Hina kaum: Polis cari pengendali Facebook ‘Sarawak Update’
Seorang individu membuat laporan polis semalam berhubung status 'Sarawak Update' yang didakwa menghina menteri Sarawak dan kaum tertentu.
KUCHING: Polis Sarawak meminta pengendali akaun Facebook “Sarawak Update” tampil membantu siasatan berhubung status yang dimuat naik baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, seorang individu membuat laporan polis di Balai Polis Mukah pada 5.40 petang semalam berhubung status “Sarawak Update” yang didakwa menghina menteri Sarawak dan kaum tertentu. “Polis Sarawak sudah memulakan siasatan berhubung status ‘Sarawak Update’ di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Pada masa ini, tidak jelas siapa daripada kalangan pengendali ‘Sarawak Update’ yang memuat naik status itu, tetapi daripada komen pengikut laman sosial itu jelas menunjukkan status tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini. Justeru, beliau menggesa pihak yang memuat naik status itu tampil memberi kerjasama kepada polis untuk membantu siasatan.
|