Penyanyi utama kumpulan Take That, Gary Barlow yang juga bekas juri program X Factor UK sering dipuji dengan penampilan kacaknya meskipun berusia pertengahan 40-an.
Pun begitu, baru-baru ini Gary mendedahkan satu rahsia yang amat mengejutkan para peminatnya. Kata penyanyi berusia 46 tahun itu, dia sudah lama tidak mencuci rambutnya.
Gary membuka cerita itu menerusi Twitter dan berkata ia bukan satu jenaka, sebaliknya dia benar-benar tidak pernah mencuci rambutnya selama 14 tahun ini!
"Hari ini merupakan hari yang sangat penting kerana saya akan mencuci rambut saya! Kali pertama dalam masa.....14 tahun! Bukan jenaka!"
Para peminat nampaknya tidak percaya dan memberikan pelbagai komen nakal termasuklah berikut,
"Lain kali awak cuci rambut tu bila berusia 60 tahun pula!" "Barlow bucuk!"
Buat masa ini, Gary bersama gandingan penyanyi Dannii Minogue dan juga Martin Kemp sedang sibuk sebagai juri buat program realiti nyanyian terbaharu di UK iaitu Let It Shine. - CARI
Siapa komen barlow bucuk dekat dalam artikel tersebut? Muntah pula I baca. Awat geletis sangat nak tulis bucuk instead of busuk! Tulis jela busuk. Nak bucuk bucuk bagai. Jijiklah.
Btw, handsome ke Barlow ni? Dulu selalu tgk dia dekat dalam XFactor. Tak handsome lah. Lainlah David Gandy. Itu baru WOW gitu!
Top lagu ni dulu kan ... cover version kump. bee gees ... Dulu2 Gary ni kira hensem la ... rasanya dialah yg paling popular ... Robbie williams top lepas buat album solo ...
Aku selalu terconfused antara Gary Barlow dan Ronan keating (kumpulan boyzone) ...
ha'ah versi bee gees pon ai suka
masa mula2 take that muncul dlm arena boyband ahli yg paling hot; robbie william dan mark owen, tp yg paling berbakat opkoslah gary barlow. dia paling banyak menulis lagu utk TT, sekarang nih Gary adalah antara penulis dan pencipta lagu yg berjaya di UK.