CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30261|Reply: 18

[Haiwan & Tumbuhan] POKOK BULUH

[Copy link]
Post time 27-12-2016 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 09:05 PM

POKOK BULUH (BAMBOO)



Alam:Tumbuhan
(tiada peringkat):Magnoliophyta
(tiada peringkat):Monokotiledon
Order:Poales
Famili:Poaceae
Subfamili:Bambusoideae
Supertribe:

Buluh (juga dikenali sebagai aur atau bambu) merupakan suku bagi tumbuhan saka berbunga daripada keluarga Poaceae. Struktur pokok buluh adalah berongga di bahagian tengah dan keratan rentas berkas vaskularnya terletak bertaburan di seluruh batang. Ia juga tidak mempunyai xilem.
Buluh adalah antara tumbuhan yang paling pantas membesar di dunia disebabkan oleh sistem bersandar rizomnya yang unik. Tumbuhan ini mempunyai kepentingan dari segi ekonomi dan budaya di rantau Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dimana ia digunakan sebagai bahan binaan, sumber makanan dan juga keluaran mentah serbaguna.

Terdapat sepuluh jenis genus buluh dan ia dibahagikan lagi kepada 1,450 spesies.Spesies ini boleh ditemui di pelbagai tempat dengan iklim berbeza sama ada di kawasan pergunungan yang sejuk ataupun kawasan tropika yang panas. Taburan adalah dari latitud 50° di Sakhalin sehingga ke utara Australia dan dari India sehingga ke kawasanHimalaya. Selain itu, buluh juga boleh didapati di sub sahara Afrika serta di benua Amerika iaitu di kawasan negeri Atlantik Tengah sehingga ke Argentina dan Chile. Benua Eropah tidak diketahui mempunyai apa-apa spesies buluh yang asli.
Baru-baru ini, terdapat cubaan untuk menanam buluh secara komersial di kawasan Tasik Besar, timur-tengah Afrika terutamanya di Rwanda. Beberapa syarikat di Amerika Syarikat juga menanam, menuai dan mengedarkan spesies seperti buluh moso.

Antara nama-nama pokok buluh (mengikut daerah, tempat atau kawasan)



Buluh tergolong dalam keluarga Gramineae iaitu jenis rumput termasuklah padi, rampai, jarung, tebu dan gandum.


Buluh Madu

Pokok buluh madu banyak ditanam sebagai tanaman hiasan di kawasan rumah atau taman-taman.Buluh Madu merupakan tanaman yang senang ditanam dan diselenggara selain dapat memberi hasil yang berterusan dan lumayan. Buluh madu dipercayai berasal dari Thailand (sebagai tanaman hiasan). Penanaman buluh ini dikesan ditanam secara komersial bermula di Perlis dan kini tanaman ini mulai ditanam di Kelantan, Perak, Pahang, Muar dan juga Kuala Berang.Keistimewaaan buluh madu adalah tidak miang, mempunyai rebung yang rasanya lemak manis bagi hidangan pelbagai jenis lauk, boleh dijadikan jeruk manisan, kerepek, tepung dan boleh juga dijadikan sebagai tanaman hiasan.



Keperluan Asas Tanaman
Jenis tanah : Pelbagai jenis tanah. Selain itu juga ia sesuai ditanam di kebanyakkan tanah yang bermasalah. Tapi yang paling baik, tanah yang mempunyai saliran yang baik.



Penyediaan Kawasan
Permulaan penanaman adalah perlu diaplikasikan kapur GML+organic+CIRP bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan mengurangkan kadar kematian anak benih.



Penyediaan Anak Benih
Jenis bahan tanaman:
  • Biji benih -jarang dilakukan kerana masalah untuk mendapatkan biji benih yang bernas dan penghasilan biji benih tidak bermusim.








Buluh Perindu




Pokok buluh perindu amat sukar dan jarang sekali ditemui. Pokok buluh yang dikaitkan dengan alam bunian. Pokok pengasas ini telah ditanam dalam 99 pokok dan hanya 1 pokok yg hidup.

Khasiat pokok buluh perindu ini amat dinantikan oleh penggemar minyak buluh perindu terutama  bulu perindu yang boleh didapati di dalam buluh (antara ruas buluh). Bulu perindu berdasarkan kepercayaan orang-orang Jawa dan sebahagian Sumatera, ianya dapat ditemui di dalam ruang kosong antara ruas buluh namun jarang ditemui oleh manusia. Bulu perindu yang dikaitkan dengan mistik dan mempunyai khasiat bila dicampur dengan minyak sebagai minyak pengasih untuk memikat pasangan.


Suasana sejuk dirasai sekitar pohon ini berada,jika diletakkan di dalam premis perniagaan,atau bilik,dijamin aura seri dan keharmonian dapat dirasa berbeza sebelum diletakkan.Khasiat ke arah pelaris dan pengasihan yang ampuh.Pokok yang mudah membiak.Jika telah kering inilah yg kebiasaannya dibuat minyak.
Nota: Hindarkan perkara macam ini.


