CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19008|Reply: 99

Perjalanan Jam 3 pagi-oleh theflash

[Copy link]
Post time 10-1-2017 12:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by theflash at 10-1-2017 06:38 AM

Misteri Perjalanan Jam 3 pagi.

Selamat tahun baru geng MPS! Lama tak menulis.kah kah kah.(maaf kalau tak seram,lama tak menulis.koh koh koh !)
Ok,ini cerita dari kawan saya yang merupakan anak jati Pontian.Sedikit introduction fasal kes ni,kawan saya, Mamat kena bawa moto adik dia dari Bandar Pontian ke rumah adik dia.Ini sebab motor adik dia breakdown dekat bandar dan bila dah siap repair,adik dia letak motor dekat satu kedai mamak ni dan adik si Mamat ni pergi kerja dekat JB,dengan menumpang kawannya.Kebetulan, malam tu Mamat memang nak melepak tengok EPL (bola) di Kedai Mamak tempat adik dia park moto tu.
Berikut adalah kisah beliau, dan saya nak maklumkan, semua nama tempat di bawah adalah benar.(siapa orang Johor/Pontian pergi la try ye)
Oh ye. Pt. di dalam cerita ni membawa maksud Parit.
Johor banyak parit woi !




“Rahim,mana kunci Nouvo adik aku eh?” tanya Mat pada Rahim,cashier Restoran Aliff Pontian. Hubungan Mat dengan Rahim ni dah kira kamceng dah. Lepas SPM Mamat selalu la melepak tepi tambak, memancing sampai 3-4 pagi dan end up subuh dekat Restoran Aliff ni. Rahim menggangukkan kepalanya dan hulur anak kunci pada Mat

“Ane,moto parking belakang tempat cuci pinggan tau” ujar Rahim dan Mat membalas dengan senyuman.

Jam 1200am. Ada bola malam ni.Manchester United main!!
Jam 230am.Selesai bola.Ternyata puas hati Mat malam ni,mana taknya,tim kegemaran dia menang besar malam ni. Sambil melepak makan dan mengisap rokok,Mamat teringat perihal moto Nouvo adiknya.


Sebabkan tu dia menumpang rakannya, Azli ke mamak ni.Sebab mengikut kiraan Mamat,dia akan bawak balik motor adik dia ke Kampung Melayu Raya,rumah adik dan merangkap rumah Mak mereka. Mamat duduk di Pekan Nenas kalau korang nak tahu.

“Ngapa motor adik ko Mat?” tanya Azli semasa Mamat nak ke belakang untuk mengambil motor

“Skuter apa lagi bai.belting putus,adik aku tu tahu isi minyak je” ujar Mamat.

Jam hampir 3pagi,selepas sebatang rokok,Mat dan Azli berjaji akan balik.Azli rumahnya di area Hospital Pontian je.

Ikut hati malas Mamat nak ikut kehendak adik dia nak bawak balik bagai motor ke rumah Mak,padahal boleh je tunggu esok pagi.Tapi bila teringat baiknya adik dia melayan kerenah semasa Mamat mintak tolong buat resume untuk kerja goverment ( sampai dapat pun hahaha) terus Mamat rasa terhutang budi.Lagipun apa la sanat,bawak balik motor ,dapat jumpa Mak
Dan esok Sabtu,cuti!


Mamat start motor skuter Nouvo.Azli dah berlalu pergi.
Cantik.full tank ,getus Mamat dalam hati takkala melihat meter minyak mencecah F.Bukan apa.senang..pulas je sampai !

Bismillah.ujar Mat dalam hati.
Dari simpang 4 trafic light Mcdonalds Pontian, Mamat go straight, melalui Econsave,KFC baru Pontian.
Teringat dalam hati beliau nak singgah di Restoran Bulan sebelum simpang masuk ke kiri ( menghala Balai Polis Baru). Tapi hampa,dah tutup! Dalam hati kempunan nak try Ciken Cop rm5.

Menyusuri Jalan Sekolah Arab, Mat tiba dia trafik light Pejabat Agama Johor,di kanannya SMK Penggawa Barat.Mat belok ke kanan via Pt Mesjid.

