CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2651|Reply: 21

[Tempatan] Amboi, seronoknya Rocky dan Katty tinggal di hotel ini

[Copy link]
Post time 17-1-2017 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Amboi, seronoknya Rocky dan Katty tinggal di hotel ini

Hotel haiwan taraf bintang berciri mewah - bilik berkubik dan kabinet bercermin dengan ruang yang luas dan selesa.






Rocky si anjing masuk ke “biliknya” untuk berehat. Dia baru sahaja selesai sesi spa dan dandanan. Kini Rocky dalam “mood” baik dan sekarang dia hendak rehat.
Bukan itu sahaja, sebentar lagi makanan yang dimasak khas juga akan dihantar kepadanya, iaitu ketulan daging kegemaran Rocky. Sejak tinggal di hotel itu Rocky tidak jemu menikmati makanan yang dimasak khas oleh pemilik hotel. Selain Rocky, rakan penginapan yang lain turut menikmati makanan itu. Rocky berada di hotel di Petaling Jaya itu selama 2 minggu. Bilik berukuran 5″ X 3″ itu sudah cukup baik untuknya yang bersaiz sederhana besar.
Di tingkas atas pula, Katty yang sudah hampir sebulan tinggal di hotel sama kelihatan selesa di situ. Dia kenal benar dengan pemilik hotel dan penjaganya. Tiap kali mereka datang membawa makanan, Katty tidak ketinggalan ber’manja’ dengan menggosok badannya pada kaki mereka.
Katty seekor kucing Persian yang amat memerlukan perhatian. Dia terpaksa dihantar tinggal di hotel sementara waktu kerana pihak pengurusan di unit kediaman tuannya tidak membenarkan haiwan peliharaan.
Rocky pula seekor anjing Doberman yang ditinggalkan di hotel itu oleh pemiliknya yang kini sedang bercuti di Eropah.
Pemilik hotel haiwan Pets Purrfect Home, M. Paramasivam, 60 dan anaknya, P. Abhilash Shiva, 23 komited menjadikan hotel haiwan itu lebih daripada sekadar tempat penginapan haiwan.
Hotel haiwan ini menelan masa lebih setahun untuk rancangan binaan dan ubah suai dalaman yang rapi agar menepati kehendak “tetamunya”.
“Anjing dan kucing adalah tetamu utama kami, tetapi ada pemilik yang menghantar arnab dan haiwan peliharaan lain,” kata Param kepada FMT Ohsem.
“Dulu, rumah kami sendiri menjadi ‘hotel sementara’ kepada haiwan peliharaan milik rakan dan kenalan. Keluarga saya memang tidak kekok dengan haiwan peliharaan dan kami mudah berkomunikasi walaupun baru bertemu. Kami juga menjaga kucing dan anjing jalanan atau yang ditinggalkan tuannya sehingga ia mendapat tuan baharu,” jelas Param.
Bak tinggal di hotel berbintang
Mengimbau sejarah Pets Purrfect Home, M. Paramasivam bertekad mula operasinya berbekalkan pengalaman peribadi, pengetahuan yang mendalam dan kemampuan untuk berhubung secara psikologi dengan haiwan domestik.
Anda melangkah masuk Pets Purrfect Home dan akan kelihatan kedai runcit barangan haiwanpeliharaan biasa tetapi teruskan masuk ke dalam, ternyata ia telah direkabentuk secara khas menjadi “hotel berbintang” untuk haiwan.

Di sebelah kiri, sebuah bilik bercermin siap dengan beberapa peralatan dan produk. “Ini bilik spa untuk haiwan. Kami menyediakan perkhidmatan spa untuk haiwan peliharaan, kucing dan anjing melibatkan penjagaan asas dan penjagaan penuh.
“Pemilik juga boleh memilih penjagaan khusus seperti pembersihan kutu, pengunaan syampu khas dan pemotongan kuku,” katanya.
Dan seterusnya, terdapat beberapa kubikel seperti kandang yang dibuat daripada kayu untuk menempatkan anjing, dilengkapi lubang untuk saluran air.
“Yang ini, kami pastikan setiap bilik (kandang) mempunyai sistem saliran yang khusus. Semua kerja saliran dibuat semasa ubahsuai dalaman supaya ia tidak mencemar sistem saliran umum,” tambah Param.
Kandang penjagaan anjing didatangkan dalam 4 saiz berbeza dengan bayaran RM20 hingga RM80 seekor setiap malam.
Di tingkat atas pula, ruang penjagaan untuk kucing kelihatan agak mewah. Ia dibina dalam bentuk kabinet bercermin dengan ruang untuk memanjat, bermain, tidur dan kumuh.
“Selari dengan sifat kucing yang suka bermanja kami pastikan tempat tinggalnya juga memberikan ia segala keselesaan. Kami juga menyediakan ruang khas di luar sana untuk kucing-kucing ini bermain, lengkap dengan alat permainan,” jelas Param lagi sambil menuding ke arah sebuah bilik separa cermin.
Tambah Param, dia memastikan semua kandang dan kabinet “bilik” haiwan dibina menggunakan kayu. Tujuannya supaya ia tidak bertindak balas secara kimia dengan bahan kumuh atau cecair yang digunakan ke atas haiwan itu.
“Walaupun besi tahan lama, kurang penyelenggaraan, lebih kukuh tetapi ia tidak elok untuk haiwan. Besi akan berkarat dan memberi kesan kepada kesihatan haiwan yang tinggal di dalamnya. Kami hanya mahu pastikan penginapan di sini mesra-haiwan,” ujarnya.
Sesi rehabilitasi untuk kucing
Di satu lagi sudut, Abhilash sibuk mengendalikan seekor kucing yang mempunyai masalah sikap. Justeru ia dihantar kepadanya untuk dilatih supaya “bijak berperangai”.
Abhilash memahirkan diri dalam ilmu melatih anjing dan kucing serta diiktiraf oleh pelatih antarabangsa, Werner Kebernick dari Jerman dan Yap Peng Siew dari Malaysia. Katanya, latihan ini penting untuk berinteraksi dan memahami psikologi haiwan.
“Sepanjang tempoh melatih, saya akan menyimpan haiwan itu bersama saya sepanjang masa, bak kata mereka akan lalui fasa rehabilitasi. Lazimnya, ia adalah untuk menjinakkan sesuatu haiwan, melatih ia menjadi penjaga yang efisien, mengubah sikap tertentu dan menjadikannya lebih mesra dengan tuannya,” jelasnya.
Ditanya tentang sikap kucing, Abhilash akui ia paling sukar untuk dilatih kerana sifatnya yang manja dan sangat mendambakan perhatian.
Perangai kucing termasuklah suka mencakar, sangat memilih makan dan terlalu bermanja. “Sebagai pelatih kita kena tahu psikologi haiwan dan pendekatan berbeza melatih dan ‘membetulkan’ mereka,” katanya.
Pets Purrfect Home yang beralamat di no 3, Jalan 1/3A, Petaling Jaya ini turut menyediakan perkhidmatan lain seperti vertinari, pengangkutan, pembiakan, import dan eksport, fotografi binatangserta bengkel untuk pemilik haiwan peliharaan.
Untuk maklumat rundingan atau nasihat mengenai haiwanpeliharaan, Abilash terbuka menerima panggilan di talian, 016-2567548.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow bertuahnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 08:30 PM | Show all posts
tetibe teringat si Cesar Millan dan Jackson Galaxy....

