CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13471|Reply: 118

Edisi Masih Laku- Farah Asyikin bakal kahwin kali ke-3

[Copy link]
Post time 16-12-2016 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun berpisah dengan bekas suami kedua sejak awal tahun ini, bekas penyanyi, Farah Asyikin, 37, memaklumkan akan bernikah kali ketiga pada 7 Januari depan.

Ibu tunggal kepada Ebrahim Owais, 2 tahun sembilan bulan, itu memilih duda anak tiga, Raja Iskandar Raja Muktharuddin sebagai bakal suaminya.

Lelaki berusia 51 tahun itu bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat minyak dan gas.

Majlis pernikahan mereka akan diadakan di sebuah pusat komuniti di ibu kota.

"Bakal suami saya duda dan kematian isterinya sejak 18 tahun lalu. Kami kenal sejak Disember tahun lalu. Beliau melamar saya Mac lalu iaitu pada bulan sama bapa menghembuskan nafas terakhirnya.

"Beliau sempat mengenali arwah bapa. Arwah juga menyenanginya," kata Farah kepada BH online.

Selepas gagal dalam dua perkahwinan, Farah mengakui hatinya pernah serik untuk berkahwin lagi. Namun kuasa Tuhan mengubah segala-galanya.

"Semua ini kuasa Allah. Mula-mula dulu memang saya tak yakin dengan hubungan ini. Malah saya juga bersikap jual mahal. Ditambah dengan kes penjagaan anak yang baharu saja selesai beberapa bulan lalu, saya masih teragak-agak.

"Namun jodoh saya dengannya jadi kuat. Di sebalik kegagalan dua perkahwinan terdahulu, saya banyak belajar. Walaupun ada yang anggap saya salah pilihan, ada hikmah di sebalik dugaan dan ujian yang hadir.

"Semua pengalaman itu mahal, termasuk belajar menerima lamaran lelaki baharu dalam hidup, sekali gus memikirkan niat untuk membina hidup bersamanya," katanya.

Ikutkan Farah dan bakal suami merancang untuk bernikah pada April tahun hadapan. Namun ia dipercepatkan bagai menerima petunjuk untuk melunaskan perkara baik lebih awal.

"Kita hanya merancang, Tuhan menentukan. Majlis nikah saya ringkas saja. Selepas majlis akad nikah diadakan jamuan makan. Malah tiada Secara majlis bertunang pun. Kami masing-masing hanya berjumpa keluarga sebelum ini.

"Alhamdulillah, anaknya juga dapat menerima saya," katanya yang akan mengenakan baju rekaan Eja Shahril pada majlis pernikahan nanti.

Farah mengenali bakal suaminya melalui kawan yang turut terbabit dalam kerja amal menerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dengan program kemanusiaan, Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakaf).

"Kawan saya mengajaknya menyertai kerja amal ini yang turut melancarkan kumpulan Addin Gaza yang mempunyai matlamat sama iaitu membantu penduduk Gaza melalui pungutan derma. Kumpulan berkenaan diuruskan saya dan bermula dari situ kami mula kenal," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2016 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pencintaABC replied at 16-12-2016 03:05 PM
KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun berpisah dengan bekas suami kedua sejak awal tahun ini, bekas p ...

Bolehlah sesape nk carik jodoh buat keje ngo mcm ni..jgn dpt laki org sudeyh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2016 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Seingat iols Yatt Sejadah juga bertemu jodoh masa volunteer kat Timur Tengah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:15 PM | Show all posts
wow... big catch
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:16 PM | Show all posts
huntong ler....tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
btl ke masih berkhidmat kt syarikat oil & gas ataupun dh jd driver uber?

#tetibe

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2016 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
btl ke masih berkhidmat kt syarikat oil & gas ataupun dh jd driver uber?

#tetibe

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
pucuk-kelompang replied at 16-12-2016 03:15 PM
wow... big catch

Khen. Kalau akak pon tanak lepas. Kesah la tak hensem ka kertuh ka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2016 03:24 PM | Show all posts
tahniah la

pic bakal husband plis!
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 2x kahwin, kalau iols pun mencari lelaki yang stabil. Rupa paras, body, umur segala tolak tepi... janji hidup senang hati
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:30 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pegi imigresen... Tgk sorg mamat ni muka mcm kenal..mcm arab campur melayu... hensem tinggi..senyum x lekang dr muka..ckp lembut ya rabbi..... manis mukanya..

Baru perasan ex hb si fara ni.. siap gugel nk tgk betul ke x..mmg betul..

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
laki sheols dlu tu meleis yg dk cape town khen? tu mmg ank kndg sheols ke?
ok la tu.dh duda 18 thn
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:36 PM | Show all posts
alhamdulillah, semoga yg ini cinta terakhir
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Gud luck Farah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:38 PM | Show all posts
Heliza Helmi bila lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2016 03:38 PM | Show all posts
Beliau melamar saya Mac lalu iaitu pada bulan sama bapa menghembuskan nafas terakhirnya.

oh, bapak dia dah meninggal..baru meols tahu
bapak FA ni x silap, lawyer kut
mmg kaya raya family FA ni
umah family diorg siap ada tangga hindustan yg melingkar2 tu
stok2 anak org kaya tp humble and rileks je FA nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:42 PM | Show all posts
Tahniah. Ringan jodoh.

Bakal husband kerja Gas Malaysia ?

Ramai jugak yang join NGO bertemu jodoh sesama sendiri. Asalkan sama-sama bujang okay saja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:43 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 16-12-2016 03:38 PM
Beliau melamar saya Mac lalu iaitu pada bulan sama bapa menghembuskan nafas terakhirnya.

oh, bapa ...

arwah bapak dia bukan ke ex husben seniwati Sarimah.
kiranye Farah ni dengan M.Jamil sebapa mak lain2..
kalau tak silap akak lah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde gambar ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.069912 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list