Vrooommm! Throttle di pulas semaksimum.100kmj
Jalan sememangnya lengang dan sunyi. Dalam hati Mamat.

“Pt Selangor ke Pt Patah eh nak lalu ni?
( ini adalah pilihan jalan nak ke Kampung Mat.kedua dua nya jalan kampung)

Mamat terus,tak jadi ikut Pt Patah. Mamat ikut jalan Pt Selangor/Pt Kassim

Jalan ke Pt Selangor via Pt Kassim ,ada satu tapak perkuburan dan ianya urban lejen di kalangan orang Pontian.

Mamat ni hati kering,tapi malam tu,hatinya jadi tisu.


Sedap Mamat memecut,tiba tiba cahaya lampu motor menyuluh satu objek atas jalan!

Allahuakbar! Sempat Mamat mengelak!
Ular sawa sebesar peha tengah syok berlingkar atas jalan!

Mamat berhentikan motonya di tepi.Terkejut! Dalam hatinya,kalau dia langgar,mahu terbabas ke kebun pisang sebelah jalan ni.

Hati Mamat tiba tiba jadi tak sedap.Dia menekan lampu di jamnya
312am.
Tiba tiba tengkuk nya meremang,baru dia perasan dia betul betul di depan pintu masuk Kubur tu.
“Ah,U turn la!” getus dia dalam hati.

Masa Mamat U turn,Mamat perasan yang ular sawa tadi dah takda!
Dalam hati, dah ke dalam semak la tu.
Cepat cepat dia pulas minyak! Vrooommmm!!

Sempat Mamat check side mirror dan kelihatan ada objek putih sedang melayang layang di tengah jalan tempat ular sawa tadi kelihatan!

Cepat2 Mat toleh! Mengucap panjang Mamat takkala melihat ada lembaga sedang melayang layang sambil kelihatan ular sawa di leher nya
( kawasan tu gelap,tapi imbasan lampujalan yang samar samar)


120kmj
Bergegar skuter adik nya time tu.
Sampai di simpang Pt Patah,terus Mat belok ke kanan!
Vrommmm! Jalan yang kecik tu Mamat bawak 100kmj
( jalan Pt Patah ni basically jalan kecik,kalau kereta bertembung dua hala memang sorang kene ketepi)

Kebetulan separuh jalan Pt Patah tu tengah nak di tar,so jalan nak keluar dari Pt Patah tu berbatu.Mamat memperlahankan motornya.Dekat Pt Patah ada selekoh kecil tau....
Masa Mamat tiba di selekoh tu,agak gelap,walau ada lampu sebelum selekoh ( biasa la,transisi mata kita dari cerah ke gelap,dia akan take time nak adjust,tambah Mamat ni pakai spek)


Sreettt!! Mamat memberhentikan motor nya.
Di hadapan mamat ada lembaga tadi.Duduk bersila atas jalan dan cahaya lampu motor mamat tepat ke wajah lembaga tu.

‘Seperti tengkorak di pakaikan rambut yang panjang’ ( ini ulasan Mat pada saya tentang rupa makhluk tu)

Badan Mamat rasa panas dan seakan di serang strok! Rasa macam nak pengsan,rasa macam nak cramp pun ada !

Wooooosssshhhhhh! Tiba tiba ada lintasan angin dari atas kepala Mamat!


Mulut Mamat dah terkumat kamit membaca ayat Kursi.

Dari satu.menjadi 3.
Ya.makhluk tu ada 3 ekor.Lagi 2 ekor terbang dan betul betul duduk tepi yang pertama.
Elok bersila di depan Mamat( jarak dalam 50meter)

“Allahuakbar,Ya Allah,Ya Rahim” Mamat tak putus2 bercakap dengan kuat, nak hilang takut!