KEGUNAAN BULUH

Batang buluh

> tempat mengisi lemang

>perabot

>rakit

>kraftangan : tikar, bakul, tabung, cucuk sanggul, senduk nasi, sikat, tudung saji

>alat penangkapan: serkap ayam, sangkar burung, bubu ikan

>senjata: sumpit, lembing

> alat muzik: angklong, chentong, sompoton, Tonggunggak



REBUNG

   

Rebung merupakan anak buluh yang biasa digunakan sebagai bahan untuk membuat hidangan. Masak lemak, kerabu dan juga sebagai ulam.

Kerabu rebung

Masak lemak rebung

Sayur rebung





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2016 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya rebungggg
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Minyak pengasih pelaris apa? Syirik tu smua.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak aiii... 1st taim aku belajor pasai buluh perindu. Ingatkan alam fantasi. Sangat informative posting ini. Panda2 pun suker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2016 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
doublethread replied at 27-12-2016 11:37 PM
Sedapnya rebungggg

Saya suka kerabu rebung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2016 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Matakilat replied at 28-12-2016 12:31 AM
Minyak pengasih pelaris apa? Syirik tu smua.

Mungkin dijadikan pelaris perniagaan. Jangan percaya benda-benda gini, walaupun ada yg mengamalkannya. Rezeki semuanya Allah yang beri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-12-2016 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ipo at 28-12-2016 07:15 AM
Nenasketum replied at 28-12-2016 12:39 AM
Mak aiii... 1st taim aku belajor pasai buluh perindu. Ingatkan alam fantasi. Sangat informative post ...


Saya pernah baca pasal bulu perindu ni kat bod MPS..
Apa yang saya tahu, buluh perindu dikaitkan dengan suara merdu. Mungkin sebab tu ada peribahasa, suaranya merdu bak buluh perindu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 10:06 AM | Show all posts
suka buloh, mcm2 kegunaan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2016 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
aku byk kali jumpa bulu buluh tu, x tau pulak boleh buat minyak buluh perindu. haha..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 12:16 PM | Show all posts
informative thread!

jiran ada tanam pokok buluh madu... memang kalau banyak ditanam rapat-rapat dan dijaga, jadi rimbun, redup je . syok! kena rajin sapu daunnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 12:19 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-12-2016 07:04 AM
Saya pernah baca pasal bulu perindu ni kat bod MPS..
Apa yang saya tahu, buluh perindu dikaitka ...
Apa yang saya tahu, buluh perindu dikaitkan dengan suara merdu. Mungkin sebab tu ada peribahasa, suaranya merdu bak buluh perindu
exactly apa yang terlintas di kepala fikiran bila baca buluh perindu. rupanya dalam buluh perindu ada bulu perindu. sebutan bulu dan buluh yang selalu mengelirukan ramai orang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2016 10:01 PM | Show all posts
Ada juga yang mengatakan bulu perindu ni asalnya dari Helang Hitam. Ia didapati dalam sarang burung Helang Hitam. Menurut mitos Jawa Kuno, induk burung Helang Hitam dipercayai merupakan jelmaan dari dewi kasih sayang. Beberapa dari dewi ini memliliki satu helai bulu perindu untuk membuat suaranya menjadi merdu dan disenangi oleh para pendengar.
Apa pun, itu hanya mitos. Boleh baca, amal jangan, percaya jangan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2016 10:02 PM | Show all posts
bianglala replied at 28-12-2016 12:16 PM
informative thread!

jiran ada tanam pokok buluh madu... memang kalau banyak ditanam rapat-rapat d ...

kan..selalu nampak pokok buluh madu ni ditanam as tanaman hiasan.
Kalau banyak, merimbun, memang sejuk dan tenang je kawasan sekitar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2016 10:03 PM | Show all posts
harrypoter replied at 28-12-2016 10:06 AM
suka buloh, mcm2 kegunaan...

ya, banyak kegunaan
pokok buluh ni macam pokok kelapa la juga, pokok serba guna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2016 10:05 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 28-12-2016 10:26 AM
aku byk kali jumpa bulu buluh tu, x tau pulak boleh buat minyak buluh perindu. haha..

haip! Jangan gatal nak buat
cepat sambung kat MPS tuh..ramai duk tanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2016 09:18 PM | Show all posts
sedapnya masak lemak rebung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2017 08:37 AM | Show all posts
byknya jenis buluh. terus teringat kedai makan nasi bamboo.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 04:25 PM | Show all posts
good info ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 02:46 AM | Show all posts
Pokok buluh tahan lasak



Buluh jenis bambusa ventricosa mampu hidup dalam persekitaran yang keras, malah tumbuh dengan cepat dengan pertumbuhan yang rancak.

Dengan ketinggian antara enam hingga 10 meter, buluh ini sering dijadikan pokok hiasan di halaman rumah mahupun dalam kediaman.

Batangnya yang pendek dan membengkak turut menyebabkan ia digelar Perut Buddha yang mempunyai kelebihan sebagai penahan hakisan tanah, pemecah angin dan dijadikan pagar semula jadi untuk tanah persendirian. Pohon yang berasal dari China ini hidup berumpun di tanah yang lembap

Oleh kerana bentuk buluh yang rendah dan berketak-ketak, ia juga sering digunakan untuk dijadikan pohon bonsai dengan mencantas pucuknya untuk menghalang pertumbuhan. Dengan diameter batang hanya enam sentimeter, ia tahan cuaca sejuk sehingga negatif sembilan darjah Celsius.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.260748 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list