CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3103|Reply: 14

Resident Evil: The Final Chapter, Dapatkah Dunia Diselamatkan?

 Close [Copy link]
Post time 23-1-2017 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Selepas 15 tahun sejak filem pertama siri francais Resident Evil ditayangkan, akhirnya perjalanan 'Alice' bertemu juga dengan penghujungnya dalam filem Resident Evil: The Final Chapter, lakonan mantap Milla Jovovich.








The Final Chapter merupakan kesinambungan perjuangan Alice (Milla Jovovich), yang dikhianati Albert Wesker (Roberts).


Untuk menamatkan mimpi ngeri Virus-T (virus zombi), Alice diberi 48 jam untuk ke Bandar Raccoon demi menyelamatkan manusia sejagat dengan melepaskan penawar yang disebarkan melalui udara, sekali gus membunuh Virus T yang dicipta Umbrella.


Foto: IMDb



Menerusi filem arahan Paul W.S. Anderson ini, segala misteri menyelubungi Umbrella, Alice dan Red Queen akan dibongkar!


Anda mungkin tak tahu jika watak Red Queen yang dilakonkan Ever Gabo sebenarnya merupakan anak kepada Milla sendiri! Patutlah ada iras-iras semasa Red Queen mula-mula muncul dalam filem ini.




Foto: Youtube





Bagaikan filem keluarga pun ada kerana bukan Milla dan Ever sahaja yang ada hubungan kekeluargaan, malah penulis dan pengarahnya, Paul juga merupakan suami kepada Milla, sekali gus bapa kepada Ever.


Dalam satu temu bual, Paul berkata Milla telah memberikan yang terbaik dalam melaksanakan sendiri semua aksi lagak ngeri dalam filem itu.





Foto: IMDb




Segala usaha barisan pelakon menghidupkan watak mereka akan membuatkan anda turut sama merasakan penat lelah watak-watak itu dalam perjuangan mereka menyelamatkan bumi dari genggaman Umbrella.


Bukan itu sahaja, hero kacak dari Korea, Lee Jun Ki juga tampil sebagai salah seorang watak antagonis yang turut menjadi lawan Alice.




Foto: IG Lee Jun Ki




Dalam satu temu bual, Milla akui bahawa filem yang sarat dengan babak aksi dan membongkar misteri serta kisah silam Alice ini merupakan karya terbaik pernah dihasilkan dalam siri francais Resident Evil.


Nak tahu apakah misteri menyelubungi Alice selama ini? Ayuh, tonton filem ini di panggung wayang berdekatan! Anda pasti tak menyesal dengan lakonan mantap dan terbaik daripada barisan pelakonnya! - CARI



Video: Youtube
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2017 04:59 PM | Show all posts
telinga je tak dpt diselamatkan....bingit betul sound effect dia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 01:02 AM | Show all posts
Tak sabar nak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 08:34 AM | Show all posts
dah nonton dah mobie ni last Friday...
mmg best ... layen daripada RE yang pernah di tayangkan b4...
pack of action ... fighting scene pun very owsem....
iols bagi 8/10
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 09:41 AM | Show all posts
nice twist btw..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 01:40 PM | Show all posts
sangat berpuas hati dengan ending story. berbaloi untuk ditonton, babak suspen yg sentiasa mengejutkan, sound effect dan bunyi bingit yg menyakitkan telinga, gabungan antara action dan family background yg xpernah terungkai. soundtrack juga very nice... mainan cgi yang real. xrugi untuk dijadikan filem simpanan...

olivie.me
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2017 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by grouper at 24-1-2017 03:27 PM

Jangan lupa kat stuntwoman yg dah hampir mati buat stunt utk filem ni..kate buat semua stunt sendiri :


http://www.dailymail.co.uk/news/ ... -twisted-crash.html
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Gojesssnye mek milla..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2017 11:08 AM | Show all posts
tak paham
dh bertahun idup dgn zombie
celah mana dia mkn smpai badan jadi fit gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 12:15 PM | Show all posts
waa nk tgkla cmni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 03:28 PM | Show all posts
dah xda sambungan da pasnie?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 05:27 PM | Show all posts


x puas hati sgt Mrod xde.......keji sgt!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 05:36 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 25-1-2017 05:40 PM
grouper replied at 24-1-2017 03:22 PM
Jangan lupa kat stuntwoman yg dah hampir mati buat stunt utk filem ni..kate buat semua stunt sendiri ...
owh...x tau pulak milla cakap mcm tu..

keje stuntman/woman ni mmg risiko tinggi..manja pun "terasa sakit" bile bc psl freak accident stuntwoman ni sblum movie ni kluar..
silap crew yg x susun elok2 tempat yg nak buat stunt tu kan? sbb tu berlaku accident ni...

kalau yg tercedera tu pelakon confirm la 1 dunia tahu mcm accident kuda yg menimpa Andy Lau tu..
ni sekadar stuntwoman..harapkan insurance la kot nak cover..bil hospital..& emotional & moral support dari family & org tersayang..


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 05:48 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 10:48 AM | Show all posts
tapi wesker lembik gila dalam filem ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.066944 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list