View: 1000|Reply: 0
|
Sekat Berita Palsu, Mekanisme Baharu Akan Diperkenalkan- Facebook Inc
[Copy link]
|
|
Ekoran kritikan yang diterima kononnya mereka tidak bertindak dengan efisyen untuk memerangi penyebaran berita palsu semasa kempen presiden Amerika Syarikat, satu mekanisme baharu untuk mengekang masalah tersebut menerusi aplikasi berkenaan bakal diperkenalkan oleh Facebook Inc.
Memetik laporan Daily Mail, syarikat rangkaian sosial itu menegaskan, ciri-ciri baharu itu adalah sebahagian daripada proses yang berterusan untuk memperbaiki dan menguji bagaimana ia boleh menyekat berita palsu.
Facebook berhadapan aduan melibatkan kaedah pemantauan kandungan yang dimuat naik oleh 1.8 bilion penggunanya.
Bagi memeriksa dan mengenalpasti ketulenan berita, bekerjasama dengan organisasi seperti laman web semakan fakta Snopes, ABC News dan Associated Press amat diperlukan dalam usaha ini, jelas Facebook.
Menurut Facebook, ia akan ditandakan sebagai "pertikaian", jika organisasi berkenaan mendapati bahawa kandungan sesuatu berita itu adalah palsu.- CARI
sumber foto: http://seeromega.com/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|