CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2893|Reply: 6

12 tahun selepas tsunami Asia, 400 mayat masih tidak dikenal pasti di Thailand

[Copy link]
Post time 29-12-2016 01:18 PM | Show all posts |Read mode



Thailand, Indonesia, India dan Sri Lanka merupakan negara yang terburuk dilanda Tsunami. Seramai 5,395 terbunuh di Thailand sementara 2,000 daripadanya merupakan pelancong luar negara. - Gambar AFP


BANGKOK: Sekurang-kurangnya 400 mangsa kejadian tsunami Asia pada 2004, yang mengorbankan 226,000 orang keseluruhannya, masih tidak dapat dikenal pasti di Thailand walaupun selepas 12 tahun, jelas pihak polis pada Isnin.

Tsunami yang membadai dari arah lautan Hindi dan berpunca dari gempa bumi bermagnitud 9.15 pada 26 Disember itu disifatkan sebagai bencana alam terburuk dalam sejarah.

Thailand, Indonesia, India dan Sri Lanka merupakan negara yang terburuk dilanda tsunami. Seramai 5,395 terbunuh di Thailand sementara 2,000 daripadanya merupakan pelancong luar negara.
“Semenjak tsunami pada 2004, pihak berkuasa telah menghubungi seramai 4,000 ke 5,000 saudara terdekat untuk hadir dan mengenal pasti mayat, namun terdapat 400 mayat yang masih tidak dikenal pasti,” jelas Anand Boonkerkaew, Timbalan Superintenden Polis daerah Takua Pa di wilayah Phang Nga kepada Reuters.

Musim puncak kedatangan pelancong di Thailand dan kawasan yang terkesan oleh tsunami masih berjalan seperti biasa. Terdapat hotel-hotel baharu menggantikan bangunan yang telah musnah sewaktu kejadian tersebut.

Thailand menjangkakan kunjungan seramai 32.4 juta pelancong luar negara pada tahun ini.

Pengkritik berkata bahawa sistem amaran tsunami Thailand tidak mencukupi, sebahagiannya adalah kerana tiada penyeliaan yang sempurna, namun pihak kerajaan pula telah mengesahkan bahawa sistem tersebut dalam keadaan baik.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2016 04:58 PM | Show all posts
diam x diam 12 thn dh berlaku






Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
tgk video tsunami ni mmg terkesan sgt rase.
siapa sangka :-(
alfatihah utk mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mangsa2..ye la..mgkn hanyut jauh sgt..n terlalu ramai..nk cari identiti sorg2 tu pyh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 08:31 PM | Show all posts
Meremang bulu2 aihh tgk..x dpt byg kalau aku dgn family ada kt situ! Kesian..rip to all mangsa sunami
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 08:35 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2017 12:37 PM | Show all posts
Kalau ada ahli keluarga yang mencari mungkin dapat le dikenal pasti menerusi ujian dna kalau tak ada berkubur sebegitu je le jawabnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.060404 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list