakan, lebih-lebih lagi memandangkan pemakaian peruntukan Akta 355 hanyalah kepada orang Islam dan menepati peruntukan di bawah Perkara 8(5).

Himpunan RUU 355 diadakan hari ini dan pada hari yang sama, ada juga himpunan untuk mereka yang menolak RUU 355, anjuran puak yang jumud dengan sistem perundangan di negara ini. Penulis musykil mengapa hal ini masih dipolemikkan oleh puak-puak ini, sedangkan beribu satu penjelasan sudah diberikan untuk -menerangkan duduk perkara sebenar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 11:05 PM | Show all posts
Kita perlu menghormati bidang kuasa perundangan syariah di Malaysia yang wujud berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Jangan kerana sikap angkuh mereka yang enggan memahami intipati undang-undang, kita menidakkan keesahan yang lama wujud pada Akta 355. Tambahan pula RUU 355 tidak memper-kenalkan hukuman baharu, tetapi meningkatkan jumlah hukuman sahaja, yang mana hal ini telah pun berlaku sebelum ini.

Justeru penulis menggesa supaya umat Islam terus bersatu untuk menyokong pindaan dalam RUU 355 tanpa mempedulikan suara sumbang mereka yang masih buta hati dan akal untuk memahami undang-undang asas di negara sendiri.

PENULIS ialah pengamal undang-undang dan aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062946 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list