CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2447|Reply: 3

Lindsay Lohan Sah Peluk Islam?

[Copy link]
Post time 18-1-2017 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Khabar angin bahawa pelakon Hollywood ini sudah memeluk Islam sedang bertiup kencang ketika ini malah melalui tindakannya memadam keseluruhan gambar di Instagram dan juga menulis Alaikum salam di ruangan info di laman sosial itu, tidak mustahil Lindsay Lohan akan mengumumkan pendiriannya tidak lama lagi.



Malah sebelum ini Lindsay yang beragama Kristian juga mengaku mahu mengubah dirinya ke arah yang lebih baik dan ingin mendalami ilmu agama. Selain itu, Lohan juga pernah dilihat di Brooklyn, New York berjalan sambil memeluk al-Quran.

“Saya seorang yang sangat beragama dan terbuka untuk belajar. Rakyat Amerika mempunyai pandangan tersendiri mengenai al-Quran, sedangkan apa yang difikirkan itu tidak benar,” jelasnya satu ketika dahulu.

Malah dalam satu temubual bersama sebuah stesen TV di Turki, Lindsay Lohan juga mendedahkan bahawa dia berasa selamat berada di negara berkenaan berbanding di Amerika Syarikat di mana dia dikecam teruk gara gara bergambar sambil memegang Quran.



Tengok:

Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Dengan Sharnaaz

Foto Janna Nick Masa Umur 12 Tahun, Teka Yg Mana Dia?

“Di Turki, anda bebas untuk menjadi seorang wanita dan ia adalah sesuatu yang sangat menakjubkan. Anda boleh buat apa yang anda mahukan dan anda akan tetap diterima. Berbanding di Amerika Syarikat, saya memegang Quran dan saya pula dikatakan sebagai syaitan,” kongsinya dalam temubual itu.

Malah selebriti ini juga dilihat seringkali memberi sokongan untuk memberi perlindungan kepada pelarian Syria selain pernah merasai sendiri pengalaman berada di kem perlindungan Syria ketika berada di Turki.

Walaupun potensi Lindsay Lohan mungkin sudah memeluk Islam ketika ini adalah tinggi namun buat sehingga ini, pelakon filem Mean Girls ini masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut.sumber : http://www.rotikaya.com/lindsay-lohan-sah-peluk-islam/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah masuk news eh...haritu view ig LL ni terkejut juga.. Bio siap tulis assalamualaikum.
Till now no confirmation right??
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 11:51 AM | Show all posts
mungkin ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.228254 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list