Split second.Bila Mamat tengok makhluk tu seakan terapung dari silanya...terus Mamat pulas throttle!
Vrommmmmm!!! Mata mamat di pejamkan! Sedar je dah tiba di simpang nak keluar

Mamat terus membelok keras ke kanan!
Sekarang mamat menghala ke Pt Kudus.
Di simpang tadi ada Masjid. Dalam hati Mamat nak tido je dalam Masjid tu,tapi macam takda penyudahnya nanti .
Dengan keadaan yang hampir nak pengsan,Mamat gagahkan memulas throttle menuju ke persimpangan Pt Kudus/Pt Selangor

Hatinya tak tenteram.Mulut nya kejap kejap baca ayat Kursi,kejap2 Azan !

Menyelusuri jalan Pt Basilam.

Kereta,motor atau orang langsung takda.Yela.dah jam 330am.siapa yang ada pun?

Tiba tiba hati Mamat macam lega sebab nampak ada kereta dari arah bertentangan.
Selisih je kerta tu dan berlalu dengan Mamat,rasa takut tu muncul balik!

(Ok.Gangguan paling teruk Mamat kena adalah di jalan yang ada Ladang Jagung di belah kiri dan beberapa pokok getah di belah kanan.!)


120kmj.Vroooommm.

Kaki Mamat rasa macam dah tak jejak tanah,side mirror mamat kepak ke bawah,takut takut ternampak benda yang pelik dari belakang!

Dooommmmm!!!!! Mamat terlanggar sesuatu dan hilang kawalan.Mujur dia sempat brek.Motor hilang kawalan dan tersadai di tepi bahu jalan.sempat Mat lompat!
Kalau dia tak sempat brek mengejut,mahu dia terus masuk ladang jagung tu!

Cepat2 Mamat bangun nak mendapatkan motor nya!

Enjin terpadam,Mamat tekan starter,hidup!
Baru dia nak jalan.
Tap! Bahu Mamat di tepuk!

Segera dia paling.!

Terkejut besar Mamat
Makhluk tadi betul betul di belakang nya!

“hurrhhhhh” mendengus!


Adrenalin Rush.Automatik tangan Mat memulas trottle!
Melompat skuter adiknya keluar dari bahu jalan!
Kedengaran bunyi orang ketawa dari arah belakang.Mamat azan sekuat hati! ( rasanya mungkin ada orang kampung yang perasan kot)


Area Pt Basilam ada 2 selekoh tajam

Selekoh pertama ok
Selekoh kedua .Jembalang tu dah ada di bahu jalan!
Melambai lambai ke arah Mamat!!

( kata Mamat,ketika ni dia betul betul dah down.sampai terkencing dalam seluar,bila tanya dia tak sedar dah )


Motor di pulas sekuat hati!
Woooosshhh! Makhluk tu mengekori Mamat dari arah tepi.

(Bayangkan,korang bawak motor.ada hantu duk terbang kat sebelah!)

“Allah,Allah!” tak putus2 mulut Mat menyebut!

AHAHAHAHAHAHAHAAH di selang seli dengan ketawa makhluk tu!

Tiba di hujung simpang Pt Basilam

Kiri ke Pt Sikom
Kanan ke Seri Menanti/Melayu Raya!

“Ah.lagi 5minit je ni!” getus Mat dalam hati!

Belok kanan! Dan Memecut laju!!
Kedengaran bunyi telefon dari dalam porschbeg!
Itu ringtone Family tu.Mat syak tu mesti adik dia!

Mat kerling jam.dan 428am! Patot adik nya kol pun!!

Tiba di pintu masuk Kg Melayu Raya,ada macam bukit sikit jalan nya selepas Pasaraya Family Store.


Tiba di atas bukit tu, benda tu terbang dari arah depan meluru ke arah Mamat !!

Sempat Mamat tunduk!! Mat tengok belakang.takda apa dah! Yang ada hanya ketawa!
HAHAHAHAHAHA


Mat memacu laju motornya!Lepas pintu gerbang mat belok kanan!

Masa nak masuk ke simpang rumah.

Memang Mat nampak.benda tu bertenggek dekat tepi bahu jalan.
3 ekor.

Elok je cangkung tepi parit tu!

Tiba dia hadapan rumah,tanpa buang masa,terus Mat tarik kunci dan belum sempat Mat bagi salam,adiknya dah bukak pintu!

“arghhh!” terkejut Mat disapa adiknya macam tu!

