View: 1155|Reply: 3
|
Bunuh Gajah Liar, Ganjaran RM10,000 Untuk Pemberi Maklumat Sahih
[Copy link]
|
|
Susulan baru-baru ini berlakunya pemburuan haram untuk memperoleh gading berhampiran Sungai Segama, justeru itu ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000 ditawarkan kepada individu yang dapat memberikan maklumat sahih berkaitan insiden dua spesies gajah yang didapati maut dibunuh kejam.
Memetik laporan Astro Awani, penolong pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Sen Nathan menjelaskan ganjaran itu untuk pemberi maklumat yang membawa kepada penangkapan dan hukuman ke atas pemburu haram berkenaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat tepat dan sahih berkaitan perkara itu boleh menghubungi Jabatan Hidupan Liar Sabah di talian 013-5441980."
Dilaporkan dua ekor gajah jantan liar ditemui mati dibunuh berhampiran Sungai Segama, Hutan Simpan Kawang oleh pasukan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) dan Unit Perlindungan Hidupan Liar (WRU) 1 Januari lepas.
Insiden pertama membabitkan seekor gajah jantan yang ditemukan mati pada 27 Disember 2016 di tengah-tengah kawasan ladang bersempadan Hutan Simpan Kawag.
Gajah jantan kedua yang dijumpai dan dipercayai mati pada 31 Disember 2016 pula merupakan gajah bergading bernama Sabre yang sebelumnya diselamatkan dari ladang dekat Tawau dan dipindahkan ke Hutan Simpan Kawag tiga bulan lalu selepas dipasang kolar satelit oleh DGFC dan WRU.- CARI
sumber foto: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dapat sotong tak guna tu aku lanyak sampai lunyai |
|
|
|
|
|
|
|
manyak kijam la diorang ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|