jadi cat dan dog expert jer pun dah mendatangkan gaji lumayan kat US tue ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 17-1-2017 08:30 PM
tetibe teringat si Cesar Millan dan Jackson Galaxy....

jadi cat dan dog expert jer pun dah mendat ...

Aku lak teringat kes hotel kucing yg 2 malaun tu balik beraya 2 minggu ke brp lama dulu... Kecoh gak kes tu... Pakai tinggal kebulur innalillah gitu jer kucing2 org...memang sial jer 2 ekor tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 08:41 PM | Show all posts
abangbeca replied at 17-1-2017 08:36 PM
Aku lak teringat kes hotel kucing yg 2 malaun tu balik beraya 2 minggu ke brp lama dulu... Kecoh g ...

bela kucing ke?
alya bela kucing parsi
sebab apa alya suka kucing parsi

sebab bulu dia gebu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 08:55 PM | Show all posts
abangbeca replied at 17-1-2017 08:36 PM
Aku lak teringat kes hotel kucing yg 2 malaun tu balik beraya 2 minggu ke brp lama dulu... Kecoh g ...

khenzz... jahat tolllll ... cian owner owner hewan peliharaan tue ....

btw ... dengar citer ... yg 2 orang tu .. mmg porumer tegar kat bod hewan hewan peliharaan kat porem ni...
siap join gathering bagai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka cakar perabot, memilih makanan, sangat manja
Semua ciri2 meow i yg hilang tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
alya_daniela replied at 17-1-2017 08:41 PM
bela kucing ke?
alya bela kucing parsi
sebab apa alya suka kucing parsi

Oooo rajin bela kuceng...

Abis tu masa alya takde kat rumah aritu kejap sapa yg jaga...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 17-1-2017 08:55 PM
khenzz... jahat tolllll ... cian owner owner hewan peliharaan tue ....

btw ... dengar citer .. ...

Forumer gak kan... Pastu leh lak tak puas ati sbb org pecahkan premis dia... Rasa kena sikit jer denda ke apa jer... Tak padan dgn apa yg dia buat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 09:06 PM | Show all posts
abangbeca replied at 17-1-2017 09:00 PM
Oooo rajin bela kuceng...

Abis tu masa alya takde kat rumah aritu kejap sapa yg jaga... ...

kalau alya pergi jalan jalan
alya akan bawa pet carrier
letakkan kucing kesayangan alya dalam carrier tu
jadi senang ...
tak payah hantar pergi hotel ke apa...


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
alya_daniela replied at 17-1-2017 09:06 PM
kalau alya pergi jalan jalan
alya akan bawa pet carrier
letakkan kucing kesayangan alya dalam ca ...

Itu kalo alya gi jalan kejap2... Aritu kan alya ada cuti lama gak kan takde kat umah... Masa tu sapa jaga dia...


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 09:12 PM | Show all posts
abangbeca replied at 17-1-2017 09:11 PM
Itu kalo alya gi jalan kejap2... Aritu kan alya ada cuti lama gak kan takde kat umah... Masa tu sa ...

masa tahun baru alya pergi bercuti di kuala lumpur
tapi alya cuti lama pun alya tetap bawa dia
sebab alya sayang dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik la kucing aku pandai jaga diri..
kalu tak kopak mak nak letak 7 orang tu kat hotel..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 10:13 PM | Show all posts
tt plsssss buh la gambaq sekeping dua iols nk tgk...malas nk google
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk, dah tau dah mesti citer pasal kucing
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apehal xde gambor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
alya_daniela replied at 17-1-2017 09:06 PM
kalau alya pergi jalan jalan
alya akan bawa pet carrier
letakkan kucing kesayangan alya dalam ca ...

Sahih alya mmg sorang perempuan dan bukan peyno
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 10:49 PM | Show all posts
sebu replied at 17-1-2017 10:47 PM
Sahih alya mmg sorang perempuan dan bukan peyno

alya tak suka dikaitkan dengan peyno
dia selalu mempermainkan alya


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
petknode ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mana gamba doge dan cate ittew
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.077894 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list