“Uishh,lambatnya! Lencong ke mana tu” soal adiknya

Mat tak cakap banyak.terus meluru masuk menuju bilik air.
Adik Mat tutup pintu.
Usai mandi,

Mat tak boleh tidor sampai ke subuh
Esoknya Mat bercerita hal ni pada adiknya,itupun sebab adik dia tanya kenapa motor berlumpur.

Bagi Mat.ini pengalaman pertama beliau hadapi.Padahal dia penah lalu jalan2 yang di lalu malam tadi, pakai moto mahupun kereta.Tobat dah,lepas jadi benda ni,dia tak melepak mamak nak tengok bola dah.!



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
gila suspen. pergh!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
welkm back flash ..
Adoi bwak motor 330 am...padanla benda tu sakat...dia ingat geng dia jugak
Kesian mat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 06:44 AM | Show all posts
Edited by theflash at 10-1-2017 02:47 PM

kalau ke kanan ke Pt Patah
kalau terus ke Pt Selangor

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 06:44 AM | Show all posts
Edited by theflash at 10-1-2017 02:48 PM

jalan Pt Patah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 06:44 AM | Show all posts
Edited by theflash at 10-1-2017 02:49 PM

dua selekoh

Pt Basilam.
satu ke kanan
satu ke kiri

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2017 06:44 AM | Show all posts
Edited by theflash at 10-1-2017 02:52 PM

selekoh pt patah yang mamat nampak benda tu bersila
gambar satu lg jalan lepas selekoh
hujung jalan ada mesjid

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeah.  Theflash is back.

Suspen betul.  Rasa macam dok skali ngan mat.  Takottt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 10:12 AM | Show all posts
welkom bek!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 10:33 AM | Show all posts
saspen nyeee
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 12:00 PM | Show all posts
giler berani mamat......
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 12:06 PM | Show all posts
Wah saspen...cik pun mcm ade pengalaman jugak...masa lebih kurang macam kawan TT la..tapi masa tu cik ber2 dengan mak..balik dari KL agak lewat dalam kul 12 malam,ke UMP gambang hantar adik cik...lepas tu nak balik ke rumah ade satu jalan tu MARAN-JERANTUT lalu kawasan sungai, kampung Orang Asli (Kuala Sentul) tak sampai separuh jalan pun lalu situ cik pusing balik ikut jalan jauh(simpang TaJau) sebab suasana jalan tu kemain sunyi, gelap dan cik tak biasa lalu jalan tu tengah malam(dalam kul 2 pagi), mak pulak dah lelap..Hati cik pulak tak sedap..huhu

alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 12:43 PM | Show all posts
pernah la pergi johor ..ada member huby suggest satu gerai portion besar kat tanjung piai (betul ke aku eja ni) pastu kekonon pergila ke bahagian paling hujung tu...pergi petang sampai ke situ dh nk masuk maghrib ... by the time nk keluar balik dh gelap dgn takde lampu jalan nya...jalan pun muat2 satu kereta...x dpt aku bygkan kalau pukul 11pm ke atas...kompom ada nenek tggu tepi jalan mcm ada satu bideo dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 12:57 PM | Show all posts
Giler brutal punya kacau.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 12:57 PM | Show all posts
Menunggu gambar2 dengan sobar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 01:21 PM | Show all posts
citer baru @intan_smsb dah baca?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 01:48 PM | Show all posts
maknanye 3 ekor tu follow smpai ke kawasan rumah.. ade kene kacau lagi tak ngan benda 3 ekor tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 02:10 PM | Show all posts
lavender_aqua replied at 10-1-2017 01:21 PM
citer baru @intan_smsb dah baca?

belumlg,

yg ni aqua da baca?

https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 02:40 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 10-1-2017 02:10 PM
belumlg,

yg ni aqua da baca?

belum, tq bg link
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
whadda replied at 10-1-2017 01:48 PM
maknanye 3 ekor tu follow smpai ke kawasan rumah.. ade kene kacau lagi tak ngan benda 3 ekor tu

takda
cerita tu habis stu je

tp Mamat frequent user jalan tu sebenarnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.521651 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list